Jumaat, 13 Januari 2012

TAK PASAL-PASAL KENE GI KE KUIL HINDU ......

Hari ini aku letih betul. Ke hulu ke hilir nak menyelesaikan dan menyiapkan dokumen pinjaman PTPTN anak yang dapat masuk politeknik. Yang politeknik dan PTPTN pun satu hal jugak. Hari Selasa, 10 Januari 2012 keputusan kelulusan pinjaman PTPTN diumumkan. 15 Januari 2012 pihak politeknik dah nak kumpul semua dokumen sebab minggu berikutnya PTPTN dah nak kutip.


Semalam aku cetak dokumen-dokumen secara online. Pagi tadi berbaris kat Pejabat Pos beli setem hasil. Nak dapat 2 keping setem hasil kena tunggu dekat sejam. Lepas tu isi pulak maklumat dalam dokumen-dokumen tersebut. Kena pulak taip surat pengesahan isteri tidak bekerja. Sebab dalam senarai semak tersebut hendak surat pengesahan bagi isteri atau suami yang tidak bekerja. Yang tidak ada pendapatanlah maksudnya. Lepas itu kena pulak photostat salinan-salinan sijil SPM anak, kad pengenalan dan cetak slip gaji aku. Nak bukak laman web bapak la slownya sebab talian internet entah apa-apa. Laju lagi kura-kura berjalan.

Dah cukup semua dokumen, aku kena pulak jumpa pegawai atasan aku untuk dapatkan pengesahan bagi salinan-salinan dokumen yang diphotostat tadi dan sebagai saksi dalam dokumen perjanjian pinjman PTPTN. Dah siap semua ditandatangani oleh pegawai atasan aku, aku kena pulak cari Yang Berhormat untuk dapatkan tandatangan bagi surat pengesahan tidak bekerja bagi isteri aku pulak. Yang ni yang panas dalam sejuk ni.

Hari ini cuaca redup dan sejuk tapi hati jadi panas. Bukan sebab ada bara api dalam baju tapi susah sangat nak dapatkan tandatangan Yang Berhormat kita sendiri. Ketiga-tiga YB Parlimen dan DUN entah ke mana tak tau. Sibuk mengalahkan menteri. Dengarnya kat Dewan Rakyat tak ada pulak persidangan. Kat Dewan Undangan Negeri pun tak ada persidangan. Kalau ada sidang DUN kenapa YB Dun Damak, YB Dato' Lau Lee ada kat kawasan?

Patutpun rakyat jelata marah kat YB-YB yang amat sibuk ni. Nak jumpa untuk dapatkan tandatangan pun susah. Itu belum nak minta duit mereka. Patutnya bila dah jadi wakil rakyat senanglah rakyat nak berjumpa untuk urusan-urusan menandatangani borang-borang. Maklumlah sekarang ni musim anak-anak dapat tawaran belajar sana sini. Kalau sibuk sangat dengan kontrak dan berniaga, baik tak payah jadi wakil rakyat. Ramai lagi yang boleh jadi wakil rakyat. Kalau mereka pentingkan kontrak dan bisnes buatlah kontrak dan bisnes tu.

Mujur dan nasib baik lah ada seorang lagi yang sentiasa dekat dengan rakyat iaitu YB Dato' Lau Lee. Ibarat macam Ahli Parlimen dia di Jerantut. Manakan tidak, semua borang-borang bagi semua DUN dia yang tandatangani. Baik dia je jadi Ahli Parlimen. 

Oleh kerana hanya YB Dato' Lau Lee sahaja yang ada di kawasan, aku pun pergilah ke Pusat Khidmat DUN Damak untuk minta tandatangannya. Tak ada pulak dia di pejabat. Kata kerani di pejabatnya YB Dato' ada program dengan MIC di kuil hindu di batu 1. Nak tak nak terpaksalah aku menyusul dia di sana. Tak pasal-pasal hari ini aku pergi ke kuil hindu. Tapi program YB Dato' dengan MIC bukan di dalam kuil tapi di dewan di sebelah kuil tersebut. Dua tiga orang kawan yang lalu dari Jerantut menghala ke Damak agaknya pelik tengok aku berhenti dan berjalan kaki masuk ke dalam kuil. Dalam hati mereka mungkin tertanya-tanya, kenapa pulak kawan aku tu masuk ke dalam kuil?

Pilihanraya dah semakin dekat pun YB-YB kita ini masih dengan hal masing-masing. Tak ada lalulah nak bekerja keras melawat kawasan macam YB Dato' Lau Lee. Yang bagusnya YB Dato' Lau Lee ni memang bekerja keras dari dulu lagi. Kalau ada orang jemput dia mesti dia akan hadir. Tak kiralah majlis politik, kenduri kahwin, jamuan raya atau apa-apa sahaja majlis, biasanya dia akan hadir. Pendek kata kalau dia hadir sampai ke tempat basuh pingganlah dia bersalam dengan orang yang ada di majlis tersebut. Bukan nak kempen tapi itulah hakikatnya. YB-YB kita ....... hampeh. Nak hadir pun payah. Main pilih-pilih je kalau nak hadir dalam sesuatu majlis.

Entahlah apa nak jadi dengan Jerantut ni.

Ahad, 8 Januari 2012

DAP PECAT HASSAN ALI ........???


Seperti yang diduga ...... Hassan Ali telah dipecat serta merta daripada PAS. Hadi Awang telah melaksanakan suruhan 'tuannya' supaya Hassan Ali yang menyusahkan mereka dinyahkan daripada rumahtangga mereka. Nyata segala tindakan Hassan Ali mempertahankan Islam menjadi duri dalam daging kepada kafirin yang berusaha menyesatkan dan memurtadkan orang-orang Islam.


Aku dipecat????
Ulama suruhan kafirin yang akur dengan arahan dan suruhan 'tuannya' terpaksa memecat Hassan Ali yang berjuang mempertahankan maruah Islam demi undi kaum kafirin tersebut. Ulama lalang yang tiada pendirian dan prinsip ini lebih sayangkan kaum kafirin daripada berjuang bersama-sama Hassan Ali mempertahankan kesucian Islam. Perkara ini tidak mustahil berlaku kerana mereka juga sebelum ini telah 'mengkafirkan' orang-orang UMNO dan orang-orang yang tidak bersama-sama mereka menjadi orang suruhan kafirin.

PAS yang pecat tak apa. Jangan Allah pecat aku
Sudu-sudu yang lebih daripada kuah seperti yang disebutkan oleh Nasaruddin Mat Isa sebelum ini menghentam RJ dalam Facebook kononnya telah membuat cerita yang tidak benar dan membuat fitnah berhubung dengan 2 artikel sebelum ini iaitu Hassan Ali Ditembak dan Konspirasi Balas Dendam. Nyata hari ini Hassan Ali benar-benar telah dipecat. Esok lusa Nasaruddin Mat Isa pula akan menerima nasib yang sama.

Pemecatan tersebut telah disarkan di dalam Harakahdaily dan akhbar tabloid KOSMO pada 8 Januari 2012.

Hadi Awang menerima pujian daripada 'tuan-tuannya'
PAS pecat Hasan Ali

Harakahdaily 

KUALA LUMPUR, 8 Jan: PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali (gambar) sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS

Setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, PAS Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Dato’ Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan Parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS. 

Abdul Hadi Awang,
Presiden PAS

Antara persamaan dan bersamaan :
PAS = PKR = DAP = SYAITAN

Rabu, 4 Januari 2012

TUDUHAN SELEWENG WANG ZAKAT TIDAK DILAPORKAN DALAM LAPORAN AUDIT

Betul mereka ni ada telur

Cerita Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Bahrom dan 2 orang lagi menggunakan duit zakat yang disebarkan oleh orang PAS dan PKR nyata fitnah. PAS dan PKR begitu galak menyebarkan fitnah penyelewengan wang zakat MAIWP bagi pembayaran kos guaman beliau, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain dalam kes tuntutan qazaf Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjumlah sebanyak RM63,650.

Semalam Jabatan Audit Negara menjelaskan tuduhan penggunaan wang zakat sebanyak RM63,650 untuk menjelaskan kos guaman seperti disiarkan akhbar pembangkang tidak dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010. Bahagian Hal Ehwal Korporat Jabatan Audit Negara menyatakan bahawa fitnah yang disebarkan oleh pembangkang bukanlah dari sumber jabatan berkenaan.

Nyatalah di sini bahawa pembangkang terutama PAS dan PKR telah menyebarkan fitnah tersebut. Entah dari mana mereka mendapat sumber berita. Tapi yang nyata mereka memutarbelitkan kenyataan menjadi fitnah.

Mari kita lihat surat-surat yang berkaitan (baca di bawah). Selepas itu para pembaca boleh menilai siapa sebenarnya yang menyeleweng dalam erti kata menyelewengkan maklumat menjadi fitnah. Baca dengan jelas maklumat yang terdapat di dalam surat-surat tersebut.

Daripada surat penjelasan oleh surat balas oleh YB Dato' Seri Azmi Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara  kepada 3 orang wakil rakyat PKR iaitu Saifuddin Nasution (Ahli Parlimen Machang), Nurul Izzah Anwar (Ahli Parlimen Lembah Pantai) dan Kamaruddin Jaafar (Ahli Parlimen Tumpat) berhubung tuduhan penyalahgunaan wang zakat. Tidak menyatakan penyalahgunaan wang zakat MAIWP.

Begitu juga dengan surat jawapan balas oleh Ketua Audit Negara dan Laporan Audit Negara kepada YB Dato' Seri Azmi Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara tidak ada menyatakan MAIWP menyalahgunakan wang zakat. Yang dinyatakan ialah MAIWP mendahulukan wang guaman dengan menggunakan wang zakat kerana MAIWP belum menerima geran kerajaan (peruntukan sumber am) untuk perbelanjaan lain seperti perkhidmatan guaman, pentadbiran, elaun mesyuarat dan penyelenggaraan kenderaan.

Selepas MAIWP menerima geran kerajaan RM700,000 dan RM500,000, MAIWP telah memulangkan wang zakat yang digunakan mendahulukan kos guaman berjumlah RM63,650. Dalam rumusan Laporan Audit Negara ada dinyatakan :

Pelarasan jurnal berjumlah RM63,650 telah selesai dibuat sebelum penutupan akaun MAIWP pada tahun 2010. Sehubungan ini, peruntukan wang zakat yang didahulukan telah dibayar balik daripada peruntukan sumber am dan perbelanjaan ini telah disahkan oleh pihak audit.

Tidak ada dinyatakan oleh Audit Negara berlaku penyalahgunaan wang zakat oleh MAIWP terhadap wang zakat.


Penjelasan oleh Jabatan Audit Negara :


Tuduhan seleweng wang zakat tidak dilaporkan dalam Laporan Audit

KUALA LUMPUR 3 Jan. - Jabatan Audit Negara hari ini menjelaskan tuduhan penggunaan wang zakat sebanyak RM63,650 untuk menjelaskan kos guaman seperti disiarkan akhbar tidak dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010.

Bahagian Hal Ehwal Korporat jabatan itu dalam kenyataan hari ini memberitahu, sumber kenyataan tersebut bukan daripada jabatan berkenaan.

''Jabatan Audit Negara ingin memaklumkan bahawa kes penggunaan wang zakat untuk khidmat guaman tiada dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010,'' kata kenyataan itu.

Dakwaan penggunaan wang zakat untuk perkhidmatan guaman membabitkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Bahrom dan dua yang lain mula ditimbulkan akhbar pembangkang sehingga memaksa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) membuat penjelasan.

Dalam penjelasannya, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Dr. Muhammad Yamin memberitahu, majlis agama itu tidak menggunakan wang zakat sebaliknya menggunakan peruntukan khas geran kerajaan bagi menjelaskan kos guaman membabitkan ketiga-tiga responden berkenaan.


..............................................................................................................................................................


Surat-surat dan Laporan Audit dipetik daripada blog Anak Sungai Derhaka (Blog Pro Pembangkang)



Surat Jawapan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara kepada 3  YB PKR
Tidak ada dinyatakan pun berlaku penyalahgunaan wang zakat
Surat Jawapan oleh Ketua Audit Negara kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara
Juga tidak menyatakan berlaku penyalahgunaan wang zakat

Laporan Audit Negara 
Tidak menyatakan berlaku penyalahgunaan wang zakat


Laporan Audit Negara 
Tidak menyatakan berlaku penyalahgunaan wang zakat