Selasa, 26 Julai 2011

MELAYU DAP KELUAR PARTI RASIS .......... ??



Kata orang tua-tua, 'kalau sesat jalan kembalilah ke pangkal jalan'. Begitulah yang terjadi kepada Mohamad Razali Abdul Rahman yang telah 'tersesat' ke dalam hutan cauvinis yang dpenuhi dengan belukar perkauman dan agenda tersirat. Menyedari akan agenda yang tersirat maka beliau telah kembali kepada perjuangan sebenar bangsanya yang mempertahankan hak bangsanya (bukan mengambil hak bangsa lain). Kini beliau telah berada di atas landasan yang betul bagi memperjuang dan memartabatkan agama Islam dan bangsa Melayu seterusnya mempertahankan bumi Malaysia tercinta. Lebih molek jika beliau menyertai wadah perjuangan Melayu yang didokong oleh parti keramat iaitu UMNO.

Tetapi lebih malang masih ada lagi Melayu yang seperti hilang ingatan dan lupa akan dirinya sendiri, bangsanya dan agamanya. Mereka ini masih lagi tidak sedar diri diperguna oleh cauvinis-cauvinis untuk memusnahkan agama dan bangsanya. Mereka masih lagi tidak sedar bahawa negara tempat tumpah darahnya hendak dirampas oleh cauvinis-cauvinis tersebut. Mereka sanggup memusuhi bangsa yang seagama dengannya dan mengagung-agungkan mereka seolah-olah bang cauvinis ini lebih mulia daripada bangsanya yang menjunjung agama Allah.

Syabas dah tahniah kepada Mohamad Razali ..........


"MAAFKAN SAYA MELAYU ......."

"Saya nak minta maaf kepada seluruh rakyat khususnya rakyat yang beragama Islam atas keterlanjuran masuk DAP.Saya kesal kerana menyertai parti cauvanis ini.Bagi menebus kesalahan, saya mahu berjuang dalam PERKASA bagi memberitahu rakyat terutama orang melayu tentang apa yang DAP telah dan akan ...lakukan terhadap mereka".

Mohamed Razali Abdul Rahman, 42, bekas ahli DAP merancang untuk mengadakan majlis penerangan bersama PERKASA bagi membongkar satu persatu "rahsia" DAP.

"Slogan demokrasi yang mereka laungkan selama ini hanyalah omong kosong.Mereka cuma pandai bersandiwara.Mereka ada agenda sendiri yang orang Melayu tidak tahu",ujarnya.

Beliau membuat laporan polis ekoran Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi menganjurkan satu MAJLIS PERTEMUAN TERTUTUP PADERI-PADER DARI SELURUH NEGARA yang turut BERIKRAR untuk menjadikan KRISTIAN sebagai AGAMA RASMI PERSEKUTUAN sekaligus melantik PERDANA MENTERI dalam kalangan PENGANUT AGAMA itu.

p/s: Faruq Ghozi ingin mewakili PERKASA Parlimen Seputeh, Kuala Lumpur mengucapkan tahniah kepada PERKASA Pulau Pinang dibawah YDP Datuk Ahmad Saad diatas kelancaran Mesyuarat Khas Tahunan PERKASA Pulau Pinang.

Tahniah juga diucapkan kepada saudara Mohamad Razali Abdul Rahman bekas ahli DAP dan alhamdunillah beliau telah kembali kepada pangkal jalan.Semoga ALLAH SWT merahmati beliau dan semoga peristiwa ini (beliau keluar ahli daripada DAP) menjadi pengajaran besar kepada orang-orang melayu sendiri.


Posted by AAKJ at 10:32 AM
http://azmykelanajaya.blogspot.com/2011/07/ahli-dap-keluar-partimaafkan-saya.html

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sy sgt terkejut mendengar beliau menceritakan 'agenda' jht DAP terhadap Islam dan Melayu...sy dengar sendiri drp mulut beliau siang td...smoga kaum Melayu beragama ISLAM sygkan AGAMA ISLAM...jgn pecah belah lg,,SEDARlah kaum MELAYU! =(