Rabu, 12 September 2012

SUARAM .... ANAK HARAM YAHUDI???


Penasihat SUARAM, Dr. Kua Kia Soong mempersoalkan rakyat Malaysia yang menganggap menerima dana daripada rakyat asing adalah suatu kesalahan.

Pada sidang medianya, Dr Kua Kia Soong menyifatkan menerima dana daripada rakyat asing bukan suatu kesalahan termasuklah daripada George Soros. Seperti sedia maklum, Yahudi bernama George Soros merupakan individu yang bertanggungjawab dalam menjadikan ekonomi meleset pada tahun 1997 akibat spekulator mata wang ringgit.

Dengan nada tegas lagi sombong, apakah salahnya dengan George Soros? Kerajaan kata dia penyagak mata wang, tetapi itu bukan urusan kami. Bagi SUARAM menerima dana daripada George Soros menunjukkan keprihatinan beliau terhadap keperluan rakyat Malaysia.

Perkara ini turut dipersetujui Pengerusi BERSIH, S. Ambiga dan Maria Chin Abdullah serta Irine Fernandez.

http://cetusankenyalang.blogspot.com/2012/09/penasihat-suaram-akui-terima-dana.html 

*** Mereka ini adalah suara-suara yang menjadi talibarut Singapura dan Yahudi untuk memecahbelahkan perpaduan orang Melayu yang akhirnya akan tercapai matlamat mereka untuk menguasai negara ini. Pihak Singapura memang sangat mengidamkan Malaysia terutama Johor kerana 2 perkara utama iaitu TANAH dan AIR. Manakala Yahudi pula yang berpaksikan kepada Amerika Syarikat sangat-sangat berhajat untuk bertapak di Malaysia dengan tujuan untuk menguasai Asia Tenggara iaitu Selat Melaka dan laut China Selatan bagi membendung kuasa besar Asia iaitu China dari menguasai Asia sepenuhnya........

ORANG UMNO JUAL TANAH ........???


SIAPA ORANG KUAT UMNO YANG JUAL TANAH ........???


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta menyiasat penjualan tanah di kawasan bandar Jerantut yang didakwa berlaku penyelewengan membabitkan penjawat awam dan ahli Umno sendiri.

Ketua Pemuda Umno Bahagian Jerantut, Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak berkata, kes itu perlu disiasat supaya imej dan nama baik Umno dapat dibersihkan dari

pada segala unsur rasuah.

Menurutnya, Pemuda Umno berasa terpanggil membuat laporan kepada SPRM supaya menyiasat perkara itu bukan sahaja untuk membersihkan imej parti, malah bagi mengekang segala manipulasi projek dalam kawasan bandar oleh pihak tertentu.

Sebilangan tanah di Bandar Baru yang menempatkan tapak rekreasi, stesen teksi dan bas contohnya, sudah terlepas kepada syarikat tertentu akibat tindakan pihak terbabit.

http://www.sinarharian.com.my/politik/orang-parti-jual-tanah-dakwa-pemuda-umno-1.84303

Minta juga SPRM siasat penerokaan tanah-tanah kerajaan secara haram di belah-belah Batu Balai. Dengar ceritanya beribu-ribu ekar telah diceroboh dan di tanam dengan sawit dan getah. Kata orang belah-belah sana yang banyak menceroboh ni puak-puak pendatang purnama mengambang dan juga puak2 sebangsa DAP ....... entah la ...... bila sokong membawa rebah. Benteras gejala memburukkan imej kerajaan ni terutama yang duduk di Pejabat Tanah sebab mereka adalah RAJA TANAH di mana-mana sahaja ..............



Sebahagian dari tulisan di blog N9 tanpa sebarang pindaan:

KAMI KATA:-

MASALAH RASUAH INI ADALAH MASALAH YANG SSSSAAAANNNGGGAAATTT SERIUS DAN PERLU DIAMBIL TINDAKAN DRASTIK.KAMI ADA MENDENGAR MASALAH PEMILIKAN TANAH DIKALANGAN KAKITANGAN AWAM DI DAERAH JERANTUT.SETELAH ADA SEPASUKAN PIHAK SPRM DATANG UNTUK MENYIASAT,MEREKA-MEREKA INI SIBUK MENCARI PEMBELI BAGI MEMBELI TANAH YANG MEREKA MILIKI ATAS KUASA MEREKA DALAM HAL TANAH DAN GALIAN NI.


DENGAR CERITANYA RAMAI ANTARA MEREKA INGIN MENJUAL TANAH-TANAH TERSEBUT DENGAN HARGA MURAH.ADA JUGA CERITA DIMANA SEORANG YANG BOROI TELAH MEMPEROLEHI TANAH DISEKITAR KG KELOLA DAN DURIAN HIJAU KE.TAPI TANAH INI DIMILIKI DENGAN MENGGUNAKAN SEPENUHNYA KUASA SEBAGAI YANG BOROI.RAMAI ORANG KOMPLEN, TAPI SUARA ORANG KECIL NI TAK BERAPA DENGAR DEK ORANG RAMAI.DAN JUGA BIASANYA PENERIMA SAHAJA YANG DIKENAKAN TINDAKAN,TANGKAPAN ATAU APA SAHAJA.KENAPA PEMBERI JARANG SEKALI DIKENAKAN TINDAKAN? ADAKAH MEREKA MENGATASI UNDANG-UNDANG ATAU MEREKA ITULAH UNDANG-UNDANG?ENTAHLAH....



Wallahua'lam .....

http://www.bernama.com/bernama/state_news/bm/news.php?id=492341&cat=tm
http://spu-bloggers.blogspot.com/2010_04_01_archive.html

Khamis, 6 September 2012

PANAS .... PANAS ....... SEMAKIN PANAS ....


PILIHANRAYA UMUM KE-13 (PRU13) AKAN DIADAKAN BILA-BILA MASA SAHAJA .........


Semua rakyat Malaysia yang layak mengundi juga layak menjadi calon wakil rakyat sama ada ADUN atau Parlimen. Tidak ada siapa yang berhak menyekat sesiapa sahaja yang 'bercita-cita' nak jadi calon dalam PRU13 nanti. Cukup syarat, tidak muflis, tidak terlibat dengan kes2 jenayah, tidak ada kes mahkamah, ada wang pertaruhan ...... silakan .....

Bagi yang tidak mahu menjadi calon dan hanya nak mengundi sahaja pun ada hak juga iaitu hak memilih siapa sahaja calon yang bertanding. Hak memilih dan mengundi adalah hak pengundi. Pilihlah siapa sahaja yang pengundi 'suka'.

Jadi anda pengundi-pengundi Parlimen Jerantut bagaimana??? Siapa pilihan anda? Ada calon lain yang anda fikir layak dan yang terbaik? Sila namakan dan berikan rasional mengapa anda memilih calon tersebut ..........

Selasa, 4 September 2012

Peristiwa 13 Mei 1969 ..... Satu Pembohongan UMNO???

video

Tidak ada seorang pun wakil pembangkang bangun menyanggah hujah-hujah yang dilemparkan oleh MP Kulim itu dan seolah-olah mengakui segala kebenarannya. 



Di bawah ini diperturunkan inti perbahasan Zulkfli Nordin di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Lim Kit Siang Dalang Peristiwa Berdarah! 

“Mohon mencelah Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Pasir Mas sedar atau tidak, apabila kita dengar tadi Yang Berhormat Ipoh Timur [LKS] bercakap seolah-olah beliau lupa apa yang beliau dan parti beliau lakukan yang menyebabkan Ordinan Darurat 1969, peristiwa 13 Mei berlaku. 

Saya mahu baca semula Yang Berhormat sebab ada di kalangan kita di sini lupa atau buat-buat lupa setelah bersekongkol sekati dengan DAP parti racist dan cauvinis ini, dia lupa apa yang berlaku. 

Saya mahu baca semula daripada Laporan MAGERAN, laporan rasmi yang dibentangkan menceritakan tentang peristiwa 13 Mei membawa kepada perisytiharan darurat tersebut adalah kerana kebebasan bersuara yang sudah di luar kawalan.

Tindakan racist yang melampau dan ini antara tindakan yang didalangi oleh Yang Berhormat Ipoh Timur dan parti beliau pada masa itu. 

Saya mahu baca, biar rakyat dengar semula apa yang mereka kata pada tahun 1969 membawa kepada peristiwa 13 Mei. Slogan yang dibawa pada masa itu ialah ‘Malai Si’. ‘Malai Si’ ini maknanya “Mati Melayu”.

Kemudian kita lihat dalam himpunan-himpunan dan perarakan-perarakan yang mereka buat. Ini antara kenyataan yang mereka keluar pada 11 Mei, “Apa polis boleh buat, kita Raja. Buang sama polis Melayu” . 

Pada 11 Mei di Jalan Bukit Bintang, “Mati Melayu, kemudian kita lihat dalam himpunan-himpunan dan perarakan-perarakan yang mereka buat. Ini antara kenyataan yang mereka keluar pada 11 Mei, “Apa polis boleh buat, kita Raja. Buang sama polis Melayu” 

Pada 11 Mei di Jalan Bukit Bintang, “Mati Melayu, sakai pergi masuk hutan”. 

Pada 11 Mei Jalan Changkat Dollah, “KL sekarang cina punya”. Pada 12 Mei Jalan Ipoh, Jalan Tunku Abdul Rahman, “Melayu balik kampung, Melayu sekarang tiada kuasa. Sekarang kita Cina sudah control.” 

Di Jalan Khir Kampung Baru, depan orang Melayu ini kenyataan parti Yang Berhormat Ipoh Timur, “Melayu keluar…! Apa lagi duduk sini, kita hentam lu.., sekarang kita sudah ada kuasa…”. 

Pada 12 Mei depan Balai Polis Jalan Pudu, “…semua Melayu kasi habis, kasi halau semua polis.”

Pada 12 Mei. Okey nanti kejap lagi. Saya hendak habiskan. Biar dia faham. “Apa ini Melayu, kita sudah perintah dia negeri, ini negeri bukan Melayu punya, mata-mata lancau….!” 

Pada 12 Mei Jalan Canvel, “Butuh Melayu, Malai si, pergi mati Melayu…” 

Pada 12 Mei Jalan Bukit Bintang, “Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu kasi halau semua Melayu.” 

Saya mohon bertanya Yang Berhormat setuju atau tidak dengan cadangan saya supaya Yang Berhormat Ipoh Timur [LKS] dan parti dia berani melakukan transformasi demokrasi yang matang ini. 

Saya cabar Yang Berhormat Ipoh Timur antara dalang pencetus 13 Mei supaya ‘walk the talk’ menjadi anak jantan pertama minta maaf kepada rakyat Malaysia atas politik racist dan politik sempit yang dimainkan pada 1969.’ Ini adalah sebahagian yang saya sedut ucapan beliau di Dewan Rakyat. 

Sekarang ini terpulang kepada kita…! Adakah kita bersedia untuk menjadi baru-barua Cina-Cina DAP yang sedang mahu menjadikan Malaysia ini seperti Singapura? 

Bacalah bahasa yang mereka gunakan kepada orang-orang Melayu satu ketika dulu….! Adakah kita sanggup telan dan lupakan segala apa yang Cina DAP lakukan terhadap kita..? Terpulang kepada kita. 




Kalau mahkamah Jenayah Perang mendapati George Bush bersalah diatas jenayah Perang, kenapa kita kat Malaysia ni biarkan Lim Kit Siang, seorang pencetus tragedi 13 Mei ni bergerak bebas dan cakap apa dia suka je? Kenapa tiada langsung apa pun tindakan diambil terhadap Lim Kit Siang?

Orang yang sama kini sudah mula membenih lagi satu 13 Mei melalui Rusuhan Bershit 3.0! Kenapa tiada apa pun tindakan diambil terhadap dia? Korang dengar la apa yang dikatakan oleh oleh YB Zul Nirdin tentang kekejaman DAP semasa 13 Mei dahulu! 

Sedarlah wahai bangsa Melayu, jangan sampai terlambat..... 



Kronologi Peristiwa 13 Mei 1969


Dikatakan penyokong parti kaum Cina, Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP)) yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ini menampilkan anggapan bahawa penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu (‘menyingkirkan’) orang Melayu keluar.

Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai maksud yang negatif, disamping itu, keadaan menjadi bertambah buruk bila ada yang mencaci serta meludah dari atas lori kearah orang Melayu di tepi jalan. DiJinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian tersebut bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan-raya dengan menghina Melayu.

Orang Melayu berkumpul dirumah Menteri Besar Selangor di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Dato' Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor ketika itu cuba mententeramkan keadaan, sedangkan mereka yang berkumpul tersebut telah membawa senjata pedang dan parang panjang dan hanya menunggu arahan daripada Dato' Harun Idris untuk mengamuk. 

3.00 petang datang berita kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak yang hanya dua kilometer dari rumah Menteri Besar Selangor. Terdapat cerita-cerita lain mengenai seorang wanita Melayu yang mengandung dibunuh di mana kandungannya dikeluarkan dari perut dengan menggunakan besi penggantung daging babi. Sebelum menghembuskan nafas terakhir wanita tersebut sempat memasukkan semula janin yang terkeluar itu ke dalam perutnya. 

4.00 petang dua penunggang motosikal Cina yang melalui Jalan Kampung Baru telah dipancung. Sebuah van membawa rokok dibakar dan pemandunya dibunuh. Pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dari PKM dan kongsi-kongsi gelap telah bertindak balas. Mereka membunuh orang-orang Melayu disekitar Kuala Lumpur. Orang-orang Cina dan pemuda Cina ini sebenarnya telah lama lengkap dengan pelbagai senjata besi, tombak dan lembing. 

Maka keluar mengamuklah orang-orang Melayu lalu ramai orang Cina dibunuh dan dicampakkan ke dalam lombong bijih timah. Dikatakan kononnya ada rakaman video akan beberapa pemuda Cina ditangkap, dibariskan ditepi lombong dan dibunuh. Bagaimanapun, sehingga hari ini, tiada bukti yang nyata mengenai rakaman ini. 

Pemuda-pemuda Cina dari kongsi-kongsi gelap telah bertindak mengepung Panggung Odeon, diJalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Beberapa iklan disiarkan dalam bahasa Cina diskrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari panggung manakala penonton Melayu yang tinggal dalam panggung tersebut ditetak mati. Ini termasuklah 2 orang Askar Melayu yang tinggal diSungai Ramal, Kajang. 

Seorang polis bernama Rahim yang tinggal di Kuala Lumpur (yang masih hidup sehingga ke hari ini) juga turut menonton wayang diOdeon tersebut dimana beliau yang cedera terkena tetakan dikepalanya, berpura-pura mati. Akibat daripada tindakan sebegini, orang-orang Melayu mulai bertindak balas dan dikatakan kepala orang Cina yang dibunuh diletakkan di atas pagar . 

Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969 di seluruh negara dan MAGERAN dibentuk di bawah pentadbiran Tun Abdul Razak. Parlimen dibubarkan. Peristiwa 13 Mei 1969 menyebabkan Tunku Abdul Rahman dipersalahkan oleh orang Melayu dan Malaysia secara keseluruhannya. Berikutan itu Tunku meletakkan jawatan pada tahun 1970. Buku “Dilema Melayu” (Malay Dilemma) oleh Tun Dr Mahathir telah diharamkan. 

Keadaan akhirnya dapat dikawal dan beberapa keputusan telah diambil bagi mencari jalan penyelesaian termasuklah penubuhan beberapa badan seperti Majlis Perundingan Negara, Dasar Ekonomi Baru dan Rukun Negara telah diciptakan.

Tepuk dada tanya akal yang waras ..................

KEZALIMAN UMNO SELAMA 42 TAHUN MEMERINTAH .....

Mesti baca! Bukti kezaliman 42 tahun UMNO/BN dari tahun 1970 sehingga 2012!

Mungkin beginikah kezaliman yang telah UMNO/BN lakukan kepada rakyat Malaysia
Berlakukah keadaan seperti ini di Malaysia

Selama ini pembangkang telah mewar-warkan kepada rakyat betapa zalimnya pemerintahan UMNO/BN. Siang malam mereka memberitahu kepada rakyat bahawa UMNO/BN telah menzalimi rakyat melalui ceramah-ceramah, road show atau media-media massa terutama media siber seperti Facebook, Twitter dan Blog. Tetapi mereka tidak menyenaraikan atau menerangkan bentuk kezaliman yang telah UMNO/BN lakukan terhadap rakyat. Kezaliman yang bagaimana telah UMNO/BN lakukan. Adakah dalam bentuk penyiksaan, pembunuhan, penderaan atau merampas harta rakyat ........???

Sarapan pagi yang digemari rakyat Malaysia
Pernahkah dengar berita rakyat Malaysia kebuluran, rakyat Malaysia bogel kerana tiada pakaian atau tak mampu membeli pakaian, pernahkah dengar berita rakyat Malaysia disiksa atau dibunuh beramai atau pernahkah UMNO/BN menyekat rakyat Malaysia dari memiliki kekayaan, harta benda atau kebebasan?


Rakyat Malaysia bebas ke mana sahaja, Kelantan, Sabah, Sarawak, Johor dan lain-lain negeri di Malaysia tanpa ada apa-apa sekatan atau gangguan oleh kerajaan UMNO/BN. Rakyat Malaysia boleh makan minum apa sahaja, teh tarik, nasi lemak dan sebagainya. Rakyat Malaysia boleh memilik seberapa banyak kekayaan. Rakya Malaysia boleh membina rumah-rumah mewah, besar dan mahal. Rakyat Malaysia boleh memiliki barangan mewah seperti kereta, barang perhiasan, telefon serta segala macam barangan mewah. Bukan sahaja pemimpin-pemimpin UMNO/BN sahaja yang memiliki kemewahan. Pemimpin pembangkang juga ramai yang hidup dalam kemewahan malah ada yang membayar cukai sehingga RM1 juta setahun.

Menteri Besar Kelantan pun memiliki Mercedes

Menteri Besar Kedah memiliki Mercedes berharga lebih RM600 ribu. Nik Aziz juga memiliki Mercedes dan sepanjang lebih 22 tahun menjadi Menteri Besar telah beberapa kali menukar kereta rasminya. Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor memiliki banglo yang tersergam indah yang mungkin berharga berjuta-juta. Malah dia mampu menyewa sebuah bas 2 tingkat lengkap dengan pemandunya untuk Penasihat Ekonomi Negeri selangor. Anwar Ibrahim walaupun telah dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri masih boleh ke luar negara beberapa kali dalam sebulan. Azmin Ali pula menurut Umi Hafilda dipercayai memiliki simpanan wang lebih RM20 juta. Dia juga memiliki beberapa kereta mewah. Di antaranya sebuah kereta sport berjenama Ferrari. 

Rakyat Malaysia mampu makan di hotel-hotel 
Kerajaan UMNO/BN juga tidak pernah menyekat, menghalang, mengeluarkan apa-apa juga pekeliling dan surat arahan atau peraturan yang menyekat rakyat Malaysia terutama orang Islam untuk beribadat. Mereka boleh beribadat bila-bila masa setiap hari. Mereka boleh solat fardhu lima waktu sehari. Mereka boleh solat sunat sebanyak mana yang mereka mahu. Mereka boleh berpuasa selama mana yang mereka mampu. Masjid-masjid yang kerajaan bina boleh dikatakan setiap ceruk kampung untuk memberikan kemudahan yang selesa kepada rakyat untuk beribadat. Sekolah-sekolah agama rakyat, sekolah dan pusat Tahfiz dan kelas-kelas farhu ain kerajaan tubuhkan dan diberi bantuan bagi memberikan kemudahan kepada rakyat Malaysia mempelajari dan menimba ilmu agama.

Antara orang terkaya di Malaysia 

Sekolah, universiti awam dan swasta, kolej komuniti, Pusat Pengajian Teknologi Tinggi, maktab dan pusat-pusat pembelajaran kemahiran yang tumbuh bagai cendawan sama ada yang dibina oleh kerajaan mahu pun swasta mampu memberikan ruang dan tempat kepada rakyat Malaysia menimba ilmu.

Kemakmuran dan ekonomi yang stabil telah merancakkan pembangunan dan dunia perniagaan berkembang pesat. Syarikat-syarikat perniagaan mampu melebar dan mengembangkan sayapnya sehingga keluar negara. Pelabur-pelabur asing terus melabur di dalam pelbagai sektor sebagai tanda mereka yangkin dengan perkembangan ekonomi Malaysia. Keadaan ini telah memberikan rakyat Malaysia ruang dan peluang mengumpul harta sehingga mampu melahirkan bukan setakat jutawan malah beberapa orang telah disenaraikan sebagai Billionaire.

Di bawah ini disenaraikan antara hasil atau kejayaan yang telah berjaya dicapai oleh kerajaan UMNO/BN akibat dari pemerintahan yang zalim dan menzalimi rakyat seperti mana yang diperkatakan dan war-warkan kepada rakyat.


Rumah mewah Menteri Besar selangor
1. Rizab Bank Negara pada tahun 1970 ialah RM12.75 billion manakala pada tahun 2012 pula ialah RM428.8 bilion (bersamaan dengan USD134.2 bilion) pada 29 Jun 2012 . (sumber)

2. Pendapatan Per Kapita tahun 1970 RM1,070 sekarang RM29,225. Maklumat lanjut sila klik di sini.

3. Kadar Kemiskinan tahun 1970 – 49.3% sekarang 3.8%

4. Bilangan sekolah tahun 1970 – 5,109 buah sekarang 10,019 buah.


5.Bilangan universiti tahun1970 – 3 buah sekarang 59 buah.

6. Bilangan Hospital tahun 1970 – 126 buah sekarang 376 buah

7. Purata Jangka Hayat tahun 1970 - 63.6 tahun sekarang 74.1 tahun

8. Pelaburan asing tahun 1970 – RM212 juta sekarang RM32.9 billion.

9. Populasi tahun 1970 10.9 juta sekarang 28.4 juta

10. Kematian bayi bagi setiap 1000 kelahiran hidup tahun 1970 - 39.4 orang sekarang cuma 7 orang


11. Jumlah subsidi setahun RM33 billion. Bermakna setiap rakyat mendapat secara purata RM7,560 setahun subsidi seorang sama ada tua, muda dan pelbagai kaum. 




Itu belum termasuk produk-produk terkini kerajaan seperti BRIM, KRIM, PRIMA, BBIM, KARISMA, KlIM, SLIM, SARA1, Menu Rakyat dan sebagainya.


Dari sudut sukan, Petronas F1, LIMA, Le Tour De Langkawi, Monsoon Cup, Sukan Komanwel, CIMB Asia Pacific Golf, Maybank Malaysia Open Golf.

Berjuta kereta Proton dimilik oleh rakyat Malaysia
GLC seperti Tabung Haji, Felda, Felcra, PNB, PERKIM, KLCC, Penang Bridge, KLIA, Putrajaya, Plus Highway, Telekom, TNB, POS Malaysia, Maybank, CIMB, Proton, Perodua, Modenas, Petronas dan puluhan lagi hasil kerajaan diterajui UMNO 

Ditubuhkan pulak Baitulmal, Mahkamah syariah , Pusat tahfiz, Universiti Islam, PERBANKAN ISLAM.

Kerajaan UMNO/BN juga mewujudkan sekolah khas untuk anak-anak yatim, rumah anak-anak yatim, rumah warga emas, bantuan kepada fakir miskin, subsidi baja kepada petani, subsidi diesel kepada nelayan.

Wooooh........jahat sungguh kerajaan UMNO/BN ni! 

Malaysia juga menjadi ahli tetap OIC, Salurkan bantuan kepada Palestine, Bosnia, Afghanistan dan negara-negara Islam yang ditimpa bencana, beri bantuan kepada jabatan agama Bosnia [melatih dan mengajar mufti ] dan banyak lagi sumbangan-sumbangan Malaysia yang diterajui oleh UMNO/BN. 

Wooooooo ... kejamnya kerajaan UMNO/BN! Kezaliman bertimpa-timpa.

Satu dunia sudah mengakui bahawa Malaysia yang diterajui oleh UMNO/BN adalah negara yang berjaya didalam dunia.. 

Ya Allah kejamnya kerajaan UMNO/BN. Takutnya aku, badan aku ini kurus kering sebab tak makan.... duduk pun tidak berbumbung, anak-anak tidak bersekolah, UMNO/BN tak buat sekolah, yang ade pun untuk anak-anak UMNO/BN sahaja, yang dapat bonus pun cuma orang-orang UMNO/BN sahaja, yang dapat durian runtuh pun orang-orang UMNO/BN sahaja, yang dapat kerjapun orang-orang UMNO/BN sahaja. 

Memang zalim dan kroni betul kerajaan UMNO/BN. Kenapa KEJAM sangat UMNO/BN kepada rakyat Malaysia.....!!!! semua salah umno kejam sangat kerajaan ni….

Mata perlu digunakan untuk melihat. Telinga digunakan untuk mendengar. Mulut digunakan untuk berkata-kata. OTAK DIGUNAKAN UNTUK BERFIKIR. 

Adakah anda telah menggunakan anggota badan ini yang telah dianugerahkan oleh Allah dengan sebaik-baiknya. Atau anda hanya menggunakannya untuk perkara-perkara yang menjadi fitnah dan berburuk sangka?