Sabtu, 30 Julai 2016

LEPAS NI APA PULAK ....... MUNGKIN PERANG KUT?


Macam2 cara dah pembangkang dan Tun M lakukan untuk menjatuhkan DS Najib dari tahta Perdana Menteri. Siang malam pagi petang subuh senja tidak pernah berhenti memikirkan cara untuk jatuhkan Najib.

Mungkinkah jalan terakhir Tun M dan pembangkang akan menjemput tentera kafir yang diketuai oleh Dajjal Amerika untuk menyerang Malaysia dan menangkap DS Najib sepertimana yang dilakukan terhadap Saddam Hussein dan Muammar Ghadaffi?

Orang gila, nyanyuk dan kurang siuman tidak mustahil akan melakukan apa sahaja di luar kotak pemikiran manusia yang waras.

Usaha terkini adalah mengadu kepada Peguam Negara AS, di Jabatan Keadilan AS, Washington DC. Usaha ini berharap Amerika akan menghantar orang2nya untuk menangkap DS Najib. Namun kes tersebut diklasifikasikan sebagai kes sivil bukan jenayah.

DS Najib juga tidak dinamakan sebagai defenden dalam kes sivil ini. Tiada sesiapa pun dinamakan. Yang disenaraikan hanya Malaysian Official 1, Malaysian Official 2, Malaysian Official 3.

Mereka berharap Peguam Negara USA akan mengklasifikasikan kes tersebut sebagai kes jenayah dan menamakan DS Najib sebagai orang yang bersalah. Namun alangkah hampanya apabila kes tersebut diklasifikasikan sebagai kes sivil dan DS Najib tidak disenaraikan.

Maka merepeklah mereka dengan menuduh USA melindungi DS Najib daripada disabitkan sebagai penjenayah. Ada juga yang merepek mengatakan orang UMNO tak faham maksud perkataan 'sivil'. Kata mereka Menteri Undang-undang Datuk Seri Azalina Othman pun tak faham maksud sivil. Kelakar sungguh sedangkan mereka sendiri pun bukan ahli undang2.

Inilah masalah di Malaysia ..... orang bodoh dan jahil membodohkan orang cerdik dan pakar.

Mereka menggunakan Title 18 US Code Section 981 (18 USC 981) iaitu penyitaan sivil untuk menyita harta alih atau tidak alih yang dipercayai hasil daripada kegiatan jenayah ataupun pengubahan wang haram, berdasarkan Title 18 US Code Section 1956 (18 USC 1956).

Kegiatan jenayah apa yang dilakukan oleh 1MDB?

Beli IPP?
Membangunkan Bandar Malaysia?
Menaja rakyat Malaysia menunaikan fardhu Haji?
Beri bantuan kepada mangsa banjir?

0 ulasan: