Rabu, 14 September 2011

Hukum Agama Hanya Mainan .......

Apabila Hukum Agama Menjadi Bahan Mainan Tok Guru dan Ulama Dunia berpolitik ......

Kata PAS: UMNO menjadi kafir kerana berkerjasama dengan parti-parti kafir seperti MIC dan MCA. “Sesiapa yang reda dengan kufur maka dia menjadi kufur..” (Kuliah Di Marang 1983) KEMUDIANNYA.. PAS berkerjasama dan berpelukan dengan DAP dan calon-calon bukan Islam dalam pilihanraya ke-11 & 12.

Agaknya ulama PAS dulu-dulu seperti Haji Yusof Rawa, Ustaz Fadhil Mohd Nor dan lain-lain tak tahu usul fiqh/ fiqh aulawiyat, Thahalul Siyasi atau tak tau hukum-hakam agama Islam kut ......

Kenapa ulama-ulama PAS hari ini mengingkari keputusan yang telah dicapai iaitu :

"PAS sama sekali tidak boleh / dilarang bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan yang bukan Islam". 

Tetapi ulama-ulama dan pemimpin PAS hari ini bukan setakat bekerjasama malah bersekongkol dengan pertubuhan/parti kafir DAP untuk menumbangkan kerajaan yang dipimpin oleh orang Islam.

Dulu tidak boleh tetapi hari ini boleh. Dulu haram tetapi hari ini sudah jadi halal. Dulu PAS kata UMNO jatuh kufur kerana bekerjasama dengan MCA dan MIC. Adakah PAS hari ini tidak kufur kerana bekerjasama dengan DAP?

Di bawah ini adalah minit mesyuarat Jawatan Kerja Agung PAS yang dipengerusikan oleh Allahyarham Ustas Haji Yusof Rawa yang telah dikirimkan oleh seorang hamba Allah yang saya tidak kenali melalui emel pada tahun lepas .........





0 ulasan: