Selasa, 25 Oktober 2011


DR. CHE ROSLI BIN CHE MAT 
Berkelulusan :
- Ph.D (Sains Fisiologi/Kimia/Sains Nuklear), Universiti Of Lancester, United Kingdom

FUZIAH BINTI SALLEH
Berkelulusan :
- Ijazah Sarjana Muda Psikologi Kaunseling, University of Reading, United Kingdom 
- Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan, University of Wales, United Kingdom

TUAN IBRAHIM BIN TUAN MAN
Berkelulusan : 
- B.A. in. Islamic Studies (Missionary), Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor 
- M.A.(Islamic Studies and Tourism), Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi,Selangor.

Presiden PAS sendiri, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah berkata dalam ucapan penggulungannya pada hari terakhir Muktamar Tahunan PAS ke-57 awal Jun lepas : 

“Saya hendak menarik perhatian tentang isu Lynas yang dibangkitkan perwakilan. Saya minta isu ini dirujuk kepada pakar. Kita ada pakar nuklear, Dr Che Rosli Mat, Ahli Parlimen Hulu Langat. Dia PhD (ijazah kedoktoran) dalam bidang nuklear. Dr Dzulkefly Ahmad, bahagian keracunan. 

“Jangan rujuk kepada orang lain. Nak tahu pasal kelapa sawit, jangan tanya pakar getah. Sebelum buat keputusan, rujuk pakar kita. Saya tidak mahu ulas panjang, saya minta supaya dengar taklimat Dr (Che) Rosli tentang itu”. 

Dr Che Rosli yang meluat melihat pembohongan demi pembohongan oleh Fuziah dan pendirian yang berdolak dalik ustaz Tuan Ibrahim tentang fakta sebenar mengenai Lynas. Dr. Che Rosli konsisten dengan pendiriannya bahawa Lynas tidak merbahaya. 

Fuziah yang selayaknya menjadi kaunselor sahaja mabuk dengan laporan-laporan dari sebuah syarikat perunding milik seorang berkelahiran Malaysia tetapi menetap di Australia. Beliau tidak mempunyai ilmu mengenai nuklear, radiasi atau nadir bumi kerana ia bukan bidang pengetahuan seorang kaunselor. 

Tuan Ibrahim pula mengambil kesempatan isu Lynas untuk didagangkan dalam perebutan jawatan Muktamar Tahunan PAS ke-57 kununnya beliau menentang projek Lynas dengan harapan untuk meraih sokongan. Beliau pada awalnya tidak membantah malah siap berpesan secara bersemuka dengan pegawai tertinggi Lynas Malaysia Sdn. Bhd. agar menelefonnya jika timbul isu kelak. Ini dinyatakan dalam sesi taklimat mengenai Lynas kepada 12 wakil PAS Negeri pada 29 Julai 2009, yang turut dihadiri Dr Che Rosli. 

Dr Che Rosli antara lain berkata, “Setelah saya melihat dari segi infrastrukturnya, dari segi bahan yang dibawa, saya sendiri pantau, ‘monitor’; Lynas selamat, dengan kaedah-kaedah yang akan digunakan dan dengan bantuan daripada Agensi Nuklear (Malaysia) akan pantau, AELB (Lembaga Pelesenan Tenaga Atom) akan pantau…” 

Beliau juga berkata; “Yang membawa isu ini (ialah) PKR. Jadi, saya bersabar lama dan saya telah mendapat ‘warning’ daripada (Lujnah) Penerangan PAS mengatakan – ‘YB jangan buat komen apa-apa’. 

“Saya terima, tidak bercakap. Tapi tidak adil, mereka buat komen setiap keluaran Harakah dengan bahasa yang kita kurang senanglah”. 

Dr Che Rosli juga menyebut; “Adakah Lynas itu sebagai loji nuklear? ‘Radiation’lah, loji apa semua, macam-macam. Ha, dia ‘spin’ (putar-belit). Sayapun malu. Saya pun orang PAS juga”. 

Puan Fuziah sendiri pernah mengaku dalam beberapa siri ceramah anti-Lynasnya, dia banyak sandarkan hujahnya kepada laporan yang disediakan oleh sebuah syarikat perunding milik seorang berkelahiran Malaysia tetapi menetap di Australia. 

Waraskah Fuziah yang sekadar berkelulusan Ijazah Psikologi Kaunseling yang hanya bergantung laporan orang lain bagi memperlekeh hujah seorang saintis nuklear seperti Dr. Che Rosli. Sedarkah dia dengan kelulusan yang dimilikinya. 

Yang terkedepan dalam usaha mematahkan apa yang telah didedahkan oleh Dr Che Rosli ialah Ketua Penerangan PAS sendiri, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang. 

Layahkah Tuan Ibrahim Tuan Man yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dan Master Pengajian Islam untuk menyanggah penjelasan Dr. Che Rosli .......

siri seterusnya ......

2 ulasan:

Wak dOb berkata...

sokong sedolor....

yok mampir neng blog YOng...

http://jawaber6.blogspot.com

Jawa Rangers berkata...

Wak .... kula wes mampir neng blog ke riko.