Rabu, 24 Ogos 2011

SEORANG LAGI MANUSIA BANGSAT PENYEBAR FITNAH .........??

video

Apa kelulusan, kepakaran dan kredibiliti awak nak membuat keputusan dan menyebarkan fitnah tentang isu Lynas. Kalau Sekadar kerja di kedai buku tak perlulah ulas macam awak seorang pakar nuklear.

Hari ini seorang pakar nuklear yang juga YB Parlimen PAS iaitu Dr Che Rosli Che Mat, Saintis Nuklear/Ahli Parlimen PAS Hulu Langat, Selangor berkata :

"Mereka menakutkan orang ramai mengatakan bahawa Lynas ni loji nuklear sedangkan dia hanya memproses bahan tabii iaitu nadir bumi daripada Mount Weld yang lebih rendah daripada kalau kita main lombong bijih, lebih rendah dari segi radiasinya."

Ostad Suhaimi awak jangan la jadi seperti ular lidi nak jadi naga .......... kalau ilmu tak ada jangan la bercakap dan menyebarkan fitnah seperti awaklah seorang yang sangat bijak dan mengetahui segala2nya.

Banyakkan buat pahala ostad.Tak terpikul nanti dosa fitnah yang ostad buat. Dr Che Rosli Che Mat, seorang saintis nuklera dan lebih bijak serti kelulusannya lebih tinggi daripada awak ....... orang Pahang kata ..."kado ke diri la siapa awak tu....."

Mana2 rakyat yang macam ular sawa ...... menelan apa saja bulat2, gunalah akal fikiran yang Allah berikan. YB Fuziah dan Ostad Suhaimi ni hanya menyebarkan fitnah sahaja. Cubalah tonton dan dengar sendiri daripada Dr Che Rosli Che Mat, Saintis Nuklear/Ahli Parlimen PAS Hulu Langat, Selangor. Dia bukan orang UMNO tetapi orang PAS.

Klik di sini ....... http://www.tv3.com.my/beritatv3/laporan_khas/Lynas_Selamat_Penduduk_Disajikan_Maklumat_Palsu.html

Ketua Pemuda PAS Pahang, Ustaz Suhaimi Saad berkata ......

Yang pertama sekali kita bincang persoalan tentang mengapa kita lawan dan kita tentang Lynas diantara sebab kita lawan Lynas yang nak dibuka di Gebeng Kuantan, Yang pertama kita ada sejarah hitam di Bukit Merah, negeri Perak, apabila kilang yang memproses 'rare-earth' dibuka beroperasi pada tahun 1982 dan kesan daripada itu kita boleh lihat bagaimana penduduk menerima kesan selepas beberapa tahun kilang itu beroperasi.

Walaupun pada ketika itu menteri katakan bahawa (ia) selamat, kemudian jabatan atom yang ditubuhkan pada (tahun) 1895 juga berkata (ia) selamat tapi hakikatnya penduduk terpaksa berhadapan dengan 1 masalah kesihatan yang sangat serius sehingga adanya lahir bayi yang cacat, kemudian Leukemia dan plumbum, beracun dalam darah dan sebagainya .

Kemudin yang kedua ialah, kita dapati bahawa ada maklumat yang tak telus dalam isu yang lain (berkaitan). Dalam EIA ataupun laporan alam sekitar lansung tidak menyebut bagaimana pengurusan sisa 'thorium', sisa yang dihasilkan daripada pemprosesan 'rare-earth' ini tidak diberitahu. Banyak mana 'rare-erath' itu nak diproses di Gebeng juga tidak di beritahu, sisanya banyak mana pun tidak diberitahu. Cuma kita mendapat maklumat rasmi daripada parlimen Australia, prosesnya (rare-earth) akan berilaku dalam (kuantiti) 22,000 ribu tan dan akan menghasilkan sisa berjumlah 2,200 tan setahun.

Cuba bayangkan kalau sisa itu berkumpul sehingga 20 tahun dia ia akan membawa satu bencana yang besar kepada masyarakat, dan sehingga hari ini kita dapati bahawa masalah pengurusan sisa ini pun todak ada (keputusan) muktamad. Pengarah Jabatan Atom, YM Raja Aziz memberitahu bahawa sisa (thorium) tidak ditinggalkan disini. sedangkan CEO Lynas yang datang dari Australia singgah di Kuala lumpur baru ini. menyebut bahawa sisa ini, telah mendapat keizinan daripada kerajaan Malaysia, untuk (ia) ditinggalkan disini buat selama-lamanya .

Kemudian yang ketiga kenapa Lynas yang datang beroprasi disini, dia menggunakan 'standard' piawaian negara China (dan) tidak mengunakan piawaian negara Australia, sebagaiamana (sedangkan) dia (Lynas adalah sebuah) syarikat (dari) Australia. Dalam piawaian Australia kita dapati bahawa kerajaan Australia telah meletakkan syarat (kedudukan kilang) 35 km jauh dari penempatan manusia..tapi hari ini kita lihat apabila dia mengambil piawaian China, kedudukan kilang ini (letaknya) 2 km (daripada) ada Taman Perumahan (iaitu) Balok Perdana, Balok Makmur dan perkampungan yang lain. yang bila kita kita lihat perkampungan itu yang (letaknya) di sekiling kilang ini. jumlah penduduk yang ada dalam sekitar 5 hingga 10 km. ada (kira-kira) 16 ribu (orang) penduduk.

Kemudian bila kita check (semak) dalam internet, antara wilayah yang terkesan dengan pemprosesan 'rare-erath' ini ialahi adalah Bota, di negara China dekat dengan Mongolia dan kita dapati bahawa NGO alam sekitar (disana) mengisytiharkan air tidak boleh untuk digunakan untuk manusia, untuk haiwan, tumbuhan, dan inilah yang menjadi kebimbangan kita pada hari ini. (kita harap) agar ini tidak berlaku kepada negara kita pad hari ini. Sebab itulah hari ini kita menentang penubuhan Lynas dan kita menggerakan pelbagai cara untuk memastikan bahawa kilang ini tdak beroperasi.

http://www.buletinonline.net/index.php?option=com_content&view=article&id=3529:tentang-lynas-demi-anak-cucu-kita&catid=36:berita-nasional&Itemid=84tatv3/laporan_khas/Lynas_Selamat_Penduduk_Disajikan_Maklumat_Palsu.htmlhttp://www.tv3.com.my/beri

0 ulasan: