Rabu, 25 September 2013

ANGKARA ZAHID HAMIDI KECOH SATU NEGARA .....

Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri
 
Akibat pemansuhan ISA dan Ordinan Darurat penjenayah kongsi gelap bermaharajalela. Beberapa kejadian bunuh menggunakan senjata api dan bom berlaku saban hari telah menimbulkan rasa panik dan membimbangkan rakyat. Kes-kes tembak terus meningkat dan berlaku hampir setiap hari.
 
Keadaan ini berlaku disebabkan pemansuhan ISA dan OD telah menyebabkan tahanan dibebaskan. Kerajaan telahpun membebaskan seramai 26 orang tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (AKDN) 1960 dan 1,476 orang tahanan di bawah Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam Mencegah Jenayah) 1969.

Mangsa tembak
Kesan dari pembebasan penjenayah-penjenayah ini telah menyebabkan kejadiah jenayah tembak menembak semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini.. Hampir setiap hari ada sahaja pembunuhan terancang berlaku. Dari apa yang dilaporkan, semua pembunuhan ini nampaknya dilakukan oleh pembunuh professional atau pembunuh upahan di mana sasarannya telah dikenalpasti lebih awal dan mempunyai motif tertentu. Dalam kata lain, ia bukan pembunuhan rambang atau rompakan.

Pihak polis telah mengenalpasti beberapa suspek dan mendapati kebanyakan mereka merupakan bekas tahanan EO yang telah dibebaskan. EO adalah sebahagian dari Akta ISA yang telah dihapuskan ekoran desakan dan asakan hebat dari pembangkang. Akta EO dan ISA membolehkan mereka yang disyaki membahayakan masyarakat dan negara, ditangkap atau dikenakan tahanan rumah iaitu satu tindakan ‘mengurung’ dan ‘mencegah’ mereka dari merancang operasi jenayah. 
 
Mangsa tembak
 Jenayah kekerasan didapati meningkat dengan pemansuhan undang-undang pencegahan seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Ordinan Darurat (E0) dan Akta Kediaman Terhad.

Jika dibandingkan statistik bagi tempoh 20 bulan sebelum dan selepas pemansuhan undang-undang pencegahan, iaitu daripada 12 April 2010 sehingga 21 Dis 2011 berbanding 22 Dis 2011 sehingga 31 Ogos 2013, statistik jenayah kekerasan telah menunjukkan peningkatan sebanyak 5.43 peratus atau 2,351 kes daripada 43,313 kes kepada 45,664 kes.

Bagi statistik kes bunuh menggunakan senjata api juga telah menunjukkan peningkatan daripada 64 kes kepada 130 kes iaitu peningkatan sebanyak 103.1 peratus dalam tempoh yang sama, katanyanya
Senjata yang dirampas dalam OPS Cantas

 
Bagi membendung keresahan dan mengembalikan keyakinan rakyat terhadap tahap keselamatan rakyat, PDRM telah melancarkan OPS Cantas mulai 17 Ogos 2013. Sejak operasi itu dijalankan, 2,247 orang ditahan di seluruh negara dengan tujuh senjata api, satu bom tangan dan 77 senjata tajam berbahaya dirampas. Pihak polis juga telah memeriksa 37,305 kenderaan.

Sehingga 18 Sept, seramai 212,259 orang yang disyaki terlibat dalam kegiatan kongsi gelap telah ditahan dan dibuat tapisan. “Seramai 8,898 orang pula telah ditangkap, 289 senjata api dan senjata merbahaya juga telah dirampas. Kejayaan yang dicapai adalah penurunan indeks jenayah khususnya jenayah kekerasan hampir 42 peratus daripada 69 kes kepada 40 kes dalam tempoh sebulan operasi dijalankan

 
Ketegasan dan keberanian Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi mendapat pujian kawan dan lawan. Kesungguhan beliau untuk mengembalikan peranan sebenar pihak polis memang amat dialu-alukan.

Undang undang baru yang bakal diperkenalkan sudah pasti bakal memudahkan pihak polis untuk mengambil langkah pencegahan bukan hanya memberi amaran atau membuat tangkapan kemudian suspek dilepaskan begitu saja..

Rupanya pondan tua si Hishamudin Rais adalah rakan lama Datuk Seri Zahid Hamidi,namun atas ketegasan pihak KDN dan Polis. Tiada kompromi buat Hishamudin Rais telah di tangkap dan disoal siasat. Sudah pasti tindakan bakal diambil kerana telah membuat hasutan.

Draf pindaan Akta Pencegahan Jenayah (PCA) 1959 yang sedang dirangka akan memberi kuasa yang lebih menyeluruh kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam aspek pencegahan jenayah.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ketika ini draf berkenaan diteliti oleh Jabatan Peguam Negara dan dijangka dibentangkan di Parlimen.

“Saya berharap polis akan lebih bertaring dalam tugas membanteras jenayah selepas akta berkenaan dipinda dan diluluskan kelak.

“Sehubungan itu, saya berharap akta tersebut mendapat sokongan pelbagai pihak termasuklah di kalangan parti politik pembangkang.

“Kita mungkin berbeza pendapat dan ideologi politik namun apabila menyentuh tentang keselamatan negara, kita harus ketepikan semua perbezaan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata, pindaan itu lebih memberi tumpuan kepada langkah pencegahan jenayah.

“Antaranya, tahanan tanpa bicara selama 72 hari dengan kebenaran mahkamah akan dikekalkan bagi membolehkan polis menjalankan siasatan rapi.

“Selain itu, kita akan memastikan akta tersebut turut terpakai dan sah diamalkan di Sabah dan Sarawak kerana ketika akta berkenaan diwujudkan pada 1959, kedua-dua buah negeri itu masih belum menyertai Malaysia,” jelasnya.

Menurutnya, kuasa membanteras dan mencegah jenayah yang sedia ada perlu diperkukuhkan selepas Ordinan Darurat (EO) dan Akta Kediaman Terhad (RRA) 1933 dimansuhkan.

Antara tatoo kompulan kongsi gelap
Dalam pada itu ketika diminta mengulas tentang penahanan aktivis pembangkang, Hishamuddin Rais dan Adam Adli Abdul Halim di bawah Akta Hasutan 1948 kerana mengibarkan bendera Sang Saka Malaya yang dianggap menghina Jalur Gemilang sebagai bendera rasmi negara, Ahmad Zahid meminta semua pihak agar rasional tentang perkara berkenaan.

“Mereka ditahan kerana terdapat laporan polis yang dibuat oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta parti politik dan polis harus menyiasat.

“Saya bersikap profesional dalam hal ini walaupun Hishamuddin merupakan kawan lama yang dikenali lebih 40 tahun lalu ketika kami sama-sama menuntut di Universiti Malaya. Apabila melibatkan undang-undang, saya letakkan sepenuh kepercayaan kepada polis untuk menyiasat,” ujarnya.

Raja Jawa : Syabas Datuk Seri Zahid di atas ketegasan dan keberanian yang ditunjukkan demi menjamin keselamatan rakyat terpelihara. Pemimpin seperti inilah yang diperlukan untuk menjadi pemimpin. Beliau tidak hanya mementingkan diri sendiri sebaliknya kepentingan dan keselamatan rakyat yang diutamakan.

Akibat dari ketegasan dan keberanian beliau telah menyebabkan ahli-ahli kongsi gelap dalam ketakutan dan ramai yang lari meninggalkan negara ini bagi mengelakkan ditangkap dan dijatuhi hukuman di atas kezaliman mereka.

0 ulasan: