Ahad, 3 Februari 2013

BN AKAN MENANG 171 KERUSI ......



Betulkah Parlimen akan dibubarkan pada 22 Februari 2013 iaitu hari Jumaat?. Penamaan Calon pula pada 16 Mac iaitu hari Sabtu dan hari mengundi ialah pada 27 Mac 2013 iaitu hari Rabu.

Sekarang ini semuanya sudah cantik, kembali normal dan berpihak kepada UMNO/BN. Rating populariti PM dalam kajian pihak-pihak tertentu menjangkau atau mencecah sehingga ke 70%. Maknanya pembangkang berkongsi baki 30% tersebut dengan pihak lain. Jika di negara Barat, Rating 65% ke 70% populariti ini alamat puak pembangkang akan kalah teruk lah. Rating PM adalah juga rating UMNO/BN. 


Aku meramalkan UMNO/BN akan menang 171 kerusi, DAP 36 kerusi, PAS 9 kerusi, PKR 5 kerusi dan Bebas 1 kerusi. Namun itu hanya sekadar bahan bualan dan perbincangan semata-mata. Hakikatnya kebimbangan tetap wujud di hati ini, maklumlah dalam semangat yang berkobar-kobar inginkan kejayaan UMNO/BN, faktor luar jangka mesti juga diambil kira. Seperti kata DS Najib yang memberi lima kemungkinan. 

1. Sokong sepenuhnya calon dipilih Umno-BN.
2. Sokong.
3. Tidak bekerja semasa PRU13
4. Sabotaj
5. Melompat parti.

Komen-komen dari puak pakatan tentang keputusan yang aku paparkan itu mestilah negatif. Ada yang mencemek bibir. Tak kurang juga yang mengutuk dan memaki aku. Namun dalam memberikan motivasi kepada diri ini, itulah yang sering aku katakan. Mereka tentulah tidak mahu menerima hakikat atau tekaan tersebut lebih-lebih lagi bila aku berfirasat mengatakan di Sabah, UMNO/BN akan menang 100% kerusi DUN dan Parlimen. Aku juga berfirasat bahawa antara negeri yang mungkin memusnahkan BN dan berpaling tadah ialah Sabah.

Andaikata UMNO/BN memperolehi majoriti dua pertiga : 

1. UMNO/BN akan kembali bongkak? Tidak mungkin kerana Tranformasi politik, ekonomi dan sosial yang diperkenalkan oleh DS Perdana Menteri tidak akan membenarkan sejarah berulang kembali. 

2. Hasrat DAP membawa masuk Singapura menyertai Malaysia akan mengecewakan keluarga LIM. Angan-angan mereka untuk memiliki deposit mudah kerusi parlimen seterusnya memiliki majoriti 2/3 sampai bila-bila pun tidak akan dapat dirampas kembali oleh orang Melayu. Rakan mereka di Singapura iaitu Parti Tindakan Rakyat (PAP) sudah memiliki 81 kerusi parlimen. Kini DAP sudah memiliki 29 kerusi parlimen. Bermakna jumlah kerusi yang mereka akan ada ialah 100 kerusi. 

Apabila mereka berkuasa jika menang PRU13 mereka akan merombak semula persempadanan kawasan pilihanraya. Kawasan-kawasan bandar yang mempunyai majoriti penduduknya berbangsa Cina akan dipecahkan kepada 2 atau 3 kawasan parlimen. Ini akan memberikan mereka kelebihan dengan pertambahan kerusi parlimen mereka akan menang. Andaikata mereka dapat pertambahan 30 kerusi lagi dengan memenangi kerusi yang akan ditandingi calon-calon Melayu DAP di kawasan majoriti Melayu. 

Keadaan ini tidak mustahil akan berlaku kerana ramai orang Melayu yang sudah tidak dapat berfikir dengan waras apa bila mereka melepaskan dendam dengan mengundi pihak lawan parti yang menjadi kemarahannya. Keadaan ini berlaku di mana kawasan yang dahulunya dimenangi BN dengan majoriti yang besar tetapi tewas dengan majoriti besar pada PRU12. 

3. Pindaan Perlembagaan Persekutuan mampu dipinda tanpa perlu sokongan puak pembangkang. Ini memudahkan kerajaan dalam menguruskan negara. Maknanya segala yang baik untuk rakyat akan mudah dilakukan oleh kerajaan tanpa mampu disanggah oleh pembangkang. 

Tidak ramai lagi individu yang akan bermulut celupar, cakap ikut suka hati sahaja kerana mereka akan diheret ke muka pengadilan. Ketika itu segala provokasi yang boleh menimbulkan suasana tegang seperti isu perkauam, isu agama, isu hak bumiputera, isu pendidikan, isu Raja-Raja Melayu dan isu pendidikan pasti mudah dibendung. Kerajaan akan bertindak kerana mandat besar telah diperolehi. 

4. Orang Cina akan mendesak kepimpinan DAP supaya menyertai atau bergabung dengan BN. Masyarkat Cina yang terkenal dengan dunia perniagaannya sudah tentu tidak mahu ketinggalan dalam arus pembangunan negara semata-mata kerana DAP berfungsi secara sendirian. Tanpa sokongan kerajaan pusat DAP yang menguasai negeri sebenarnya tidak akan ke mana. Kerajaan boleh menyekat dari segala sudut yang akan menjerut perkembangan ekonomi kaum Cina. Tanpa perniagaan orang Cina akan kehilangan segala-galanya. 

5. Segala suasana kalut yang dipelopori oleh puak pakatan sekarang ini akan berakhir, dan negara akan kembali aman tenteram. Pelabur asing akan berduyun-duyun datang dan turut memakmurkan negara ini. 

6. Dua pertiga bermakna memudahkan kerajaan untuk merancang pembangunan negara dan gejala rasuah pasti dapat dikurangkan ketahap minimum. Kita lihat sahaja nanti. 

7. Dua pertiga juga mungkin akan mengkuburkan terus perjuangan puak-puak LGBT, Kristianisasi dan PKR. Mereka akan hanyut ditelan arus pembangunan negara. 

8. Dua pertiga juga pastinya memudahkan lagi perancangan untuk menjadi negara maju pada tahun 2020, negara di mana rakyatnya berpendapatan tinggi. 

Yang pentingnya Transformasi yang di perkenalkan oleh DS Najib akan terus berjalan dengan lancar demi untuk faedah rakyat pelbagai kaum di negara ini. 

Sehubungan dengan itu, berdasarkan analisis penulis dan hasil kaji selidik Jawatankuasa Peti Undi dalam ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat (setakat ini) hanya selamat di 65 kawasan parlimen sahaja. 

Jauh berbeza dengan minimum 100 kerusi parlimen yang ditetapkan sebelum ini. 

Majoriti dari 65 kawasan itu pula adalah kawasan yang didiami lebih 40% orang pengundi Cina. Itu pun kalau DAP dan PKR berjaya mematahkan hujah polis, kerajaan dan UMNO berhubung dakwaan kaum Cina ‘diperalatkan’ oleh Pakatan Rakyat dalam himpunan Bersih 3.0 tempoh hari.

0 ulasan: