Ahad, 18 September 2011

PAS TIDAK SETUJU ISA DIMANSUHKAN .......??



Apa kejadahnya PAS tak setuju ISA dimansuhkan.

Saya macam tak percaya bila baca artikel dari Harakah ni. Unbelievable! ISA ni lah yang mereka perjuangkan selama berpuluh tahun siang dan malam, siap berdemo berdepan dengan tindakan FRU, ramai pemimpin mereka juga pernah ditahan di bawah ISA . Setiap manifesto PRU juga akan diselitkan tuntutan agar dimansuhkan ISA.

Minggu lepas angin takde, ribut takde tiba-tiba Najib sendiri yang mansuhkan ISA. Apapun alasan Najib, logiklah kalau puak pembangkang nak raikan pemansuhan ISA itu sebagai satu bentuk kejayaan hasil desakan mereka selama ini. Maksud saya, siapapun akan ambil kesempatan begitu, standardlah tu. Kan namanya berpolitik.

PAS dan pihak pembangkang sepatutnya merayakan pengumuman pemansuhan ISA oleh PM dengan solat syukur dan teriakan takbir kerana menerima hadiah istimewa dari Najib .......... Mereka tak perlu berhimpun, berarak dan melalak.

Sebaliknya PAS seolah-olah tidak bersetuju dengan pemansuhan ISA tersebut (klik sini). Pelik juga dengan PAS nih. Masih siuman kah orang-orang PAS ni?

PAS juga gila nama seperti juga mereka menuntut supaya diiktiraf juag sebagai pejuang kemerdekaan. Berkaitan pemansuhan ISA, mereka juga nak nama mereka disebut (klik sini).

0 ulasan: