Ahad, 10 Julai 2011

Perhimpunan bersih UMNO di PWTC .........

Seminggu lepas aku menerima sms daripada Ibu Pejabat Penerangan UMNO Malaysia menjemput hadir ke Majlis Penerangan Perdana oleh Perdana Menteri Malaysia pada 10 Julai 2011. Pada mulanya agak keberatan nak pergi sebab sehari sebelum itu pemberontak-pemberontak merancang mengadakan huru-hara di Kuala Lumpur. Bukan kerana takut tapi benci melihat pemberontak-pemberontak yang tidak siuman tersebut. Tiga hari sebelum majlis tersebut aku telah menghubungi semula Ibu Pejabat Penerangan UMNO Malaysia memaklumkan bahawa aku akan hadir ke majlis tersebut.

Jalan Tunku Abdul Rahman

Bermula jam 6.30 pagi, perjalanan aku dari Jerantut ke Kuala Lumpur pada hari Ahad 10 Julai 2011 begitu tenang. Tidak banyak kenderaan melalui Lebuhraya Pantai Timur dan Lebuhraya Karak. Meneruskan perjalanan memasuki bandaraya Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Duke mengejutkan aku kerana jalan begitu lenggang. Mungkin penduduk Kuala Lumpur ‘melarikan diri’ keluar kota kerana tidak mahu terancam dengan perbuatan-perbuatan pemberontak yang akan menggila di bandar mereka ataupun mereka bersantai di rumah bersama keluarga.

Aku sampai di PWTC kira-kira pukul 8.30 pagi. Aku agak terkejut apabila tiba di aras 4 untuk mendaftar diri aku lihat begitu ramai jemputan yang hadir sehingga urusetia kehabisan kad pendaftaran. Aku bernasib baik kerana dapat mendaftar. Dimaklumkan oleh petugas di pintu masuk bahawa Dewan Merdeka telah penuh. Jemputan diminta memasuki Dewan Merdeka melalui pintu-pintu di aras 5. Tapi aku dapat masuk Dewan Merdeka di aras 4 dan mendapat tempat duduk hampir pentas utama.

Dimaklumkan kehadiran pada hari itu yang berada di dalam Dewan Merdeka sahaja lebih kurang 6 ribu orang terdiri daripada pimpinan UMNO seluruh negara, 70 NGO serta pimpinan syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Setiap tempat di dalam Dewan Merdeka dipenuhi jemputan. Ada yang duduk ditangga dan dilantai. Yang berdiri jangan kiralah. Yang tidak dapat masuk Dewan Merdeka berada di luar menonton melalui skrin besar yang disediakan.


Sepanjang aku mendengar ucapan Datuk Seri Najib Tun Razak, dia tidak pernah berucap dengan nada yang berapi dan begitu bersemangat. Sehinggakan seorang wartawan semasa sidang akhbarnya selepas majlis itu berkata padanya bahawa ini kali pertama dia melihat Perdana Menteri dalam mood seumpama itu.

Majlis yang dianjurkan secara ‘last minute’ oleh pejabat Ketua Penerangan UMNO Malaysia itu bergema sokongan penuh hadirin terhadap Perdana Menteri ekoran perhimpunan haram Bersih memperlekeh kerajaan pada hari sebelumnya.


video


video


video


Paling menarik Najib kali pertama bercakap agak panjang lebar dan membelasah serta memperlecehkan aksi ‘lakonan’ demi ‘lakonan’ Datuk Seri Anwar Ibrahim termasuk isu video seksnya. Begitu juga dengan pemimpin-peminpin PAS dan Ambiga.

Juga mengenai aksi ‘muka sakit’ Ketua Umum PKR itu semasa mendakwa cedera ringan ketika kejadian melanggar hadangan polis di KL Sentral dan kemudian masuk untuk rawatan di Hospital Pantai.

Sambil menilai Anwar berdepan dengan situasi ‘peluang terakhir’, beliau mengingatkan rakyat supaya berwaspada kepada Ketua Pembangkang itu sanggup buat apa saja dalam keadaan tersepit seperti itu.

Beliau menyentuh hal ini semasa awal ucapannya berkata, “kita nak bagi mesej kepada orang di luar”. Kemudiannya beliau bertanya siapa dia.

