APAKAH AGENDA SEBENAR INGIN BAWA SINGAPURA MASUK MALAYSIA??
Adakah pengibaran bendera ini tanda bahawa pakatan pembangkang di Selangor bersedia bergabung dengan Singapura? Namun persoalannya kenapa hendak dibawa masuk Singapura ke Malaysia dan kenapa kena tunggu Pakatan Rakyat berkuasa di Malaysia. Kalau Singapura nak masuk balik dengan Malaysia boleh sahaja diadakan rundingan dengan Kerajaan yang sedia ada? Apa agenda sebenar dengan kemasukkan Singapura ke Malaysia ini sekiranya benar?
Dan bendera ala Singapura ini juga sedang dikibarkan di seluruh negeri Selangor.Baca Selanjutnya
Sudah pasti dengan kemasukkan Singapura ke Malaysia maka kerusi-kerusi Parlimen di Singapura yang sebanyak 87 kerusi tersebut akan turut dibawa masuk. Sudah pasti rakyat Singapura yang rata-rata rakyat import Cina dari Hong Kong dan China yang kaya-raya yang membeli kewarganegaraan Singapura dengan jumlah beratus ribu SGD itu juga akan dibawa masuk bersama.
Dengan masuknya Singapura kembali ke Malaysia DAP dan PAP akan secara automatik mempunyai kerusi deposit lebih kurang 81 kerusi parlimen yang mana itulah jumlah kerusi parti PAP menang di parlimen dari 87 kerusi yang dipertandingkan untuk kerusi-kerusi parlimen di Singapura pada PRU ke-16 Singapura pada 7 Mei 2011.
Bayangkan PR rakyat dah ada 81 kerusi Parlimen deposit yang jumlah tersebut lebih kurang 1/4 daripada jumlah kerusi yang akan dipertandingkan untuk PRU di Malaysia sekiranya Malaysia digabungkan dengan Singapura. Di Malaysia kita ada 222 kerusi Parlimen campur dengan 87 kerusi Parlimen Singapura jumlah 309 jumlah keseluruhan.
Pada PRU 12 tempoh hari Pakatan Rakyat telah berjaya mendapatkan 75 kerusi Parlimen kalau dicampur dengan 81 kerusi parlimen PAP. Maka sampai bila-bila mereka akan pasti mendapat majoriti mudah kerana mereka ada deposit 81 kerusi parlimen di Singapura melalui parti PAP. Dengan ini mereka telah mempunyai 156 kerusi parlimen.
Inilah sahaja cara bagaimana DAP untuk merampas kuasa dari tangan orang Melayu di Malaysia ini dan seterusnya dapat menukar negara Malaysia ini kepada negara Republik dengan kemasukkan semula Singapura ke Malaysia.
Bayangkanlah Singapura yang mempunyai 3.26 juta rakyat mengikut statistik pada bulan Jun 2011 yang mana lebih kurang 76% adalah berbangsa Cina dan hanya 13.8% berbangsa Melayu dan 9.2% bangsa lain. Bermakna lebih kurang 2.5 juta rakyat Singapura berbangsa Cina juga turut masuk Malaysia menjadi rakyat Malaysia dan secara automatik akan menjadikan bangsa Cina sebagai kaum minoriti di Malaysia ini.
Ekonomi pula, lebih ramai mereka yang sudah pasti teramat kaya raya terutama jutawan dari Hong Kong dan Tanah Besar Cina yang menjadi warganegara ekspress Singapura akan menjadi rakyat Malaysia-Singapura dan ini akan menyebabkan secara automatik lebih kuat cengkaman ekonomi oleh mereka. Maka apa akan jadi kepada orang Melayu yang majoriti di Malaysia-Singapura nanti?
Apa dah jadi dengan kaum minoriti Melayu di Singapura?
Nauzubillah. Ya-Allah jangan lah Engkau benarkan perkara ini berlaku di Tanah Barakah Malaysia ini. Kau Lindungi lah Tanahairku ini dan Kau Laknat dan kau Azab lah mereka yang cuba menghancurkan Tanahair ku ini.
