Selasa, 26 Oktober 2010

Betulkah PAS adalah parti Islam?

BENARKAH PARTI PAS ADALAH PARTI ISLAM?
BENARKAH PARTI PAS MEMPERJUANGKAN ISLAM?
BENARKAH PARTI ISLAM MEMPERJUANGKAN RAKYAT?



Artikel ini berusaha memberi kesedaran kepada semua umat melayu islam mengenai penyelewengan yang benar-benar berlaku dalam parti yang mengaku memperjuangkan Islam tetapi pada hakikatnya mereka hanya mementingkan keduniaan semata-mata.

Pendedahan ini akan dipecah kepada lima siri. Untuk makluman pembaca sumber pendedahan ini adalah dari seorang pembantu kanan Nik Aziz pada tahun - tahun 1990an dahulu tetapi mengambil keputusan memasuki UMNO kerana kecewa dengan sikap dan pendirian pemimpin utama PAS terhadap pengenalan hukum Allah di negara ini.

Nama beliau ialah Ustaz Omar Khalid. Selepas beliau keluar dari PAS, beliau menerima pelbagai kutukan dan tohmahan dari pemimpin dan pengikut PAS yang tidak dapat menerima beliau sanggup mendedahkan keburukan dalaman parti.

Keadaan yang sama berlaku baru - baru di mana ketua dewan ulama PAS mendedahkan terdapatnya amalan rasuah dalam PAS semasa menghadapi pemilihan dalam muktamar PAS yang akan datang.

Sama-samalah kita membaca dan menilai kebenarannya. Saya tidak membuang barang sedikit kenyataan beliau hanya untuk menyampaikan kebenaran dari mulut Ustaz Omar Khalid sendiri.

Siri 1 banyak tipu rakyat ketika bersama PAS

1. Ustaz Omar Khalid – bukanlah nama besar dalam politik negara. Beliau Cuma tokoh sederhana dalam Pas di era 70-an dan 80-an. Pernah menjawat Ketua Dewan Pemuda Pas Terengganu dan Ketua Penerangan Pas Terengganu. Paling cekal, katanya, ‘menikmati’ ISA semata-mata kerana perjuangan Pas yang kononnya selari dengan Islam.

2. Ustaz Omar – dulunya berjanggut, berjubah dan berserban tetapi kini menukar gaya hidup lebih ‘moden’. Tetapi tetap mempunyai sifat tawaduknya kepada perjuangan Islam. Fasih bertutur dalam bahasa Arab dan bijak menghuraikan ayat suci al-Quran serta Hadis. Perjuangannya tetap satu – menegakkan kalimah ALLAH dan perjuangan Islam melalui UMNO pula.

3. “Dulu, masa dalam Pas, saya simpan janggut, berserban dan berjubah kerana diminta oleh pemimpin Pas. Mereka kata, bila simpan janggut, rakyat akan nampak kita warak, baik dan beriman. Ini akan memudahkan sokongan orang Melayu (Islam) kepada Pas,” katanya.

4. Kini, Ustaz Omar sudah sedar bahawa pemimpin Pas yang berjanggut, berserban dan berjubah Cuma bertujuan untuk mengabui mata orang Islam sahaja. Mereka tidak ikhlas melakukan segala bentuk sunnah Rasulullah itu.

5. “Lebih baik saya tidak berjanggut daripada menyimpan janggut tapi tidak ikhlas. ALLAH akan laknat kita ke dalam api neraka,” tegasnya disambut tepukan gemuruh para hadirin di Kampung Jakang (dalam DUN Kadok) yang merupakan kubu kuat Pas sejak merdeka lagi.

6. Mendengar ceramah yang disampaikannya, cukup menarik. Beliau seorang yang bersahaja, tetapi isi ceramahnya penuh dengan fakta. Pokoknya, Pas yang menjadikan dirinya hebat di mata perjuangan parti, tetapi berdosa kepada ALLAH kerana berbohong besar.

7. Menurutnya, pembohongan ini dibuat semata-mata untuk menarik rakyat menyokong Pas. Pelbagai fatwa dikeluarkan kerana diajar oleh tok gurunya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

8. “Saya merupakan anak murid yang paling disayangi oleh Nik Aziz (Datuk). Saya berada di bawah ‘ketiaknya’ ke mana saja pergi dan sanggup melakukan apa saja demi perjuangan Pas,” demikian katanya.

9. Sebagai bukti ‘anak emas’ Datuk Nik Aziz, Ustaz Omar pernah diberi tugas menggantikan Mursyidul Am Pas sebagai tenaga pengajar di Kelab (Pejabat) Pas Kota Bharu pada hariJumaat.

10. Setelah bergiat selama 35 tahun dalam Pas, segala-galanya berubah bila Pas berjaya menawan Kelantan pada tahun 1990. Perjuangan yang dikecapi melalui Pas sejak tahun 1956 bertukar menjadi medan permusuhan yang amat besar kerana semata-mata ALLAH telah membuka hidayah kepadanya.

11. Fakta yang jelas, katanya: “PAS TERLALU BANYAK MEMBOHONGI RAKYAT.” Paling besar pembohongan Pas ialah ingin mewujudkan perundangan Islam di Kelantan sebaik sahaja mendapat kuasa pada pilihanraya tahun 1990.

SIRI 2. PAS MENIPU RAKYAT DENGAN MENCANANG PAS AKAN MENUKAR PERLEMBAGAAN SEDIA ADA KEPADA HUKUM ISLAM PADA PRU TAHUN 1990

1. “Pada kempen pilihanraya tahun 1990, kita (Pas) berjanji akan menukarkan perlembagaan Kelantan kepada Islam jika berkuasa. Nik Aziz yang memberi jaminan ini dan diikuti oleh pemimpin Pas yang lain.

2. Tahun demi tahun, Ustaz Omar Khalid melihat pemerintahan Pas tidak ke mana. Keadaannya tetap serupa dengan pemerintahan UMNO/BN. Hinggalah tahun 1993, beliau bertemu dengan Datuk Nik Aziz di rumahnya bertanyakan tentang perundangan Islam yang bakal dilaksanakan di Kelantan.

3. Lagipun, pada waktu itu, pemimpin Pas telah mula menggomol balak. Kebendaan telah menjadi perhatian utama pemimpin Pas terutamanya wakil rakyat. Ini juga menjadi tajuk perbualannya dengan Datuk Nik Aziz.

4. Bagaimanapun, Datuk Nik Aziz memberikan jawapan yang cukup mengecewakannya. Menteri Besar Kelantan mengibaratkan Pas cuma ada kaki saja, tetapi badannya tidak ada. Maksudnya, Kelantan saja diperintah oleh Pas tapi Pusat oleh BN.

5. Satu lagi alasan Datuk Nik Aziz ialah politik sama seperti sebuah peperangan yang penuh dengan tipu muslihat. Jadi, Pas terpaksa menipu untuk memenangi ‘peperangan’ dalam pilihanraya.

6. “Setelah Nik Aziz berkata demikian, saya terus mengucapkan selamat tinggal dan tidak akan menjejakkan kaki lagi ke dalam Pas.” demikian tegas Ustaz Omar. Sejak itu, dia tidak pernah bertemu Datuk Nik Aziz sehingga sekarang.

7. Paling serius, Ustaz Omar berkata, beliau sanggup menerima balasan dari ALLAH jika kenyataan yang dibuatnya dalam ceramah tersebut sebagai suatu pembohongan. Kesemua ucapannya adalah benar sebagai ‘membalas dosa’ yang selama ini membohongi rakyat tentang perjuangan Pas yang sememangnya tidak selari dengan kehendak Islam.

8. Setelah mengucapkan selamat tinggal kepada Pas, beliau berdiam diri beberapa lama sambil membuat perbandingan antara perjuangan yang dibawa oleh UMNO dan
Pas. Akhirnya, beliau membuat satu keputusan yang jitu – MASUK UMNO.


SELEPAS INI KITA AKAN TAHU BAGAIMANA PEMIMPIN - PEMIMPIN PAS YANG MENGAKU TERLALU ALIM DAN ISLAM INI MENYALAHGUNAKAN KUASA DAN WANG PARTI...


SIRI 3 PENYALAHGUNAAN KUASA

 
1. Padanya, terlalu banyak Datuk Nik Aziz melakukan penipuan termasuk penyalahgunaan kuasa yang diamanahkan oleh rakyat. Buktinya, kata beliau, Menteri Besar Kelantan sanggup menerima kereta Mercedes yang mewah dengan menggunakan wang rakyat. Nombor platnya DH 55.


Kereta rasmi MB Kelantan


2. Persoalannya: “Tidak selesakah Nik Aziz (Datuk) dengan kereta Mercedes S320 yang bernombor DAB 80 itu?” Sedangkan kereta itu juga mewah dan masih digunakan oleh kebanyakkan orang kaya tapi nampaknya angan-angan Mursyidul Am Pas itu cukup besar. Khayalannya untuk menaiki kereta mewah melampaui seorang jutawan. Adakah ini selari dengan sunnah rasul?

3. “Kita tidak cemburu jika kereta Mercedes baru berharga hampir setengah juta ringgit (RM1/2 juta) itu dibeli dengan menggunakan wang sendiri. Tapi dia tahu hukum hakam, sanggup pula guna harta rakyat secara boros. Boros adalah saudara syaitan. Di mana sifat ulama yang ada pada Datuk Nik Aziz?


Ini pun agaknya kereta rasmi MB Kelantan


4. Ustaz Omar berkata, jika beliau terus kekal dalam Pas, dirinya akan berdosa besar. Dia tidak sanggup bersekongkol dengan parti yang membelakangkan Islam. Apatah lagi janji Pas untuk menunaikan kehendak Islam tidak tertunai sehingga kini walaupun sudah 17 tahun menerajui Kelantan.


Kalau betul tak nak membazirkan duit rakyat
pakai kereta ini, sudah tentu menjimatkan

5. “Kalau saya kekal dalam Pas, tentu dapatlah merasai hidup mewah. Paling tidak, dapatlah rasa duit balak sebatang dua!” katanya. Tapi hakikat perjuangan lebih memihak kepadanya untuk bersama UMNO.

6. Semasa dalam Pas dulu, Ustaz Omar merupakan taukeh kaset (rakaman ceramah Pas) yang sangat terkenal dengan nama Pustaka al Jihad 7. Kini, syarikat itu dijual kerana ianya bertentangan dengan kehendak Islam dan menjaja janji Pas yang tidak tertunai. Dia tidak bersedia untuk bersekongkol dengan Pas yang gagal menjadikan Islam sebagai addin.

7. Setelah bergelumang dalam perjuangan Pas, ada banyak lagi peristiwa menarik lain yang dipelopori oleh Ustaz Omar. Ikuti lagi peristiwa besar yang dilakukannya dalam siri akan datang…

SELEPAS INI KITA AKAN LIHAT KEPINCANGAN DAN KETIDAKTELUSAN KEPIMPINAN PAS DALAM MELAKSANAKAN SESUATU KEPUTUSAN BERDASARKAN PENGALAMAN USTAZ OMAR.

SEMOGA TERBONGKAR KEMUNGKARAN DAN MENYEDARKAN NIAT SEBENAR MEREKA YANG BERHASRAT UNTUK MEMERINTAH NEGARA INI DENGAN MENGGUNAKAN ISLAM SEBAGAI LANDASAN PERJUANGAN.

Khamis, 21 Oktober 2010

Pengakuan Ikhlas

USTAZ OMAR BIN KHALID

Ustaz Omar Khalid bukanlah nama besar dalam politik negara. Beliau cuma tokoh sederhana dalam Pas di era 70-an dan 80-an. Pernah menjawat Ketua Dewan Pemuda Pas Terengganu dan Ketua Penerangan Pas Terengganu. Paling cekal, katanya, ‘menikmati’ ISA semata-mata kerana perjuangan Pas yang kononnya selari dengan Islam. Ustaz Omar – dulunya berjanggut, berjubah dan berserban tetapi kini menukar gaya hidup lebih ‘moden’. Tetapi tetap mempunyai sifat tawaduknya kepada perjuangan Islam. Fasih bertutur dalam bahasa Arab dan bijak menghuraikan ayat suci al-Quran serta Hadis. Perjuangannya tetap satu – menegakkan kalimah ALLAH dan perjuangan Islam melalui UMNO pula.

Omar Khalid yang juga merupakan bekas "anak emas" hasil didikan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat yang pernah diberi ruang menyampaikan Kuliah Jumaat di bangunan PAS Kota Bharu

PENDAHULUAN

Al-Hamdulillah syukur saya kehadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya dapat saya melahirkan satu risalah yang agak ringkas ini. Pada tanggapan saya risalah ini amat wajar dibaca dan diketahui oleh masyarakat Islam, khususnya kepada para mujahid yang mengaku dirinya berjuang pada jalan Allah.

Dalam membincangkan risalah ini, saya mengharapkan semua pihak membuat pertimbangan dari sudut kacamata Islam tulen, bukannya perasaan. Selain itu, kacamata bahaya yang meracuni atau menghantui fikrah kedegilan berparti juga mestilah diambil kira.

Dalam risalah ini saya memfokuskan perbincangan mengenai realiti parti Islam berdasarkan sumber Islam yang sebenar, yang sewajarnya difahami dan dihayati oleh seluruh para mujahidin. Di samping itu, saya turut mengupas beberapa persoalan berkait dengan pimpinan parti yang mendakwa memperjuangkan Islam.

Kepada mereka yang belum menghayati parti PAS secara mendalam, sudah pasti agak sukar untuk menghurai secara terperinci keadaan ini, baik dari segi kemudaratan, mahupun kesannya terhadap minda. Mendengar cerita Parti PAS daripada peraih-peraih yang tak sempat membelinya dari pohon Pas yang asli, sudah pasti tidak memperolehi buah yang segar.

Oleh itu melalui risalah ini diharapkan anda akan memperolehi buah yang asli dan agak muktamad kerana saya telah menghayati parti PAS sejak tahun 1956 lagi. Akhir sekali ingin saya tegaskan bahawa tulisan yang sedang anda tatapi ini merupakan suatu cetusan rasa hati kecil saya, yang sekali gus boleh dianggap sebagai rahsia peribadi saya bersama parti PAS selama ini, yang akhirnya saya meninggalkan Parti Pas.

PENGENALAN

Untuk pengetahuan para pembaca, saya orang yang pertama mengasaskan Pustaka al-Jihad yang berperanan mengeluar dan mengedarkan kaset serta video ceramah anjuran parti PAS ke seluruh negara Malaysia. Sebahagian besar pengeluar dan pengedar kaset ceramah parti PAS di seluruh Malaysia sekarang ini adalah mempelajarinya daripada saya.

Dalam pilihanraya umum tahun 1990 saya kuat berkempen bagi memastikan kemenangan PAS di Kelantan. Setelah lebih kurang tiga tahun kerajaan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) memerintah Kelantan. Jelas menampakkan bahawa pemimpin PAS tidak menghayati al-Quran serta as-Sunnah Nabi s.a.w. sebagaimana yang dijanjikan. Lalu saya menemui YAB Menteri Besar Kelantan Dato' Haji Nik Ab Aziz Nik Mat di rumah kediaman rasmi YAB di JKR 10, iaitu pada 23 haribulan Mac tahun 1993. Pertemuan tersebut turut disaksi oleh beberapa pemimpin kanan PAS seperti Ustaz Ab Halim Ab. Rahman, Haji Mohd Amin Yaacob selaku Penasihat Khas kepada Menteri Besar pada ketika itu.

Dalam perbincangan tersebut saya telah diberitahu oleh YAB Menteri Besar Kelantan bahawa janji-janji pas dengan rakyat mengenai Islam memang banyak yang kita tidak mampu untuk melaksanakannya. Bermula dari detik itulah saya mula mengkritik dan menentang pemimpin PAS. Saya lakukan segalanya demi menyelamatkan umat Islam supaya jangan terpedaya dengan slogan “KePimpinan Ulama” tetapi tidak mencerminkan sebagai “Ulama Pewaris Nabi-Nabi” dan agar tidak terlalu taksub atau patuh secara membuta-tuli kepada pimpinan PAS yang menjadikan penyokong PAS sebagai batu loncatan untuk mencari kesenangan, kekayaan dan kemuliaan diri pemimpin PAS.

Insyaalah penjelasan yang akan saya kemukakan dalam risalah yang agak ringkas ini dapatlah saya simpulkan bahawa fakta-fakta yang akan saya perjelaskan inilah yang menyebabkan saya membuat keputusan untuk menarik diri daripada berjuang bersama-sama dengan pimpinan parti PAS yang ada kini.

PARTI ISLAM

Tidak boleh dinafikan bahawa Allah SWT secara jelas dan tegas memperkenalkan “Parti Allah”. Islam telah menetapkan dan mengarahkan umatnya agar memasuki Parti Allah jikalau Parti Allah itu benar-benar wujud. Dalam konteks ini, adakah Parti PAS termasuk dalam kategori atau sebagai wadah yang dimaksudkan itu?

Firman Allah di dalam al-Quran yang bermaksud:

Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah, dan Rasul-Nya, serta orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah) Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan Rasul-Nya serta orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya parti Allah itulah yang tetap menang (Surah Al-Maidah ayat 55 - 56).

Allah berfirman lagi dalam ayat 22, surah al-Mujadilah:
Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allh dan hari akhirat, tergamak berkasih mesra dengan orang yang menentang (perintah) Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka, dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripada-Nya; dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah redha akan mereka dan mereka redha (serta bersyukur) akan nikmat pemberian-Nya. Merekalah penyokong-penyokong parti Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong parti Allah itu ialah orang yang berjaya

Ciri-ciri Parti Allah yang Hakiki

Kedua-dua maksud ayat di atas menjadi sumber utama tentang ciri-ciri Parti Allah dan sifat-sifat pendukungnya.

Antara sifat-sifat pendukung Parti Allah berdasarkan maksud ayat di atas ialah:

1.        Benar-benar beriman kepada Alah dan Rasul dan menjadikan kedua-duanya (Allah dan Rasul) sebagai pemimpin serta tempat rujuk bagi segala perkara.
2.        Melantik orang-orang beriman sebagai pemimpin.
3.        Beriman kepada hari akhirat.
4.        Mendirikan sembahyang fardhu.
5.        Mengeluarkan zakat.
6.        Benar-benar patuh kepada perintah dan hukum Allah.
7.        Tidak berkasih sayang dengan orang yang menentang agama (ingkar hukum) Allah.
8.        Tidak bersikap asobiah qaumiah. Yakni tidak bertolak ansur dalam menjalankan kegiatan Islam walaupun dengan ibu bapa, anak-anak, saudara mara dan kaum kerabat sekiranya mereka itu anti Islam atau melakukan maksiat dan kemungkaran.

Selain daripada ciri-ciri seperti yang dinyatakan di atas, maka para ulama telah merumuskan lagi intisari daripada al-Quran tentang ciri-ciri Parti Allah atau Jemaah Islamiah yang sebenar.

Antaranya ialah:

Dapat menegakkan kebenaran (sistem hidup) secara syumul di dalam parti itu.

·    Menzahirkan kebenaran yang dimaksudkan di sini ialah mewujudkan sistem hidup Islam seperti sistem keluarga, masyarakat, ekonomi, sistem sosial, kesihatan, kebajikan, media massa, dakwah dan perhubungan serta lain-lain secara Islam. Dengan sistem hidup itu mereka dapat mengisi program hidup harian, dan juga dapat menampung hidup, sekaligus dapat memberi khidmat kepada masyarakat.

·    Masyarakat pula dapat menumpang perbagai kemudahan itu. Sistem-sistem yang ditegakkan itu bukanlah ditiru daripada sistem jahiliah yang bersifat sekular atau bercampur-baur dengan perkara mungkar seperti sistem-sistem hidup tajaan orang-orang Barat. Tetapi ia benar-benar berbeza dengan segala sistem hidup ciptaan manusia, Kemunculan sistem hidup Islam itu memang mencabar sistem sekular seterusnya berlaku pertembungan baik dari segi minda mau pun dari segi amali cara hidupnya. Walau bagaimanapun sistem Islam dalam Parti Allah itu tetap menang dan hidup lancar, tanpa boleh diganggu-gugat atau dirosakkan kerana ia sentiasa diberi pertolongan oleh Allah SWT.

·    Parti Allah yang hakiki adalah bersifat sejagat, iaitu dianggotai oleh segala jenis bangsa di perbagai negara. Bukan bersifat lokal di negeri sendiri. Demikian juga pemimpinnya boleh diterima oleh masyarakat sejagat. Pembawaan pati itu dapat mengisi keinginan umat yang menyintai kebenaran dan perpaduan sejagat. Oleh itu parti Allah mampu mengisi fitrah semua manusia tanpa dibatasi oleh bangsa dan agama, juga tidak dibatasi oleh peringkat umur, golongan dan taraf pendidikan.

·    Dengan itu Parti Allah dapa menjadi model perpaduan sejagat kerana di dalamnya ada pelbagai bangsa yang mengamalkan satu sistem hidup yang sama. Yang berlainan agama pula akur dengan sesuatu yang memang selari dengan fitrahnya, kerana agama Islam adalah agama fitrah manusia tanpa ada apa-apa kepentingan yang bernilai rendah (remeh-temeh). Walaupun mereka belum menukar akidah, tetapi dengan kebenaran syariat zahir mereka boleh menerima kebenaran parti Allah dengan dada terbuka.

·    Parti Allah tidak bergantung harap kepada musuh dalam sebarang sistem dan keperluan hidup anggota dan juga partinya. Bahkan tidak terlibat sama sekali dengan sebarang bentuk mungkar. Parti Allah mempunyai keupayaan tersendiri yang dapat menampung keperluan anggota, sehingga semua masyarakat lain (penganut agama lain) memerlukannya. Contohnya ialah seperti berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w. dan pada zaman para sahabat. Baginda s.a.w. iaitu Islam ketika itu menjadi tempat rujukan dan dicontohi dalam semua persoalan.

·    Parti Allah, walaupun ia belum sampai ke taraf sebuah negara atau sebuah kerajaan besar, namun ia merangkumi sebuah sistem hidup yang lengkap seolah-olah menyerupai prinsip dalam sesebuah negara atau kerajaan. Bahkan ada sudut-sudut tertentu yang kerajaan besar mencontohinya, hasil daripada kebenaran yang dibawa oleh parti Allah.

·      Parti Allah memang dimusuhi oleh semua jenis taghut, tetapi ia tidak dapat dihancurkan dan dikalahkan oleh musuhnya, kerana Allah sendiri telah berjanji melalui lidah kekasih-Nya (Rasullah s.a.w.) akan sentiasa memelihara parti Allah daripada dirosakkan oleh orang yang membencinya. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Sentiasalah ada satu toifah (puak) yang dapat menzahirkan kebenarana di tengah-tengah masyarakat, dia tidak dapat dirosakkan oleh orang yang menentangnya. Ia tetap kekal dan hidup sehingalah hari kiamat”. (Riwayat Muslim, at-Tirmizi dan Ibnu Majah).

·      Parti Allah kaya dan pendukungnya miskin. Bukan disebaliknya iaitu partinya miskin, sedangkan para pemimpinnya menjadi kaya raya sehingga ada yang memiliki banglo bertingkat-tingkat dan mempunyai beberapa buah kereta mewah yang sekali gus menunjolkan kekayaan mereka. Kekayaan mereka pula tidak disumbangkan kepada parti yang didukunginya bagi menstabilkan imej perjuangan Islam.

·      Antara sebab-sebab Parti Allah menjadi kaya ialah kerana pendukungnya termasuk para pemimpinnya kuat berjihad dan banyak berkorban. Mereka berjuang kerana Allah bukan kerana mencari kepentingan dalam parti. Jikalau pun ada yang berkhidmat sepenuh masa mereka cuma mengambil habuan untuk keperluan hidup semata-mata.

·      Kita dapati sesetengah pemimpin Parti Allah yang lampau merupakan individu yang kaya sebelum menyertai Parti Allah, tetapi setelah berjuang bersama Parti Allah mereka menjadi miskin. Ini menepati sejarah Rasulullah s.a.w. dan para sahabat seperti saidina Abu-Bakar saidina Othman, saidina Ab.Rahman bin ‘Auf dan sebagainya. Pemimpin-pemimpin tersebut sebelum menyertai Parti Allah mereka terdiri daripada tokoh-tokoh korporat dan para saudagar. Tetapi setelah berjuang dalam Parti Allah mereka telah mengorbankan harta ke jalan Allah sehingga mereka menjadi miskin.

·      Parti Allah dinaungi oleh masyarakat sejagat. Puncanya ialah kerana perjuangan mereka membawa mesej sejagat. Sebab itu ia mampu mengembangkan Islan ke serata dunia, kadang-kadang tidak perlu melalui peperangan dan penaklukan fizikal. Caranya ialah dengan menyebar dan memautkan hati-hati insan dengan fitrah (tabiat semulajadi) kasih sayang sejagat dan juga aktiviti-aktiviti bercorak kebendaan dan kebenaran yang diperlukan oleh masyarakat serta sesuai dengan semua fitrah manusia.

·      Kekuatan Parti Allah tidak terletak kepada kekuatan kebendaan semata-mata, tetapi kepada kekuatan taqwa. Oleh itu penekanan asas dalam pendidikan pendukungnya ialah iman dan taqwa, ukhwah dan kasih sayang, pengorbabanan, syura dan takut kepada neraka.

Ciri-ciri Pendukung Parti Allah

Pendukung Parti Allah jumlahnya sedikit. Ia menepati apa yang disebut oleh Allah di dalam al-Quran sebagaimana Firman-Nya yang bermaksud:

Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hamba-Ku yang bersyukur.
(Surah Saba' ayat 13)

Firman Allah lagi yang beramaksud:

Wahai Nabi, peransangkanlah orang yang beriman itu untuk berperang. Jikalau ada di antara kamu dua puluh orang yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan dua ratus orang (daripada pihak musuh yang kafir itu); dan jikalau ada di antara kamu seratus orang, nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang dari golongan yang kafir, disebabkan mereka (yang kafir itu) orang yang tidak mengerti.

Yang dimaksudkan dengan jumlah sdikit dan 20 nisbah 200 dan 100 nisbah 1000 musuh itu ialah orang yang bertaqwa, dinilai dariapada segi kualiti iman dan taqwa bukan dari segi tenaga fizikalnya.

Firman Allah SWT lagi yang bermaksud:

"Berapa banyak yang pernah terjadi, golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah, dan Allah sentiasa bersama-sama orang yang sabar". (Surah Al-Baqarah ayat 249)

Jumlah yang sedikit itu juga terdiri daripada pelbagai profesyen. Ada golongan petani, pelajar, pensyarah, ahli perniagaan, orang miskin, orang kaya, berpendidikan agama, berpendidikan sains, ahli politik, pegawai kerajaan, polis, tentera dan lain-lain. Tetapi semua profesionalisme mereka digunakan untuk memajukan Islam bukan digunakan untuk mencari keuntungan peribadi.

Pendukung Parti Allah berada di serata pelusuk bumi. Walaupun antara mereka tidak kenal mengenal antara satu sama lain disebabkan tinggal berjauhan, dan tidak pernah berjumpa, tetapi sikap tindak tanduk, minda, dan juga akhlak mereka sama iaitu ingin memajukan Islam. Seolah-olah mereka itu datang daripada satu keluarga.

Gambaran sedemikian telah digambarkan oleh Saidina Ali k.r.w katanya: “Allah mengumpul dan melengkapkan pilihan para sahabat Rasulullah s.a.w. untuk peperangan Badar sebanyak bilangan tentera Tholut, iaitu 313 lelaki. Sifat-sifat mereka ibarat singa yang baru keluar dari hutan. Hati-hati mereka bagai kepingan besi (cekal). Jikalau mereka ingin untuk mengubah bukit, nescaya mereka dapat mengubahnya dari tempat asal (kerana kuat azam dan cita-cita mereka). Gaya mereka adalah sama, begitu juga bentuk pakaian mereka seragam, mereka juga kelihatan seolah-olah datang daripada satu keturunan, (kerana hubungan kasih sayang dan ikhwah mereka rapat)” (Daripada kitab Aqdud Durar Akhbar Al-Muntazar).

Ikatan ukhwah antara para pengikut parti itu ibarat batu bata yang tersesun rapi. Ia juga boleh diibaratkan sebagai satu tubuh badan, mana-mana satu anggota yang sakit maka anggota yang lain akan terasa sakit juga. Sifat itu seperti yang digambarkan oleh Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Sikap orang mukmin sesama mukmin yang lain ibarat batu bata pada sebuah bangunan. Satu sama lain saling kuat-menguat dan sokong-menyokong”. (Riwayat Muslim)

Mereka menjadi singa pada siang hari (hebat dan kuat berjuang) dan menjadi ‘abid pada malam hari (bangun beribadah malam dan bermunajat dengan Allah).

Tidak terlibat dengan riba’, maksiat, dan sistem hidup orang lain, juga tidak bergantung hidup kepada yang lain selain daripada Parti Allah kerana mereka mempunyai sistem hidup dalam partinya sendiri dan kehidupan harian mereka dijamin oleh parti yang menyediakan pelbagai projek kemajuan bagi menampung keperluan harian mereka.

Pendukung parti Allah bukan hanya didedahkan tentang hukum Allah dari segi persoalan jinayat, hudud atau yang ada hubungan dengan negara semata-mata. Malah hukum-hukum lain yang berhubungan dengan diri, keluarga, masyarakat, pekerjaan, pendidikan, pertanian, perubatan dan sebagainya. Bahkan mereka berusaha ke arah untuk menegakkannya.

Pendukung parti Allah cinta kepada Allah lebih daripada segala-galanya sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

Katakanlah (wahai Muhammad): “Jikalau bapa-bapa kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara kamu, isteri-isteri atau suami-suami kamu, kaum keluarga kamu, harta benda yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu suaki, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan daripada berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya): kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka). (Ayat 24 surah at-Taubah)

Tidak sombong kerana pengikut ramai, sebagaimana firman Allah dalam surah At-taubah ayat 25 yang bermaksud:

Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam banyak medan perang dan juga dalam medan Perang Hunain, iaitu semasa kamu merasa megah dengan sebab bilangan kamu yang ramai: pada hal bilangan yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikitpun, dan semasa kamu merasa bumi yang luas itu menjadi sempit kepada kamu, kemudian kamu berpaling undur melarikan diri disebabkan ketakutan. (Surah at-taubah ayat 25)

Dalam peperangan “Hunain” tentera Islam telah diserang hendap sehingga banyak di antara mereka yang telah betempiaran lari (pada hal pada permulaan perang mereka berasa megah dengan ahli perang yang ramai) kecuali Rasulullah s.a.w.; dan sebilangan kecil sahabat-sahabat baginda yang bertahan menentang musuh dengan gagahnya. Setelah orang-orang Islam yang bertempiaran itu mendengar seruan Rasulullah s.a.w.. Memberi semangat, kembalilah mereka beramai-ramai, maka pada peringkat akhirnya tentera Islam berjaya menghancurkan musuhnya.
Tidak tamak kepada kemewahan dan harta benda dunia sebagaimana Firman Allah dalam Surah al-Baqarah atat 249 yang bermaksud:

Kemudian apabila Talut keluar bersama-sama tenteranya, berkatalah ia: “Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan sebatang sungai, oleh itu sesiapa antara kamu yang meminum airnya maka bukanlah ia daripada pengikutku, dan sesiapa yang tidak merasai airnya maka sesungguhnya ia daripada pengikutku, kecuali orang yang menceduk satu cedukan air dengan tangannya”. (Sesudah diingatkan demikian) mereka meminum juga air dari sungai itu (dengan sepuas-puasnya), kecuali sebahagian kecil daripada mereka. Setelah Talut bersama-sama orang-orang yang beriman menyeberangi sungai itu, berkatalah orang-orang yang meminum (sepuas-puasnya): “Kami pada hari ini tidak terdaya menentang Jalut dan tenteranya”. Berkata pula orang-orang yang yakin bahawa mereka akan menemui Allah:”Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah; dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang sabar”. (Ayat 249 Surah Al-Baqarah).

Demikianlah serba sedikit gambaran tentang ciri-ciri Parti Allah atau Parti Islam yang sebenar. Sekarang marilah pula kita sama-sama melihat kepada jemaah atau parti PAS yang ada di Malaysia ini.

Parti PAS

Di Malaysia, jemaah PAS telah menamakan partinya sebagai Parti Islam. Namun dari segi nama memang parti pas adalah Parti Islam, tetapi ciri-ciri yang sepatutnya terdapat pada sesebuah Parti Islam yang sebenar itu tidak ada pada parti PAS, sebab itu ia tidak layak dianggap sebagai Parti Islam atau Parti Allah yang hakiki. Sesungguhnya dasar, teknik, kaedah, sifat, pendekatan, matlamat dan lain-lainnya, terlalu berbeza jikalau dibandingkan dengan Parti Allah yang sebenar dengan parti politik PAS.

Parti Allah atau Parti Islam bukan terletak kepada nama semata-mata, bahkan turut tertakluk kepada ciri-cirinya. Kalau namanya sahaja Islam sedangkan dasar, uslub, teknik dan pendekatan perjuangannya tidak Islamik, maka ia bukan Parti Allah atau Parti Islam. Oleh itu kita jangan mudah keliru dengan label Islam yang dipakai, sebaliknya lihatlah pada dasar, amalan dan praktikal harian pemimpin serta anggota-anggota parti berkenaan.

PAS berani mendakwa yang ia adalah “Parti Islam” Golongan yang berani mendakwa sedemikian ialah terdiri daripada para ulama’ dan pemimpin PAS kini. Pada peringkat awal penubuhan PAS dulu, mereka hanya mengatakan bahawa Parti PAS adalah parti orang-orang Islam sahaja, padahal minda dan syakhsiah peribadi pemimpin-pemimpin PAS serta ahli-ahlinya yang pertama dulu adalah lebih baik jikalau dibandingkan dengan akhlak dan budi bicara pemimpin dan penyokong PAS sekarang.

Memang semua orang berhak mendabik dada mengatakan partinya bernar dan mengikut Rasulullah. Tetapi kebenaran adalah milik Allah, pengukur yang sebenar ialah Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.
Bertolak dari sini marilah sama-sama kita mengkaji tentang kenapakah parti PAS ditubuhkan? Selepas itu kita mengkaji pula cara-cara perjalanannya, adakah ia sesuai dengan kehendak Allah dan Rasul-Nya?

Sesungguhnya penubuhan Parti PAS tidak lebih daripada sebuah organisasi serpihan UMNO. Ia sekadar merupakan sebuah organisasi segelintir bangsa Melayu yang kecewa dengan organisasi bangsa Melayu yang lain. Adalah dimaklumkan; walaupun parti PAS dicipta atas kehendak sedemikian.

Apa yang jelas ialah, organisasi parti PAS telah menerima perjuangan berdasarkan sistem demokrasi. Tindak-tanduknya juga jauh menyimpang daripada menghayati dan mencontohi sirah Rasulullah atau mengikut ijma’ fi’li (perbuatan para sahabat Nabi s.a.w..). Untuk itu marilah kita bersama-sama mengkaji satu persatu secara ilmiah demi menentukan adakah Parti PAS benar-benar berjuang mengikut landasan dan menepati ciri-ciri Jemaah Islam tulen. (Sila kaji perlembagaan Pas)

Mengenal Parti PAS

Perjuangan parti PAS bukanlah untuk membentuk peribadi dan rumah tangga Muslim sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam(alBatul-Muslim). Bahkan sasaran pemimpin PAS yang utama adalah untuk mengislamkan pentadbiran negara semata-mata, pada hal Islam bermula daripada peribadi Muslim dan rumah tangga Muslim barulah Darul-Islam (Negera Islam).

Kita pernah dengar dulu gendang "hukum hudud" dicanang habis-habisan sehingga mereka terlupa kepada soal-soal ibadah pemimpin dan ahli-ahlinya, kerohanian, akhlak, khidmat masyarakat dan kasih sayang sesama mereka dan juga sesama golongan Islam yang lain. Mereka lupa kepada akhlak pemimpinnya yang suka memaki dan menghina orang lain, menuduh golongan yang tidak menyokong jemaah politik mereka sebagai kafir. Taghut dan menentang Islam. Mereka sengaja melupakan ayat-ayat Allah yang telah menggaris lebih awal lagi; bahawa orang Islam tidak boleh menghina kumpulan atau individu lain, kerana mungkin kumpulan mereka lebih baik. Mereka juga lupa kepada arahan Allah agar jangan memaki hamun walaupun kepada berhala yang disembah oleh orang-orang yang byukan Islam demi menjaga akhlak dan tutur kata umat Islam dan juga hikmat-hikmat lain. Jikalau kepada berhala yang jelas batil itu pun Allah melarang menggunakan perkataan yang tidak sopan terhadapnya, maka adakah boleh kita memaki hamun kepada sesama manusia, lebih-lebih lagi kepada manusia yang sama berkiblat dengan kita sebagaimana yang dilakukan oleh para pemimpin PAS?

Ayat al-Quran yang melarang daripada memaki orang lain.

Maksudnya:

Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain daripada Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan. (Surah al-An'am ayat 108)

Ayat al-Quran yang melarang daripada menghina orang lain.

Maksudnya:

Wahai orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (daripada kaum lalaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak daripada kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah daripada kamu menyatakan keaipan setengahnya yang lain; dan jangan pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat daripada perbuatan fasiknya itu maka merekalah orang yang zalim. (Surah al-Hujuraat ayat 11)

Ayat Allah menyuruh bercakap baik.

Maksudnya:

Perkataan yang baik dan memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada pemberian yang diiringi dengan perbuatan atau perkataan yang menyakitkan hati. Dan (ingatlah), Allah Maha Kaya, lagi Maha Penyabar. (Surah Al-Baqarah ayat 263)

Fatwa daripada pemimpin PAS

Sekiranya berlaku sesuatu isu yang tidak secocok dengan perasaan pemimpin PAS atau boleh menggugat parti mereka, maka fatwa atau hukum-hakam pun dilahirkan walaupun tidak mempunyai hujah atau nas yang qatee(tepat). Dalam kontek ini kita dapati timbulnya fatwa yang berbeza-beza antara seorang pemimpin dengan pemimpin PAS yang lain. Yang malang lagi, kadang-kala fatwa itu berbentuk aqidah seperti kafir-mengkafir dan murtad walaupun terhadap ahli kiblat yang sama. Mana-mana individu atau jemaah lain yang menolak parti PAS sudah pasti mereka dicap sebagai kafir.

Padahal saidina Husin bin Ali bukan setakat menentang biasa terhadap kerajaan Yazid bin Muawiah, bahkan beliau mengumpul bala tentera bagi memerangi kerajaan Yazid yang pada akhirnya saidina Husin gugur dan menerima kekalahan teruk di tangan Yazid. Kenapakah PAS tidak menghukum kafir kepada saidina Husin, sedangkan kerajaan Yazid yang dilawan oleh saidina Husin adalah kerajaan Islam tetapi agak menyeleweng?

Fatwa daripada Ketua Ulama PAS.

Utusan Malaysia bertarikh 29/4/99 telah menyiarkan fatwa daripada Mursyidul Am Pas, kononnya Islam tidak melarang umatnya memaki, menghina, mencarut apabila menghadapi keadaan-keadaan yang tertentu. Katanya dalam al-Quran ada Allah memaki Abu-Lahab. Untuk pengetahuan; Allah memang berhak melakukan apa sahaja yang Dia kehendaki, kerana Dia yang menjadikan kita, dan kita adalah hak-Nya, sedangkan manusia terbatas kepada hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh-Nya.

Sila lihat ayat 116 surah an-Nahl yang beramaksud:

Dan janganlah kamu berdusta dengan sebab apa yang disifatkan oleh lidah kamu: "Ini halal dan ini haram", untuk mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah. Sesungguhnya orang yang berdusta terhadap Allah tidak akan berjaya. Mengikut Tafsir “Pimpinan Ar-Rahman” muka surat 666 edisi rumi ialah: Allah Ta'ala tidak membenarkan sesiapapun memandai-mandai menghalalkan atau mengharamkan sesuatu, dengan tidak berdasarkan hukum syarak. Kerana perbuatan yang demikian hanya menurut hawa nafsu dan berdusta terhadap Allah Azza wa Jalla.

Kutipan Derma

Sebagaimana yang termaklum dalam PAS kutipan derma adalah dikira amalah biasa, penyokong-penyokong PAS sangat gemar menghulurkannya. Sifat seperti ini hampir-hampir sama pada zaman Rasulullah s.a.w. tetapi apa yang mendukacitakan derma-derma tersebut betulkah dipergunakan mengikut apa yang sepatutnya?

















Sebagai contoh, di sini saya nyatakan antara derma-derma yang dipungut dan boleh dicurigai pelaksanaannya.

Contoh (1)

Derma jihad dalam Ijtimak PAS Kok Lanas yang berpuluh-puluh ribu ringgit itu, dimanakah wang derma jihad PAS yang dipungut begitu banyak? Adakah dibentang penyatanya?

Contoh (2)

Wang Derma Pilihanraya Kecil Grik, saya telah melihat dengan mata saya sendiri bahawa orang yang diamanahkan untuk menyerah wang tersebut telah mempergunakan wang derma tersebut bagi membayar hutang peribadinya sendiri. Saya telah menanya beliau pada waktu itu, kenapakah dipergunakan wang derma daripada orang ramai untuk membayar hutang peribadi? Lantas beliau menjawab: “Apa salahnya! Saya sekarang adalah PAS, PAS adalah saya, tidak salah dipergunakan untuk PAS”.

Contoh (3)

Setahu saya lebih kurang 10 hari sebelum tahanan ISA (Operasi Lalang) PAS dibebaskan daripada Kem Tahanan Kemunting, satu kutipan derma secara besar-besaran dianjurkan di Dewan Zulkifli bangunan PAS Kota Bharu Kelantan, apa yang saya tahu wang yang berpuluh-puluh ribu itu tidak diberi kepada yang berhak menerimanya termasuklah saya. Sehingga sekarang derma khas tersebut tidak dapat saya dan tahanan-tahanan ISA lain menerimanya.

Contoh (4)

Pada suatu ketika dalam PAS telah menubuhkan satu institusi kewangan yang dinamakan “Darul-Mal” berjuta-juta wang terkumpul, seluruh penyokong PAS dikerah agar menyumbangkan sebanyak mungkin di dalam tabungan tersebut, ada di antara ahli atau penyokong PAS yang telah menjual tanah, menjual barang-barang yang berharga dan mengambil segala wang yang ada di bank-bank lain untuk dimasukkan ke dalam akaun simpanan Darul-Mal. Apakah yang terjadi sekarang? Sesungguhnya wang tersebut telah hilang dan mati tanpa berkubur. Suatu tindakan undang-undang kepada pelaku sehingga kini belum ada kedengaran.

Inilah cara pemimpin PAS memimpin parti, dan inilah puak yang akan memerintah Malaysia secara Islam sekiranya parti PAS menang. Sewaktu berceramah atau mengajar/kuliah pemimpin PAS mengajar bukan main lagi, mereka mengajak kita melakukan keadilan, dan mestilah mengikut cara Nabi s.a.w. yang akan memotong tangan anak baginda Fatimah sekiranya mencuri, tetapi belum pun memerintah negara hanya sekadar memerintah parti atau memerintah sebuah negeri Kelantan sahaja sudah tidak mahu menjalankan keadilan sekurang-kurangnya menyeret mereka yang bersalah ke muka pengadilan mahkamah bagi melambangkan keadilan buat sementara waktu sebelum berjumpa mahkamah Allah. Tindakan seperti ini tentu boleh menolong menyedarkan orang PAS lain daripada melakukannya.

Contoh (5)

Di Kampung Jabi, Besut Terengganu, pemimpin PAS membuat pakatan bagi pelaksanaan perkampungan Islam, seluruh penyokong PAS diajak agar memenuhi rancangan ini. Penyokong-penyokong PAS menerimanya dengan suatu hakikat pengajaran Islam yang baik dan mereka pun mengikislah harta masing-masing bagi menyokong rancangan tersebut. Pemimpin PAS telah menjual tanah yang dipecahkan lot secara persendirian kepada ahli-ahli atau penyokong PAS, apakah yang terjadi sekarang? Rancangan tersebut sudah terbengkalai dan boleh dianggap menipu.

Derma Daripada Pemimpin PAS

Semua orang tahu bahawa hanya penyokong-penyokong PAS sahaja yang berlumba-lumba menghulurkan derma, manakala kebanyakan pemimpin PAS kedekut untuk menderma, derma tetap seperti sumbangan bulanan kerana menjadi ahli dewan atau sewaktu mereka menerima persaraan pun masih ada yang celaru. Perbuatan yang seperti ini adalah bercanggah dengan pemimpin parti Allah pada zaman Rasulullah s.a.w. dulu.

Ukhuwah sesama ahli

Antara perkara yang tidak digemari oleh pemimpin PAS ialah: Menghadiri kuliah-kuliah agama, melawat para pesakit, menolong orang-orang susah dan sebagainya. Mereka menghadirkan diri di majlis-majlis tersebut apabila ada sesuatu yang terpaksa, atau kerana menjaga kepentingan politik pilihan raya sahaja. Kebanyakan yang hadir di majlis ceramah atau kuliah agama ialah hanya para penyokong PAS yang berpegang teguh dengan fatwa pemimpin PAS sahaja.

Parti PAS bukan Model Gerakan Islam

Parti PAS bukanlah menjadi model yang baik, malah jikalau diperhatikan kepada pejabatnya di seluruh kawasan akan kita dapati berada dalam keadaan yang uzur dan tidak terurus(sebagai contoh, sila lihat Pejabat Pas Bachok sama keadaannya seperti 20 tahun dulu). Alat-alat komunikasi yang canggih seperti komputer, fax dan sebagainya yang sepatutnya ada di seluruh kawasan khususnya di negeri Kelantan yang dikuasainya berpuluh tahun belum pun sempurna. Kesimpulannya ialah: Parti PAS miskin tetapi pemimpinnya kaya-raya hasil daripada perjuangan di dalam parti, sila lihat rumah pemimpin PAS pula ada yang betingkat-tingkat dan kereta mewah yang banyak. Oleh yang demikian keadaan ini menjelaskan kepada kita, bahawa PAS bukanlah PARTI ALLAH bahkan parti PAS adalah PARTI ISLAM CELUP.

Pas tidak melaksanakan Islam dalam parti, Sebagai contoh lihat Kes Mat Sabu

Sebenarnya parti PAS atau pemimpinya tak ubah seperti pelakon filem yang sedang beraksi mencari pengaruh. Sebagai contoh di dalam kes khalwat Mat Sabu-Norma. Walau dalam apa jua bentuk sekalipun apabila lelaki dan perempuan yang tidak muhrim berdua-duaan di dalam sebuah bilik tanpa muhrimnya atau tidak kerana darurat, Islam tetap menghukumkan salah.

Mahkamah Syariah Kelantan telah menghukum tidak bersalah adalah disebabkan fakta-fakta perundangan yang tidak cukup untuk dihukum bersalah, kerana perbnicaraan tersebut melalui proses undang-undang dunia, sedangkan hukuman itu tidak boleh terlepas daripada dosa perbuatan Mat Sabu terhadap Allah SWT. Yang anihnya dalam kes tersebut YAB Dato’ Nik Ab Aziz telah hilang pedoman dan melakukan kesilapan besar terhadap Islam yang dipelajari dan diajarinya.

Atas dasar hukum Islam manakah yang menyebabkan beliau memberi kenyataan kepada pemberita dihari penangkapan bahawa: “Mat Sabu diperangkap” sedangkan pada masa itu beliau belum membuat siasatan rapi lagi, sepatutnya seorang Tok Guru tidak boleh meletakkan politik lebih atas daripada hukum Islam. Adakah Islam mengharuskan wanita yang tidak muhrim berdua-duaan di dalam satu bilik? Mereka berdua-duaan di dalam bilik Hotel Perdana Kota Bharu, Kelantan sehingga sempat pegawai pencegah maksiat dan pemberita datang.

Sepatutnya dalam kes ini, Dato’ Nik Ab.Aziz merujuk kepada peristiwa yang berlaku kepada siti Aisyah isteri Rasulullah, bagaimana cara Rasulullah s.a.w. menyelesaikan kes tersebut sewaktu Saidatina Aisyah r.a. difitnah berkahlwat dengan Safuan bin Muatal dulu. Sebelum Nabi memanggil isterinya maka baginda tidak melabel terlalu awal dengan mengatakan bahawa isteri baginda telah diperangkap atau isterinya seorang yang baik, pada hal jikalau Rasulullah hendak membela isterinya pun memang layak kerana isteri Nabi memang orang baik-baik, dan telah diakui Allah SWT masuk syurga pula.

Mengkafirkan UMNO

Parti Pas mengganggap orang yang menentangnya atau orang yang tidak melaksanakan Islam sebagai kafir. Untuk ini sila lihat maksud ayat al-Quran yang berikut:
Wahai orang yang beriman, apabila kamu pergi berperang pada jalan Allah (untuk membela Islam), maka hendaklah kamu menyelidik (apa jua perkara dengan sebaik-baiknya), dan janganlah kamu (terburu-buru) mengatakan kepada orang yang menunjukkan kepada kamu sikap damai (dengan memberi Salam atau mengucap dua Kalimah Syahadat): "Engkau bukan orang yang beriman", (lalu kamu membunuhnya) dengan tujuan hendak (mendapat harta bendanya yang merupakan) matabenda kehidupan dunia (yang tidak kekal). (Janganlah kamu gelap mata kepada daki dunia itu) kerana di sisi Allah ada disediakan limpah kurnia yang banyak.

Demikianlah juga keadaan kamu dahulu (dapat diketahui oleh orang lain akan ke Islaman kamu dengan memberi salam atau mengucap Kalimah Syahadat), lalu Allah mengurniakan nikmat-Nya kepada kamu. Oleh itu selidikilah (apa-apa jua lebih dahulu, dan janganlah bertindak dengan terburu-buru). Sesungguhnya Allah sentiasa Memerhati dengan mendalam akan segala yang kamu lakukan.(ayat 94 surah an-Nisa’)

Sebab-sebab turun ayat ini ialah: Pada suatu ketika di zaman Nabi Muhammad s.a.w. dalam suatu peperangan, apabila seorang kafir terasa dirinya akan kalah, terus dia mengucap dua kalimah syahadah, tetapi orang Islam yang sedang memeranginya itu terus membunuh orang yang baru selesai bersyahadah kerana yakin dia bersyahadah secara berpura-pura. Melalui ayat ini jelaslah bahawa perbuatan menghukum seseorang itu kafir secara tidak wajar adalah salah. Apa yang berlaku sekarang ini orang Pas menghukum kepada orang UMNO sedangkan orang UMNO telah bersyahadah dan telah pun melaksanakan rukun-rukun Islam yang lain.

Keegoan Pemimpin PAS

Sepatutnya kerajaan Pas Kelantan telah lama menubuhkan tribunal atau badan Hisbah bagi menyiasat harta-harta yang diperoleh oleh pemimpin-pemimpin kerajaan negeri Kelantan sebagai menunaikan janji-janji pilihanraya. Pas telah membatalkan cadangan untuk mewujudkan sebuah badan yang dinamakan “Hisbah”.

Menteri Besar Kelantan pernah mengumumkan bahawa tribunal itu tidak perlu ditubuhkan, sudah memadai dengan usrah-usrah dan kuliah-kuliah yang dijalankan oleh parti PAS. Jawapan yang seperti itu adalah melambangkan sifat ‘ujub (rasa hairan dan megah kepada diri sendiri) yang sepatutnya tidak berada pada diri manusia yang sangat-sangat lemah ini, lebih-lebih lagi pada diri mereka yang mengaku dirinya tok guru, kerana dalam realiti ternyata, bahawa jenerasi Islam yang berada di sekeliling pinggang Nabi Muhammad s.a.w. dulu, yang telah ditarbiahkan oleh Rasulullah s.a.w. sendiri pun terbukti ada yang menjadi munafik, syirik dan murtad.

Tidakkah sewaktu Tuan Guru mengajar sejarah Saidina Umar ra kepada kami di Masjid Pualu Melaka dulu, Tuan Guru ada mengatakan: Bahawa Khalifah Umar al-Khattab pernah memanggil pegawainya untuk dibuat pemeriksaan dan penyiasatan disebabkan pegawainya sering menukar pakaian harian dengan pakaian yang baru. Umar ingin mengurangkan gaji pegawainya jikalau terbukti pegawainya berlebihan wang gaji. Apa yang berlaku dalam kerajaan PAS di Kelantan bukan hanya menukar baju baru setiap hari malah ada yang sering menukar kereta, menukar rumah dan lain-lain lagi.

Berapa kalikah wakil-wakil rakyat atau pembesar-pembesar negeri Kelantan telah dipanggil oleh Tuan Guru untuk mengisytiharkan harta masing-masing, dan tidakkah Tuan Guru nampak kemewahan mereka sekarang ini?

Wakil Rakyat PAS diwajibkan merendah diri.

Dalam tahun 1990 selepas beberapa minggu Pas menubuhkan kerajaan di Kelantan, YAB Menteri Besar Pas mengarahkan kepada semua wakil rakyatnya supaya jangan membeli kereta besar, hanya kereta proton saga sahaja yang paling besar. Ada di antara wakil rakyatnya bersungut, bagaimana Tok Guru jikalau kereta itu mati di dalam perjalanan? Jawab YAB: Itulah yang kita kehendaki, kita mahu rakyat melihat sendiri betapa miskinnya wakil rakyat Pas.

Selepas satu bulan sahaja, kebanyakan wakil rakyat Pas membeli kereta besar-besar. Demikian juga dalam taklimat kemenangan Pas yang pertama di kediaman resmi YAB JKR 10. YAB. MB berjanji tidak akan lulus balak secara mudah atau cara biasa, tetapi selepas beberapa bulan di dapati semua pemimpin Pas telah menjadi kayaraya hasil daripada pembalakan dan lain-lain sumber. Dalam masalah kenderaan pula maka kereta yang paling besar dan paling mahal dalam sejarah MB negeri-negeri dalam Malaysia, didapati kereta MB Kelantanlah yang paling besar dan paling mahal, itukan perjuangan Islam yang sebenar.

Wanita Menjadi Pemimpin

Dulu Tok Guru pernah menyatakan: Bahawa wanita tidak boleh mengepalai lelaki sehingga Qari’ah al-Quran dari Kelantan telah tidak dibenarkan menyertai pertandingan, tetapi malangnya PAS telah melantik wanita menjadi ahli Dewan negeri dan juga Dewan Negara, tidakkah perbuatan yang sedemikian bercanggah dengan fatwa daripada Tuan Guru sendiri atau boleh dianggap sebagai memutar belit hukum Islam.

Kegiatan yang berbahaya

Apa yang berlaku dalam organisasi PAS ialah pemusatan fikrah pemimpin PAS bukan ke arah Islam tulen bahkan menuju ke arah memaju dan mencari kepentingan politik PAS, serentak mencari sesuatu demi kepuasan pemimpinnya bukannya kerana memenuhi tuntutan Allah. Sebagai contoh, di bawah ini saya senaraikan beberapa kegiatan yang dianggap berbahaya:

Suatu ketiaka dulu ada seorang hamba Allah yang bergelar “Tok Wali Hasan” beliau tidak mempunyai ilmu Islam yang tinggi (kini sudah meninggal dunia). Beliau secara terus terang telah menuduh orang-orang UMNO kafir, segala sembelihan orang UMNO tidak boleh dimakan. Selepas fatwa tersebut dikeluarkan, di dapati banyak suami isteri yang telah becerai, masjid berasingan, kubur berasingan, bernikah 2 kali, anak dan ibu bapa sudah tidak berpemergian, pulau-memulau, sembelihan kurban berasingan dan lain-lain lagi.

Fatwa tersebut telah direstui oleh pemimpin PAS, sebagai bukti kita dapati bahawa selepas itu Tok Wali Hasan telah dipilih menjadi calon PAS melawan Tengku Razaleigh di Parlimen Ulu Kelantan. Dan sehingga sekarang pemimpin PAS masih belum membatalkan fatwa tersebut.

Saya telah mendengar sendiri daripada mulut Ustaz Nik Ab Aziz semasa beliau mengajar di Masjid Kampung Pulau Melaka dengan mengatakan: “Jikalau melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira matai syahid”. Kaset ucapannya itu tidak diizinkan kepada saya untuk mengedar kepada orang ramai, kerana kononnya sensitif dan fatwa itu hanya untuk orang dalaman semata-mata.

Sewaktu saya terlibat secara langsung dalam kegiatan apa yang disebut “Jundullah” yang berakhir dengan penahanan saya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Penglibatan saya memang mendapat restu daripada pimpinan PAS. Sebagai bukti kebanyakan usrah, tamrin, kiamullail ke arah ekstrim, kursus-kursus dan sebagainya telah dihadiri oleh kebanyakan pemimpin besar PAS. Dan apabila sesetengah pihak daripada kalangan PAS mempertikaikan kegiatan tersebut maka berkatalah kepimpinan PAS. “Apa salahnya mereka itu orang-orang yang berani”. Kalau yang penakut diam-diam sajalah.

Saya telah beberapa kali menghadiri majlis ijtimak PAS. Segala keputusan dan resolusi hasil daripada ijtimak tersebut telah memberi keyakinan kepada ahli-ahli ijtimak PAS bahawa UMNO adalah kafir, sesiapa yang menentang UMNO ia tetap mendapat balasan syurga, nyawa dan harta UMNO adalah halal di sisi Islam. Sebab itu saya dan juga pemimpin-pemimpin PAS yang lain diarah menikah pasangan yang telah dinikahi oleh Imam UMNO, dan sekiranya wali si perempuan itu terdiri daripada penyokong UMNO maka kami terpaksa mencari pemimpin PAS yang lebih tinggi untuk menjadi “Wali Hakim”.

Setiap pemimpin besar PAS mempunyai pengawal peribadinya sendiri. Pengawal peribadi ini diasuh dan diberi kursus untuk mempertahankan pemimpin PAS walau pun terpaksa mati. Seandainya mati kerana mempertahankan pemimpin PAS maka pengawal itu dianggap mati syahid, mereka diberi hujah ayat-ayat al-Quran dan hadith Nabi bagi memberi keyakinan kepada pengawal bahawa arahan tersebut adalah arahan Islam. Sila lihat bagaimana penyokong Pas sanggup membuat rusuhan, membakar jalur Kerajaan, membakar pejabat Umno dan lain-lain.

PAS telah membentuk pengawal keselamatannya sendiri, mereka diberi latihan yang sesuai. Sebelum sesuatu majlis yang mungkin dihadiri oleh orang ramai maka pemimpin PAS akan memberi arahan agar pengawal-pengawal keselamatan PAS bersedia menghadapi segala kemungkinan hatta terpaksa bertumpah darah sekalipun. Sebelum pengawal keselamatan PAS memulakan tugas, mereka telah didedahkan dengan ayat-ayat al-Quran dan Hadith Nabi s.a.w. yang memberi perangsang kepada pengawal untuk berlawan, mereka membaca ayat-ayat mengenai orang-orang mukmin pada zaman Nabi yang melawan para kafir dahulu, guna memberi semangat jihad kepada pengawal PAS agar jangan takut menghadapi UMNO bahkan melawan polis dan tentera sekalipun. Sebab itu kita dapati di segenap pelusuk kawasan ceramah PAS dipenuhi oleh pengawal keselamatan PAS. Antara pasukan pengawal PAS ini ada yang telah terbunuh di medan “Memali” dan masih ramai lagi yang masih hidup sedang bersiap sedia untuk mati syahid bagi melawan UMNO.

PAS mempunyai pasukan penggempur semangat dan pengganggu ceramah UMNO. Tugas penggempur ialah menghadiri mana-mana majlis ceramah PAS yang dianggap strategi walau pun terpaksa meninggal kerja harian, ada pun tugas pengganggu pula ialah melakukan apa sahaja asalkan ceramah atau kerja-kerja UMNO tidak sampai kepada matlamat. Sebagai contoh kita dapati malam forum “Hukum Hudud”anjuran PAS di Balai Islam Kelantan yang dihadiri oleh Prof Dr. Mahmood Zuhdi, beliau telah diganggu-gugat sehingga tidak dapat meneruskan ucapannya. Hal ini terjadi disebabkan ada kata-kata Prof Dr. Mahmood Zuhdi tidak sesuai dengan pemikiran orang-orang PAS, sedangkan kita dapati ucapan beliau benar-benar menepati kehendak Islam.

Pemimpin PAS memberi kesedaran kepada penyokong-penyokongnya agar mendahului kegiatan parti PAS daripada kegiatan harian sendiri, termasuk untuk anak isteri masing-masing. Sebab itu kita dapati bahawa penyokong PAS boleh hadir ke majlis ceramah ditempat-tempat yang jauh walaupun terpaksa membayar tambang dan menyewa kenderaan.

Kadang-kadang kita dapati di antara para penyokong PAS yang hadir itu ialah mereka yang kurang berada sehingga hendak memberi belanja anak sekolah masing-masing pun tak cukup, tetapi mereka rela berkorban kepada parti PAS daripada keluarga sendiri. Bagi diri saya sendiri pula pernah empat kali saya telah meninggalkan isteri saya yang sedang sakit untuk bersalin, saya sanggup hadir berceramah atau bermuktamar Pas semasa gawat tersebut. Yang lebih menyayatkan lagi pernah saya meninggal anak saya yang sedang nazat kerana berceramah Pas, yang berkesudahan anak saya itu telah meninggal dunia pada malam itu juga.

Orang PAS menganggap orang-orang UMNO adalah lebih kotor daripada orang bukan Islam yang asli, sebab itu pemimpinnya mengarah agar jangan bermuamalat seperti berjual-beli dengan orang-orang UMNO, bahkan orang-orang PAS lebih suka membeli-belah di kedai orang bukan Islam jikalau tidak ada kedai orang-orang kita (PAS). Segala arahan PAS disertai dengan hujah syara’ yang didapati melalui al-Quran tentang orang-orang kafir pada zaman Nabi s.a.w. dulu.

Semua ayat al-Quran dan al-Hadis yang memberi gambaran sifat-sifat kafir, syirik, murtad, zalim dan fasiq semuanya menjadi sasaran untuk puak-puak UMNO. Manakala ayat-ayat yang memberi gambaran orang baik-baik seperti para Anbia’, para Aulia’, para Solihin, para Mujtahidin, Siddiqin, dan Muhsinin adalah kepunyaan orang-orang PAS.

Saya pernah menerima arahan daripada kepimpinan PAS Terengganu supaya memberitahu penyokong-penyokong PAS jangan memberi zakat fitrah kepada ‘amil yang dilantik oleh kerajaan Barisan Nasional, penyokong-penyokong PAS wajib memberi zakat fitrah kepada ‘amil yang dilantik oleh parti PAS di daerah masing-masing. Zakat yang dikeluarkan kepada ‘amil kerajaan Barisan Nasional adalah tidak sah. Arahan ini telah saya laksanakan sepenuhnya di dalam daerah Besut Terengganu. Nama saya dan juga pemimpin PAS yang lain ada tercatat dalam laporan kertas putih kerajaan Malaysia pada ketika itu. Apa yang mendukacitakan setelah kutipan zakat fitrah yang berpuluh-puluh ribu itu dipungut daripada penyokong PAS maka wang itu dipergunakan untuk kepentingan pemimpin PAS bahkan ada pemimpin PAS yang memiliki kereta mewah pada ketika itu (1970), pada hal mereka tidak mempunyai pendapatan tetap dan kurang berada pula.

Perkara yang seperti ini pernah ditimbulkan dalam Mesyuarat Agung Parti PAS Besut oleh ahli-ahli yang hadir, tetapi telah ditutup rapat oleh pemimpin PAS Besut. Kenyataan ini boleh dirujuk pada bila-bila masa jua, kerana kebanyakan ahlinya ada yang masih hidup lagi.

Demikianlah antara lain kegiatan parti PAS yang dianggap berbahaya, yang perlu dibendung segera agar ia tidak menular kepada anggota masyarakat seluruhnya. Musibah yang seperti ini jikalau tidak ditangani dengan bijaksana ia akan menjadi lebih buruk dan lebih besar lagi, di kala itu alangkah sukar untuk membendungnya. Apa yang membimbangkan mungkin pada suatu masa nanti nyawa manusia yang tak berdosa akan terkorban hasil daripada fatwa karut pemimpin PAS.

PAS SEMAKIN MENYIMPANG

Sesiapa yang terus mengikuti perkembangan politik PAS pasti akur bahawa makin hari semakin ketara pendekatan PAS menyimpang dari landasan Islam dan mungkir janji.

Kalau sebelum berkuasa memerintah negeri, al-Quran dan al-Hadith disalahgunakan maksud dan pemakaiannya; cerita yang baik-baik semuanya untuk PAS dan cerita yang buruk daripada al-Quran serta al-Hadith ditujukan kepada UMNO.

PAS menuduh UMNO tidak mahukan Islam atau menentang Islam; sebab itulah maksiat menjadi-jadi dan segala rancangan Islam PAS kononnya ditolak atau ditentang oleh UMNO.

Apabila PAS memerintah Kelantan baharulah segalanya menjadi kenyataan. Perlembagaan negeri yang selama ini dituduh tidak Islamik, sebaliknya terus disokong dan dibuat ikrar dalam dewan negeri Kelantan untuk mempertahnkannya selama-lamanya serta dipakai oleh PAS tanpa membuatnya apa-apa perubahan. Kenaikan gaji ahli-ahli yang berhormat juga turut dicadang dan dinaikkan. Kereta-kereta yang lebih mewah dibelikan. Maksiat dan gejala sosial di bawah pemerintahan PAS terus berlaku dengan banyaknya. Panggung wayang gambar sebagai pusat hiburan dan punca maksiat masih berterusan. Arak masih diberi lesen oleh kerajaan negeri untuk dijual. Tempat sarang maksiat masih wujud. Perkara kecil-kecilan berupa kewajipan peribadi diperbesrkan bagi menutup kelemahan pemerintahan yang tidak mampu dibuat perubahan.

Banyak salahguna kuasa berlaku sejak pemerintahan PAS di Kelantan, terutama untuk memecat orang walaupun kawan apabila tidak sefahaman. Dari mula PAS berkuasa di Kelantan (1990) pemecatan penghulu, pekerja majlis daerah, mubaligh dan imam telah dilakukan dengan sewenang-wenangnya, demikian juga tanah rakyat dirampas dan pegawai yang pro Umno ditukar.

Janji PAS dulu untuk melaksanakan Islam apabila memerintah sudah jelas bohong. Lebih buruk lagi janji PAS hendak memperjuangkan keadilan dapat dinafikan; bermula dengan pecah amanah pemimpin iaitu derma dikutip tiada penyata jelas dinyatakan serta perkampungan-perkampungan yang dibina pengikut menjadi mangsa.

Sekarang usaha PAS bukan lagi hendak melaksanakan syariat Islam, malah menumpukan seluruh masa untuk kepentingan parti yang sekali gus boleh membeni kekuatan dan kekayaan peribadi pemimpin PAS. Pembangunan Islam dan rakyat turut terabai kerana kepincangan kesetabilan politik.

Dari segi perpaduan ummah berasaskan UKHUWAH ISLAMIAH sudah jelas PAS melakukan yang bertentangan dengan Islam. Keadaan pengikut saling benci-membenci apabila berhadapan dengan berlainan parti menjadi realiti. Pulau memulau di kampung masih tidak dapat dibendungkan dan berlaku lagi.

Ketidak sempurnaan pimpinan dan wadah perjuangan parti PAS jelas ternyata kini, apabila satu demi satu krisis dan kepincangan berlaku dalam pentadbiran negeri Kelantan yang kini berada di bawah pemerintahan parti PAS. Padahal PAS belum sampai ke tahap memerintah negara Malaysia.

Daripada senario ini ternyata bahawa perjuangan PAS untuk melaksanakan syariat Islam sudah jauh menyimpang dan apatah lagi dalam meyakinkan kemampuan untuk menyatukan ummah Malaysia bagi mempertahankan kuasa politik ketara gagal.

PENUTUP

Keputusan saya tidak bersama parti Pas, bukanlah saya lakukan kerana mengikut emosional yang negatif atau secara terburu-buru, tetapi sebaliknya berdasarkan pertimbangan yang penuh wajar dengan jangkamasa yang lama, serta penuh sedar melalui pengalaman dan ilmu yang ada pada saya. Dan saya juga penuh kesal serta amat berdukacita dengan apa yang telah berlaku, lantaran wadah perjuangan parti PAS yang ada di Malaysia hari ini yang mendakwa sebagai sebuah parti Islam ternyata masih jauh lagi daripada tahap dan ciri-ciri yang sepatutnya ada pada sebuah organisasi yang mendakwa diri mereka sebagai parti Alah atau dengan kata lain sebagai parti Islam yang tulen.

Kepada para pembaca sekelian, saya ingin mengajak tuan-puan untuk bersama membuat perhitungan yang bijak dan tepat dalam mencari keredhaan Allah khasnya dalam mengenal pasti kebenaran yang di bawa oleh golongan atau puak yang kononnya memperjuangkan Islam yang tulen. Sesungguhnya Parti Allah bukan terletak pada nama semata-mata, sedangkan pada hakikatnya tidak menunaikan realiti yang sepatutnya ada dalam sesebuah organisasi kepartian Islam. Contohnya jikalau hanya berdasarkan kepada nama, maka orang yang bernama Muda adalah bernasib baik kerana walaupun orang itu sudah menjangkau umur 100 tahun, tetapi ia masih di panggil Muda. Sesungguhnya parti Allah yang hakiki adalah berlandaskan kebenaran yang bersumberkan wahyu Allah dan hadis Nabi Muhammad s.a.w.. Perlaksanaannya juga hendaklah mengikut kehendak Allah dan Rasul-Nya.

Sebagai mengakhiri suara hati penuh ikhlas yang saya paparkan ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk menghulurkan ribuan kemaafan atas segala kekurangan atau kelemahan yang terdapat dalam risalah kecil ini. Insyaallah jikalau diizinkan Allah kita akan dipertemukan lagi dalam siri-siri yang lain pula. Sekian, terima kasih,

WASSALAM...

dipetik dari http://www.umnokotabharu.net/artikel.php