Hadirin menyebut “Anwar”. Lantas Najib berkata, ”orang di hospital...(merujuk kepada Anwar yang masuk hospital kerana dakwa cedera ringan semasa demo Bersih semalam)......yang sedang merancang nak memakai pembalut leher... yang sudahpun mendapat Oscar Pelakon Terbaik...seiring dengan Amitah Bachan (dipercayai merujuk kepada Pengerusi Bersih Datuk S. Ambiga)”.

Kata-katanya ini disambut dengan tepuk gemuruh dan gelak ketawa para hadirin.

“Baru kena sikit aje...muka dahi kerut, macam dah kena belasah..masuk pula gambar video di You Tube...malam tadi Tan Sri Muhyiddin tunjuk saya...oohh.... macam betul-betul dah kena belasah (oleh polis)..selepas itu terlentang di hospital...sempat lagi dengan baju kuningnya (t-shirt Bersih)...pelakon terbaik...perangainya tak berubah...perangai dulu perhimpunan di Baling.

“Saya kata pada rakan-rakan dari zaman ayahanda saya( bekas PM Allahyarham Tun Abdul Razak) ..ramai mati kebuluran...demonstrasi di Kuala Lumpur...zaman Tun Hussein Onn pun buat juga...zaman Tun Dr Mahathir...buat juga...lepas tu baik sementara (masa dalam kerajaan)...negara aman berapa tahun...lepas tu buat demonstrasi zaman Pak Lah Bersih 1...sekarang zaman saya Bersih 2.”

“Perangai hudoh ini tak berubah dari dulu sampai sekarang...dialah dalang sebesar-besarnya.

“Ambiga...siapa Ambiga....kononnya hari ini badan menegakkan demokrasi pilihanraya yang Bersih.

“ Yang dok tuding jari kat kita ni bersih sangat ke orang tu...timbalan dia siapa..Mat Sabu sanggup duduk bawah Ambiga..Mat Sabu ni duduk bawah siapa pun tak apa...apa bilik no berapa ( merujuk kepada tuduhan kes khalwat Mat Sabu di sebuah hotel di Kota Bharu dulu)

“PKR pemilihan dalam parti bersih sangat ke...tahun sudah baling kerusi...ada kena tumbuk...Datuk Zaid Ibrahim mula-mula dia ingat kot adalah peluang aku nak jadi pemimpin besar......masuk PKR ...dia ditatang jadi calon Hulu Selangor.

“Akhirnya bila nak lawan Timbalan Presiden PKR...kerana lawan dengan buah hati dia...si polan tu lah...maka Zaid Ibrahim kecewa sampai dia kata dia kena manupulasi dalam pilihanraya PKR.

“Rumah tangga sendiri tak betul...dimanupulasi keputusan agar buah hati menang Timbalan Presiden...sekarang ini dia nak ajar kita tentang pilihanraya di dalam negara.

“Banyak tak terjawab lagi...jam Omega ( video seks) tak terjawab...nafi seribu kali nafi..pakar forensik terkemuka di dunia kata 99.99 persen...eh..dia kata bukan saya...kerana apa..kerana perut.

“Forensik ni dia bukan ukur perut aje ( katanya disambut gelak ketawa hadirin)...macam-macam...profesor di Amerika tak betul...dengan Saiful pun nafi...

“Saya pun ada pembantu-pembantu tapi kalau nak berunding dengan pembantu berundinglah di pejabat...mengapa nak berunding di sebuah kondominium...apa nama rundingan ini

“Saya bawa Saiful keluar negeri..sebab dia .... 'teaboy' .... orang lain tak boleh buat 'tea' ke...apa keistimewaan 'tea' yang Saiful buat .....”

“Macam-macam dulu (masa dalam penjara) kata saya akan kena arsenic poisioning...tak cukup dengan racun arsenic...nak kena injection HIV...semuanya kita ni buruk...sedahsyat-dahsyat orang ni ....... kerajaanlah...dari dulu sampai sekarang...semuanya buruk kita ......dialah manusia sebaik-baiknya.....anugerah Tuhan.

“ Inilah manusia yang sebabkan kita hadapi masalah semalam ( demo Bersih)..masalah orang yang hendak sangat menjadi Perdana Menteri...sanggupkan korbankan segala prinsip...ketepikan agama dan bangsa...asalkan akulah Perdana Menteri.

“Dulu maki PAS bukan main..kata bodohnya PAS ...saya ingat lagi..PAS tak ada otak...ini dia pakai...tak boleh fikir PAS ni...Kit Siang dia bantai masa jadi Ketua Pemuda UMNO...sekarang ni .... oh my friend....semua orang dia peluk.

“Inilah angkara yang berlaku kerana nafsu nak jadi Perdana Menteri,”katanya.


Perdana Menteri menilai Anwar gabra apabila melihat BN menang pilihanraya kecil demi pilihanraya kecil kebelakangan ini termasuk pilihanraya negeri Sarawak.

“Dia tengok..ini tak boleh jadi ni..kalau macam ni UMNO menang dengan pelan transformasi kita...rakyat dah terima dengan konsep 1Malaysia..dasar nak berlaku adil kepada semua kaum...agenda Melayu kita teruskan...dia tahu kalau tak berbuat sesuatu InsyAllah kita menang dalam PRU 13 nanti.

“Dia pun tahu inilah 'the last chance for him'..bila orang tahu inilah peluang terakhir...dia akan buat segala-galanya...yang baik jadi tak baik...kerana apa...kerana matlamat menghalalkan cara...matlamat dia nak jadi Perdana Menteri menghalalkan cara,”katanya.

Dalam usaha menghadapi ancaman seumpama ini Najib meminta UMNO agar tidak sangsi kekuatan yang ada pada parti.


Beliau menegaskan UMNO sendiri ada ahli 3 juta yang bila-bila masa boleh saingi himpunan Bersih yang dihadiri oleh kira-kira 10,000 orang di Kuala Lumpur semalam.

Katanya tak payah 3 juta...satu juta cukup untuk ‘ tawan’ Kuala Lumpur.

Menurut beliau bukan sahaja UMNO..tetapi campur pelbagai pertubuhan yang sokong kerajaan seperti yang ramai hadir pada majlis itu.

Beliau memberi contoh persatuan seni silat gayong dan lincah.

“Pendekar-pendekar kita turun...tak masuk NGO-NGO lain lagi,”ujarnya.

Apapun kata Perdana Menteri UMNO tidak sekali-kali akan mulakan budaya demonstrasi jalanan.

“Jangan ..kita boleh lawan...semalam kita bagi wakil kita Ketua Pemuda saja turun...itu baru sikit saja kita turun angkatan kita...kalau kita nak buat porak peranda kita boleh..tapi kita yang berhimpun ni ...kita menjunjung prinsip undang-undang negara.

“Kita tak suka pada huru hara...kami suka pada keamanan..kami suka pada negara dimana rakyat hidup dalam harmoni...kita mahu masa depan kita lebih baik dari hari ini..ini sebab kita berhimpun hari ini...bukan kita nak tunjuk kekerasan pada mana-mana pihak..tapi kita nak tunjuk kekuatan kita...ada orang kata inilah 'silent majority'...jadi jangan sesiapa nak timbulkan huru hara dalam negara.

“Nak kata demokrasi...UMNOlah pejuang demokrasi dari awal,”kata Perdana Menteri.

Itulah di antara celoteh-celoteh YAB perdana Menteri yang penuh semangat, nasihat dan sindiran yang penuh makna menyebabkan Dewan Merdeka gamat dengan tempikan dan laungan oleh hadirin dari seluruh negara.

Aku begitu puas dengan Majlis Peneranga Perdana oleh YAB Datuk Seri Najib dan mengucapkan syabas kepada Datuk Ahmad Maslan, Ketua Penerangan UMNO Malaysia kerana berjaya menganjurkan majlis tersebut.

Selepas majlis itu aku meronda-ronda di The Mall dan KLCC. Begitu ramai penduduk Kuala Lumpur dan pelancong membeli belah dan bersantai bersama keluarga seperti tiada apa yang berlaku. Mungkin pada mereka Perhimpunan BERSIH menyusahkan mereka tetapi Perhimpunan UMNO menjamin keselamatan mereka.

10/7/2011





0 ulasan: