Selasa, 8 Mei 2012

PENEROKA HARAM JADAH AKAN AMBIL KE DURIAN RUNTUH NI .... ???

Antara warga peneroka yang hadir



























Selasa, 8 Mei 2012, Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak pagi ini mengumumkan ‘Durian Runtuh’ jumlah terkumpul bernilai RM 15,000.00 dalam wang tunai kepada setiap dari 112,635 peneroka FELDA. Pemberian ini adalah sebagai menghargai sumbangan mereka kepada pembangunan ekonomi Negara.

Sempena penyenaraian FELDA Global Ventures Holdings (FGVH), ‘Durian Runtuh’ bernilai RM 1.689 billion akan diagih-agihkan kepada semua peneroka FELDA. Semua datang dari dana FELDA. Penyerahan akan dilakukan dalam 3 Fasa. Fasa 1, RM 5,000.00 kepada setiap peneroka. Pada Fasa 2 pula, RM 5,000.00 kepada isteri peneroka. Fasa 3, agihan RM 5,000.00 kepada generasi kedua iaitu anak peneroka FELDA”.


Pengumuman oleh DS Najib menerima sambutan begitu gemuruh dikalangan 40,000 warga FELDA yang berhimpun di Jengka 8 ini. Jalan menuju FELDA Jengka 8 ini menerima kesesakan trafik yang luar biasa, sejauh 6 km dari arah Bandar Tun Abdul Razak (dulu dikenali sebagai Bandar Pusat Jengka) dan Jerantut.


Selain menikmati 'Durian Runtuh' DS Najib juga mengumumkan pula 'Durian Gugur' iaitu, 20% saham FGVH akan diperuntukan kepada Tabung Amanah bagi peneroka FELDA. “Sekiranya FGVH untung selepas penyenaraian, insyaAllah setiap peneroka akan menikmati RM 1,500.00 atau lebih bergantung kepada keuntungan FGVH”.


Beliau, yang juga Menteri bertangung jawab hal ehwal FELDA juga mengumumkan ‘Durian Gugur' kedua pula merupakan ‘pink form’ bagi pengagihan saham bagi penyenaraian FGVH, yang dijangkakan akan disempurnakan 26 Jun 2012 di Bursa Malaysia.

“Membetulkan segala tohmahan Pembangkang, saya ingin mengesahkan, tanah peneroka akan kekal menjadi milik warga FELDA”.


Bagi kakitangan FELDA pula, DS Najib mengumumkan bonus khas 2.5 bulan gaji sebagai ‘Durian Runtuh’ bagi mereka. Sumbangan dan dedikasi mereka dalam agenda membawa perubahan melalui transformasi FELDA semenjak ditubuhkan, jelas dihargai dalam pengumuman ini.



Kehadiran peneroka semakin bertambah ramai

‘Durian Runtuh’ ini mula diumumkan pada Ucapan Bajet 2012 beliau di Dewan Rakyat pada 7 Oktober 2011. Ianya merupakan sebahagian dari agenda transformasi beliau bagi masyarakat FELDA, yang merangkumi penyenaraian FGVH dalam menentukan kedudukan strategik FELDA bagi 50 tahun akan datang terus kekal kukuh dan progresif.

“Apa yang ada hari ini merupakan impian Allahyarham Ayahanda saya. Hari ini, kita ingin transformasikan legasi itu kepada tahap yang lebih tinggi”, sambil mengimbau FELDA yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Kedua Tun Abdul Razak Hussein dan memberikan tumpuan khusus peribadi, merupakan agenda transformasi masyakar luar bandar bermula tahun 60an itu.


“Untuk sampai ke tahap ini, ianya dengan kudrat dan susah payah peneroka membuka dan mengharungi binatang buas. Bermula dari ‘roll call’ setiap pagi dan berbekalkan dengan alat asas seperti kapak, parang dan kecekalan jitu. Akhirnya, kawasan hutan itu bertukar wajah dan berjaya dibangunkan kampung dan kawasan ladang”.

“Di tempat binatang buas dan puaka itu kita bina kampung, wujudkan ladang dan membangunkan masyarakat. Hari ini, ianya berubah kepada kawasan yang maju seperti Pusat Bandar Jengka ini”.

FELDA merupakan agensi Kerajaan Persekutuan untuk membangunkan tanah rancangan, sebagai dasar pra-DEB. Ianya diteruskan selepas DEB mula dilaksanakan sehingga berjaya mewujud dan membangunkan 317 tanah rancangan seluruh Negara.

Menurut DS Najib, FELDA merupakan organisasi pengeluar minyak sawit terbesar di dunia. Kini ianya mengorak langkah lebih panjang dengan semua perniagaan Kumpulan FELDA dikonsolidasikan bawah FGVH. “Banyak pihak luar ingin belajar dengan kita”.

Beliau juga menyindir sekelompok golongan minoriti peneroka FELDA yang bersekongkol dengan Pembangkang dan cuba menggagalkan penyenarian IPO termasuk membawa ke mahkamah. Beberapa kali mesyuarat agung luar biasa (EGM) Perwakilan Koperasi Permodalan FELDA (KPF) dibatalkan kerana injuksi mahkamah yang diambil. “Saya tidak rela mereka menerima ‘Durian Runtuh’ ini. Haram jadah mereka!”.

Ucapan aluan oleh Pengerusi FELDA Tan Sri Isa Samad menegaskan bahawa Kerajaan Persekutuan terus memastikan masyarakat FELDA dibela. Beliau meminta masyarakat FELDA memberikan kepercayaan dan sokongan sepenuhnya kepada Kerajaan dibawah pimpinan PM Najib samada 5 tahun, 10 tahun atau 15 tahun.

Admin .....