Isnin, 19 Mac 2012

PAS KE ARAH AMALAN PLURALISME ........???

Sejak tewasnya golongan ulama kepada golongan 'Anwarinas' pada pemilihan Jawatankuasa PAS seolah-olah menjadikan Presiden PAS seperti hilang haluan. Beliau terkontang-kanting bersendirian di atas apabila Timbalan serta Naib Presiden terdiri dari golongan bukan ulama dan juga bukan golongan profesional semuanya. Presiden seolah-olah seperti lembu dicucuk hidung. Pendiriannya goyah dan tidak keruan. Kenyataan dan sebarang ulasan darinya lebih menyokong apa saja yang dilakukan oleh DAP atau Anwar Ibrahim. 

Presiden PAS tidak menunjukkan kredibiliti sebagai seorang pemimpin. Pendirian dan ketegasan beliau tidak tetap. Tidak konsisten. Umum mengetahui bahawa Presiden PAS sendirilah, Haji Hadi yang membentangkan cadangan penubuhan kerajaan perpaduan ini, umum juga mengetahui cadangan ini adalah lanjutan dari siri muzakarah sulit Umno-PAS, yang pada masa itu tidakpun melibatkan Haji Hadi. Di dalam satu sidang media selepas menyampaikan ucapan dasarnya, Abdul Hadi berkata, beliau yakin idea kerajaan perpaduan akan difahami dan diterima semua pihak suatu hari nanti.

Akibat desakan dari pelbagai pihak, akhirnya Hadi Awang akur dengan sahabat-sahabat Pakatan Rakyatnya menolak kerajaan perpaduan. Persepakatan tersebut dirasmikan melalui satu surat perjanjian yang termeterai di lobi Parlimen. Kenyataan bersama mereka ditandatangani oleh penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, tokoh utama DAP Lim Kit Siang dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Hari ini perjuangan Pas yang dipimpin semula oleh Hadi Awang bagaikan lembu yang dicucuk hidung. Perjuangan PAS tergelincir dari perjuangan asal iaitu memperjuangkan Islam. Perjuangan PAS beransur-ansur melalui landasan baru iaitu landasan yang dilalui oleh PKR yang dinaungi oleh pemimpin yang kelihatan seperti menganuti amalan pluralisme. Hal ini dijelaskan berdasarkan sekurang-kurang 12 Dalil ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertajuk "Religion and Pluralisme in a Divided World"(Agama dan Pluralisme Dalam Dua Dunia), pada 18 Mac 2010, di London School of Economic (LSE) perlu dinilai semula kerana dibimbangi bercanggah dengan akidah Islam. 

Akibat daripada itu perjuangan PAS beransur-ansur meninggalkan perjuangan asal kerana telah menyokong perjuangan sesat lagi menyesatkan. Dosa perjuangan Pas hari ini adalah demi mendapatkan kuasa, mereka telah:

1. menyokong dan mempromosikan sosialisme di masjid-masjid dan surau-surau
2. mengamalkan assobiyah demi mempertahankan salah laku Ketua Umum PKR
3. menyokong usaha memurtadkan umat islam secara halus melalui lidah Nik Aziz dan Khalid Samad
4. tidak mengotakan janji untuk menutup kilang arak, premis menjual arak, judi dan maksiat di negeri-negeri PR, terutama Pulau Pinang dan Selangor, malah jumlahnya semakin bertambah dan
5. TERKINI bersubahat menyokong agenda pluralisme Anwar Ibrahim.

Ini semua perjuangan Pas, yang kononnya menggunakan istilah `tahaluf siyasi' tetapi hakikatnya mengamalkan falsafah politik Machiavalian `end justifies the means' (matlamat menghalalkan cara).

Ada ditulis tentang kenapa semakin hari semakin ramai yang meninggalkan Pas dalam Pengundi Islam lari kerana `tahaluf siyasi' Pas menyimpang?; dan ini bukan omong kosong atau rekaan kerana ia dibuktikan melalui keputusan-keputusan PRK di Manek Urai, Permatang Pasir, Galas, Bagan Pinang dan terakhir di Kerdau. Malah pemimpin Pas juga tidak dapat menerima amalan Pas sehingga mereka sendiri meninggalkan Pas. Lihat kenyataan Mohamad Hafiz Nordin, bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang dalam Pas makin hancur, rosak...

Pluralisme agama adalah satu fahaman yang menyamaratakan semua agama yang mana penganutnya mempercayai semua agama adalah benar. 

Antara amalan pluralisme yang disokong PAS ialah keredhaan istilah Allah digunakan oleh agama-agama lain selain dari agama Islam.

Lagi bukti PAS menyokong Pluralisme ialah apabila PAS menyokong kemenangan pemberontakan rakyat di Tunisia. Klik sini Presiden sementara Tunisia, Foued Mebazaa berjanji akan menghormati perlembagaan bagi menegakkan pluralisme dan demokrasi negara itu. Klik sini.

Oleh itu ahli-ahli PAS wajar meninggalkan parti yang kini menyokong pluralisme yang menyesatkan akidah umat Islam. Tinggalkan parti PAS yang akur kepada PKR dan DAP yang nyata menentang perjuangan PAS menegakkan Negara Islam dan hukum Hudud.

Dasar PAS sebelum ini adalah menubuhkan Negara Islam. Cara PAS sebelum ini adalah cara Islam yang rigid, konservatif dan kadangkala ekstrem.

Tetapi kini, dasar PAS ialah Negara Kebajikan yang mana adalah merupakan campuran konsep antara liberal, komunis dan Islam demi kesinambungan hayat Pakatan Rakyat. Cara PAS kini pula adalah terbuka, selaras dengan pluralisme dokongan PKR dan lebih ‘mesra’ Kristian, Buddha dan lain-lain agama. Arak, judi, pusat hiburan semuanya dibolehkan di bawah dasar dan cara PAS hari ini walaupun sebelum ini PAS menentang UMNO kerana tidak berjaya menghapuskan semua itu dari bumi Malaysia.

Yang tidak berubah hanyalah matlamat PAS iaitu untuk memenangi pilihanraya melalui apa jua cara.

Justeru, jika Hadi Awang begitu berani mencelakakan mereka yang menyeleweng dari dasar, cara dan matlamat Islam, maka sesungguhnya Hadi Awang telah mencelakakan dirinya sendiri, terutamanya kerana sebagai Presiden beliaulah yang bertanggungjawab menyelewengkan PAS dari dasarnya yang asal.

Wallahuaklam ........


Jumaat, 16 Mac 2012

PAS TAK PERCAYA PADA ALLAH .......???

Akibat ghairah mempertikaikan DS Rosmah yang tidak menutup rambutnya. Lupakah mereka untuk mengajar anak mereka supaya menutup aurat. Rambut sahajakah aurat bagi seorang perempuan.


Sejak DS Najib menjadi Perdana Menteri, pembangkang siang dan malam 'membaham' DS Najib (DSN) dan DS Rosmah (DSR) siang dan malam. Berbagai perkara dikorek, dipapar, dijaja dan dipersenda dengan tujuan untuk mengaibkan mereka berdua. Antara perkara yang popular dijaja, dihina dan dicaci ialah DSR tidak memakai tutup kepala yang mendedahkan rambut (aurat). Isu DS Rosmah tidak memakai tudung dijaja seluruh pelusuk tanah air dengan tujuan untuk memalukan, untuk menunjukkan bahawa DSR tidak boleh dicontohi, DSR tidak tahu dosa membuka aurat dan yang paling dahsyat mereka menggambarkan bahawa DSR menolak Islam.

Dengan perbuatan DSR yang tidak menutup aurat dikaitkan dengan suaminya DSN, pemimpin sebuah negara yang dimomokkan sebagai suami yang dayus kerana gagal membimbing isterinya supaya menutup aurat. Mereka juga menjaja seluruh negara bahawa DSN tidak layak menjadi pemimpin kerana kegagalannya membimbing isterinya supaya patuh kepada ajaran Islam. Kata mereka, bagaimana hendak memimpin orang lain (rakyat) sedangkan isterinya gagal dia pimpin.

Sedarkah mereka, selain DSN yang mereka caci mereka juga mencaci dua orang Nabi yang dilantik oleh Allah untuk memimpin umatnya. Sedarkah mereka bahawa mereka telah mempertikaikan Allah yang telah melantik kedua-dua Nabi ini. 

Kalau mereka beranggapan DSN tidak layak menjadi pemimpin kerana isterinya gagal mematuhi ajaran Allah bermakna mereka juga menganggap Nabi Nuh dan Nabi Lut juga tidak layak menjadi Nabi kerana gagal mengajak isteri-isteri dan anak-anak mereka mentaati ajaran Allah.

Mari kita ikuti kisah Nabi Nuh, isteri dan anak-anaknya ........

Isteri Nabi Nuh Menempuh Jalan Kesesatan
Artikel Dari: Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my
http://www.hanan.com.my/

Tarikh: Sabtu, 26 Julai 2003 @ 13:26:13 
Topik: Tazkirah

"Allah membuat perumpamaan bagi orang yang ingkar: Isteri Nuh dan isteri Luth, mereka adalah isteri dua orang hamba di antara hamba-hamba Kami yang soleh. Tapi mereka berkhianat (kepada suami-suaminya). Maka, mereka tiada berdaya membantu mereka sedikitpun terhadap seksaan Allah. Kepada mereka dikatakan: "Masuklah kamu ke dalam neraka Jahannam bersama orang yang masuk ( ke dalamnya)!" (At-Tahrim: 10)

Seorang wanita bangun dari tidurnya, dan langsung menuju dapur untuk membuat makanan dan kueh-kueh. Setelah semua pekerjaan itu selesai, ia segera keluar rumah tanpa memberitahu suaminya, Nabi Nuh. Sebelum pintu rumahnya terbuka, tiba-tiba anak-anaknya yang masih muda, 

Kan'an, menegurnya: "Mahu ke mana Ibu pagi-pagi ini?" 

Ibu mengisyaratkan sesuatu agar anaknya merendahkan suara, supaya tidak terdengar oleh orang lain. 

Lalu berkata: "Lupakah kamu, Kan'an, bahwa hari ini adalah hari raya tuhan-tuhan kita. Aku akan pergi ke Makbad Besar. Di sana kaum kita telah menunggu untuk bersama-sama melaksanakan penyembahan kepada tuhan yang telah memberi rezeki dan menolong kita." 

Kan'an memandang ibunya dengan wajah tersenyum, dan kemudian berkata: "Ibu berbuat yang terbaik. Nanti aku akan menyusul ke sana, sebab bukankah ibu tahu bahwa ayah tidak senang melihat kita bekerjasama dalam hal ini. Pergilah isteri Nuh ke Makbad Besar itu. 

Sesampainya di sana, ia segera berdiri di depan berhala dan berucap: "Wed, Suwa, Yaghuts ya'uq, dan Masr..." (nama-nama, berhala) lah kemudian memohon, berdoa, mendekatkan diri, dan mempersembahkan makanan serta minuman bagi para penjaga yang mulai menyuarakan kalimat-kalimat yang tidak dapat difahami maksudnya. Kemudian mereka menunjukkan kepada tuhan-tuhan, dan sekali lagi menunjuk kepada orang-orang yang mempersembahkan korban dan mengangkat wajah mereka dengan mata terpejam, agar orang yang mempersembahkan korban itu merasa bahwa Tuhan senang dan rela kepada mereka. Isteri Nabi Nuh melihat, dan ia dapati puteranya Kan'an, telah keluar dari ruangan sembahan menuju arena tarian di sebelah Makbad. Di tempat itu, kaum lelaki dan perempuan bercampur menjadi satu; melakukan perbuatan-perbuatan sesuka hati mereka sambil bersukaria. 

Melihat itu, sang ibu merasa cemas dan khuatir terhadap keadaan anaknya. Diserunya Kan'an agar kembali kepadanya, tetapi Kan'an malah bersembunyi di tengah-tengah keramaian itu tatkala ia mendengar panggilan ibunya. Karena Kan'an tidak kembali setelah lama dipanggil, 

sang ibu segera kembali menuju berhala-berhala dan mulai berdoa lagi. Ia tidak ingin menyibukkan diri dengan urusan anaknya itu. Sambil berdoa, ia mengeluarkan secarik kain yang telah disapu wangi-wangian dari bungkusannya, dan kemudian diletakkannya di kaki berhala. Itulah pekerjaan yang biasa dilakukannya. 

Waktu berlalu dengan cepat, dan upacara penyembahan akhirnya selesai. Isteri Nabi Nuh kemudian kembali ke rumahnya. Dalam perjalanan pulang, ia bertemu dengan anaknya, Kan'an, yang wajahnya tampak masam air mukanya. 

Cepat-cepat ia mendekati anaknya itu dan berkata: "Apa yang sedang kamu fikirkan, Puteraku?" 

"Tahukah ibu, apa yang telah dilakukan Nuh, ayahku?" Kata Kan'an. 

"Apa yang ia perbuat, Kan'an?" Tanya ibunya dengan wajah penuh kesedihan. 

"Ia menyeru umat di pasar, dan orang-orang di sekelilingnya, dan membantah apa yang diserukan mereka!" Jawab Kan'an. 

"Apa yang telah dilakukannya di pasar?" 

Tanya ibunya kemudian! Apakah ia hendak menjual kayu-kayu yang ia jadikan perkakas rumah?" 

Anaknya menjawab: "Aku telah mendengar bahwa ia berkata: `Hai, kaumku, sesungguhnya aku adalah pemberi peringatan yang nyata bagimu; maka sembahlah Allah, bertakwalah dan taatlah kepadaNya." 

Isteri Nabi Nuh memandang Kan'an seraya berkata: "Kalau begitu, ayahmu tidak menghendaki kita menyembah tuhan-tuhan yang memberi rezeki dan memelihara kita." 

"Sesungguhnya ia benci akan hal itu dan bahkah menghinanya. Ia tidak pernah bersedia mempersembahkan korban kepada tuhan-tuhan yang biasa kita lakukan," jawab Kan'an. 

Isteri Nuh dan anaknya pulang ke rumah. Sepanjang jalan keduanya lebih banyak membisu. Tetapi kemudian Kan'an memecahkan kesunyian itu dengan bertanya: "Apakah yang akan kita lakukan ibu, bila ayah menyeru kita seperti yang ia serukan kepada kaum negeri ini?" 

"Tuhan-tuhan akan mengutukmu, Kan'an, jika engkau turuti seruan ayahmu itu!" Jawab ibunya. "Apakah kita akan meninggalkan agama kita dan agama nenek moyang kita hanya karena ayahmu menyerukan yang lain? 

Tidak! Sesungguhnya hal itu tidak boleh terjadi!" 

Sebelum tengah malam tiba, Nabi Nuh telah sampai di rumahnya. Semalaman isteri dan anak Nuh tidak dapat memejamkan mata. Nabi Nuh meletakkan tongkatnya di dinding rumahnya, kemudian duduk. 

Tidak lama, isterinya mendekati dan berkata: "Mengapa engkau terlambat pulang sampai larut malam?" 

"Aku mesti menyampaikan risalah yang diperintahkan Allah kepadaku." Jawab Nabi Nuh. 

"Risalah apakah itu, Nuh?" Tanya isterinya. 

Nabi Nuh menjawab: "Agar manusia menyembah Tuhannya dan meninggalkan penyembahan kepada berhala-berhala." 

"Kamu telah bertahun-tahun hidup bersama kami," sahut isterinya kemudian. "Tetapi kini kamu berselisih dengan apa yang disembah oleh kaummu. Maka, bagaimanakah mereka akan percaya kepadamu, yang tiba-tiba mengatakan bahwa Allah telah mengutusmu kepada mereka dengan membawa suatu risalah dan menyeru mereka untuk meninggalkan sembahannya?" 

Nabi Nuh menjawab: "Allah telah memilihku untuk menjalankan tugas ini bila saja Dia kehendaki. Kumpulkan ke mari anak-anak kita. Aku akan menunjukkan kepada mereka tentang risalah yang kubawa ini, sebagaimana yang telah kuserukan kepada manusia!"

Isteri Nuh tidak bergerak dari tempatnya, sementara anaknya Kan'an, telah duduk di sampingnya. Ia kemudian berkata kepada Nabi Nuh: "Anak-anakmu sedang tidur. Tundalah hal itu sampai datang waktu pagi!" 

Kalau begitu. Aku akan menyampaikan masalah ini kepada kalian berdua lebih dahulu." "Mengapa kamu tergesa-gesa dalam urusan ini, tidurlah sampai esok pagi!" Sahut isterinya. "Tidak!" Kata Nabi Nuh. "Aku harus melaksanakan tanggungjawabku terhadap Allah. Sesungguhnya kamu berdua adalah ahli baitku, dan aku harus menjadi orang yang menyeru kamu berdua pertama kali. Bersaksilah bahwa Allah itu satu, tidak ada sekutu bagi-Nya dan tinggalkanlah semua yang kamu sembah kecuali Allah." 

Mendengar itu Kan'an melihat ke arah ayah dan ibunya. Sang ibu pula memandang kepadanya seraya mengangguk dan berkata: "Kami tidak akan meninggalkan penyembahan tuhan-tuhan kami dan tuhan-tuhan kaum kami semua." Dan Kan'an pula berkata, setelah, mendengar apa yang dikatakan oleh ibunya itu: "Wahai, ayah, kulihat ayah menolak ucapannya." 

Nabi Nuh menjawab: "Tidak mungkin aku akan meninggalkan risalah yang dibebankan oleh Allah kepadaku untuk kusampaikan kepada umat manusia? 

Kamu berdua terus-menerus menyembah batu dan kayu yang tidak dapat mendatangkan mudarat ataupun manfaat; dan kamu enggan menyembah Tuhan yang Maha Esa lagi Berkuasa." 

Mendengar perdebatan itu, anak-anak Nabi Nuh yang lain terbangun dari tidurnya. Mereka semua bangun dan menghampiri ketiga orang itu, untuk mengetahui masalah yang sebenarnya terjadi. Melihat itu sang ibu segera berkata kepada mereka semua. "Ayahmu menghendaki agar kita meninggalkan tuhan-tuhan yang biasa kita sembah untuk kita menyembah tuhannya yang ia katakan telah mengutusnya untuk membimbing manusia." 

"Siapakah Tuhanmu itu, ayah?" Tanya anak-anak Nabi Nuh kepada ayah mereka. 

"Dia adalah Pencipta langit dan bumi serta semua makhluk yang ada di atas alam ini. Dialah yang memberi rezeki, mematikan semua manusia di hari perhitungan (kiamat)," jawab Nabi Nuh.

"Di manakah Dia berada, Ayah? Apakah Ia berada di Makbad besar bersama tuhan-tuhan yang biasa kami sembah?" Tanya salah seorang di antara anak-anak Nabi Nuh. 

"Anak-anakku," kata Nabi Nuh: "Sesungguhnya Allah tidak dibatasi oleh ruang atau waktu. Dia adalah Pencipta ruang dan waktu itu sendiri. Dia tidak dapat dilihat oleh mata kita." 

"Jika demikian, bagaimana kita mengetahui bahwa Dia ada?" Tanya yang lain. 

Nabi Nuh menjawab: "Dari tanda-tanda kekuasaan-Nya atas segala sesuatu dari ciptaan-Nya dan pengadaan-Nya, dari langit yang ditinggikan-Nya tanpa tiang; dari bumi yang dihamparkan-Nya dan di dalamnya terdapat sungai-sungai dan lautan; dari hujan yang tercurah dari langit dan menumbuhkan tanaman yang memberikan sumber rezeki manusia dan haiwan-haiwan; dan dari kekuasaan-Nya menciptakan manusia dan mematikan mereka; yang semua itu ada di hadapan kita." 

Mendengar itu, anak-anak Nabi Nuh serentak berkata: "Allah telah melapangkan hati kami untuk menerima kebaikan yang ayah serukan." 

Betapa terperanjatnya hati isteri Nabi Nuh tatkala mendengar pengakuan terus terang anak-anaknya akan risalah yang diserukan Nabi Nuh. Ia segera bangkit dari duduknya dan menghampiri Kan'an, sambil berkata kepada suaminya."Telah rosak akal anak-anakmu dengan seruan itu. Tuhan kami akan mengutu dan menurunkan seksa kepadamu!" 

Ketika wajah anak-anak mereka menampakkan kehairanan Nabi Nuh menjawab: "Nanti kamu akan mengetahui bahwa berhala-hala itu tidak berkuasa memberikan manfaat dan tidak kuasa pula menolak kemudaratan atas dirinya. Bagaimana ia akan berkuasa berbuat sesuatu kepada yang lain?" 

Isteri Nabi Nuh tidak berhenti dalam usaha menghalang-halangi dakwah kebajikan yang diserukan oleh Nabi Nuh kepada kaumnya. Setiap datang jiran tetangga yang hendak beriman kepada ajaran Nabi Nuh, dan meminta pendapat isteri Nabi Nuh dalam hal itu, isteri Nabi Nuh 

selalu mencadangkan orang-orang itu agar tidak mengikuti seruan suaminya. Bahkan ia berkata kepada mereka: "Sekiranya seruan Nuh itu baik, nescaya aku dan anakku, Kan'an mengikutinya." Dengan pertanyaan isteri Nabi Nuh itu, pulanglah para tetangga itu dengan hati yang yakin, dan hilanglah keraguan terhadap tuhan-tuhan yang biasa mereka sembuh. 

Beberapa tahun telah berlalu, dan isteri Nabi Nuh bukannya semakin condong kepada ajaran suaminya. rasa pertentangannya dengan Nabi Nuh bahkan semakin besar dan kuat. Bersama berlalunya waktu, isteri Nabi Nuh semakin berpaling dari seruan kebenaran yang disampaikan oleh suaminya. Ia berkata kepada Nabi Nuh: "Tidak ada yang mengikutimu kecuali hanya beberapa orang miskin. Sekiranya bukan karena kemiskinan yang mereka derita, nescaya mereka tidak akan mengikutimu. Bukankah hal ini cukup menjadi bukti bagimu bahwa seruanmu itu batil? Semua orang memperolok-olokkanmu. Maka sebaiknya kamu hentikan seruanmu itu kepada manusia...." 

Meskipun demikian, Nabi Nuh tetap berjalan di atas kebenaran Ilahi yang menuntut kepada kebajikan. Ia pikul semua penderitaan dan kejahatan orang yang merintanginya untuk menyampaikan risalah Tuhannya, meskipun bertahun-tahun jumlah kaum mukminin tidak lebih dari seratus orang. Nabi Nuh selalu berdoa kepada Allah: "Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah menyeru kaumku malam dan siang. Maka seruanku itu hanya membuat mereka lari dan semakin menjauh. Dan sungguh, setiap kali aku menyeru mereka agar engkau mengampuni mereka, mereka memasukkan anak jari ke dalam telinganya dan menutup dirinya dengan pakaiannya dan mereka tetap ingkar dan menyombongkan diri dengan keangkuhan. 

Kemudian kuseru mereka dengan terang-terangan. Dan berbicara kepada mereka di halayak ramai, dan juga dengan diam-diam. Maka. Aku katakan kepada mereka: "Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sungguh, Dia Maha Pengampun. Nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyak harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun, dan mengadakan (pula di dalamnya) sungai-sungai untukmu. Mengapa kamu tidak percaya akan kebesaran Allah? Padahal sesungguhnya Dia telah menciptakan kamu dalam beberapa tingkat kejadian? Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah menciptakan tujuh langit bertingkat-tingkat? Dan Allah menciptakan padanya bulan sebagai cahaya, dan menjadikan matahari sebagai pelita? Dan Allah menumbuhkan kamu dari tanah dengan sebaik-baiknya, kemudian dia mengembalikan kamu ke dalam tanah dan mengeluarkan kamu (darinya pada hari kiamat) dengan sebenar-benarnya? "Dan Allah menjadikan bumi untukmu sebagai hamparan supaya kamu melalui jalan-jalan yang luas di bumi itu?" 

Nuh berkata: Ya, Tuhanku, sesungguhnya mereka telah menderhakaiku, dan telah mengikuti orang-orang yang harta dan anak-anaknya tidak menambah kepadanya melainkan kerugian belaka. Dan melakukan tipu daya yang amat besar." 

Dan mereka berkata: "Jangan sekali-kali kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan kamu dan jangan pula sekali-kali kamu meninggalkan (penyembahan) Wadd dan jangan pula Suwa, Yaghuts, Ya'uq, dan Nasr."

"Dan sesungguhnya mereka (sembahan-sembahan berhala) telah menyesatkan orang ramai. Maka, janganlah Engkau tambahkan bagi orang-orang yang zalim itu selain kesesatan." (Lihat surah Nuh ayat 5-24) Allah memerintahkan Nabi Nuh membuat sebuah bahtera. Pada suatu hari, isteri Nabi Nuh melihat suaminya mendatangkan kayu-kayu dan menyuruh para pengikutnya agar meletakkan kayu-kayu itu di tengah-tengah kota, padahal kota itu jauh dari laut dan sungai. Maka, bertanyalah sang isteri kepada suaminya. "Apakah yang akan engkau perbuat dengan semua kayu ini, Nuh?" 

"Aku akan membuat sebuah bahtera," jawab Nabi Nuh. "Mengapa engkau membuat bahtera, sedangkan di sini tidak ada lautan atau sungai yang dapat melayarkannya?" Tanya isteri Nabi Nuh. 

Nabi Nuh menjawab: "Bahtera ini akan belayar ketika datang perintah Allah." 

Kembali isteri Nabi Nuh menyanggahnya: "Bagaimana orang yang berakal akan percaya dengan ungkapanmu itu?" 

"Nanti engkau akan melihat bahwa hal itu akan terjadi," kata Nabi Nuh. 

Setelah beberapa langkah isteri Nabi Nuh meninggalkan tempat itu, ia masih sempat bertanya sekali lagi: "Apakah bahtera ini akan berlayar di atas pasir?" 

Nabi Nuh menjawab dengan penuh keyakinan: "Tidak! Tetapi banjir akan menenggelamkan bumi dan orang-orang yang menentang kami, dan kaum mukminin akan selamat di atas bahtera..." 

Maka, pergilah isteri Nabi Nuh untuk menyelesaikan urusannya. Dia tidak percaya sedikit pun pada apa yang dikatakan suaminya itu. Walaupun begitu, ia sebenarnya merasa hairan kepada berita yang disampaikan oleh Nabi Nuh. Ia bertanya-tanya kepada dirinya sendiri. "Nanti akan engkau saksikan, apakah Nabi Nuh akan membiarkanmu berlayar bersamanya di atas bahtera!" 

Belum selesai ia memikirkan hal yang menghantui fikirannya itu, terdengar suara Kan'an memanggilnya. "Apakah bahtera itu, ibu?" Maka, ibunya mengisahkan peristiwa dialog antara dirinya dan Nuh, dan mengkhabarkan pula kepada Kan'an bahwa ayahnya akan membuat sebuah bahtera di tengah kota. Kan'an nyaris tidak mendengar semua cerita ibunya, karena ia menjadi tertawa terbahak-bahak tiada henti. 

Kemudian ia berkata: "Kalau begitu, benar apa yang dikatakan orang tentang ayahku!" 

Isteri Nabi Nuh memandang anaknya sambil menyesali dirinya. "Aduhai malangnya nasib yang membuatku menjadi isteri lelaki itu selama bertahun-tahun. Berapa lama lagi aku harus menanggung sengsara dan celaka seperti ini?" Kemudian ia membawa anaknya pergi ke Makbad Besar. 

Di Makbad Besar, sekelompok orang sedang berbantah-bantah tentang Nabi Nuh. Melihat isteri Nabi Nuh dan Kan'an datang mereka segera berkelompok di sekelilingnya dan berkata kepadanya. "Benarkah berita yang sampai kepada kami bahwa Nuh akan membuat sebuah bahtera?" 

"Hal itu aku dengar dari mulut Nuh sendiri," jawab isteri Nabi Nuh. Bertambahlah kemarahan orang-orang itu. Jika hal itu dimaksudkan sebagai olok-olok Nuh kepada mereka, maka mereka akan mengusir Nabi Nuh dari negeri mereka. Kaum Nabi Nuh tersebut kemudian pergi ke tengah kota. Di sana Nabi Nuh sedang mempersiapkan kayu-kayu untuk dibuat bahtera. Di sekelilingnya ada sekelompok orang-orang yang beriman kepadanya yang membantunya menyediakan kayu-kayu itu. 

Sementara itu, kaum Nabi Nuh mulai mengolok-oloknya. Salah seorang dari mereka berteriak. "Baiklah, Nuh! Nyata sekali bahwa kamu akan datang dengan membawa bahtera kepada kami di sini, sehingga kami dapat naik bahtera yang kamu buat di atas padang pasir yang tandus ini!" 

Suara yang lain terdengar: "Baiklah, Nuh! Apakah kamu akan menyuruh kaum mukminin untuk datang kepadamu dengan membawa bekas-bekas yang penuh air untuk dituangkan ke bawah bahtera ini sehingga engkau dapat membuat sebuah kolam yang di atasnya bahteramu belayar?" 

Yang lain lagi berseru." Hal itu tentu saja akan memakan waktu beberapa ratus tahun, tahukah kamu, Nuh?"

Kemudian di antara mereka ada yang tertawa sambil mengejak Nabi Nuh." Dan semua air akan diserap oleh pasir..." 

Nabi Nuh tidak memberikan jawapan terhadap ejekan-ejekan dan cemuhan-cemuhan mereka itu melainkan hanya berucap dengan beberapa kalimat pendek: "Jika kamu memperolok kami, kami pun akan memperolokkan kamu, sebagaimana kamu memperolokkan kami! Tapi kamu akan sedar, kepada siapa akan datang azab yang meliputi dirinya dengan kehinaan. Dan 

kepada siapa akan turun azab yang tiada akhirnya." (Surah Hud ayat 38-39) 

Beberapa tahun telah berlalu. Nabi Nuh telah menyelesaikan bahtera ciptaannya. Sementara itu, ejekan yang datang dari kaum di sekelilingnya tidak berhenti, siang dan malam. Isteri 

Nabi Nuh dalam hal itu selalu memberitahu kaum musyrikin tentang kesedihan suaminya selama itu. Mendengar berita itu, makin bertambahlah kegembiraan hati mereka. 

Pada suatu hari, isteri Nabi Nuh terbangun dari tidurnya karena sesuatu yang menggelisahkan hatinya. Di rumahnya, Nabi Nuh mengumpulkan setiap jenis haiwan dan burung, masing-masing sepasang. 

Melihat perbuatan Nabi Nuh itu, isterinya bertanya. "Nuh, apa yang kamu lakukan? Dan ke mana kamu akan pergi dengan semua haiwan dan burung itu? Apakah kaum mukminin yang bersamamu akan makan haiwan-haiwan dan burung-burung itu, dan engkau tinggalkan kami di sini tanpa apa-apa?" 

"Tuhanku telah memerintahkan kepadaku untuk membawa haiwan-haiwan dan burung-burung di dalam bahtera!" Jawab Nabi Nuh. 

Dengan agak pelik, isteri Nabi Nuh bertanya: "Bagaimana Tuhanmu memerintahkan seperti ini?" 

Nabi Nuh menjawab: "Kelak akan kubawa setiap pasang binatang dan semua kaum mukminin di dalam bahtera ini, dengan kebenaran yang diperintahkan oleh Tuhanku kepadaku." 

Isteri Nabi Nuh tidak mahu diam. Ia bahkan berusaha membantah sambil berkata: "Apa yang akan kamu lakukan dalam bahtera itu? Apakah kalian akan meninggalkan rumah dan hidup bersama haiwan-haiwan dan burung-burung ini?" 

Nabi Nuh menjawab: "Kelak air akan menenggelamkan segala sesuatu, dan tidak ada yang akan selamat kecuali siapa yang naik ke atas bahtera ini, kemudian memulai kehidupan baru yang muncul dengan fajar keimanan!"

Kali ini isteri Nabi Nuh benar-benar merasa takut dan ngeri dengan ucapan suaminya itu. Namun, karena keingkarannya telah keras membatu, ia tetap berusaha menekan rasa takutnya itu. Segera ia pergi untuk memberitahu kaumnya tentang yang diperbuat suaminya. Maka, bertambah keraslah ejekan mereka kepada Nabi Nuh dan apa yang diperbuatnya. 

Ketika datang masa yang dijanjikan oleh Allah, terperanjatlah kaum Nabi Nuh melihat datangnya banjir yang besar serta merta. Pintu-pintu langit terbuka dan mencurahkan air hujan ke bumi, sedangkan Nabi Nuh bersama orang-orang yang beriman belayar di atas bahtera tanpa isterinya dan Kan'an puteranya. Mereka berdua menolak ketika Nabi Nuh memerintahkannya agar ikut bersama ke atas bahtera. Bahkan mereka berkata: "Aku akan mencari perlindungan ke gunung yang dapat menyelamatkan daku dari banjir!" (Hud ayat 43)

Banjir terlalu besar, hingga puncak gunung pun tenggelam. Maka tenggelamlah sang ibu bersama puteranya dalam gelombang banjir yang dahsyat. Kisah mereka di dalam Al-Quran sentiasa menjadi tanda dan peringatan bagi seluruh kaum mukminin bahwa petunjuk itu kadang-kadang terasa lebih jauh meskipun bagi orang yang paling dekat dengan pemberi petunjuk itu sendiri.