Pahala entah banyak mana ..... tapi hari2 asyik duk cipta fitnah nak burukkan orang lain.
Patutnya Mufti menyebarkan dakwah yang baik2. Bukannya mengadu-domba sesama umat Islam. Buat homework atau kajian dahulu sebelum berkata2.
Tolong baca kajian Dr Aznan yg disiarkan dlm muis.org.my sampai habis.
TERUK SANGATKAH PENTADBIRAN ZAKAT DI MALAYSIA?
oleh:
Prof. Madya Dr. Aznan Hasan
Pengerusi Majlis Ulama ISMA (MUIS)
Presiden Association of Shariah Advisors Malaysia (ASAS
Pengkajian saya berkenaan dengan zakat dan pentadbiran zakat di Malaysia sudah agak lama. Bermula dengan penulisan thesis master saya di Fakulti Darul Ulum, Universiti Kaherah, Mesir pada tahun 1998 (Alhamdulillah, saya mendapat pangkat mumtaz ma’a tawsiyat bi al-tab’ untuk thesis ini).
Sejak itu pengkajian saya berkenaan dengan zakat berterusan, walaupun area kajian saya telah juga merangkumi bidang lain, termasuklah usul fiqh, qawa’id fiqhiyyah, perbankan dan kewangan Islam. Saya juga menyelia thesis para pelajar Ph D.
Ramai yang dah siap, dan adalagi yang belum. Sekarang ini, saya masih ada satu lagi research berkenaan dengan zakat (ERGS bersama beberapa rakan-rakan) bertajuk: “Modelling Regulation of Zakat Administration in Malaysia: A Triangulation Study” yang masih tertangguh lantaran kesibukan yang pelbagai.
Hakikatnya, kepada sesiapa yang melakukan penyelidikan berkenaan dengan zakat akan melihat berlaku perubahan yang amat ketara kepada pentadbiran zakat di Malaysia, sama ada dari sudut kutipan mahupun agihan. Bahkan, kepada mereka yang mengkritik keterlaluan, termasuk juga daripada agamawan, pada haikatnya, maklumat yang mereka ada adalah maklumat yang amat outdated dan tidak dikemaskinikan.
Umpamanya:
1- Isu ketelusan pengagihan dalam pengagihan. Kononnya tiada ketelusan. Pada hakikatnya laporan kewangan kebanyakan pusat zakat / majlis agama, boleh didapati dan di dalam dimuatkan detail berkenaan dengan kutipan dan bentuk pengagihan. Perlu di ingat bahawa pengagihan zakat di Malaysia dibahagikan kepada tiga bahagian, sama ada tamlik fardi, tamlik jama’i ataupun tamlik muassasi. Kena jelas perkara ini.
Jangan main tuduh sahaja bahawa tiada ketelusan di dalam pengagihan dan kemudian memberikan persepsi yang buruk berkenaan dengan pengagihan zakat. Saya berharap para agamawan yang terlalu mengkritik dengan terlalu keras, bahkan kadang-kadang sehingga menampakkan seolah2 pusat zakat/ majlis agama menyalahgunakan duit zakat, termasuklah para mufti, bacalah laporan kewangan.
Kalau tak pandai nak baca, minta tolong orang yang pandai untuk tolong bacakan. Jangan buat kritikan, sehingga orang yang tahu merasakan agamawan ini pada hakikatnya main tembak sahaja semata-mata nak cari populariti. Saya tak nafikan, masih banyak perkara yang perlu dibaiki. Itu perkara biasa dalam kehidupan. Perubahan adalah sifat manusia, dan kita mahu semua perubahan ke arah yang lebih baik.
2- Isu cadangan agar pusat zakat / majlis agama mencari asnaf bukan hanya sekadar menunggu orang datang, seperti menubuhkan skuad asnaf dan sebagainya. Inipun bukan perkara baru. Banyak negeri dah adapun. Bahkan dalam pebagai bentuk agar kita dapat reach (sampai) kepada asnaf.
Jadi ini bukanlah suatu cadangan baru. Betul, beberapa penambbaikan amatlah perlu, tetapi janganlah buat gambran seolah-olah pusat zakat / majlis agama ni hanya duduk kat office, tunggu asnaf datang aje.
3- Payah nak bagi zakat, kadangkala banyak investigasi dan soal jawab yang dibuat kepada asnaf. Agamawan yang komen sebegini, sebenarnya mungkin tak pernahpun berhadapan dengan asnaf dan segala potential tipu muslihat dalam hal ini. Perlu diingat, duit yang kita nak beri pada asnaf ni duit zakat, bukan duit kita.
Kadangkala (bahkan banyak juga situasi ini), mereka yang minta duit zakat ni, tak layakpun terima zakat. Mereka hanya berlakon apabila nak terima zakat. Jadi investigasi amatlah perlu, agar kita tak beri zakat kepada orang yang tak layak. Pengalaman peribadi mengajar saya perkara ini. Saya harap sangat agar agamawan sebegini, agar faham hakikat dan realiti. Bukan hanya sekadar buat komen daripada bilik pejabat beraircond mereka semata-mata.
4- Pemberian zakat kepada asnaf fi sabilillah, hanya kepada mereka yang belajar agama, tidak kepada mereka yang belajar bidang-bidang lain seperti medic, engineering, economic dan lain-lain. Ehmmmm. Nampak sangat orang yang komen sebegini tak mengikuti perkembangan dan tak tahu apa yang berlaku. Hakikatnya, pemberian zakat di bawah asnaf fi sabilillah dalam bentuk bantuan pelajaran telah lama memberikan bantuan kepada peajar-pelajar dalam bidang yang lain juga. Tolonglah update maklumat anda sebelum mengkritik.
5- Isu kutipan dan pemberian semula sebahagian duit zakat untuk diagihkan oleh institusi berkenaan. Ianya dipraktiskan oleh banyak pusat zakat/ Majlis Agama. Di sini perlu penelitian dan penambahbaikan, terutama kutipan zakat Perlis. Minta maaf kerana menyebut secara direct.
Di dalam praktis kebanyakan pusat zakat / Majlis agama Islam, apabila sesuatu institusi membayar zakat kepada pusat zakat, maka mereka berhak untuk meminta sebahagian portion (berbeza2 mengikut negeri), untuk mereka sendiri mengagihkan kepada asnaf yang layak. Perlu diingat, zakat tersebut tidak boleh diambil oleh mereka.
Jika mereka adalah amil (tanpa layak menerima zakat di atas kapasiti asnaf lain) mereka mungkin mengambil portion asnaf amil, tetapi portion ini perlu dilihat juga berapa jumlah yang diambil oleh pusat zakat/ majlis agama utk pentadibiran mereka, agar portion zakat tidak diambil dengan banyak oleh asnaf amil, sedangkan matlamat zakat adalah untuk asnaf lain yang lebih utama.
Zakat ini perlu diagih-agihkan kepada pihak asnaf yang layak dan institusi tersebut perlu untuk memastikan bahawa zakat tersebut diagih-agihkan mengikut asnaf..Umpamanya di bank2 Islam di Malaysia, mereka mempunyai suatu unit/ jabatan khas untuk pengagihan ini, dan pengagihan ini dibuat di bawah pemantauan Majlis penasihat syariah bank2 Islam tersebut. Sesiapa yagn pernah masuk meeting majlis penasihat syariah akan tahu bagaimana ahli2 majlis penasihat syariah akan meneliti dalam memastikan duit2 tersebut diagihkan kepada mereka yang sepatutnya.
Namun, terdapat beberapa kekurangan. Antara yang paling ketara ialah kutipan zakat Perlis. Banyak perkara yang perlu dibaiki. Saya berharap Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Perlis melakukan perubahan dalam hal ini. SS Mufti Perlis sepatutnya turut sama mengambil perhatian dalam hal ini. Ada “hanky-panky” dalam kutipan zakat Perlis ini.
Sesiapa yang membuat kajian dalam hal ini, tahu perkara ini. Tak tahulah saya kalau Majlis Agama dan Jabatan Mufti tak tahu tentang perkara ini. Ada orang yang menjadikan kutipan zakat ini sebagai bisnes dan mendapat sehingga mendapat belasan ribu ringgit di atas ‘bisnes’ kutipan ini. Majlis Agama dan Pejabat Mufti kena cakna berkenaan dengan perkara ini.
Kesimpulannya daripada penerangan ringkas ini, pentadbiran zakat di Malaysia tidaklah sempurna, tetapi tidaklah terlalu buruk sehinggakan kita tak nak memberi zakat kepada Pusat Zakat. Para agamawan pula, janganlah create persepsi (melalui kritikan2 outdated dan tersasar anda) bahawa betapa buruknya pentadbiran zakat di Malaysia.
Sehinggakan masyarakat hilang kepercayaan kepada suatu institusi yang penting ini (ada dua institusi pentng yang perlu perhatian yagn mendalam daripada para sarjana dan agamawan, iaitulah zakat dan wakaf. Dua institusi ini, jika kita dapat mentadbirnya dengan secara efektif, banyak kebaikan yang kita dapat kutip daripada keduanya). Marilah kita memperkasakan institusi zakat dan waqaf di Malaysia. Wallahu A’lam. Wassalam.
*Nota: Tambahan "edited" dari saya, penulisan ini tidak bermaksud untuk single out kaedah kutipan zakat Perlis sebagai suatu isu. Pusat Zakat lain juga mempunyai isu-isu yang belum diselesaikan. Ini adalah perkara biasa. Perubahan ke arah yang lain baik adalah perkara yang sepatutnya dilakukan. Namun kaedah kutipan zakat perlis menerusi badan2 dan individu2 memang perlukan penelitian semula dan ini agak urgent. Sebab itulah saya timbulkan perkara itu sebagai suatu kes study.
Di negeri lain, saya tidak dengar orang menjadikan kutipan zakat sebagai suatu bisnes (betulkan saya jika maklumat saya kurang tepat), tetapi malangnya ini berlaku kepada kutipan zakat Perlis. Pihak2 yang berkenaan perlu melihat perkara ini. Ada orang buat study tentang perkara ini dan saya boleh minta orang tersebut (dengan keizinan beliau, of course) share dgn Pusat Zakat Perlis.
0 ulasan:
Catat Ulasan