Selasa, 27 Disember 2011

TIPU MUSLIHAT ORANG PAS DAN DAP .......

Pertelagahan antara dua ayam jantan di dalam PAS dan DAP menunjukkan seolah-olah berlaku krisis yang besar di dalam parti masing-masing. Kalau mereka nak bergaduh kerana sesuatu perkara sudah tentu mereka sudah bergaduh sejak dulu lagi. 


Pergaduhan mereka ini hanya berlaku sejak akhir-akhir ini apabila pilihanraya semakin menjelang. Mereka telah merancang satu agenda untuk memerangkap UMNO dan Barisan Nasional (BN). Pergaduhan mereka hanyalah untuk menggambarkan seolah-olah parti yang dianuti sedang bergolak dan berada dalam kedudukan yang lemah.

Muslihat mereka ini tidak sukar untuk dibaca kerana bukan hari ini perkara ini mereka lakukan. Mereka ingat UMNO dan BN tidak dapat membaca tingkahlaku mereka. UMNO dan BN sudah matang dengan agenda yang mereka rancang. UMNO dan BN bukan baru setahun jagung. UMNO dan BN bukan seperti budak-budak yang percaya dengan cerita-cerita kartun seperti 'Dragon Ball', 'Transformer' atau 'Batman'. UMNO dan BN sudah tahu jantan betina sekilas ikan di air. Ibarat menonton filem Hindustan, penonton sudah tahu pengakhiran ceritanya.

Orang Islam bukan tidak ada yang menipu. Ulama pun bukan tidak ada yang menipu. Orang alim pun bukan semuanya alim. Orang Islam atau ulama bukan orang yang maksum atau tidak pernah buat dosa seperti dosa menipu, dosa mencarut, dosa memaki, dosa menghina atau dosa memfitnah. Apatah lagi yang bukan Islam.

Mereka mencipta isu untuk dipanaskan. Selepas itu mereka akan berbalas-balan kenyataan. Berberhari-hari, minggu-minggu atau berbulan-bulan isu itu mereka mainkan dengan tujuan mengelirukan rakyat. Dipenghujung sandiwara tersebut mereka akan memohon maaf dan berbaik semula. Isu yang pada mulanya dipermainkan seolah-olah pada tidak betul tetapi akhirnya seolah-olah menjadi betul dan benar apabila yang mempertikai mengaku salah dan memohon maaf.

Isu yang dibangkitkan dan pelaku isu tersebut mungkin sebelum itu sudah malap, basi, dilupakan dan tidak menarik minta rakyat. Tapi bila isu dan pelaku tersebut dimainkan dan hangat diperkatakan dengan kritikan dan hujah yang panas setiap hari dengan tujuan rakyat akan mengikuti perkembangannya, secara tidak langsung menjadikan isu dan pelakunya kembali popular. 

Taktik dan permainan tersebut sudah lapuk. UMNO dan BN hanya ketawa melihat mereka berkelahi. Perkelahian tersebut telah menunjukkan kebodohan mereka. Hanya rakyat yang tidak berfikiran waras sahaja yang melihat sandiwara mereka seolah-olah sesuatu yang benar. Hakikatnya hanyalah satu pembohongan demi untuk meraih undi semata-mata.

Wallahua'lam .......

Isnin, 12 Disember 2011

ADA ORANG PAS MAKAN TAIK .......???

Ibarat tabiat anjing ..... walau tak makan tahi tapi tetap dicium juga. Tapi yang ini lebih teruk daripada anjing. Ulama dunianya siang malam bercerita penglipurlara macam-macam tentang Lynas. Merbahaya, radiasi, nuklear, boleh sebabkan kanser, boleh sebabkan kecacatan, memudaratkan rakyat, kerajaan menzalimi rakyat dan seribu serba maknikam cerita diputar-putar dengan tujuan untuk memutar pemikiran rakyat supaya menyokong parti ulama dunia tersebut. 

Kalau ulama dunia tersebut memiliki kepakaran dalam bidang nuklear, kerja disektor nuklear dan mendapat pengikhtirafan IAEA mungkin boleh diambil kira. Tapi dia sekadar ada Master Pendidikan Islam kawannya pulak sekadar ada Master Psikologi Kaunseling. Boleh percaya ke kalau mereka bercakap pasal nuklear??

Tak apalah lupakan pasal ulama dunia dan Nek Lampir Thoron tersebut. Tapi kenapa dalam kedua-dua durjana tersebut memburuk-burukkan Lynas tiba-tiba muncul seseorang yang juga terdiri dari parti ulama dunia tersebut. Pendapatnya berlawanan dengan ulama dunia tersebut. Beliau merupakan seorang saintis nuklear yang mempunyai PHD dalam bidang nuklear. Beliau menafikan Lynas adalah kilang nuklear dan merbahaya. Siapa yang perlu lebih dipercayai? Ulama dunia atau saintis?

Dalam pada itu timbul pula dua orang lagi yang separti dengan ulama dunia tersebut menjilat-jilat rezeki di Lynas. Taik yang dilemparkan oleh ulama dunia tersebut rupanya dijilat-jilat oleh dua orang mereka. Baca di sini. Baca lagi di sini

Tapi perkara seperti ini tidak menjadi satu yang pelik kerana mereka ini bukanlah sebenar-benarnya pejuang Islam tetapi hanya sekadar makhluk yang 'mencari makan'. Depan mereka akan kata haram tapi di belakang mereka kata halal. Orang seperti ini tidak lebih seperti yang tidak tahu halal atau haram. Halal haram hanya mainan yang bertujuan untuk memenuhi nafsu untuk berkuasa dan mengaut kekayaan dunia seberapa banyak yang mungkin tanpa yang menyokongnya mengetahui sifat buruk mereka.

Nauzubillahimin zalik ..... wallahua'lam.

Ahad, 11 Disember 2011

KONSPIRASI BALAS DENDAM ........???

Tak Sehati Sejiwa
Kononnya ketidakcukupan pencalonan menyebabkan Dr Hassan Ali mungkin tidak dicalonkan sebagai calon dalam PRU13. Kenyataan yang dipetik daripada beberapa blog .... "Hasan menerima pencalonan, tetapi kurang daripada tiga individu yang lain. Ia tidak mencukupi, bukan tak dapat langsung," katanya.

Kalau diimbas kembali perbalahan dalaman berlaku di antara Dr. Hassan Ali dan Shaari Sungip serta Khalid Samad yang dipecat dari jawatan masing-masing pada tahun 2008 ketika Dr. Hassan Ali sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor. Baca di sini. Juga di siniDan di sini

'Ayam' yang dipecat oleh Hassan Ali
Peluang untuk menyingkirkan Hassan Ali terbuka luas apabila Hassan Ali tidak dilantik semula sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor. Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan Kapar, Dr Haji Abd Rani Othman, yang juga Ahli Dewan Negeri (ADUN) Meru telah dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor bagi sesi 2011/2013 menggantikan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor, Dato’ Dr Haji Hasan Mohamed Ali. Pesuruhjaya PAS Selangor yang baru telah melantik semula Khalid Samad sebagai Timbalan Pesuruhjaya III dan Shaari Sungip sebagai Ketua Penerangan PAS.

Ekoran dari perubahan organisasi PAS Selangor, Hassan Ali tidak memegang apa-apa jawatan di dalam PAS Selangor. Beliau hanya menduduki jawatan exco PAS pusat sahaja. Isu-isu yang berkaitan agama Islam yang lantang dipertahankan oleh Hassan Ali tidak disukai oleh 'orang-orang PAS' sendiri. Hassan Ali telah menjadi duri dalam daging bagi PAS dan rakan-rakan PAS.

Kontroversi demi kontroversi yang dicetuskan oleh Hassan Ali ibarat pucuk dicita ulam mendatang bagi kedua-dua musuh Hassan Ali untuk menyingkirkannya dari arus perdana parti PAS Selangor. Pendapat dan tindakan Hassan Ali yang tidak selari dengan arus kepimpinan PAS Selangor telah meletakkan nama Hassan Ali di dalam senarai orang yang tidak dikehendaki oleh parti.


Sama ada benar atau tidak, sama-samalah kita lihat dalam masa terdekat ini, adakah konspirasi ini adalah benar atau hanya agenda UMNO seperti yang diperkatakan oleh PAS.

Apakah ada kemungkinan Hasan Ali bakal meninggalkan PAS dan bertanding sebagai seorang calon bebas di kerusi DUN Gombak Setia? Atau beliau akan menyertai Umno?

Wallahua'lam .......

HASSAN ALI DITEMBAK ........???


Saya tetap bersama Hassa Ali mempertahankan Islam
Saya dan mungkin sebahagian besar blogger-blogger pro kerajaan tetap menyokong pendirian Hassan Ali yang tegas mempertahankan Islam walaupun kami berbeza fahaman politik. Bab agama tidak boleh dikompromi. Saya tetap bersama Hassan Ali yang memperjuangkan kesucian Islam daripada diinjak-injak oleh orang lain terutama musuh-musuh Islam.

Hasan Ali, Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor merupakan seorang pemimpin yang popular di kalangan umat Islam sama ada di Selangor mahu pun di seluruh negara.
Tiada kompromi dalam mempertahankan Islam

"Jika sesiapa pun yang percayakan kepada soal keharmonian beragama, maka soal kesucian agama Islam tidak boleh diganggu-gugat sama sekali dan itulah yang saya perjuangkan, adakah itu salah?"

Berikutan ketegasannya mempertahankan Islam, adalah dipercayai nama beliau telah digugurkan daripada senarai calon untuk PRU13 untuk mempertahankan kerusi DUN Gombak Setia. Ketegasan beliau dilihat telah menimbulkan rasa tidak senang hati dikalangan rakan-rakan pertinya di dalam Pakatan Rakyat. Klik sini

Kami tetap menyokong tindakan tegas Hassan Ali
Beliau mula dipinggirkan apabila berlaku perbalahan antara beliau dengan seorang exco DAP berkenaan dengan penjualan arak dan kritikan beliau terhadap Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Dewan Undangan Negeri Selangor (Selcat) yang diketuai Teng Chang Kim dari DAP. Hassan menggesa SELCAT dikaji semula berikutan cara pengendalian soal siasat kepada Pegawai Pentadbiran Kerajaan Negeri dikatakan mengaibkan pegawai-pegawai kerajaan Melayu dan bertaraf “pertanyaan dan soal siasat kepada budak sekolah”.

Beliau juga digugurkan daripada jawatan Pesuruhjaya PAS Selangor ekoran dari rentetan ketegasan beliau terhadap usaha-usaha beliau mempertahankan kesucian agama Islam.

Perjuangan bukan hanya
melalui PAS sahaja
Kemarahan oleh pihak-pihak yang tidak menyukai beliau terus membara apabila Isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah premis yang dikatakan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu juga salah satu sebab kenapa Hassan Ali digugurkan. Klik sini.

Perjuangan PAS sudah lari dari landasan sebenar. Mereka tidak lagi memperjuangkan dan mempertahankan Islam. Mereka lebih memperjuangankan kepentingan politik dan keduniaan. Laporan oleh blog pro pembangkang menyatakan begitu gembira Hassan ali disingkirkan daripada senarai calon PRU13.

"...... PENULIS memang rasa lega yang amat sangat sebaik dimaklumkan oleh sumber yang hampir dengan kepimpinan PAS Selangor bahawa Datuk Hassan Ali akan digugurkan dari senarai pencalonan untuk pilihanraya umum yang akan datang." Baca di sini.

Apakah ada kemungkinan Hasan Ali bakal meninggalkan PAS dan bertanding sebagai seorang calon bebas di kerusi DUN Gombak Setia? Atau beliau akan menyertai Umno?