Ahad, 16 Oktober 2011

ANAK ‘KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ’ SUKA RAMAS TETEK.......?


MENGATA DULANG PAKU SERPIH MENGATA ORANG ANAK AWAK YANG LEBIH. Itulah bidalan Melayu yang sesuai untuk orang yang mulut celupar memfitnah Johor dan negeri lain kononnya tidak selamat dan tidak sehebat Pulau Pinang dan meletakkan dirinya ‘setaraf khalifah Umar Abdul Aziz’. Rupa-rupaya 'penjahat' seks berada di dalam rumahnya sendiri.

Menurut theflyingkick,dengan bantuan blog-blog Pakatan, Ketua Menteri Pulau Pinang itu dikatakan berusaha sedaya mungkin untuk menyatakan bahawa ‘anak VVIP yang meramas tetek pelajar perempuan sekelasnya dan kemudian mangsa DITAWARKAN RM200,000 sebagai pampasan tutup mulut ‘ itu sebagai kerja anak pemimpin Barisan Nasional.

Menariknya, gambar-gambar pemangsa dan mangsa telah mula disiarkan. Salah satu blog memperkatakan perkara ini ialah pisau.net.

Menurut pisau.net, wang tunai RM200 ribu dikhabarkan sumbernya dari pihak pemaju. Apakah kepentingan pihak pemaju untuk mengeluarkan wang sebanyak itu untuk membantu vvip ini?

Adakah ia membabitkan kontrak atau projek yang mencecah ratusan juta ringgit?

Blog gegernya mengucapkan terima kasih kepada blogger Duke of UMNO kerana berani mendedahkan walaupun tidak terang-terangan menyebut siapa VVIP berkenaan.

Khabarnya di utara Semenanjung, khususnya Pulau Pinang, cerita ini bukan rahsia lagi. Anak 'khalifah Umar Abdul Aziz' dah raba tetek (buah dada) seorang gadis.

Ramai memperpacai perbuatan itu memang dilakukan anak Lim Guan Eng yang dikatakan suka berfoya-foya. Yalah, dia anak Ketua Menteri.

Menurut Duke of UMNO, memang kecoh berita mengenai seorang gadis yang dibayar RM200,000 oleh seorang VVVIP semata-mata untuk menutup mulut gadis itu dari melaporkan perbuatan anak lelakinya yang meraba buah dadanya.

Ekoran status VVVIP itu disembunyikan, maka timbullah spekulasi dari pelbagai pihak, terutamanya puak-puak pembangkang yang riuh rendah menuduh VVVIP itu merupakan seorang pemimpin BN!

Betulkah tuduhan tersebut atau ia satu lagi tuduhan liar yang sengaja dilemparkan tanpa sebarang bukti?

Hakikatnya menurut blogger berkenaan, semalam beliau bertemu dengan seseorang yang tahu tentang cerita ini. Menurutnya, kejadian itu berlaku di sebuah negeri di utara dan VVVIP itu memang mempunyai anak lelaki yang gatal dan suka buat sesuka hati mak bapak dia. Maklumlahhh..dia anak VVVIP tertinggi kerajaan negeri itu!

Menurut sumber, gadis yang menjadi mangsa tersebut telah dibayar dengan wang tunai sebanyak RM200,000 dan diminta tutup mulut. Anak lelaki VVVIP itu juga telah bertukar ke sekolah lain untuk tidak menimbulkan sebarang masalah di kemudian hari.

Fakta paling penting yang diberitahu kepada Duke of UMNO ialah VVVIP itu berbangsa Cina dan terkenal dengan sifat "chauvinis", "rasis ultra kiasu" atau "little napoleon" oleh seorang Ahli Parlimen. Gadis itu juga berbangsa Cina.

Cerita bagaimana anak Lim Guan Eng memberitahu guru disiplin SMJK Heng Ee, 'Apa you boleh buat, I anak CM' juga sudah didedahkan. Malah pertukaran Marcus @ LWT dari SMJK Heng Ee ke Sekolah Menengah St.Xavier juga didedahkan selain sebab-musabab pertukarannya.

Guan Eng pada masa yang sama, masih lagi berdiam diri. Khalifah yang sangat disayangi serta disanjungi oleh para pengikut PAS itu, langsung tidak memberikan sebarang respons selepas pendedahan dibuat.

Apakah Lim Guan Eng tidak akan menjawab langsung tuduhan ini?

Atau Lim Guan Eng akan menyatakan ini adalah fitnah semata-mata. Sepertimana dalih-dalihnya yang lain terutama sekali selepas dia dibuktikan MEMANG MENFITNAH JOHOR ketika berada di Singapura.

0 ulasan: