alQuran Palsu
Islam diserang dalam semua sudut. Sehinggakan alQuran yang suci dan mulia ini pun sanggup mereka palsukan. Matlamat mereka ialah untuk membuktikan dakwaan mereka bahawa Islam itu adalah agama palsu dan wajar dijauhi. Ia juga untuk mewajarkan tentangan mereka terhadap Islam. Permainan ini diciptakan oleh beberapa kerat manusia murtad yang bersekongkol dengan talibarut Yahudi dan USA. Berhati-hatilah terhadap permainan mereka ini. Walaubagaimanapun, Allah telah berfirman bahawa mafhumnya alQuran adalah satu mukjizat dan sentiasa terpelihara. Muslihat mereka tidak akan berjaya walau bagaimana sekalipun mereka mencuba taktik kotor ini.
The True Furqan, al-Furqan al-Haqq adalah sebuah kitab yang ditulis dalam bahasa arab. Kitab ini menyerupai Quran tetapi mengandungi ajaran Kristian tradisional.
Antara isi kandungan The True Furqan |
Anis Shorrosh |
Berdasarkan laporan Baptist News, The True Furqan ini telah diterbitkan pada April 1999 oleh Al-Mahdy (seorang executive committee dalam Project Omega 2001). Kitab palsu ini di terbitkan kerana Al-Mahdy mendakwa bahawa umat Islam sekarang tidak menerima masej yang sebenar di dalam kitab Quran sekarang. Kitab palsu ini dikarang oleh Al Saffee dan Al Mahdee dan di terjemahkan ke dalam bahasa inggeris oleh Anis Shorrosh yang percaya bahawa Nabi Muhammad s.a.w adalah seorang Dajjal. Kitab ini mengandungi 77 surah termasuk prolog dan epilog.
Sesetengah Umat Islam percaya bahawa kitab palsu ini dicipta oleh puak puak Israel dan Amerika untuk menjatuhkan agama Islam. Sebuah surat khabar Mesir, Al-Usbu melaporkan bahawa The True Furqan ini diterbitkan secara kerjasama langsung dengan Israel dan di atas arahan Presiden U.S, George Bush.
http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=XTqgrLwabE8
0 ulasan:
Catat Ulasan