Selasa, 13 September 2011

MELAYU SUDAH TIDAK MEMPERCAYAI BANGSANYA SENDIRI ........

 Bangsa Melayu pada hari ini sudah tidak mempercayai bangsanya sendiri. Mereka juga sudah benci dengan identiti bangsanya sendiri. Mereka sudah hilang sifat keMelayuan dan adat resam.

Kini mereka lebih mempercayai parti DAP yang kununnya dapat membela mereka. Bukan hanya rakyat kebanyakkan malah ramai golongan profesional dan golongan akademik (klik sini). 

Kalau Harun bin Abdul Wahab, bersama sebahagian dari kumpulan pertama terdiri daripada 64 orang bekas ahli DAP Lembah Kinrara, Cawangan DAP Melayu di Selangor (baca sini), Mohamad Razali Abdul Rahman, yang mendedahkan rancangan DAP untuk menjadikan kristian agama rasmi Malaysia (baca sini) dan banyak lagi Melayu yang telah sedar hala tuju perjuangan DAP.

Dr Ariffin Omar, 62, seorang profesor di Universiti Pertahanan baru-baru ini menyertai DAP begitu juga dengan anak bekas menteri iaitu Zairil Khir Johari, anak Mohd Khir Johari dengan isteri yang bernama Christine Lim, emak kandung Zairil. Zairil merupakan setpol (Setiausaha Politik) Lim Guan Eng (klik sini) dan sini.

Bangsa Melayu menyokong, memuja dan memuji DAP hanya kerana lakonan simpati yang diberikan oleh YB2 DAP (klik sini) yang kebanyakkannya penganut kristian. Akhirnya mereka akan menukar agama (murtad) seperti yang berlaku di Selangor yang didedahkan baru2 ini. Maruah Melayu ini hanyalah bernilai puluhan atau ratusan ringgit sahaja (klik sini dan sini).

Siapa lagikah profesional, ahli akademik atau orang-orang Melayu yang akan menyertai DAP??? Kenapa mereka sanggup menyertai DAP??? 

“Mereka ada agenda sendiri yang orang Melayu tidak tahu,” Mohamed Razali Abdul Rahman (baca sini)

0 ulasan: