Selasa, 3 Mac 2015

DAJJAL MENGUASAI DUNIA ...?

Nabi mengingatkan umatnya sampai satu zaman dajjal akan zahir dan membawa fitnah yang besar sepanjang sejarah Islam. Orang yahudi sudah bersiap siaga untuk menyambut dajjal yang akan memimpin mereka. Sebelum dajjal zahir solomon temple akan dibina dan di sinilah dajjal akan dinobatkan dan menguasai dunia dengan konsep new world order. 


Keadaan ini sudah hampir berlaku melihat situasi sekarang. Adakah Israel dapat menawan masjid Al-Aqsa dan berjaya membina solomon temple? 

Janji Allah dajjal akan dizahirkan untuk ujian terakhir umat islam. Mengamati situasi ini tanda besar kiamat sedang menghampiri umat islam. Ramai akan sesat apabila dajjal dizahirkan. Adakah kita termasuk dalam golongan itu? Jika dilhat dengan kuasa besar pbb pun orang islam tunduk inikan pula dajjal yang akan menjadi ketua kepada PBB? 

Inilah dunia yang allah jadikan. Dunia ini ibarat menduduki peperiksaan. Soalan peperiksaan telah bocor. Sudah tahu macam mana soalan dan jawapan pun sudah dah tahu. Sudah tentulah dapat score peperiksaan tersebut. Tapi ada juga yang tak percaya soalan bocor ambil jawapan lain maka gagallah golongan itu. 

Untuk menghadapi keadaan ini bukanlah mudah. Hanya orang yang kuat iman dan dekat dengan Allah saja akan selamat. Golongan yang selamat adalah golongan yang sedikit. Majoriti manusia sesat ketika itu. 

Hakikatnya dunia hari ini majoriti telah pun tunduk kepada tentera dajjal (Amerika, Israel & kuasa PBB). Dunia hari ini telah bergantung kepada ekonomi tentera dajjal. Bagaimana dunia dan kita semua apabila lahirnya dajjal hakiki yang akan menjadi ketua kepada semua kuasa besar ini. Mereka super power ketika itu. Mereka akan memerangi Islam. Bersediakah kita dengan tanda kiamat besar ini? 

Dan orang Islam akhir zaman yang berfikir perlu mengambil peluang ini dgn mengambil watak Salahuddin Al Ayubi akhir zaman. Ini adalah kerana allah menjanjikan sebelum kiamat Islam akan memerintah dunia. Allah akan membuktikan bahawa Iislam adalah benar dan agama lain adalah palsu. Kita jangan keliru dan buta sejarah dunia ini. Barat yg menguasai dunia ini masih baru sekitar 100 tahun sahaja bermula sejak 1924 selepas kejatuhan kerajaan Othmaniah. Hakikat sebenar Islam telah lama menguasai dunia lebih 1000 tahun. Allah memberi giliran kepada barat sekarang untuk manusia membuat penilaian siapakah yang benar islam atau agama lain. Hari ini ternyata barat memerintah dunia ini penuh dgn kepalsuan dan penindasan. 

Sudah sampai masanya perencanaan Allah untuk giliran semula islam mentadbir dunia ini. Islam akan menjadi leader selepas ini. Tapi orang Islam bukan hanya menunggu dan melihat ketentuan itu saja tanpa berbuat apa-apa. Orang islam perlu mencari janji Allah dengan mengambil peluang ini menjadi Salahuddin Al Ayubi dengan membebaskan masjidil Aqsa di akhir zaman dari cengkaman yahudi. 

Jadilah Salahuddin Al Ayubi dalam bentuk apa yang kita mampu samada tenaga, harta, minda, kewangan atau apa saja asalkan ada konsep jihad. Orang Islam perlu gembira dengan janji Allah Islam akan mendapat pertolongan almahdi dan isa al masih. Janji tidak akan tertunai jika kita org Islam sekadar peluk tubuh. Sunnahtullahnya, Allah tidak akan mengubah suatu golongan itu tanpa mereka sendiri yang mengubahnya. 

Dajjal barat meramal dunia akan kiamat pada 21 Disember 2012 dengan menerbitkan filem 2012 
pada tahun 2009 dan di bintangi John Cussack dan Amanda Peet yang menceritakan bencana 
di tahun ini, akibat dari bencana yang diakibatkan matahari menyebabkan suhu di permukaan 
bumi meningkat, Gempa bumi menyebar luas, Tsunami dimana-mana dan bahkan menjadikan 
Los Angeles ibaratkan samudera. hal ini sesuai dengan ramalan Suku Maya.

Yahudi telah dijanjikan akan menerima kefasadan/kemusnahan kali kedua selepas kebangkitan Islam kali kedua ini dan terakhir, penutup tamadun dunia. Mereka akan dibinasakan disebabkan oleh kekufuran/kezaliman dan membuat banyak kerosakan terhadap agama Allah setelah mengetahui kebenaran agama Islam. 


Sekarang ini sesudah 1400 tahun lebih selepas kewafatan Nabi perkara-perkara yang diceritakan oleh Nabi tentang perjalanan dunia telah pun berlaku dan sudah terjadi. Ertinya, kita cukup yakin bahawa selepas ini, mana-mana jadual yang belum berlaku itu, pasti akan terjadi dan berlaku bila tiba masanya. Di bawah ini disenaraikan jadual-jadual yang positif saja yang telah terjadi di sepanjang sejarah dunia. Dengan harapan agar kita semua sangat yakin tentang kebenaran ALLAH dan Rasul-Nya.

1. Rasulullah SAW bersabda: “Sebaik-baik kurun adalah kurunku, kemudian kurun berikutnya dan kemudian kurun sesudahnya.” (Riwayat Al Bukhari);

Baginda menyebut tiga kurun sebagai kurun di mana manusia yang menganut Islam secara majoriti masih baik-baik. Yakni masih soleh dan solehah. Inilah generasi salafussoleh. Memang kita lihat hal ini benar berlaku, yang mana sesudah 300 tahun dari Rasulullah, manusia sudah mula renggang dari iman dan syariat Islam. Kalau ada pun tidak lagi secara majoriti. Bahkan makin jauh dari Zaman Kenabian. Umat Islam makin meninggalkan Islam hinggalah akhirnya terjadi Zaman Fitnah yang membawa kepada berulangnya zaman jahiliah buat kali keduanya.

2. Rasulullah SAW bersabda: Timur dan Barat akan terbuka untuk kamu. (Riwayat Ahmad) Hal ini pun sudah berlaku di tangan Sahabat-Sahabat dan salafussoleh itu. Hasil perjuangan mereka akhirnya 3/4 dunia ini tunduk kepada pemerintahan Islam atau menganut ajaran Islam. Bangsa Arab itu pernah jadi empayar melalui Islam dengan dunia merujuk padanya. Di mana saja di dunia ini ada saja penganut-penganut Islam.

3. Rasulullah SAW bersabda lagi yang maksudnya: “llmu Islam dan kefasihan bahasa Arab akan diwarisi oleh orang Mesir.”

Jadual itu pun sudah benar terjadi, yakni sejak 1000 tahun dulu dengan terbangunnya Universiti Al Azhar. Sejak itu Mesir menjadi pusat ilmu Islam dan orang-orang Mesir cukup fasih dengan bahasa Al Quran dan Hadis dibandingkan dengan bangsa-bangsa Arab yang lain.

4. ALLAH SWT berfirman: Rom dikalahkan oleh Farsi di tanah jajahannya dan mereka (Rom) selepas itu akan mengalahkan Farsi di beberapa tahun kemudian. Sama ada sebelum dan selepas, semuanya da lam urusan (jadual) ALLAH. Ketika (Rom mengalahkan Farsi) orang Mukmin bergembira dengan pertolongan ALLAH itu. (Rum: 2-4)

Waktu wahyu ini turun, Rom dan Farsi adalah dua empayar yang menguasai dunia. Waktu itu masing-masing atas nama kristian dan majusi. Tetapi ALLAH mengkhabarkan kepada orang MUKMIN tentang jadual di mana keduanya akan kalah-mengalahkan, yang akhirnya tinggal Rom berkuasa dengan pertolongan ALLAH jua. Apabila peristiwa itu benar-benar berlaku orang Mukmin ber- gembira kerana tepat Jadual ALLAH itu. Mereka yakin dengan pertolongan Allah itu juga kedua-dua empayar besar itu akan jatuh tersungkur kepada umat Islam. Demikianlah ALLAH mempergilirkan kuasa mengendalikan dunia kepada bangsa-bangsa.

5. Rasulullah SAW bersabda: Konstantinopel akan jatuh ke tangan seorang ketua yang baik lagi beragama, (tenteranya) tidak melampau, tidak mencuri dan (rakyatnya) tidak penipu dan tidak bergaul bebas. (Riwayat Al Imam Abu Al Hasan Ahmad bin Jaafar) Dipetik dari kitab ‘Ukduddurar Fi Akhbar Al Muntazar.

Dalam Hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: Konstantinopel akan jatuh ke tangan seorang ketua yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik. Para Sahabat dan salafussoleh berlumba-lumba untuk merebut janji ALLAH tentang kejatuhan Konstantinopel itu. Dengan harapan di tangan merekalah berlaku janji itu. Tetapi mereka gagal sehinggalah 600 tahun sesudah kewafatan Rasulullah. Hal itu baru terjadi di tangan Muhammad Al Fateh, keturunan Bani Usman. Yang ekoran dari itulah Turki Usmaniah akhirnya muncul menjadi empayar kepada tiga benua dengan dua puluh sembilan buah negara di bawah takluknya. Hingga hari ini, kalau kita ke Turki, kita masih dapat saksikan kesan-kesan kegemilangan dan kegagahan Islam yang ditinggalkan itu.

6. Rasulullah SAW bersabda: ALLAH mengutuskan pada umat ini disetiap awal 100 tahun, orang yang akan memperbaharui urusan agama-Nya (mujaddid).Hal ini pun kelihatan telah menepati jadual-Nya. Sudah tercatat kemas dalam sejarah nama para mujaddid yang lahir setiap awal kurun. Bermula dengan Sayidina Umar Abdul Aziz, Imam Syafi’i, Imam Abu Hassan Al Ashaari, Imam Al Ghazali, Imam Sayuti dan lain-lain lagi. Semuanya sudah 14 orang. Dan kini, dunia sedang menanti mujaddid ke-15. Dan kita bertuah sedang berada di awal kurun itu.

7. Rasulullah SAW juga bersabda: Akan sentiasa ada satu thoifah daripada umatku yang dapat menzahirkan kebenaran dan mereka tidak dapat dirosakkan oleh orang yang menentangnya. Perihal janji ini, sejarah telah pun menceritakan pada kita bahawa bermula dari awal kurun hinggalah pertengahan dan ke hujungnya, setiap generasi mempunyai thoifah-thoifah Islam dengan ciri-ciri khususnya seperti tersebut dalam Hadis di atas mengamalkan Islam dalam hidup mereka dan bila musuhnya cuba merosakkan, ternyata thoifah itu (syariatnya) tidak rosak bahkan terus berkembang.

Hal begini nampaknya hanya terjadi kepada thoifah para mujaddid serta thoifah syeikh-syeikh tareqat di zaman gemilangnya. Selain mereka, organisasi-organisasi Islam yang berbau politik atau harakah-harakah Islam ala sekular dan persatuan-persatuan ulama rasmi kerajaan nampaknya tidak mampu memiliki ciri-ciri istimewa itu. Mereka gagal membawa pengikut-pengikutnya menegakkan syariat Islam secara syumul dalam jemaahnya. Dan mereka mudah saja tertipu oleh musuh-musuh perjuangannya. Niat baik mereka tidak tercapai kerana laluan yang ditempuh tidak menuju ke matlamatnya

Kebangkitan islam kali kedua ini akan berlaku pada golongan pilihan Allah yang benar-benar mengikut ajaran Islam yang seperti di zaman Rasullullah. Golongan ini datang dari sebelah Timur.

Penafsiran Timur itu juga dikatakan di Khurasan. Yang pasti Timur itu adalah negara yang berada di Timur Mekah. Ianya di sebut umum kerana untuk mengelak darpada musuh Islam. Jika Nabi memeberitahu tempat dengan jelas sudah tentu musuh Islam dengan senang membunuh toifah akhir zaman ini. Juga rahsia ini untuk mengembirakan orang Islam supaya orang Islam sentiasa berfikir, mengkaji lalu membuat pencarian Al Mahdi mereka diakhir zaman.

Golongan inilah merupakan golongan yang tidak disangka-sangka yang menjadi pilihan Allah. Mereka ini dicari oleh Yahudi kerana Yahudi tahu mereka akan musnah di tangan golongan yang tidak disangka-sangka ini. Siapakah golongan ini????

Allah memberi petunjuk berkenaan kemusnahan Yahudi kali kedua dan kebangkitan Islam kali ke dua di tangan toifah akhir zaman (Al Mahdi) di dalam Surah al Isra: 4 & 5);

"Dan kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab Itu. Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong dan angkuh dengan melampau. Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali pertama dari kali ke dua kederhakaan itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu). Dan sebenarnya peristiwa itu adalah satu janji yang tetap berlaku."

Allah mengutuskan utusannya ketika agama Islam telah rosak dan manusia kembali kepada jahiliah. Ketika itu rumah Allah (Kaabah) dikuasai Syaitan, Kaabah dipenuhi dgn berhala dan manusia menyembah Syaitan. Pada masa itulah NabiMuhammad, nabi akhir zaman diutuskan untuk membetulkan agama Allah dan membersihkan berhala di Kaabah sehingga manusia kembali menyembah Allah. Setelah 1400 thn Nabi meninggalkan kita, umat Islam kembali hilang pedoman dan manusia kembali menjadi ke arah zaman jahiliah. Pada masa itulah Allah mengutuskan toifahnya di akhir zaman untuk membimbing semula manusia menyembah Allah.

Jika diamati sekarang Kaabah telah pun rosak. Sedar tidak sedar simbol syaitan telah muncul pada menara jam di Masjidil Haram.Simbol tandok Syaitan telah didirikan oleh golongan Sufyani di Masjidil Haram. Perkara ini telah pun ditegur oleh ulamak Islam tetapi gologan yang mentadbir Mekah sekarang tetap ingkar dengan keputusan mereka. Simbol di menara jam sepatutnya diletakkan simbol Islam bulan sabit dan bukannya tandok, simbol dajal. Inilah angkara musuh Islam. Para ulamak Islam tidak mampu menghalang golongan Sufyani ini. Hanya toifah Allah saja yang mampu mengubah ini keadaan ini. Inilah yang dapat melihat trend-trend kemunculan Dajjal dan Al Mahdi.


Simbol tanduk syaitan pada menara jam di Mekah. Kenapa tidak diletakkan 
simbol bulan sabit, simbol Islam?



Apa bezanya simbol tanduk syaitan di menara jam Mekah dengan simbol tandok dalam 
filem Lord of the Ring puak iliminati?


Apa bezanya menara Jam Big Ben di Inggeris? Apa pula bezanya dengan menara Jam di Mekah?


Perkara ini telah pun dikhabarkan oleh Rasulullah dalam hadis sahih, Al-Allamah Sayyid AIwi bin Ahmad bin Hasan bin Al-Quthub Abdullah AI-Haddad menyebutkan dalam kitabnya Jala’uzh Zholam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Abbas bin Abdul Muthalib dari Nabi s.a.w : “Akan keluar di abad kedua belas (setelah hijrah) nanti di lembah BANY HANIFAH seorang lelaki, yang tingkahnya bagaikan sapi jantan (sombong), lidahnya selalu menjilat bibirnya yang besar, pada zaman itu banyak terjadi kekacauan, mereka menghalalkan harta kaum muslimin, diambil untuk berdagang dan menghalalkan darah kaum muslimin” AI-Hadits.

BANI HANIFAH adalah kaum nabi palsu Musailamah Al-Kadzdzab dan Muhammad bin Saud. Kemudian dalam kitab tersebut Sayyid Alwi menyebutkan bahwa orang yang tertipu ini tiada lain ialah Muhammad bin Abdul Wahab. Adapun mengenai sabda Nabi s.a.w yang mengisyaratkan bahwa akan ada keguncangan dari arah timur (Najed) dan dua tanduk setan, sebahagian, ulama mengatakan bahwa yang dimaksud dengan dua tanduk setan itu tiada lain adalah Musailamah Al-Kadzdzab dan Muhammad Ibn Abdil Wahab. Inilah pencetus fahaman wahabi. Pendiri ajaran wahabi ini meninggal tahun 1206 H/ 1792 M. Angkara gologan inilah maka lahirnya tandok syaitan pada menara jam di Mekah juga sebagai tanda besar kiamat. Tempat lahirnya pencetus wahabi ditunjukkan pada peta di bawah;


Tempat lahirnya puak wahabi


Dalam hadis sahih juga Nabi menyebut bahawa tanduk syaitan ini berasal dari puak wahabi di Najd;

"Daripada Abdullah Ibn Umar r.a., beliau berkata: Rasulullah SAW menyebut: Ya Allah! Berkatilah kami pada Yaman kami dan berkatilah kami Ya Allah! pada Syam kami.Maka sebahagian sahabat berkata: Dan pada Najd kami Ya Rasulallah! Rasulullah pun bersabda: Ya Allah! Berkatilah kami pada Yaman kami dan berkatilah kami Ya Allah! pada Syam kami.Maka sebahagian sahabat berkata: Dan pada Najd kami Ya Rasulallah!Dan aku menyangka (seingat aku) pada kali ketiga Rasulullah SAW bersabda: Di sanalah berlakunya gegaran-gegaran, fitnah-fitnah dan di sanalah terbitnya tanduk Syaitan"

Wallahua'lam.

0 ulasan: