Terdesak atau mendesak? Siapa sebenarnya yang mahu menjalinkan kerjasama setelah perancangan tidak menjadi semasa PRU13, Melayu atau Cina?
Sebahagian dari petikan artikel :
Majoriti masyarakat Melayu dan Cina mahu melihat pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) menjalinkan kesepakatan dengan Pakatan Rakyat (PR) selepas pilihan raya umum baru-baru ini, menurut kajian terbaru yang dijalankan oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya, Universiti Malaya (UMCEDEL).
Untuk membaca keseluruhan artikel tersebut, layari laman web ini,
Agak melucukan bila membaca artikel yang ditulis oleh Md Izwan dalam The Malaysian Insider. Mereka seolah-olah diperguna oleh seseorang untuk melahirkan penyesalan akibat perancangan mereka tidak menjadi semasa PRU13 di mana ketika itu dikatakan berlaku Tsunami Cina yang menyebabkan BN gagal mendapat majoriti 2/3. Keputusan PRU13 dilihat sebagai satu sabotaj oleh pengundi Cina apabila ramai calon-calon kaum Cina yang mewakili BN kalah disemua peti undi majoriti kaum Cina. Calon-calon BN kaum Cina yang memenangi kerusi parlimen adalah di kawasan peti undi majoriti Melayu. Pengundi Cina tidak mahu mengundi calon BN sama ada calon itu Melayu, Cina, India atau lain-lain kaum.
Masyarakat Cina gagal dalam usaha mereka untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang orang Melayu menjadi terasnya. Kegagalan itu sudah tentulah mengecewakan mereka yang amat berharap dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ia menjadi medan untuk mereka 'menguburkan' UMNO melalui kejayaan pakatan pembangkang.
Biarpun mereka melakukan gerakan yang dilihat bersepadu di seluruh negara dengan memastikan hampir semua undi diberikan kepada parti cauvinis, DAP dan calon-calon pakatan pembangkang lain khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) namun ia belum cukup menumbangkan kepimpinan BN yang UMNO menjadi tonggak utama.
MCA sekadar bertahan hampir di semua kawasan majoriti Melayu seperti di :
1. Alor Gajah (Melaka) - Pengundi: 63,591 Pecahan Kaum: M:57.81% C:30.01% I:12.09% L:0.09%
2. Bentong (Pahang) - Pengundi: 62,266 Pecahan Kaum: M:44.89% C:43.88% I:9.12% L:2.12%
3. Tanjung Malim (Perak) - Pengundi: 64,499 Pecahan Kaum: M:53% C:27% I:14%
4. Tanjung Piai (Johor) - Pengundi: 51,875 Pecahan Kaum: M:52.11% C:46.5% I:1.07% L:0.32%
5. Labis (Johor) - Pengundi: 37,714 Pecahan Kaum: M:36.53% C:46.46% I:15.08% L:1.93%
6. Ayer Hitam (Johor) - Pengundi: 42,913 Pecahan Kaum: M:57.91% C:37.96% I:3.96% L:0.17%
7. Tebrau (Johor) - Pengundi: 90,482 Pecahan Kaum: M:47.42% C:38.19% I:13.26% L:1.13%
Agak menghairankan calon MCA yang menang majoriti besar pada PRU12 boleh hilang wang pertaruhan dalam PRU13. Ada juga calon yang bertaraf menteri dan timbalan menteri kalah teruk. Antara calon bertaraf menteri dan timbalan menteri daripada MCA dan Gerakan yang ditumpaskan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 ialah Datuk Seri Kong Cho Ha (Lumut), Datuk Seri Chor Chee Heung (Alor Star), Datuk Lee Chee Leong (Kampar), Datuk Dr. Hou Kok Chung (Kluang), Datuk Donald Lim Siang Chai (Selayang) dan Datuk Tan Lian Hoe (Taiping).
Gerakan juga gagal mencipta keajaiban di kawasan hitam apabila kalah teruk di Kota Melaka (Melaka), Rasah (Negeri Sembilan), Petaling Jaya Utara (Selangor), Bukit Bendera (Pulau Pinang), Ipoh Timur (Perak) selain Bandar Tun Razak, Segambut, Seputeh, Cheras, Bukit Bintang dan di Kuala Lumpur. Gerakan hanya menang satu kerusi sahaja iaitu Parlimen Simpang Renggam, kawasan majoriti Melayu. Pengundi: 40,143 Pecahan Kaum: M:56.79% C:33.12% I:9.65% L:0.44%
UMNO/BN mungkin akan menjalin kerjasama dengan PAS tetapi tidak sama sekali dengan PKR apatah lagi dengan DAP. Apa yang tersirat dalam kenyataan tersebut ialah jika BN tidak menjalin kerjasama dengan PR, masa depan kaum Cina adalah samar dan mereka tiada kekuatan untuk 'mengugut' kerajaan bagi memenuhi kehendak mereka.
Orang UMNO sudah tahu orang Cina hanya bermuka-muka sahaja. Orang UMNO sudah tahu orang Cina tak sokong BN. Orang UMNO tahu orang MCA beri undi pada DAP. Orang UMNO tahu orang Gerakan beri undi pada DAP. Mereka hanya berpura-pura menyokong kerajaan BN tetapi hakikatnya mereka mengundi PR terutama DAP. Ini adalah kerana mereka terlalu yakin PR akan menumbangkan BN dalam PRU13.
Hakikat dan realitinya walaupun sebahagian besar (masyarakat Cina) sokong pembangkang, tetapi kerajaan tidak tumbang, kerajaan BN atau UMNO masih kekal. Apa lagi muslihat orang Cina yang kini 'kepanasan' akibat angkara yang mereka pilih sendiri. Sudah terlalu banyak yang UMNO beri kepada mereka. Sudah terlalu banyak tolak ansur UMNO kepada mereka. Apa lagi yang mereka mahu .........
2 ulasan:
Salam.Sekarang apa rasionalnya UMNO mencalonkan calon dari parti lain di kawasan yg majoritinya org melayu? bodoh sgt ke pemimpin UMNO untuk berbuat demikian lagi di pru akan datang?RENUNGKANLAH
Umno bakal kehilangan kuasa kalau terus bermain isu
Catat Ulasan