5 ulasan:
mohon dishare dan pautkan :)
daengselili.blogspot.com
Betul ke Singapore nak masuk M'sia
setahu saya singapore tak hingin nak masuk M'sia. Mau ke si Lee Kuan Yew, dan Lee Hsien Loong dan kuncunya rela diperintah?????!!!!!!!
tak logik.....
Sila guna idea lain la pulak....
Singapore nak masuk Malaysia bukan untuk bersama Melayu (UMNO) tetapi bersama DAP. DAP dan PAP adalah adik beradik. PAP dah ada 81 kerusi parlimen. Jika DAP bersama 2 parti tolol menang majoriti 2/3 sudah tentu DAP akan menjemput PAP menyertai Malaysia danmereka akan mempunyai lebih 200 kerusi. Ketika itu parti2 kaum Cina akan menyertai DAP dan PAP. Ketika itu mereka akan membuat persempadanan semula kawasan parlimen di bandar2 besar seperti JB, KL, Ipoh atau Penang. Kemudian mereka akan memindahkan tempat mengundi pengundi2 Cina Singapore ke kawasan parlimen yang majoriti pengundi Melayu sedikit dan menyebabkan mereka menjadi kaum yang majoriti. Ketika itu DAP telah mempunyai bilangan kerusi parlimen yang mencukupi untuk memerintah sendiri tanpa PASdan PKR Melayu. Dan ketika itu baru PAS dan PKR Melayu sedar dan mahu bersatu dengan parti Melayu yang lain. Ketika itu sudah terlambat. Mereka akan ganti Perlembagaan ikut kehendak mereka. Raja2 Melayu sudah tiada kuasa seperti mana Raja Nepal yang akhirnya menjadi marhaen dan juga keturunan Raja2 Melayu Singapore yang tiada tahta pada hari ini.
Lihat sahaja Melayu di Singapore yang dulunya majoriti kini jadi golongan minoriti bilamana bangsa Melayu di pcah2kan mengikut keturunan spt. Banjar, Jawa, Bugis dan sebagainya. Kenapa Presiden Singapore kini dari kaum India sedangkan dari dulu milik Melayu? Sebabnya jumlah kaum India lebih ramai dari Banjar, Bugis dan lain2. Berapa orang wakil rakyat Melayu di Singapore?
Segala identiti bangsa Melayu sedikit demi sedikit dilenyapkan. Istana Kg Gelam akan dibongkar dan dilenyapkan, kubur2 pejuang Melayu dimusnahkan atau dipindahkan. Perak telah menggali dan membawa kembali kubur 2 pahlawan Melayu dan disemadikan di Perak sebelum pusara mereka dilenyapkan.
Nama Melayu kini pun hanya tinggal beberapa kerat sahaja seperti Askar Melayu, Keretapi Tanah Melayu, Kg. Melayu, baju Melayu. Apa lagi yang Melayu ada? Hanya kuasa memerintah sahaja ketika ini ....... tumbangnya kuasa Melayu maka Melayu akan hilang hilang segala2nya. Nak merayu pada sapa? PBB? Amerika? Rusia? Mereka bukan Isla tentu mereka akan sokong bukan Islam kerana musuh bukan Islam adalah Islam. Contoh terkini di mana orang bukan Islam tidak membantu orang Islam ialah Palestine.
Jadi fikir2kanlah .......... pemimpin2 Melayu sekarang ini dah berusia dan akan mati bila2 masa sahaja. Adik2 anak2 yang masih menyusu sekarang akan melalui masa depan yang panjang. Bayangkan jika ketika anak2 ini membesar dalam suasana seperti rakyat Palestine. Fikir2kanlah ......
Kepada tanpa nama di atas..memang la diorg tak hingin bergabung..tapi diorg HINGIN kekayaan Malaysia..dulu Malaysia mundur,sekarang Malaysia dah membangun..lagipun negara diorg yg sebesar ibu jari kau tu mane muat dah nak menampung bangunan lagi..so kena la cari tempat baru..org cina x bodo dan kalau nk menakluk,ko la antara mangsa pertama yg kena sebab sengal berpemikiran cetek..
memanglah "si tanpa nama" pertama di atad pemikiran cetek pasal dia ORANG PEMBANGKANGGGG !
Catat Ulasan