Rabu, 22 Jun 2011

Ulama sudah tidak diperlukan lagi .......


USTAZ KAZIM ALIAS DIPECAT KEAHLIAN PAS - Muktamar Dewan Ulamak PAS Negeri Perak - 14 Mei 2011 yang lalu di Markas Tarbiyah Air Kuning, Perak

Usul ‘Melongkangkan’ Ulama disokong sebulat suara ……

Usul agar Ustaz Kazim Alias dipecat keanggotaannya dari PAS. Ini disebabkan beliau telah bertindak sebagai duri dalam daging dengan menghentam PAS secara terang-terangan terutamanya dalam isu berkaitan penglibatan PAS dalam Pakatan Rakyat. Tindakan ini amat penting agar beliau tidak merosakkan fahaman Umat Islam termasuk sebahagian ahli PAS sendri yang terpengaruh dengan kepetahannya berpidato.

Muktamar bersetuju bahawa beliau telah menggunakan hujah yang begitu dangkal dan tidak langsung mengambil kira dasar Tahalluf Siasi yang telah diluluskan oleh Majlis Syura Ulamak. Beliau juga sebelum ini pernah dikesan menghuraikan hukum dan mentafsir Al-Quran tidak berdasarkan tafsiran ulamak mufassirin. Adalah diharapkan agar semua Kawasan dan Cawangan PAS di seluruh Negeri Perak tidak lagi menggunakan khidmat beliau dalam semua program anjuran parti.

Sumber : http://dewanulamakpasperak.blogspot.com/

Perjuangan PAS tidak menghayati perjuangan sebenar Islam , yang baik dibuang , yang terpalit dengan skandal bilik 121 di angkat menjadi timbalan presiden . di mana kewarasan keislaman di dalam fikiran para perwakilan PAS?

Ustaz Kazim Elias sangat terkenal dengan penyampaian dakwahnya namun yang menjadi tanda tanya kenapa perlu pecat seorang yang berkaliber berdakwah untuk menyampaikan ajaran Islam , pendekatan dakwahnya sangat diminati oleh anak muda sama seperti Ustaz Azhar Idrus, PAS perlu fikir 100 kali , betul seperti apa yang diperkatan oleh sdr, YB Zul – MP Kulim Bandar Bahru : http://zul4kulim.blogspot.com/2011/05/tazkir-buat-muktamirintolak-palut.html

PAS perlu bijak memilih pemimpin untuk arah tuju muslimin di bumi Malaysia. Tinjaun mengenai sikap para penyokong PAS mengenai kejayaan Mat Sabu memenangi Timbalan Presiden PAS, mereka tidak memikirkan perpecahan dikalangan umat Islam di Malaysia ini , mereka hanya fikir hendak menumbangkan kerajaan sedia ada (Barisan Nasional) dan tidak memikirkan agenda negara Islam dan penyatuan umat Islam yang berpecah disebabkan terlalu percayakan seorang insan bernama Al Sheikh Al Anwar Al-Juburi (pinjam kata-kata Ummi Hafilda).

Seperti yang harapkan perwakilan PAS harus menolak pro erdogan/anwar/anwarinas di dalam PAS yang bekerjasama dengan DAP al kafir-alharbi yang agenda mereka ingin menindas umat Islam di Malaysia ini. Kesimpulannya, PAS Kehilangan seorang ustaz dan pendakwah kerana cinta dan sayang kepada Democratic Action Party (DAP)@Kafir@Komunis.

Kepada ahli PAS di negeri Perak tidak perlu menyembunyikan pemecatan Ustaz Kazim!

Kami tahu perpecahan dan pergelutan sedang melanda di dalam PAS . Agenda negara Islam yang diwar-warkan oleh PAS sebelum ini secara tiba-tiba bertukar kepada negara berkebajikan, kebajikan di kedah pun mereka gagal apatah lagi kebajikan peringkat nasional.

Perjuangan PAS kini bukan lagi Perjuangan Islam tetapi PERJUANGAN SEKULAR kerana ulama mereka telah ‘dilongkangkan’ seorang demi seorang ..............

http://husaini.name.my/?p=340

0 ulasan: