Selasa, 5 Julai 2011

Siapa kata pindaan 1993 lucutkan kuasa Sultan ?

Ada yang kata selepas pindaan 1993, kuasa Sultan melantik Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-Undang dan Pegawai Kewangan Negeri dilucutkan? Saya pamirkan di sini Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Pahang sebelum 1993 dan juga selepas 1993 mengenai perkara yang berkaitan. Saya hanya mahu menyatakan kedudukan di Pahang. Di negeri lain, saya tidak ada dokumen undang-undang tubuh sebelum 1993, tapi yang saya lihat, hasil dari pindaan 1993, Perkara 11 dalam Undang-undang Tubuh Pahang dengan Perkara 52 Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor jadi seragam.



Sila perhatikan Perkara 11 mengenai Setiausaha Kerajaan.




Sila perhatikan Perkara 12 - Penasihat Undang-Undang, Perkara 13 - Pegawai Kewangan Negeri dan Perkara 14 - Kuasa Raja Pemerintah melantik Pegawai-Pegawai APABILA TIDAK ADA Suruhanjaya Perkhidmatan.



Ini pula versi Bahasa Inggeris nya.



Ini lah versi selepas dipinda pada tahun 1993.



Ini versi Bahasa Inggeris nya.


Saya tidak nampak apa yang dikatakan atau dihujahkan bahawa kuasa Raja Pemerintah telah dikurangkan atau telah dilucutkan. Yang jelas, sejak dulu lagi Suruhanjaya Perkhidmatan itu telah ada wujud dan apa yang dikatakan sebagai "Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan" itu ialah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) bagi lantikan jawatan SUK dan Pegawai Kewangan Negeri dan Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan bagi Penasihat Undang-Undang.

0 ulasan: