Nik Aziz sembah Anwar........???
Betapa agungnya Anwar di mata Nik Aziz yang sanggup tunduk dan mencium tangan yang membelai china doll ..... |
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pakatan pembangkang, menerima perbezaan pendirian DAP yang menentang pelaksanaannya tetapi pada masa yang sama menghormati pendirian PAS dalam hal itu.
“Kita tak boleh nafikan hak mana-mana pihak untuk mengemukakan pendirian tetapi kita terikat dengan dasar bersama, ” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pakatan pembangkang selama tiga jam di sini malam ini.
Turut hadir Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pengerusi DAP, Karpal Singh, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Ketika ditanya sama ada isu hudud akan terus diketepikan pada masa akan datang, Anwar yang juga Penasihat PKR berkata, gabungan itu tidak ada masalah untuk membincangkan tentangnya kerana berpegang pada prinsip demokrasi dan kebebasan bersuara.
Isu hudud dibangkitkan Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini yang bercadang untuk melaksanakannya di negeri itu.
Cadangan itu bagaimanapun terus ditentang keras oleh pengerusi kebangsaan DAP Karpal Singh.
Anwar berkata, pakatan pembangkang juga tidak boleh menafikan hak mana-mana pihak untuk mengemukakan pandangan berhubung isu itu.
Dr. Asri kata PAS bodoh ........ klik sini.
Pas lebih takut kepada DAP dan bukan Islam daripada takut kepada Allah ...... klik sini.
Harakah terpusing-pusing ...... klik sini.
0 ulasan:
Catat Ulasan