Ahad, 22 September 2013

Ketua Wanita UMNO, Dato' Maznah "Cabar" Shahrizat

Penarikan diri Azalina dari bertanding Ketua Wanita telah mengecewakan ramai pihak. Pendirian Azalina itu perlu dihormati. Dengan penarikan diri Azalina, pertandingan dijangka 2 penjuru iaitu di antara Shahrizat dan Raihan. Selepas tamat tempoh penamaan calon satu kegemparan telah berlaku apabila seorang lagi telah menawarkan diri bertanding Ketua Wanita iaitu Dato' Maznah Mazlan, bekas Exco Wanita UMNO.

Dato' Maznah Mazlan
Penyertaan beliau menyaksikan jawatan berkenaan bakal berdepan pertandingan tiga penjuru membabitkan penyandangnya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan ahli UMNO Kulim Bandar Baharu, Raihan Sulaiman Palestin. Borang pencalonan Dato' Maznah diserahkan wakilnya kira-kira 25 minit sebelum waktu pendaftaran tamat pada jam 5 petang.


Serba sedikit tentang Dato’ Maznah binti Mazlan yang saya ingat :

Dilahirkan di Tanah Rata Cameron Highlands kerana ketika itu ayahandanya bekerja dengan askar British dan ditempatkan di Cameron Highlands.

Ibunya bernama Tumina binti Said adalah dari keturunan Jawa yang berasal daripada Bukit Gantang, Perak

Bapanya berasal daripada Sungkai, Perak dan keturunan Kerinchi. Mengikut salasilah keluarga sebelah bapanya hanya tiga generasi sahaja beliau tahu.

Pencalonan beliau tepat pada masanya kerana selari dengan hasrat parti keramat orang Melayu iaitu UMNO mahu meremajakan UMNO. Beliau merupakan seorang yang kuat bekerja, turun padang melihat masalah rakyat tanpa mengira atau membezakan warna kulit, usia, kaya miskin atau tua muda. Beliau sentiasa mendengar pemasalahan rakyat yang memerlukan perhatian, bantuan dan pembelaan.

Pengalaman beliau sebagai bekas Ketua Wanita UMNO, Exco Kerajaan Negeri Pahang dan juga mantan Timbalan Menteri Sumber Manusia mampu memimpin Pergerakan Wanita UMNO yang perlu disegarkan dan dipulihkan semangatnya selepas hampir layu akibat bebanan masalah besar yang menimpa yang menggugat kredibiliti UMNO dan Barisan Nasional dalam PRU13 baru-baru ini. Beliau mampu menerajui Pergerakan Wanita UMNO bagi memertabatkan wanita UMNO ke tahap yang tertinggi dan menjadi cerminan terbaik rakyat Malaysia seterusnya mampu meraih sokongan dari pengundi-pengundi bagi menjamin kemenangan BN.

Berilah sokongan kepada Dato' Maznah untuk memimpin Pergerakan Wanita UMNO Malaysia lebih berintegriti dan bakal membawa wajah baru dalam wanita setelah letih dimomokkan dengan isu NFC.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam.calon yg tepat untuk menerajui wanita UMNO.