Apa kata mereka pasal HUDUD ........
1. Datuk Seri Azizan Abdul Razak (MB Kedah):
''Kerajaan Pas Kedah tidak akan laksanakan hudud buat masa ini kerana Pas berkongsi kuasa dengan DAP dan PKR. Inilah realiti politik hari ini di Kedah. Jangan samakan Kedah dengan Kelantan. Kerajaan Pas Kedah akan berunding dengan rakan Pakatan dahulu.''
2. Tan Sri Khalid Ibrahim (MB Selangor):
''Kerajaan PKR Selangor tidak akan melaksanakan hudud.''
3. Abdul Wahid Endut (Pesuruhjaya Pas Terengganu):
''Cadangan pelaksanaan hudud oleh Kerajaan Kelantan adalah selaras dengan Islam, dan itulah perjuangan Pas sejak ditubuhkan.''
4. Salahuddin Ayob (Naib Presiden Pas):
''Isu pelaksanaan hudud hanya akan dibincangkan semula jika pakatan pembangkang mengambil alih Putrajaya! Tidak guna bercakap mengenai hudud sekarang. Lebih baik fokus kepada pilihan raya umum!''
5. Khalid Abdul Samad (Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor):
Pas tidak akan melaksanakan hudud tanpa persetujuan DAP dan PKR.''
6. Dzulkifly Ahmad (AJK Pas Pusat):
''Pakatan akan hancur jika terperangkap dengan isu hudud yang tidak penting buat masa ini! Lebih baik fokus kepada strategi memenangi pilihan raya.''
7. Datuk Seri Najib Tun Razak:
''Kita akui hudud adalah hukum yang datang daripada Allah, tetapi pelaksanaannya perlu dilihat kepada keadaan semasa dan realiti masa kini.''
8. Tan Sri Muhyiddin Yassin:
''Perlaksanaan hukum hudud tidak boleh dilaksanakan di dalam masa terdekat ini, mungkin akan mengambil masa.''
9. Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin (Bekas Mufti Perlis):
''Hukum hudud adalah satu kewajipan, tetapi pelaksanaannya mestilah bergantung kepada suasana yang kondusif. Nabi saw sendiri pernah memerintahkan hudud tidak dilaksanakan, contohnya semasa perang.''
Ketua Hakim Syarie tegur kerajaan Pas Kelantan tidak pernah serius laksana hudud
KOTA BHARU 6 Okt. - Ketua Hakim Syarie negeri, Datuk Daud Mohamad menegur kerajaan Pas Kelantan kerana tidak pernah serius memberi penerangan kepada masyarakat mengenai hukum hudud sekalipun sudah meluluskan peruntukannya hampir 20 tahun lalu.
Daud berkata, kempen dan pendidikan berterusan kepada rakyat mengenai hudud sepatutnya dilakukan tanpa henti sejak Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan diluluskan pada tahun 1993 lagi. Klik sini.
Hudud, Pembohongan PAS Yang Tidak Berkesudahan
KOTA BHARU 6 Okt. - Ketua Hakim Syarie negeri, Datuk Daud Mohamad menegur kerajaan Pas Kelantan kerana tidak pernah serius memberi penerangan kepada masyarakat mengenai hukum hudud sekalipun sudah meluluskan peruntukannya hampir 20 tahun lalu.
Daud berkata, kempen dan pendidikan berterusan kepada rakyat mengenai hudud sepatutnya dilakukan tanpa henti sejak Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan diluluskan pada tahun 1993 lagi. Klik sini.
Hudud, Pembohongan PAS Yang Tidak Berkesudahan
Banyak yang sudah disebut tentang hudud ini. Dari sebuah hukum yang tidak boleh tidak mesti dilaksanakan sehinggalah disahkan sendiri oleh Presiden PAS, ‘Tuan Guru’ Abd Hadi Awang sebagai hukum yang tidak memerlukan kesegeraan untuk dilaksanakan.
Bahkan, negara Islam yang mana hudud adalah komponen utama bagi sistem perundangannya pada pandangan PAS, juga disahkan Hadi Awang sebagai tidak disebut dalam Al-Quran, sebaliknya yang disebut ialah negara berkebajikan.
Penulis dari dulu pun bepandangan hudud hanyalah ‘tool’ politik PAS demi menarik undi dan sokongan daripada orang Islam di negara ini, secubit pun tidak berbeza. Klik sini.
0 ulasan:
Catat Ulasan