Sabtu, 21 September 2013

UPSI MELAHIRKAN PEMBERONTAK .......???

Bangunan Ibu Kandung Suluh Budiman

SITC MPSI dan IPSI melahirkan pendidik yang berkualiti ....... UPSI pulak???

Aku adalah salah seorang 'anak kandung Suluh Budiman' (AKSB) sesi Julai 1985 -1988. Aku menjadi anak kandung ketika Suluh Budiman dimartabatkan dengan nama Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI). Dan aku 'berpisah' bagi menunaikan amanahnya ketika martabatnya diangkat lebih tinggi Tanjung daripada maktab2 lain dengan nama Institut Perguruan Sultan Idris (IPSI). Kami sangat bangga menjadi AKSB. Kami begitu menjaga nama baik dan kehormatan 'Ibu Kandung' kami. 

Kami hidup rukun dan damai bersama abang kakak dan adik-adik. Kami sangat kepada abang dan kakak kami. Kami juga sangat sayang kepada adik-adik kami. Biar pun tradisi minggu suaikenal masih lagi mengamalkan unsur-unsur 'ragging' kepada adik-adik baru kami yang tujuannya adalah baik bukan untuk mendera. Aktiviti 'ragging' yang 'menghantui' adik-adik kami tidaklah kasar dan ganas. Selepas tamat minggu suaikenal abang-abang dan kakak akan bertemu dengan adik-adik meminta maaf atas aktiviti 'ragging' yang mereka lakukan. Mereka melakukan aktiviti tersebut bukan berniat untuk mendera tetapi untuk lebih mengenali dan menghormati abang-abang dan kakak 'senior'. 

Guru-guru pelatih menjalani berbagai aktiviti semasa Minggu Orientasi
Memang benar, selepas tamat minggu suaikenal abang-abang dan kakak-kakak sangat baik, peramah, tidak sombong dan membantu bila-bila masa bila diminta. Mereka sentiasa tersenyum dan menegur sapa adik-adik. Tiada perselisihan faham yang melampau dan ganas. Kata mudahnya anak-anak kandung Suluh Budiman tidak menyusahkan pihak pengurusan dan pentadbiran.Kami terima keadaan dan kemudahan yang seadanya baik dari segi makan dan penginapan. Begitu juga hubungan dengan komuniti setempat juga baik. Tidak ada konfrantasi atau pergaduhan dengan masyarakat Tanjung Malim.

Ketika itu kami faham, akur dan menjunjung tujuan kami menjadi AKSB. Hasrat kami hanya untuk menimba ilmu, mengamalkan dan menyebarkan kepada anak-anak bangsa kami apabila kami keluar dari Suluh Budiman. Kami bertebaran ke serata ceruk tanah air membawa amanat dan hasrat Ibu Kandung Suluh Budiman yang perlu sebarkan kepada anak bangsa dengan harapan mereka akan menjadi insan yang berjaya bukan saja berjaya di dunia tetapi juga untuk akhirat. Kami juga mahu anak bangsa kami menjaga dan mempertahankan bumi tercinta ini supaya kekal aman dan damai.

Bandar Tanjong Malim
Kami tidak lupa asal-usul dan sejarah penubuhan Ibu Kandung Suluh Budiman bermula daripada Sultan Idris Training College (SITC), Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) sehinggalah Institut Perguruan Sultan Idris (IPSI).  
Tanjung Malim, dikatakan mendapat nama dari suatu tanjung berhampirannya yang dikenali sebagai Tanjung Mualim pada suatu masa dahulu. Diceritakan bahawa Bandar Tanjong Malim ini bermula daripada sebuah tanjung (kawasan air / tanah yang wujud daripada hakisan sungai) yang sangat luas. Kawasan ini diterokai oleh seorang ulama’ yang bernama Tuan Haji Mustafa bin Raja Kemala. Sempena dengan kedudukan tanjung yang sangat luas ini, Tuan List (wakil kerajaan Negeri Selat) dan Raja Itam telah menamakan bandar ini dengan nama Tanjong, manakala perkataan Malim (mu’alim) adalah berkaitan dengan penduduk di kawasan Tanjong itu yang sangat rajin beribadat pada ketika itu. Di sinilah tertubuhnya sebuah institusi pendidikan tertua di negara ini dan sehingga kini institusi ini masih lagi memainkan peranan penting dalam bidang pendidikan. 

Guru pelatih sedang menjalani latihan gimnastik
Institusi yang dimaksudkan itu ialah Sultan Idris Training College (SITC) yang telah ditukar nama kepada Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) pada tahun 1957 atau dikenali juga sebagai `Suluh Budiman'. SITC. Nama MPSI telah ditukar sekali lagi selaras dengan tarafnya yang telah dinaikkan ke tahap yang lebih tinggi sebagai institut iaitu Institut Perguruan Sultan Idris (IPSI). SITC dilahirkan hasil daripada cadangan Sir Richard Winstedt yang menjadi Penolong Pengarah Pelajaran Sekolah-sekolah Melayu pada waktu itu. Cadangan itu diterima kerajaan dan Persidangan Residen-residen pada tahun 1917 pula telah meluluskan penubuhan sebuah Maktab Perguruan Pusat dan tempat yang dicadangkan ialah Tanjung Malim. Ini kerana Tanjung Malim terletak di tengah-tengah, berdekatan jalan keretapi, sungai dan pekan serta kesuburan tanah di kawasan tersebut.

Sehubungan dengan itu pada 20 Oktober 1917, Tanjung Malim telah dipersetujui dengan rasminya sebagai tapak Maktab Perguruan yang baru ini. Seluas 63 ekar tanah telah dibeli untuk tujuan ini dan pelaksanaan membinanya dijalankan tahun 1919. Setelah siap pembinaannya tahun 1922, maktab ini mula beroperasi pada 23 November 1922 dengan 3 orang guru dari Eropah, 7 orang guru Melayu dan seorang guru anyaman dari Filipina.

Maktab yang baru ini kemudiannya dibuka dengan rasminya oleh Sir George Maxwell, Ketua Setiausaha Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada 29 November 1922. Turut hadir dalam majlis perasmian itu ialah Sultan Iskandar Shah, para pembesar negeri, O.T. Dussek, Pengetua Maktab, dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan. Maktab ini kemudiannya dinamakan Sultan Idris Trainning College, mengambil sempena nama Almarhum Sultan Idris iaitu Sultan Perak yang amat mengambil berat tentang pelajaran anak-anak Melayu pada masa pemerintahannya.

Dengan pembukaan SITC ini, maktab-maktab yang lebih awal seperti Maktab Matang dan Melaka dibubarkan dan pelajar-pelajarnya diserapkan ke SITC. Di bawah O.T. Dussek (Oman Theodore Dussek), Pengetua SITC yang pertama dan 120 orang pelajar perintisnya telah menunjukkan kejayaan yang baik dalam bidang pelajaran.

Kumpulan 140 guru pelatih perempuan pertama memasuki MPSI - 1975
Selain mata pelajaran biasa seperti Ilmu Alam, Sejarah, Ilmu Hisab dan lain-lain, pelajar-pelajar di MPSI juga diajar tentang anyaman, bertani, bertukang dan seumpamanya. Manakala pelajar-pelajar yang dapat memasuki SITC terdiri daripada mereka yang telah lulus darjah 6 Sekolah Melayu. Ini juga merupakan syarat asas untuk memasuki SITC. Tujuan asal Kerajaan Inggeris adalah supaya pelajar-pelajar ini lebih pandai sedikit daripada ibu bapa mereka dahulu. Kerajaan Inggeris juga berharap untuk menjadikan para pelajar ini sebagai tenaga pekerja mereka, tetapi apa yang berlaku adalah di luar dugaan.

MPSI yang menjadi tempat menimba ilmu itu telah menyedarkan lagi para pelajar tentang nasib bangsanya. Pendedahan pada apa yang berlaku di luar negeri melalui pembacaan telah membuahkan bibit-bibit semangat kebangsaan di kalangan pelajar-pelajar. Penubuhan Pejabat Karang-mengarang 1925 mendedahkan lagi para pelajar pada sumber-sumber bacaan dari luar.

Tugas guru juga adalah melahirkan insan yang berdisiplin.
Pada masa Perang Dunia Kedua, SITC telah ditutup kerana bangunan itu dijadikan Hospital Tentera oleh Inggeris dan para pelajar berpindah ke Kuala Kangsar. Di atas ihsan Sultan Abdul Aziz Almustasim Billah Shah ibni Almarhum Raja Muda Musa, para pelajar SITC ditempatkan di tiga buah istana di Kuala Kangsar iaitu Istana Hulu, Istana Kuning dan Istana Hilir. Walau bagaimanapun ketika perang merebak ke Tanah Melayu para pelajar diarahkan pulang ke kampung masing-masing.

Pada tahun 1946, apabila pengajian dibuka setelah tamatnya perang, SITC menuju ke era yang lebih bersemangat lagi di kalangan para pelajarnya. Semangat kebangsaan mula bercambah subur di SITC dan para pelajar semakin berani menuntut hak-hak pelajar sehingga berlaku tunjuk perasaan pada 10 Disember 1949 dan ekoran daripada itu SITC ditutup selama 3 bulan.

Pelajar-pelajar SITC segak berbaju Melayu sedang menuju ke 
Masjid Tanjong Malim untuk menunaikan Solat Jumaat
Menjelang kemerdekaan 1957 peranan yang dimainkan oleh SITC tidak kurang pentingnya. Institusi ini telah dapat menyediakan segolongan intelek Melayu yang berjiwa kebangsaan dan ini penting untuk mengisi ruang kemerdekaan yang akan diberikan. Tenaga pemimpin yang disediakan oleh MPSI ini amat diperlukan dan mereka telah dapat menunjukkan daya kepimpinan yang baik yang bukan sahaja membanggakan MPSI tetapi juga masyarakat Melayu seluruhnya. Antara tokoh-tokoh pemimpin yang dilahirkan oleh MPSI termasuklah Senu Abdul Rahman, Embong Yahya, Syed Nasir Ismail, Ibrahim Yaakob, Abdul Rahman Talib dan Abdul Ghafar Baba. Dalam bidang bahasa, sastera dan kebudayaan pula MPSI telah melahirkan ramai tokoh-tokoh berkaliber dalam bidang ini seperti Haji Buyung Adil, Harun Aminurrashid, Abdullah Sidek, Shahrom Hussein, Awang Had Salleh dan ramai lagi.


Sepanjang tertegaknya MPSI yang lebih terkenal dengan nama `Suluh Budiman' ini, ia telah banyak menaburkan jasa dan menyumbangkan sahamnya dalam memupuk kebangkitan semangat nasionalisma di kalangan orang-orang Melayu. Kini Maktab yang terulung itu semakin pesat berkembang. Bangunan-bangunan baru dibina bagi menampung kekurangan ruang-ruang yang sedia ada. Sebuah muzium yang dikenali dengan Muzium Pendidikan telah ditubuhkan bagi mempamerkan perkembangan sistem pelajaran di negara ini amnya dan di maktab ini khususnya.

  
Sultan Idris Training College, aerial view (c.1920)

Sesuai dengan tarafnya sebagai sebuah maktab yang terulung itu, maka pihak-pihak tertentu telah mendesak pemerintah supaya menaikkan taraf maktab ini. Oleh itu pada 21 Februari 1987 Encik Anwar Ibrahim, Menteri Pelajaran telah mengisytiharkan Maktab Perguruan Sultan Idris ini dinaikkan tarafnya menjadi sebuah institusi pendidikan yang dikenali sebagai Institut Pendidikan Sultan Idris (IPSI). Ianya lebih tinggi tarafnya daripada Maktab-maktab Perguruan yang lain dan diberi kuasa mengendalikan Kursus Sijil Lanjutan Perguruan dan Diploma Lepas Sijil. Keunggulan IPSI dalam memainkan peranan dan kepentingannya telah mendorong kerajaan untuk menaikkan tarafnya ke peringkat yang lebih tinggi sebagai Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) pada 1 Mei 1997. Dengan penaikan taraf tersebut, ianya telah dapat memantapkan lagi fungsi institusi ini sebagai gedung ilmu yang mampu melahirkan generasi pendidik berkaliber di masa hadapan.


Singkapan kronologi politik kampus UPSI bermula tahun 2002 :

Tahun 2002
MPPUPSI ditadbir dan dimenangi oleh pihak pembangkang yang diketuai oleh Amir Hamzah dan Ustaz Fauzi. Ustaz fauzi merupakan guru yang menyambungkan pengajian di UPSI. Ustaz Fauzi memainkan peranan memasukan roh pas ke dalam usrah usrah di upsi. USRAH DI BUAT DI SURAU SURAU KOLEJ.
Bagi menutup agar tidak kelihatan pembangkang yang menang, calon aspirasi dilantik menjadi YDP. Beliau ialah saudara shahruddin. Juga digelar sharudin songkok tinggi. Gerakan aspirasi terpaksa bergerak secara underground kerana pihak HEP dan pentadbir tidak bersama dengan pihak aspirasi yang mendokong kerajaan. Sewaktu ini UPSI dan pegawai HEPnya sememangnya menyebelahi pembangkang. Inilah kesilapan pertama pihak KPM ketika itu. Walaupun YDP adalah pihak aspirasi, tetapi segala keputusan dipengaruhi oleh puak puak pas kerana didalam kabinet MPP lebih ramai puak-puak pembangkang.


Tahun 2003

Gerakan aspirasi terpaksa melatih kumpulan mereka secara bersendirian bagi memenangi kerusi MPP yang dipertandingkan. Banyak gerakan dan program diatur untuk memastikan kemenangan dipihak aspirasi biarpun aspirasi tidak mendapat sokongan oleh pihak HEP UPSI. Gerakan pelajar aspirasi atau kerajaan masih lagi bergerak secara senyap kerana belum mendapat restu dan kerjasama dari pihak UPSI. Ketika ini MPP UPSI masih lagi diketuai oleh pro PAS. Pro PAS pula mendapat dana yang di salirkan oleh pertubuhan luar.

Guru era SITC/MPSI/IPSI lebih berdisiplin
Dalam PRK tahun tersebut pembangkang mendapat 14 kerusi dan aspirasi mendapat 12. YDP MPPUPSI dipegang oleh Ustaz Fauzi Bain. Ini secara automatik menyatakan dengan sejelas jelasnya jiwa dan pendekatan pas dibawa mulai tahun 2003 secara serius. Selaku YDP, Fauzi Bain menggunakan segala ruang untuk memperkembangkan pengaruh pas di UPSI.

Tahun 2004

Gerakan MPPUPSI lebih menyengat di zaman Dato Dollah menjadi TNC HEP. Dato Dollah mengambil pendekatan menukar pegawai yang menentang dasar kerajaan ke unit lain. Kesannya kemenangan secara total oleh pihak aspirasi disebabkan tiada lagi pegawai HEP ketika itu yang membantu kumpulan pro PAS. Rupanya pro PAS menang dikampus keranan bantuan HEP ketika itu. sekarang pegawai tersebut masih ada lagi di UPSI.

Kalau bakal cikgu dah kurang ajar macam mana nak ajar pelajar supaya jangan kurang ajar
Banyak kerusi yang pembangkang kampus tidak bertanding. Mereka mula takut dengan movement aspirasi. Pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi memastikan bahawa aspirasi adalah satu gerakan pelajar yang mampu mendukung aspirasi kerajaan dan sealiran dengan pihak pemerintah.

MPP aspirasi telah menang dan YDP yang dilantik ialah Ahmad Faizul (dihantar mengajar ke sarawak atau sabah tak silap) dan NYDP Mohd Najib Bin Saher sekarang sedang mengajar di Batu Pahat. Najib membawa watak agama yang tinggi sehingga membuktikan bahawa kumpulan Fauzi Bain sebenarnya kurang dalam aspek pendekatan Islam. Kabinet aspirasi dikuasai oleh pihak aspirasi.

Tahun 2005


PRK tahun 2005 kabinet MPPUPSI masih dikuasai oleh aspirasi. Gerakan pembangkang ketika ini masih hebat di mana kebanyakanya puak-puak pembangkang berada di kolej KHAR (Kolej Harun Aminurashid). Mereka semakin lantang untuk menentang aspirasi kerana dibuat speaker corner oleh pihak universiti.Melalui platfom speaker corner ini puak pembangkang banyak mengkritik pentadbir dan aspirasi serta kerajaan-Namun, di bawah pimpinan saudara Faizul, Najib dan rakan rakannya aspirasi menang buat kali kedua. Aspirasi mewujudkan sayap sahabat mahasiswa universiti.

Tahun 2006

 

Akhir tahun 2005, jawatan TNC HEP Dato Dollah tidak di sambung dan aspirasi mengalami zaman kegelapan. HEP di susun semula dengan pendokong kepartian pembangkang. SMU sudah mula dianaktirikan oleh pihak UPSI dan gerakan semakin merudum. Puak-puak pembangkang semakin aktif dan semakin ramai pelajar terpengaruh dengan gerakan pelajar di kolej terutamanya di KHAR. KHAR merupakan kubu pembangkang.
 

Sepaatutnya bakal cikgu menggunakan akal dan fikiran menimba ilmu perguruan bukan menjadi seorang yang tiada akal fikiran
 Tahun 2006 prestasi aspirasi merudum disebabkan oleh perpecahan di antara ahli aspirasi itu sendiri yang dipengaruhi oleh gerakan GPMS yang dibawa oleh Mohd Faiz. Gerakan GPMS telah memecahkan aspirasi kepada 2 puak iaitu aspirasi 1 dan aspirasi 2. Keadaan ini menambahkan kekuatan kepada pro PAS di kampus.
 

Ketika ini aspirasi menang tipis dan wujud sikap talam dua muka dalam aspirasi sendiri. Untuk menyedapkan keadaan, MPP aspirasi tetap di isytiharkan menang walaupun kalah sebenarnya. Semua ini adalah permainan Prof Aminah seorang VC yang langsung tak tahu dan tak ambil tahu soal survival politik kampus.

 

Tahun 2007 hingga sekarang

Peninggalan Profesor Aminah sebenarnya yang menyebabkan UPSI tunggang langgang dan mahasiswa UPSI lebih suka berpolitik dan melawan kerajaan. Prof Aminah gagal dalam mengawal gerakan pelajar UPSI. Profesor Aminah menjalankan pendekatan tutup pintu kepada semua pihak yang ingin mendedahkan mahasiswa dengan ilmu kepimpinan. HEP selepas tahun 2007 hanya mengeluar kenyataan bahawa pro kerajaan menang setiap kali PRK. Pada dasarnya aspirasi kalah dan tumbang di UPSI sehingga sekarang. Bagi Prof. Aminah, tiada kepentingan menjaga politik kampus.
 

Akhirnya, tergadailah maruah guru yang lahir dari UPSI. Lahirlah mahasiswa UPSI yang kurang ajar. sekiranya profesor Aminah bertindak dengan cekap bersama HEPnya. sudah pasti upsi dapat diselamatkan. Tahniah kepada Ustaz Fauzi Bain dan Prof Aminah mantan VC UPSI.


(sumber : BK mengucapkan jutaan terima kasih kepada pejuang kampus UPSI yang tidak dipandang kerajaan BN. Di hina, di caci dan di fitnah oleh pro PAS dan PKR kerana mempertahankan kerajaan. namun, sia-sia perjuangannya. Tetapi atas dasar perjuangan agama dan bangsa, beliau menjadi guru wibawa di malaysia)

Bakal guru lepasan UPSI berdemo supaya mudah mendidik murid sekolah dengan berdemo apabila dirotan guru besar atau pengetua. Bakal guru yang akan berdemo apabila ditukarkan ke sekolah lain. Berdemo depan sekolah, PPD atau JPN
Bakal guru berjumpa Sanusi Mohamad Nor yang juga setpol MB Kedah. Sanusi juga thinker PAS di USM




Lepasan ISMP yang belajar di UPSI pun berani berdemo. Kenapa mereka yang belajar di IPG elok duduk diam dan waras. Mengapa bila belajar jadi guru lepasan UPSI semua berdemo. Inilah yang dikatakan guru lepasan IPG lebih berkualiti dan beradab daripada guru lepasan UPSI. Bukan semualah. Hanya Adam Adli, spesis yang sama seperti Adam Adli dan dalam gambar ini.
 
Kesimpulan yang dapat saya buat secara peribadi adalah UPSI bukan setakat melahirkan guru graduan tidak mempunyai nilai-nilai sebagai seorang pendidik malah tenaga pengajarnya juga menyemai nilai-nilai 'kurang ajar' kepada mahasiswa dan mahasiswi yang sepatutnya menjadi tonggak negara membina insan yang berketrampilan yang akan mendidik anak-anak bangsa menjadi rakyat yang berjaya.

Guru-guru yang dilahirkan di dalam era SITC, MPSI dan IPSI tidak pernah menimbulkan 'malapetaka' kepada negara dengan melakukan perkara-perkara buruk seperti demonstrasi dan menyertai pembangkang untuk menghuru-harakan negara. Guru-guru dulu lebih kepada bermusawarah atau berbincang apabila timbul satu-satu permasalahan.

Guru-guru dulu juga merupakan seorang pejuang membela agama, bangsa dan negara. MPSI melahirkan tokoh-tokoh pemimpin yang disegani seperti Senu Abdul Rahman, Embong Yahya, Syed Nasir Ismail, Ibrahim Yaakob, Abdul Rahman Talib dan Abdul Ghafar Baba dan lain-lain lagi. Tetapi UPSI melahirkan 'pemberontak' yang terkenal seperti Adam Adli.

Secara keseluruhannya UPSI melahirkan graduan pendidikan yang berkualiti tetapi telah dicemari dengan segolongan kecil yang telah merosakkan nama baik institusi pendidikan yang terulung yang telah melahirkan tokoh-tokoh dan pemimpin negara yang terkenal. Kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

0 ulasan: