Ahad, 3 Februari 2013

KALAH 2/3 BERMAKNA AKAN HILANG SELAMA-LAMANYA ......


Malai si ....... mungkin itulah dimaksudkan dengan dua beranak ini


Barisan Nasional (BN) perlu memfokus ke atas 70 kerusi, yang menyaksikan perbezaan tipis pada Pilihan Raya Umum 2008, jika perikatan mahu mendapatkan kembali majoriti dua pertiga di Parlimen kali ini.

Tujuh puluh kerusi itu adalah kawasan di mana BN menang tipis atau kalah tipis lima tahun yang lalu. 

Kerusi-kerusi itu juga menjadi tumpuan pembangkang dalam usahanya melebarkan sayap ke Putrajaya.

PRU13 disebut-sebut akan diadakan akhir Mac ini. Mengikut Perlembagaan Persekutuan, PRU13 peringkat persekutuan perlu diadakan menjelang akhir Jun ini. 



Sehubungan itu, Presiden Mubarak, Tan Sri Abdul Aziz Rahman berkata, BN perlu cukup teliti dalam meletakkan barisan calon di kerusi-kerusi kritikal dan mengatur strategi secara berkesan supaya kekecewaan 2008 dapat ditebus kembali dengan kemenangan pada PRU13, yang dilabel sebagai 'ibu segala pilihan raya'.

“Jadi calon-calon yang dipilih kali ini bukan sahaja calon mesti menang, dari segi totalnya mereka mesti bersih sebersih-bersihnya. Putih seputih-putihnya.

“Sebab itu calon mesti tepat. Mesti yang tidak membawa beban yang boleh membebankan parti, membebankan parti, membebankan Barisan Nasional, membebankan pucuk pimpinan.

"Mereka mesti telus, bersih, betul-betul suci daripada sebarang masalah untuk hendak bertanding kali ini. (Jika tidak) seluruh parti akan merasa kesannya,” kata beliau kepada Sinar Harian Online.

Menyifatkan pertarungan PRU13 amat sengit saingannya, Abdul Aziz berkata, program transformasi dibawa oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah berjaya menyentuh hati rakyat secara keseluruhannya.

Meskipun begitu katanya, cabaran besar tetap menanti BN dalam mengatur langkah di 70 kawasan kritikal yang menjadi penentu kemenangan besar parti itu di mana usaha berlipat kali ganda perlu dilakukan supaya ia tidak terlepas ke tangan pembangkang.

“Sasaran yang menjadi rebutan, 70 kawasan Parlimen itu. Jadi gerak geri strategi Barisan Nasional mesti tertumpu kepada penembusan 70 kawasan itu untuk menentukan mereka menang di situ. Kerana memang benar, jika tidak ada gerak kerja, yang benar-benar mantap,
70 kerusi ini akan menjadi medan yang kabur yang boleh menyebelahi sana atau Barisan Nasional.

“Jadi cara yang benar-benar tepat ialah orang yang hendak menjadi calon di situ, mesti tepat dan pada masa yang sama, program pembangunan di 70 kawasan ini mesti lebih mantap untuk ditentukan oleh pihak kerajaan sedia ada sekarang ini,” ujar beliau. 

Akhir November lalu, Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin menjangkakan BN akan memperoleh 120 kerusi jika diadakan November lalu, sementara 24 kerusi dalam keadaan “kelabu”.

Beliau juga mengakui bahawa walaupun keputusan kali ini akan memperlihatkan majoriti mengecil tetapi kemenangan masih akan memihak kepada BN.

Empat tahun lalu, BN memperoleh 140 kerusi, manakala pembangkang 84. Ia pencapaian terburuk dalam sejarah BN.

Berdasarkan statistik semasa, BN memiliki 137 kerusi, manakala PKR (23), DAP (29), Pas (22) dan Parti Sosialis Malaysia (satu), Bebas (lapan) dan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (satu). Satu kerusi kosong.

Sementara Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Mohammad Agus Yusoff sebelum ini pernah meramalkan BN hanya selamat di 96 kerusi manakala PR pula selesa dengan 68 kerusi sementara selebihnya akan menjadi perebutan di antara kedua-dua perikatan itu.

Jangkaan itu juga bermaksud, BN dan PR berhadapan dengan kemerosotan berbanding kerusi dimenangi empat tahun lalu.


Jika penyokong tidak mensabotaj
Namun Najib, selaku Pengerusi BN dan Presiden Umno, dalam Perhimpunan Agung Umno 2012 buat kali pertama menyatakan keyakinan BN akan menang dengan majoriti dua pertiga dalam PRU13 jika tiada unsur sabotaj.

Andaikata penyokong BN mensabotaj PRU13 nanti dan menyebabkan pembangkang menang majoriti mudah apatah lagi majoriti 2/3 maka Melayu akan hilang kuasa selama-lamanya baik Melayu UMNO, Melayu PKR atau Melayu PAS.

Bila pembangkang yang diterajui DAP menang PRU13 dengan majoriti 2/3, DAP akan membawa Singapura menyertai Malaysia semula. Singapura mempunyai 87 kerusi parlimen di mana 81 kerusi milik PAP yang sudah tentunya memberikan sokongan kepada DAP 100%.


Jika diandaikan parti-parti politik kaum Cina di dalam Barisan Nasional keluar dan menyertai DAP, berapa yang tinggal kerusi Melayu? Andainya kawasan-kawasan parlimen di bandar-bandar besar seperti Johor Bahru, Kuala Lumpur, Ipoh dan Pulau Pinang dipecahkan kepada beberapa kawasan parlimen lagi, mampukah parti Melayu mendapat undi 2/3? Jika tidak, nasib Melayu akan menjadi seperti Melayu di Singapura.

Apabila perlembagaan dipinda dan Malaysia menjadi sebuah negara republik maka Raja-Raja Melayu sudah tiada kuasa dan tidak bertahta. Seperti kata laksamana Hang Tuah, Tak kan Melayu hilang di dunia tetapi hidup melata dan merana di bumi nenek moyangnya.

Fikirlah dengan hati dan fikiran yang waras sebelum memangkah calon pada kertas undi anda dalam PRU13 nanti.

0 ulasan: