Selasa, 27 Disember 2011

TIPU MUSLIHAT ORANG PAS DAN DAP .......

Pertelagahan antara dua ayam jantan di dalam PAS dan DAP menunjukkan seolah-olah berlaku krisis yang besar di dalam parti masing-masing. Kalau mereka nak bergaduh kerana sesuatu perkara sudah tentu mereka sudah bergaduh sejak dulu lagi. 


Pergaduhan mereka ini hanya berlaku sejak akhir-akhir ini apabila pilihanraya semakin menjelang. Mereka telah merancang satu agenda untuk memerangkap UMNO dan Barisan Nasional (BN). Pergaduhan mereka hanyalah untuk menggambarkan seolah-olah parti yang dianuti sedang bergolak dan berada dalam kedudukan yang lemah.

Muslihat mereka ini tidak sukar untuk dibaca kerana bukan hari ini perkara ini mereka lakukan. Mereka ingat UMNO dan BN tidak dapat membaca tingkahlaku mereka. UMNO dan BN sudah matang dengan agenda yang mereka rancang. UMNO dan BN bukan baru setahun jagung. UMNO dan BN bukan seperti budak-budak yang percaya dengan cerita-cerita kartun seperti 'Dragon Ball', 'Transformer' atau 'Batman'. UMNO dan BN sudah tahu jantan betina sekilas ikan di air. Ibarat menonton filem Hindustan, penonton sudah tahu pengakhiran ceritanya.

Orang Islam bukan tidak ada yang menipu. Ulama pun bukan tidak ada yang menipu. Orang alim pun bukan semuanya alim. Orang Islam atau ulama bukan orang yang maksum atau tidak pernah buat dosa seperti dosa menipu, dosa mencarut, dosa memaki, dosa menghina atau dosa memfitnah. Apatah lagi yang bukan Islam.

Mereka mencipta isu untuk dipanaskan. Selepas itu mereka akan berbalas-balan kenyataan. Berberhari-hari, minggu-minggu atau berbulan-bulan isu itu mereka mainkan dengan tujuan mengelirukan rakyat. Dipenghujung sandiwara tersebut mereka akan memohon maaf dan berbaik semula. Isu yang pada mulanya dipermainkan seolah-olah pada tidak betul tetapi akhirnya seolah-olah menjadi betul dan benar apabila yang mempertikai mengaku salah dan memohon maaf.

Isu yang dibangkitkan dan pelaku isu tersebut mungkin sebelum itu sudah malap, basi, dilupakan dan tidak menarik minta rakyat. Tapi bila isu dan pelaku tersebut dimainkan dan hangat diperkatakan dengan kritikan dan hujah yang panas setiap hari dengan tujuan rakyat akan mengikuti perkembangannya, secara tidak langsung menjadikan isu dan pelakunya kembali popular. 

Taktik dan permainan tersebut sudah lapuk. UMNO dan BN hanya ketawa melihat mereka berkelahi. Perkelahian tersebut telah menunjukkan kebodohan mereka. Hanya rakyat yang tidak berfikiran waras sahaja yang melihat sandiwara mereka seolah-olah sesuatu yang benar. Hakikatnya hanyalah satu pembohongan demi untuk meraih undi semata-mata.

Wallahua'lam .......

Isnin, 12 Disember 2011

ADA ORANG PAS MAKAN TAIK .......???

Ibarat tabiat anjing ..... walau tak makan tahi tapi tetap dicium juga. Tapi yang ini lebih teruk daripada anjing. Ulama dunianya siang malam bercerita penglipurlara macam-macam tentang Lynas. Merbahaya, radiasi, nuklear, boleh sebabkan kanser, boleh sebabkan kecacatan, memudaratkan rakyat, kerajaan menzalimi rakyat dan seribu serba maknikam cerita diputar-putar dengan tujuan untuk memutar pemikiran rakyat supaya menyokong parti ulama dunia tersebut. 

Kalau ulama dunia tersebut memiliki kepakaran dalam bidang nuklear, kerja disektor nuklear dan mendapat pengikhtirafan IAEA mungkin boleh diambil kira. Tapi dia sekadar ada Master Pendidikan Islam kawannya pulak sekadar ada Master Psikologi Kaunseling. Boleh percaya ke kalau mereka bercakap pasal nuklear??

Tak apalah lupakan pasal ulama dunia dan Nek Lampir Thoron tersebut. Tapi kenapa dalam kedua-dua durjana tersebut memburuk-burukkan Lynas tiba-tiba muncul seseorang yang juga terdiri dari parti ulama dunia tersebut. Pendapatnya berlawanan dengan ulama dunia tersebut. Beliau merupakan seorang saintis nuklear yang mempunyai PHD dalam bidang nuklear. Beliau menafikan Lynas adalah kilang nuklear dan merbahaya. Siapa yang perlu lebih dipercayai? Ulama dunia atau saintis?

Dalam pada itu timbul pula dua orang lagi yang separti dengan ulama dunia tersebut menjilat-jilat rezeki di Lynas. Taik yang dilemparkan oleh ulama dunia tersebut rupanya dijilat-jilat oleh dua orang mereka. Baca di sini. Baca lagi di sini

Tapi perkara seperti ini tidak menjadi satu yang pelik kerana mereka ini bukanlah sebenar-benarnya pejuang Islam tetapi hanya sekadar makhluk yang 'mencari makan'. Depan mereka akan kata haram tapi di belakang mereka kata halal. Orang seperti ini tidak lebih seperti yang tidak tahu halal atau haram. Halal haram hanya mainan yang bertujuan untuk memenuhi nafsu untuk berkuasa dan mengaut kekayaan dunia seberapa banyak yang mungkin tanpa yang menyokongnya mengetahui sifat buruk mereka.

Nauzubillahimin zalik ..... wallahua'lam.

Ahad, 11 Disember 2011

KONSPIRASI BALAS DENDAM ........???

Tak Sehati Sejiwa
Kononnya ketidakcukupan pencalonan menyebabkan Dr Hassan Ali mungkin tidak dicalonkan sebagai calon dalam PRU13. Kenyataan yang dipetik daripada beberapa blog .... "Hasan menerima pencalonan, tetapi kurang daripada tiga individu yang lain. Ia tidak mencukupi, bukan tak dapat langsung," katanya.

Kalau diimbas kembali perbalahan dalaman berlaku di antara Dr. Hassan Ali dan Shaari Sungip serta Khalid Samad yang dipecat dari jawatan masing-masing pada tahun 2008 ketika Dr. Hassan Ali sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor. Baca di sini. Juga di siniDan di sini

'Ayam' yang dipecat oleh Hassan Ali
Peluang untuk menyingkirkan Hassan Ali terbuka luas apabila Hassan Ali tidak dilantik semula sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor. Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan Kapar, Dr Haji Abd Rani Othman, yang juga Ahli Dewan Negeri (ADUN) Meru telah dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor bagi sesi 2011/2013 menggantikan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor, Dato’ Dr Haji Hasan Mohamed Ali. Pesuruhjaya PAS Selangor yang baru telah melantik semula Khalid Samad sebagai Timbalan Pesuruhjaya III dan Shaari Sungip sebagai Ketua Penerangan PAS.

Ekoran dari perubahan organisasi PAS Selangor, Hassan Ali tidak memegang apa-apa jawatan di dalam PAS Selangor. Beliau hanya menduduki jawatan exco PAS pusat sahaja. Isu-isu yang berkaitan agama Islam yang lantang dipertahankan oleh Hassan Ali tidak disukai oleh 'orang-orang PAS' sendiri. Hassan Ali telah menjadi duri dalam daging bagi PAS dan rakan-rakan PAS.

Kontroversi demi kontroversi yang dicetuskan oleh Hassan Ali ibarat pucuk dicita ulam mendatang bagi kedua-dua musuh Hassan Ali untuk menyingkirkannya dari arus perdana parti PAS Selangor. Pendapat dan tindakan Hassan Ali yang tidak selari dengan arus kepimpinan PAS Selangor telah meletakkan nama Hassan Ali di dalam senarai orang yang tidak dikehendaki oleh parti.


Sama ada benar atau tidak, sama-samalah kita lihat dalam masa terdekat ini, adakah konspirasi ini adalah benar atau hanya agenda UMNO seperti yang diperkatakan oleh PAS.

Apakah ada kemungkinan Hasan Ali bakal meninggalkan PAS dan bertanding sebagai seorang calon bebas di kerusi DUN Gombak Setia? Atau beliau akan menyertai Umno?

Wallahua'lam .......

HASSAN ALI DITEMBAK ........???


Saya tetap bersama Hassa Ali mempertahankan Islam
Saya dan mungkin sebahagian besar blogger-blogger pro kerajaan tetap menyokong pendirian Hassan Ali yang tegas mempertahankan Islam walaupun kami berbeza fahaman politik. Bab agama tidak boleh dikompromi. Saya tetap bersama Hassan Ali yang memperjuangkan kesucian Islam daripada diinjak-injak oleh orang lain terutama musuh-musuh Islam.

Hasan Ali, Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor merupakan seorang pemimpin yang popular di kalangan umat Islam sama ada di Selangor mahu pun di seluruh negara.
Tiada kompromi dalam mempertahankan Islam

"Jika sesiapa pun yang percayakan kepada soal keharmonian beragama, maka soal kesucian agama Islam tidak boleh diganggu-gugat sama sekali dan itulah yang saya perjuangkan, adakah itu salah?"

Berikutan ketegasannya mempertahankan Islam, adalah dipercayai nama beliau telah digugurkan daripada senarai calon untuk PRU13 untuk mempertahankan kerusi DUN Gombak Setia. Ketegasan beliau dilihat telah menimbulkan rasa tidak senang hati dikalangan rakan-rakan pertinya di dalam Pakatan Rakyat. Klik sini

Kami tetap menyokong tindakan tegas Hassan Ali
Beliau mula dipinggirkan apabila berlaku perbalahan antara beliau dengan seorang exco DAP berkenaan dengan penjualan arak dan kritikan beliau terhadap Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Dewan Undangan Negeri Selangor (Selcat) yang diketuai Teng Chang Kim dari DAP. Hassan menggesa SELCAT dikaji semula berikutan cara pengendalian soal siasat kepada Pegawai Pentadbiran Kerajaan Negeri dikatakan mengaibkan pegawai-pegawai kerajaan Melayu dan bertaraf “pertanyaan dan soal siasat kepada budak sekolah”.

Beliau juga digugurkan daripada jawatan Pesuruhjaya PAS Selangor ekoran dari rentetan ketegasan beliau terhadap usaha-usaha beliau mempertahankan kesucian agama Islam.

Perjuangan bukan hanya
melalui PAS sahaja
Kemarahan oleh pihak-pihak yang tidak menyukai beliau terus membara apabila Isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah premis yang dikatakan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu juga salah satu sebab kenapa Hassan Ali digugurkan. Klik sini.

Perjuangan PAS sudah lari dari landasan sebenar. Mereka tidak lagi memperjuangkan dan mempertahankan Islam. Mereka lebih memperjuangankan kepentingan politik dan keduniaan. Laporan oleh blog pro pembangkang menyatakan begitu gembira Hassan ali disingkirkan daripada senarai calon PRU13.

"...... PENULIS memang rasa lega yang amat sangat sebaik dimaklumkan oleh sumber yang hampir dengan kepimpinan PAS Selangor bahawa Datuk Hassan Ali akan digugurkan dari senarai pencalonan untuk pilihanraya umum yang akan datang." Baca di sini.

Apakah ada kemungkinan Hasan Ali bakal meninggalkan PAS dan bertanding sebagai seorang calon bebas di kerusi DUN Gombak Setia? Atau beliau akan menyertai Umno?

Rabu, 30 November 2011

UMNO TAK PERLUKAN BLOGGER DAN FACEBOOKER LAGI .........?


PM sahaja yang menghargai blogger dan facebooker.

Nampaknya urusetia penganjur perhimpunan tak fikir tentang betapa pentingnya blogger dan facebooker pada persidangan ini. Patutnya diberikan satu ruang atau kawasan khas utk bloggers , paling tidak berikan mereka kebebasan utnuk bergerak mencari modal cerita untuk menghangatkan dan memantu kempen demi umno dalam persidangan ini .

Belum apa-apa, sudah terkeluar cerita tentang seorang urusetia bernama Nasri yang berlagk seolah 'bos' besar menghalau dan mengherdik bloggers , apa jadi ?
PM Najib bekerja keras untuk mendekati bloggers, orang bawah Najib pula berlagak pada bloggers!

Blogger dan facebooker bantu UMNO secara sukarela untuk mengikat emosi dan sokongan pengundi, orang UMNO pula menunjuk sombong seolah-olah tak perlukan bloggers!

Perkara ini patut disampaikan kepada PM!!! Biar PM tahu apa berlaku diperingkat bawah!!

UMNO terlalu mengharap media massa Utusan Malaysia, Berita Harian, Metro, TV1, 2, 3, 7, 8, 9 sahaja sebab media ni ada kepentingan periuk nasi mereka. Takkan dana nak salur pada bloger pulak. UMNO cume pandang bloger dan facebooker ni ibarat 'backup' masa terdesak dan nak Free Of Charge (FOC) je Kadang-kadang aku terkilan juga. Kenapa kata nak berjuang tapi tidak serius. Adakah mereka buta IT. Sesetengah mereka ada website, blog, FB atau Twitter. Itu pun mungkin upah orang tolong buat. Silap haribulan upah orang juga untnk update... tolonglah maju wahai UMNO.

Masalah bukan pada DS Najib. DS Najib memang dah kuat sangat bekerja kerana dia tahu dia jadi PM dalam zaman sakit. Penyakit kronik yang diwariskan oleh Tun Abdullah. Masalah sebenar adalah pada orang-orang UMNO diperingkat bawahan yang lebih sudu dari kuah, jenis yang kuat mengampu.... telan kejap.. lepas tu lupa segala..jenis bila pemimpin berucap.. bersorak sorai.. pastu tak ada buat tindakan apa-apa.... DS Najib dah sedar kepentingan cyber troopers... cuma banyak sangat 'Little Emperor' yang tak berguna di bawah dan tak faham-faham nak melaksana aspirasi DS Najib tu...

Walaupun DS Najib kata blogger dan facebooker adalah askar BN/UMNO tapi orang UMNO hanya beranggapan blogger dan facebooker hanya bertaraf prebet yang hanya layak duk dikaki-kaki lima Dewan Merdeka atau tepi-tepi jalan sahaja. Tidak ada apa yang ada pada prebet tepi jalan ni.

Ada orang kata kalau tak dapat masuk dalam pun boleh dapat berita juga. Di luar dewan disediakan tv atau skrin besar yang menyiarkan semua perbahasan dalam dewan. Boleh dapatkan berita untuk tulis berita dalam blog atau FB masing-masing.

Bagaimana kalau blogger dan facebooker yang pro BN/UMNO beralih angin kepada pembangkang .........??

Gajah belum tentu mengalahkan semut tetapi semut-semut kecil boleh membunuh seekor gajah yang besar. Fikir-fikirkanlah ..........

Selasa, 29 November 2011

PAS MEMANG PARTI HARAMJADAH .......

Tambah kapsyen
Salah satu sebab kenapa aku menyampah dengan parti lidah biawak ni ialah 'cakap tak serupa bikin'. Parti syaitan dikata parti Islam, badut penipu dikata ulama dan yang halal dikata haram dan macam-macam lagi yang pelik-pelik dalam PAS ni.

Memalukan aku je mereka ni ......
Pesuruhjaya PAS Pahang bersama Nek Lampir PKR bukan main menjaja fitnah sana sini pasal Lynas. Lynas merbahaya, keluarkan radiasi, kilang nuklear, rakyat akan kena kanser dan selagi ada yang boleh dijadikan fitnah habis disebarkan merata-rata. Pada hal mereka berdua tu cuma ostad ijazah pengajian Islam dan ijazah kaunseling je. Tak ada sikit pun ilmu pasal nuklear. 

Yang bangsatnya ialah hok 2 orang PAS yang duk sama-sama mentekedarah ngan Lynas. Ulama yang disangka badut tu bukan main kata macam-macam pasal Lynas rupa-rupanya ada dua biawak PAS duk mentekedarah duit Lynas. Mereka ni nak dikira macam mana. Kalau orang Cina cakap "cakap talak selupa bikin'. Kalau dalam istilah Islamnya boleh tak dikata mereka ini munafik?

Cerita ni bukan orang UMNO yang buat tapi orang yang sokong PAS gak ....... kalau nak tau cerita lebih lanjut, baca la dalam blog Cucu Mat Kilau. Klik kat sini je ..... klik sini.

Kalau mahasiswa di IPTA atau IPTS yang menyokong PAS atau PKR
membaca seperti ini patutpun dapat PNGK bawah 2.0


Dua Individu Di Kenali Sebagai "Dr.S" Dan "Hj.Z"

Individu yang pertama dipercayai terlibat ialah "Dr.S" yang mempunyai sebuah klinik di Kawasan Perindustrian Gebeng. Atas profesionalisme kedoktorannya, kita tidak hairan beliau menawarkan khidmat panel rawatan kesihatan kepada ribuan pekerja Lynas. Malah difahamkan, beliau mendapat untung ratusan ribu ringgit sebulan untuk dua kali rawatan kepada semua pekerja kilang terbabit. Terbaru, beliau juga telah mendapat satu lagi kontrak yang bernilai jutaan ringgit daripada Lynas. Individu kedua pula dikenali sebagai "Hj.Z" yang dipercayai mendapat kontrak jutaan ringgit untuk tempoh lima tahun dengan syarikat berkenaan. 

CMK masih menjalankan siasatan rapi terhadap kontrak kedua-dua individu terbabit. Kedua-dua mereka adalah merupakan penyumbang dana terbesar kepada PAS Pahang sebenarnya. Maka itulah, kepimpinan atasan kemungkinan besar tidak mahu membuat teguran atau mengambil tindakan terhadap mereka. Malah difahamkan juga ada AJK Pemuda PAS Indera Mahkota juga turut mendapat projek yang sama. Kesemua mereka mendapat kontrak lumayan daripada Lynas, sedangkan mereka adalah ahli PAS "tegar". Walau apa jua alasannya, CMK melihat tindakan mereka ini adalah tidak wajar kerana parti PAS menentang sekeras-kerasnya projek tersebut. 

Jika PAS boleh memanggil Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr.Che Rosli itu hanya kerana dia keluarkan kenyataan kontroversi tentang isu Lynas di TV3. Maka, sepatutnya pihak yang mendapat kontrak jutaan ringgit ini perlu juga diambil tindakan. Kenapa perlu takut laksanakan tanggungjawab. Apakah dek kerana mereka menyumbang dana kepada PAS maka mereka bebas terlibat dengan Lynas?. Jika itu keadaannya, ternyata PAS Pahang bersikap hipokrit dalam hal ini. Ia tidak wajar dan amat memalukan. Ini kerana "wang Lynas" mengalir dalam parti tersebut.


Cucu Mat Kilau keluar PKR .........

KUALA LUMPUR 26 Nov. – Dahulu negara pernah digemparkan dengan tindakan ‘berani mati’ seorang ahli lelaki Parti Keadilan Rakyat (PKR) mencium penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim di khalayak ramai yang pada masa itu memakai penyokong leher.

Sejarah individu itu sebagai penyokong tegar Anwar yang juga seorang penulis blog dengan nama komersialnya, Cucu Mat Kilau (CMK) atau nama sebenarnya, Mohd. Shukri Mohd. Ramli,kini tinggal sejarah apabila akhirnya beliau memutuskan untuk meninggalkan parti itu.

CMK yang pernah bertanding mewakili PKR di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemayan, Pahang pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 lalu, telah menghambakan dirinya lebih 11 tahun berjuang mempertahankan Anwar dan parti itu bersama-sama dengan bekas Ketua Angkatan Muda PKR, Senator Mohamad Ezam Mohd. Nor.


CMK di dalam blognya, www.cucumatkilau.blogspot.com menegaskan bahawa tindakan keluar PKR bukanlah satu keputusan bijak, namun demi meneruskan perjuangan beliau rela membebaskan diri daripada parti itu.

“Akhirnya CMK tidak sanggup lagi untuk menipu diri sendiri. Selama ini apa saja yang berlaku kepada Anwar dan Keadilan pasti CMK akan pertahankan bermati-matian, sama seperti penyokong tegar PKR lain.

“Namun, sejak akhir-akhir ini CMK merasakan bagai satu kesalahan besar jika CMK gagal menegur dan mengembalikan semula maruah parti yang kini mula tercalar gara-gara pemilihan 2010,” katanya.

Dakwa beliau, budaya jahiliah kini menyelinap masuk secara meluas ke dalam parti dan ia menyebabkan hala tuju perjuangan PKR tersasar, walau dinafikan namun itulah hakikatnya.

“Semuanya gara-gara beberapa kerat pemimpin yang sanggup lakukan apa sahaja demi kuasa. Masing-masing mahu menjadi pemimpin parti untuk membuka laluan mudah dipilih sebagai calon dalam pilihan raya umum akan datang.

“Masing-masing kini bercita-cita serta berhasrat untuk menjadi ADUN dan Ahli Parlimen selepas melihat peluang PKR menawan Putrajaya pada PRU-13 ini semakin cerah. 

“Kerana cita-cita itulah, mereka yang terbabit sanggup melanggar ‘pantang’ selama ini. Amalan yang mereka benci ketika dalam UMNO dahulu kini menjadi mainan dek kerana jawatan dan kuasa,” katanya.

Mengulas mengenai pemilihan pimpinan tertinggi PKR, CMK berkata, Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) yang sepatutnya bertindak secara bebas, adil dan profesional bagi mengadili pemilihan itu tidak lagi menjadi telus.

Katanya, ia sekadar menjadi robot untuk memuaskan nafsu pihak-pihak tertentu dan amat tidak wajar dijadikan alat yang secara jelas mencabuli amalan demokrasi yang kononnya mahu dipertahankan oleh PKR.

“Pemimpin yang rosak akhlaknya tidak layak untuk disanjung oleh rakyat apatah lagi mereka yang jelas cuba menipu dan mempermainkan parti sendiri. 

“Bukankah amalan seperti ini tidak sepatutnya berlaku dalam sebuah parti yang memperjuangkan agenda perubahan buat rakyat,” katanya.

DEWAN MERDEKA KOSONG ........ PERWAKILAN UMNO BOIKOT??

Majlis Perasmian Perhimpunan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO di PWTC, Kuala Lumpur berlangsung malam tadi. Perasmian tersebut telah dilaksanakan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden UMNO Malaysia yang dihadiri oleh Ketua Pemuda, Wanita dan Puteri serta para perwakilan.


Eh! Ini kat Dewan Merdeka , PWTC ke! ..... bior betul ....

Dewan Merdeka tempat berlangsungnya majlis tersebut 'kosong', hanya dipenuhi oleh kerusi kosong sahaja. YAB TanSri Muhyiddin Yassin, Ahli Majlis Tertinggi yang hadir dan exco-exco Wanita, Pemuda dan Puteri menangis teresak-esak melihat kehadiran para perwakilan. 

YAB Datuk Seri Najib ketika dihubungi begitu kecewa dengan kehadiran para perwakilan UMNO dari seluruh negara. Kekecewaan DS Najib adalah kerana UMNO telah dikalahkan oleh PKR yang telah 'berjaya' menganjurkan kongresnya di Johor yang telah dihadiri oleh 200,000 orang perwakilan. Perhimpunan UMNO pula hanya dihadiri oleh kira-kira 20,000 orang sahaja,

Yang ni kat mana pulak. Kat Johor ke ...... eh! ramainya ... 200,000 orang ke tu

Dikhabarkan oleh pemberi-pemberi maklumat pro UMNO, pemimpin-pemimpin PKR, PAS dan DAP sedang mengadakan parti keraian bagi meraikan kejayaan besar mereka mengadakan kongres di Johor dan ketidakhadiran ramai perwakilan UMNO di Perhimpunan Agung UMNO tahun 2011.

Anwar Ibrahim, Azmin Ali serta pemimpin-pemimpin PKR hampir sasau melihat kehadiran perwakilan UMNO di Perhimpunan Agung UMNO tersebut. Dikhuatiri akan berlaku penghijrahan beramai-ramai ahli-ahli PKR ke dalam UMNO yang dahulu mereka benci.

Eh! Betul ke ni.....!!!! Bior betul deme ni.

Tak percaya cuba tengok kat sini ............ klik sini

Khamis, 24 November 2011

Pengakuan Bekas Ahli PAS : PAS Terlalu Banyak Membohongi Rakyat.



Ustaz Omar Khalid – bukanlah nama besar dalam politik negara. Beliau Cuma tokoh sederhana dalam Pas di era 70-an dan 80-an.


Pernah menjawat Ketua Dewan Pemuda Pas Terengganu dan Ketua Penerangan Pas Terengganu. Paling cekal, katanya, ‘menikmati’ ISA semata-mata kerana perjuangan Pas yang kononnya selari dengan Islam.

Ustaz Omar – dulunya berjanggut, berjubah dan berserban tetapi kini menukar gaya hidup lebih ‘moden’. Tetapi tetap mempunyai sifat tawaduknya kepada perjuangan Islam. Fasih bertutur dalam bahasa Arab dan bijak menghuraikan ayat suci al-Quran serta Hadis.

Perjuangannya tetap satu – menegakkan kalimah ALLAH dan perjuangan Islam melalui UMNO pula.


BANYAK TIPU RAKYAT KETIKA BERSAMA PAS

“Dulu, masa dalam Pas, saya simpan janggut, berserban dan berjubah kerana diminta oleh pemimpin Pas. Mereka kata, bila simpan janggut, rakyat akan nampak kita warak, baik dan beriman. Ini akan memudahkan sokongan orang Melayu (Islam) kepada Pas,” katanya.

Kini, Ustaz Omar sudah sedar bahawa pemimpin Pas yang berjanggut, berserban dan berjubah Cuma bertujuan untuk mengabui mata orang Islam sahaja. Mereka tidak ikhlas melakukan segala bentuk sunnah Rasulullah itu.

Rabu, 23 November 2011

ORANG ULU TIRAM KAFIR@MURTAD .....??



Apalah nasib orang Johor yang asyik dihina dan diinjak-injak oleh pembangkang. Dulu khalifah Pulau Pinang kata negeri Johor adalah negeri yang tidak selamat untuk dilawati kerana kadar jenayahnya yang tinggi.

Terkini adalah orang Johor dikatakan murtad adan menjadi kafir. Ustaz Pak Lawak dalam ceramahnya mengatakan bahawa orang Johor iaitu orang Ulu Tiram jadi murtad dan kafir kerana tidak solat Subuh. Orang Ulu Tiram yang bekerja di Jurong, Singapore katanya telah lebih 10 tahun tidak solat Subuh. Bila cuti Sabtu dan Ahad mereka dikatakan melakukan qada' tidur dan bangun pukul 10.00 pagi yang sudah tentunya tidak solat tidur. Bekas pelawak ini memberi tazkirah di PASTI, Sg Burong Balik Pulau selepas maghrib pada 9/11/2011 dengan dihadiri oleh 50 orang penyokong PAS bersama PKR.

Ini adalah antara intipati ceramahnya .......

Hujahnya "Kerja di Jurong Singapura,duduk Ulu Tiram, Jam 5 pagi dah keluar dari rumah, 7 pagi dah sampai tempat kerja.Berapa lama 10 tahun dah mereka tak sembahyang subuh?".

Ujarnya lagi "10 tahun tak sembahyang subuh shiekh!!, pergi kerja 5 hari seminggu kemudian cuti hari Sabtu dan Ahad barulah dia(rakyat Johor) qada', dia qada' tidor hingga bangun paling awal tu pun sampai 10 pagi!!".

Katanya lagi, "dalam tauhid termasuk dalam bab riddah perbuatan murtad adalah perbuatan dia(rakyat Johor) Habis semua jatuh murtad kemudian tak payahlah nak pergi jumpa Mufti Perak Harussani nanti dia kata pulak tak apa sebab tak tau diri dah jatuh murtad".

Pelawak pun boleh kafirkan orang Islam

Salah satu fenomena yang cukup menghebohkan dunia Islam saat ini adalah adanya sekelompok umat yang aktif mengkafirkan kelompok lainnya. Mereka memandang bahwa orang-orang yang ada di luar kelompoknya, atau yang tidak berbaiat kepada imam mereka sebagai kafir, murtad dan keluar dari Islam.

Bahkan terkadang dosa-dosa yang dilakukan oleh umat Islam ini sudah cukup dijadikan dasar oleh mereka untuk memposisikan umat Islam di dalam kekafiran.

Lebih jauh lagi, para pemimpin negeri Islam dan termasuk juga ulama pun dikafirkan karena dianggap mendiamkan kemungkaran. Jadi dalam pandangan mereka, tidak harus menjalankan kemungkaran, tapi sekedar mendiamkan kemungkaran pun sudah bisa membuat seseorang atau sebuah pemerintahan menjadi kafir.

Maka setiap kali berbeda pendapat dengan orang lain, mereka dengan mudah menyerang lawan bicaranya itu dengan julukan kafir. Seolah-olah di dunia ini hanya dirinya saja yang berhak menganut agama Islam, sedangkan orang lain sangat rentan untuk menjadi kafir.

Bahaya Menuduh Kafir Kepada Seorang Muslim

Dr. yusuf al-Qaradawi ketika menjelaskan tentang bahaya dari menuduh atau mengkafirkan seorang muslim, menjelaskan beberapa konsekuensi yang berat. Padahal setiap orang yang berikrar dan mengucapkan syahadat telah dianggap muslim, di mana nyawa dan hartanya terlindung. Dalam hal ini tidak perlu diteliti batinnya. Menuduh seorang muslim sebagai kafir, hukumnya amat berbahaya dan akibat yang akan ditimbulkannya lebih berbahaya lagi. Di antaranya ialah :

  • Bagi isterinya, dilarang berdiam bersama suaminya yang kafir, dan mereka harus dipisahkan. Seorang wanita Muslimat tidak sah menjadi isteri orang kafir. 
  • Bagi anak-anaknya, dilarang berdiam di bawah kekuasaannya, karena dikhawatirkan akan mempengaruhi mereka. Anak-anak tersebut adalah amanat dan tanggungjawab orangtua. Jika orangtuanya kafir, maka menjadi tanggungjawab ummat Islam. 
  • Dia kehilangan haknya dari kewajiban-kewajiban masyarakat atau orang lain yang harus diterimanya, misalnya ditolong, dilindungi, diberi salam, bahkan dia harus dijauhi sebagai pelajaran. 
  • Dia harus dihadapkan kemuka hakim, agar djatuhkan hukuman baginya, karena telah murtad. 
  • Jika dia meninggal, tidak perlu diurusi, dimandikan, disalati, dikubur di pemakaman Islam, diwarisi dan tidak pula dapat mewarisi. 
  • Jika dia meninggal dalam keadaan kufur, maka dia mendapat laknat dan akan jauh dari rahmat Allah. Dengan demikian dia akan kekal dalam neraka. 

Demikianlah hukuman yang harus dijatuhkan bagi orang yang menamakan atau menganggap golongan tertentu atau seseorang sebagai orang kafir; itulah akibat yang harus ditanggungnya. Maka, sekali lagi amat berat dan berbahaya mengafirkan orang yang bukan (belum jelas) kekafirannya.

Yang Berhak Dikafirkan

  • Golongan Komunis atau Atheis, yang percaya pada suatu falsafah dan undang-undang, yang bertentangan dengan syariat dan hukum-hukum Islam. Mereka itu musuh agama, terutama agama Islam. Mereka beranggapan bahwa agama adalah candu bagi masyarakat. 
  • Orang-orang atau golongan dari paham yang menamakan dirinya sekular, yang menolak secara terang-terangan pada agama Allah dan memerangi siapa saja yang berdakwah dan mengajak masyarakat untuk kembali pada syariat dan hukum Allah.
  • Orang-orang dari aliran kebatinan, misalnya golongan Duruz, Nasyiriah, Ismailiah dan lain-lainnya. Kebanyakan dari mereka itu berada di Suriah dan sekitarnya. 

Al-Imam Ghazali pernah berkata, "Pada lahirnya mereka itu bersifat menolak dan batinnya kufur." Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah juga berkata, "Mereka lebih kafir daripada orang-orang Yahudi dan Nasrani. Karena sebagian besar mereka ingkar pada landasan Islam." Seperti halnya mereka yang baru muncul di masa itu, yaitu yang bernama Bahaiah, agama baru yang berdiri sendiri. Begitu juga golongan yang mendekatinya, yaitu Al-Qadiyaniah, yang beranggapan bahwa pemimpinnya adalah Nabi setelah Nabi Muhammad saw. Baca lanjut ..... klik sini ...... sini juga

Masyaallah ...... nauzubillahiminzalik .......

Disepanjang perjalanan dari Ulu Tiram ke Johor baru terdapat banyak masjid yang terletak di kiri kanan jalan. Solat boleh dilakukan di mana-mana tempat. Tidak semestinya orang Ulu Tiram mesti bersolat di Ulu Tiram sahaja. Tidak terfikirkah dia bahawa orang Ulu Tiram yang bekerja di Jurong ini akan bersolat di masjid atau surau di laluan mereka ke Johor Bahru. 

Adakah pelawak ini nampak dengan matanya sendiri bahawa pekerja-pekerja ini telah tidak solat subuh selama 10 tahun atau hanya andaian yang digunakan untuk menghina rakyat Johor terutama orang Ulu Tiram. Atau juga mungkin dia telah diupah oleh khalifah Umar Pulau Pinang?

Sepatutnya pelawak ini mengambil sikap membantu dan mendoakan sahabat dan saudara seagama kita, semoga dimurahkan dan dipermudahkan rezeki untuk mereka, dan diberi kelapangan untuk beribadat dan menjalani kehidupan sebagai muqmin sejati, insyallah.

Bukankah itu lebih sinonim dan bersesuaian dengan akhlak Rasulullah wahai sang pelawak? Tepuk kepala tanyalah otak wahai pelawak!

Kepada para ulama', ilmuan dan ustad-ustad yang masih ada sedikit keimanan dalam parti anutannya, perbetulkanlah sikap penyokongi seperti sang pelawak ini, sebelum ianya menjadi virus dan menjadi parasit yang akan merosakkan Islam dan umat Islam!

Wallahualam .....

Selasa, 8 November 2011

MARINA MAHATHIR LESBIAN.....??

Nak kata dia gay sudah tentu tidak sebab dia perempuan. Nak kata dia biseksual tak nampak gaya. Nak kata transgender jauh sekali. Yang paling sesuai mungkin lesbian sebab dia perempuan. Mungkinkah dia lesbian?

Kenapa dia sokong perhimpunan spesis-spesis yang dikutuk Allah. Bukankah dia beragama Islam? Sudah hilang akalkah sampai tak boleh bezakan perkara yang dilaknat Allah dengan perbuatan yang diredhainya. Bukankah umat Nabi Lut yang ingkar telah Allah musnahkan akibat dari perbuatannya yang gemar kepada liwat.

Tidak disangka anak seorang negarawan ulung, Tun Dr Mahathir yang menjadi bahan makian, fitnah dan penghinaan dahulu semasa menjadi Perdana Menteri oleh pembangkang, puak-puak rasis dan agen-agen perosak umat Islam, kini menjadi salah seorang manusia yang hilang haluan sehingga sanggup bersama kafir memurnikan tabiat songsang dan dilaknat Allah SWT.

Aku respect ayahnya tapi dia ni aku langsung tak respect. Kalau dia ni dah menyokong perbuatan seks songsang nak respect apa lagi.

Katanya ...... klik sini ..... klik sini juga

Saya berada di sini sebagai seorang penyokong sebab dua tahun lalu saya telah merasmikan Seksualiti Merdeka tanpa sebarang insiden,' katanya yang ditukil laman berita The Malaysian Insider.

Datuk Marina menjelaskan program itu bukan bertujuan menggalakkan seks bebas tetapi bagi membantu kumpulan 'LGBT' (lesbian, gay, biseksual dan transgender) yang dipinggirkan memahami hak mereka dalam lingkungan undang-undang.



Ia adalah satu acara bagi menjelaskan dan mendidik tentang hak mereka dalam lingkungan perundangan dan bukannya di luar lingkungan.

Persoalannya ialah mengapa dia sebagai seorang yang menganut agama Islam seolah-olah redha dengan perbuatan oleh pengamal seks songsang tersebut. Mengapa perlu diberi peluang dan ruang untuk mereka terus mengamalkan amalan tersebut yang nyata dilaknat Allah.

Rabu, 2 November 2011

KHALID GEREJA NAK TUKAR BAJU PULAK ??


Khalid kata demonstrasi bukan satu cara untuk mendidik tapi kenapa PAS selalu buat demonstrasi?? Khalid kata PAS tak akan bersama dan sokong Ambiga. Boleh percaya ke. Perhimpunan bersih 2.0 dahulu siapa yang anjurkan? Mungkin sebab dah tersepit antara kawan dan lawan, PAS nak berkecuali. Tapi kenapa dulu beriya-iya mempertahankan Ambiga.

Kata Khalid Gereja ..... klik sini

 ....... Sementara itu diminta mengulas sama ada PAS akan menganjurkan bantahan mengenai penganjurannya, Khalid berkata, parti itu memilih untuk tidak menggunakan kekerasan dalam mendidik golongan tersebut.

"Nak didik bukan dengan cara halang atau demonstrasi tapi beri penjelasan. Kita akan cuba mempengaruhi masyarakat supaya tidak memberi sambutan kepada program seperti itu...kita tak boleh atasi dengan kekerasan atau paksaan," katanya. (Diangkat dari mStar Online)

Frasa jamban oleh Khalid Gereja : "Nak didik bukan dengan cara halang atau demonstrasi tapi beri penjelasan".

Pertanyaan kepada Khalid Gereja dan PAS : 

Adakah dengan menyertai Perhimpunan BERSIH 1.0 dan 2.0 tu nak dikira macam mana? Dan akan datang Ambiga merancang akan mengadakan Perhimpunan BERSIH 3.0. Adakah itu satu cara mendidik ke?

Pigi mampus la lu Khalid ...... cakap belit-belit. Bila dah terbelit leher tu macam2 la temberang awak tu. Kejap kata demonstrasi bukan cara mendidik kejap kata nak mendidik dengan beri penjelasan. Kalau tahu demonstrasi bukan cara mendidik kenapa PAS acapkali melakukan demonstrasi. Jangan jadi ketam la.

PAS SOKONG LESBIAN, GAY, BISEXSUAL, TRANSGENDER, INTERSEX dan QUEER

Malam esok, Rabu 02/11/2011 pukul 7.30 pm - 10.30 pm, bertempat di Bangunan Bar Council, Lebuh Pasar Besar, akan berlaku satu forum yang bakal mengundang bala Allah SWT. Forum yang dinamakan "Human Right For LGBTIQ : Making It Real ... In Malaysia". Klik sini.

Wed 2 Nov 2011, 7.30pm – 10.30pmHUMAN RIGHTS FOR LGBTIQ: Making it real in Malaysia!
Forum | Presented by KRYSS, Tenaganita, Empower & the Bar Council

PLEASE NOTE DIFFERENT VENUE: Malaysian Bar Council Auditorium (Map:http://bit.ly/rrNQBx)
Admission free


Our amazing speakers, all of whom well known within their field of activism, help us explore how different mechanisms and human rights instruments may be used to protect and advance the human rights of the LGBTIQ in Malaysia. Come listen, learn and be part of the solution. Through a closer analysis of a case study, we also look at how different actors in Malaysia can work collectively and individually to make a difference for the human rights of the LGBTIQ.

Moderator: Irene Fernandez, Tenaganita

Forum Panel:
1. ASEAN Intergovernmental Commission on Human Rights (AICHR) – Honey Tan, EMPOWER

2. Convention on the Rights of the Child (CRC) – Nooreen Preusser, Training and Education Director, P.S. The Children

3. Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination against Women (CEDAW) – Ivy Josiah, Executive Director, Women's Aid Organisation

4. Working with SUHAKAM – Julian Lee, lecturer, Monash University of Malaysia

5. Local litigation advocacy – Aston Paiva, Kanesalingam & Co

6. Case study session – Angela M. Kuga Thas, Knowledge and Rights with Young people through Safer Spaces (KRYSS)

7. Equality and Non-Discrimination: Implications for the LGBTIQ Community – Irene Fernandez, Tenaganita



Forum ini dianjurkan bersama oleh KRYSS, Tenaganita, Empower dan Malaysian Bar Council. Kumpulan penaja dan penyokong ini juga turut dikenali dengan nama Seksualiti Merdeka 2011. LGBTIQ adalah singkatan daripada Lesbian, Gay, Bisexsual, Transgender, Intersex dan Queer.

Forum ini bertujuan bagi memperjuangkan kesamarataan dan menentang diskriminasi ke atas golongan-golongan LGBTIQ. Dalam perkataan yang mudah, kumpulan Seksualiti Merdeka 2011 mahukan golongan-golongan gay (lelaki + lelaki), lesbian (perempuan + perempuan), transgender (pondan atau bapuk), biseksual (golongan dua alam, lelaki dan perempuan sapu lebih kurang seperti AnuWar Ibrahim) dan sebagainya bebas melakukan hubungan terkutuk mereka secara halal dan terbuka di Malaysia. Nauzubillah himinzalik!

Apa dah nak jadi dengan negara Malaysia. Setiap golongan sudah memperjuangkan hak kesamarataan. Gay, lesbian, pondan, bapuk dan biseksual sudah mula berani memperjuangkan hak mereka secara terbuka.

Mana suara ulama dan Pemuda PAS? Mana kegarangan suara mereka seperti mana mereka membantah Konsert Elton John yang bakal diadakan di Malaysia atas alasan Elton John seorang pengamal gay. Apakah disebabkan penaung utama Seksualiti Merdeka 2011 adalah Boss Besar dan Idola mereka, Ambiga S, maka suara-suara garang Pemuda PAS di"senyap"kan? Apakah sudah ada "gap order" daripada pemimpin pembangkang untuk menutup suara mereka? Bagaimana pula pegangan Ketua Umum Pakatan Haram, AnuWar Ibrahim?

Wahai umat-umat Islam di Malaysia, mahukah ini semua terjadi di tanahair yang kita cintai? Apakah kita hanya mahu berpeluk tubuh dan bersikap tak apa? Apakah hanya kita mampu menentang dengan selemah-lemah iman iaitu menentang dengan hati? Mana PERKASA, mana PERKIDA, mana HIMPUN dan sebagainya. Apakah kita mahu laknat dan bala Allah turun di Malaysia?

Selasa, 25 Oktober 2011


DR. CHE ROSLI BIN CHE MAT 
Berkelulusan :
- Ph.D (Sains Fisiologi/Kimia/Sains Nuklear), Universiti Of Lancester, United Kingdom

FUZIAH BINTI SALLEH
Berkelulusan :
- Ijazah Sarjana Muda Psikologi Kaunseling, University of Reading, United Kingdom 
- Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan, University of Wales, United Kingdom

TUAN IBRAHIM BIN TUAN MAN
Berkelulusan : 
- B.A. in. Islamic Studies (Missionary), Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor 
- M.A.(Islamic Studies and Tourism), Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi,Selangor.

Presiden PAS sendiri, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah berkata dalam ucapan penggulungannya pada hari terakhir Muktamar Tahunan PAS ke-57 awal Jun lepas : 

“Saya hendak menarik perhatian tentang isu Lynas yang dibangkitkan perwakilan. Saya minta isu ini dirujuk kepada pakar. Kita ada pakar nuklear, Dr Che Rosli Mat, Ahli Parlimen Hulu Langat. Dia PhD (ijazah kedoktoran) dalam bidang nuklear. Dr Dzulkefly Ahmad, bahagian keracunan. 

“Jangan rujuk kepada orang lain. Nak tahu pasal kelapa sawit, jangan tanya pakar getah. Sebelum buat keputusan, rujuk pakar kita. Saya tidak mahu ulas panjang, saya minta supaya dengar taklimat Dr (Che) Rosli tentang itu”. 

Dr Che Rosli yang meluat melihat pembohongan demi pembohongan oleh Fuziah dan pendirian yang berdolak dalik ustaz Tuan Ibrahim tentang fakta sebenar mengenai Lynas. Dr. Che Rosli konsisten dengan pendiriannya bahawa Lynas tidak merbahaya. 

Fuziah yang selayaknya menjadi kaunselor sahaja mabuk dengan laporan-laporan dari sebuah syarikat perunding milik seorang berkelahiran Malaysia tetapi menetap di Australia. Beliau tidak mempunyai ilmu mengenai nuklear, radiasi atau nadir bumi kerana ia bukan bidang pengetahuan seorang kaunselor. 

Tuan Ibrahim pula mengambil kesempatan isu Lynas untuk didagangkan dalam perebutan jawatan Muktamar Tahunan PAS ke-57 kununnya beliau menentang projek Lynas dengan harapan untuk meraih sokongan. Beliau pada awalnya tidak membantah malah siap berpesan secara bersemuka dengan pegawai tertinggi Lynas Malaysia Sdn. Bhd. agar menelefonnya jika timbul isu kelak. Ini dinyatakan dalam sesi taklimat mengenai Lynas kepada 12 wakil PAS Negeri pada 29 Julai 2009, yang turut dihadiri Dr Che Rosli. 

Dr Che Rosli antara lain berkata, “Setelah saya melihat dari segi infrastrukturnya, dari segi bahan yang dibawa, saya sendiri pantau, ‘monitor’; Lynas selamat, dengan kaedah-kaedah yang akan digunakan dan dengan bantuan daripada Agensi Nuklear (Malaysia) akan pantau, AELB (Lembaga Pelesenan Tenaga Atom) akan pantau…” 

Beliau juga berkata; “Yang membawa isu ini (ialah) PKR. Jadi, saya bersabar lama dan saya telah mendapat ‘warning’ daripada (Lujnah) Penerangan PAS mengatakan – ‘YB jangan buat komen apa-apa’. 

“Saya terima, tidak bercakap. Tapi tidak adil, mereka buat komen setiap keluaran Harakah dengan bahasa yang kita kurang senanglah”. 

Dr Che Rosli juga menyebut; “Adakah Lynas itu sebagai loji nuklear? ‘Radiation’lah, loji apa semua, macam-macam. Ha, dia ‘spin’ (putar-belit). Sayapun malu. Saya pun orang PAS juga”. 

Puan Fuziah sendiri pernah mengaku dalam beberapa siri ceramah anti-Lynasnya, dia banyak sandarkan hujahnya kepada laporan yang disediakan oleh sebuah syarikat perunding milik seorang berkelahiran Malaysia tetapi menetap di Australia. 

Waraskah Fuziah yang sekadar berkelulusan Ijazah Psikologi Kaunseling yang hanya bergantung laporan orang lain bagi memperlekeh hujah seorang saintis nuklear seperti Dr. Che Rosli. Sedarkah dia dengan kelulusan yang dimilikinya. 

Yang terkedepan dalam usaha mematahkan apa yang telah didedahkan oleh Dr Che Rosli ialah Ketua Penerangan PAS sendiri, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang. 

Layahkah Tuan Ibrahim Tuan Man yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dan Master Pengajian Islam untuk menyanggah penjelasan Dr. Che Rosli .......

siri seterusnya ......

Isnin, 24 Oktober 2011

HASSAN ALI AKAN DIPANCUNG ...........

Perhimpunan Sejuta Umat yang menonjolkan Hassan Ali telah menyebabkan dewa-dewa PAS terutama Khalid Gereja sakit hati, sakit mata dan sakit otak. Mungkin mereka telah berkira-kira untuk menjatuhkan hukuman 'pancung' ke atas Hassal Ali. Tapi bagaimana dengan penyokong-penyokong PAS yang hadir? Tak nak hukum pancung jugak ke ........


Perhimpunan Bersih 2.0 yang dianjurkan oleh Dewa Ambiga adalah perhimpunan jihad fisabilillah oleh penyembah-penyembah Dewa Ambiga. Perhimpunan ini 'difatwakan' halal dan wajib disertai. Mereka yang menyertai akan menerima balasan syurga.

<<<<<<<<<<< klik 1, klik 2, klik 3 >>>>>>>>>

Menurut Selangor Daily dalam www.selangordaily.com ........

Kelantangan Hassan Ali, iaitu mentor program ini, menjadi topik perbualan hangat kerana pendiriannya yang cukup konsisten mengakibatkan dirinya terus menjadi musuh no. 1 dalam kepimpinan PAS yang dikuasai oleh golongan Attartuk secara total. Tidak sukar untuk Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr. Rani telah menyakinkan Hadi Awang untuk mengeluarkan “fatwa” haram bagi ahli PAS untuk hadir ke penyatuan ummah bagi menentang agenda pemurtadan oleh harbi laknatullah. Klik sini. Klik sini dan klik lagi.

Ramai yang mungkin tidak menyedari bahawa Dr. Rani tidak mendapat didikan usrah PAS yang sebenarnya. Beliau hanya bersandarkan tempias pendidikan agama di luar negara, sewaktu bergelar pelajar perubatan ketika itu. Tidak hairanlah seandainya Dr. Rani meminta semua ahli PAS melupakan perpaduan ummah, kenyataan pertamanya setelah dilantik sebagai orang no.1 oleh Khalid Samad. Malah, mereka berdua secara terangan-terangan telah “melacurkan” kalimah Allah! 

Dan ketegasan Hasan Ali dalam memurnikan Islam menjadi duri dalam daging kepada 2 watak utama PAS Selangor. Rupanya, setelah dilucutkan jawatan no. 1 PAS Selangor, Hasan Ali bertambah garang, mengakibatkan Dr. Rani terpaksa menggunakan PAS Pusat untuk menghalangnya dari menurunkan ahli PAS yang pro ulama dari menyertai himpunan fisabillillah ini. 

Hasan Ali mungkin sudah bersedia untuk ber mufarakah; meninggal saf perjuangan PAS yang dilihat persis ke arah gaya Mustafa Kemal Attaturk. Perjalanan politiknya bakal menyaksikan dia berseorangan, memikul janji perjuangan oleh pemimpin-pemimpin PAS terdahulu. Mungkin ramai yang bersimpati, namun itulah hakikat Islam yang diancam oleh PAS melalui ejen-ejen Attaturk milik Anwar. 

Tahniah mu Aji sebab tak ikut 
Himpunan sejuta Umat 
Hasan Ali percaya, pemurtadan umat Islam adalah masalah ummah, dan harus ditangani bersama. PAS pula percaya, pemurtadan adalah hak asasi,asalkan beroleh undi demi kepentingan parti. 

PAS semakin jauh tersesat. Institusi Raja-Raja Melayu dicabar, hak Melayu dipertikai, negara Islam dan Hudud sekadar kosmetik. Dan kali ini, himpunan ANTI MURTAD pun “difatwakan” haram!

PAS itu DAP
DAP itu Kafir ........