Mungkin kita masih ingat kata-kata gurauan dulu-dulu pasal belit membelit. Kalau jumpa ular dan orang India, yang mana perlu diketuk
dahulu? Maka kita kena ketuk orang India itu dahulu. Ini adalah kerana orang India
lebih pandai membelitkan kata-kata sehingga boleh memudaratkan kita daripada
seekor ular yang hanya membelit jika terasa dirinya terancam. Itu gurauan
dulu-dulu.
Tapi pada hari ini ada lagi satu puak
yang ilmu membelitnya sangat hebat. Lebih hebat dari orang India ilmu
membelitnya. Lebih-lebih lagi apabila puak ini ditimpa malu, tersepit dan mahu
menghalalkan semula sesuatu yang telah mereka haramkan.
Banyak perkara yang telah kerajaan
Barisan Nasional (BN) dan UMNO lakukan telah mereka haramkan dengan fatwa-fatwa
mereka. Bagi mereka apa yang telah BN dan UMNO lakukan adalah haram dan
bertentangan dengan Islam. Misalnya UMNO menjadi kufur kerana berkawan dengan
kafir (MCA, MIC dan Gerakan) dan UMNO kafir kerana menolak Islam dan Hudud.
Lebih 3 tahun lampau atau lebih tepat
lagi pada 12 Ogos 2009, Mursyidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat telah berkata bahawa,
tidak menjadi kesalahan untuk pemimpin DAP menghina Islam dan ia bukanlah satu
isu kerana pemimpin DAP bukannya beragama Islam.
“DAP kalau hina Islam pasal dia bukan
Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam,” demikian kata
Menteri Besar Kelantan itu ketika diminta mengulas tindakan beberapa pemimpin
DAP yang dilihat sering menghina kesucian Islam.
Maksud kata Nik Aziz mudah untuk
difahami, pada pandangannya selagi seseorang itu agamanya bukan Islam, maka
mereka mempunyai hak untuk mempertikaikan ajaran Islam malah berhak untuk
menghina Islam.
Tiga tahun selepas itu yakni pada 12
Ogos 2012 pula, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang pula dalam satu kenyataan akhbar
sebagaimana tersiar dalam Sinar Harian Online, menyatakan bahawasanya, DAP
berhak menolak pelaksanaan hukum hudud kerana mereka bukanlah beragama Islam.
Ironinya, tatkala PAS mengiktiraf hak
DAP untuk menghina, memperlekehkan Islam serta menolak hudud, tiba-tiba sahaja
seminggu dua ini pula para pemimpin PAS terasa hangat hati dengan komen
Presiden MCA, Chua Soi Lek (CSL).
Marah betul mereka dengan CSL,
sehingga mempunyai ruang masa untuk mengadakan demonstrasi di hadapan Wisma MCA
berikutan kenyataan Presiden MCA itu yang mendakwa perlaksanaan hudud PAS bakal
menyebabkan 1.2 juta orang hilang pekerjaan.
Karpal Singh yang dengan selambanya
mencabar PAS untuk langkah mayatnya dulu sekiranya mahu menegakkan Negara
Islam, malah secara terbuka mempertikaikan perlaksanaan hudud PAS, tak pula
menyebabkan PAS hangat hati sehingga mengadakan demonstrasi depan pejabat DAP.
Agaknya dalam kes DAP, para pemimpin
PAS terlalu sibuk dan kesuntukkan masa untuk berdemo barangkali. Maklumlah rakan
sepakatan, maka tentulah ada pengecualiannya atas sebab pemimpin DAP bukannya
orang Islam.
Sebaliknya para pemimpin PAS bangga
pula bersolat di hadapan bangunan DAP malah dengan senang hati menggunakan
pentas ceramah DAP untuk mengutuk dan mengecam sesama Islam.
Polemik yang membabitkan CSL dan
pendirianya terhadap hudud PAS memang agak kritikal dan sinis. Tentu
sekali ia berkait rapat dengan ‘kebenaran’ yang pernah PAS berikan pada DAP dan
ia diambil kesempatan oleh CSL dengan nada yang sedikit lembut berbanding
penolakkan keras dari DAP.
Dalam hal ini, PAS patut menyalahkan
diri sendiri, dek kerana terlampau berlembut dengan DAP, maka peluang itu
diguna pakai pula oleh CSL untuk meremehkan hudud PAS.
Jika dengan DAP, Nik Aziz dan Hadi
Awang boleh mentakrifkan tentangan oleh DAP sebagai hak mereka selaku orang
bukan Islam, kenapa dalam kes CSL mesti ada perbezaannya? Bukankah CSL juga
bukannya beragama Islam?
Hari ini Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek menjelaskan
putarbelit yang disebarkan oleh PAS dan PKR dengan memesongkan kritikan CSL
terhadap hudud ciptaan PAS kepada CSL dan MCA menghina Islam dan hudud. Seperti
juga Tun Mahathir dahulu yang menolak hudud ciptaan PAS diputarbelitkan oleh
ulama-ulama PAS dengan mengatakan Tun Mahathir dan UMNO menolak hudud.
Ramai juga yang termakan dengan
putarbelit PAS termasuklah penyokong-penyokong kerajaan. Mungkin mereka ini
hanya sekadar mendengar puterbelit PAS tanpa mengetahui situasi sebenar
sebagaimana kenyataan Tun Mahathir dulu. Tun Mahathir dalam suratnya kepada Nik
Aziz tidak menyatakan dia menolak Hudud Islam tetapi sebaliknya menolak
Undang-Undang PAS. Tidak ada perkataan yang mengatakan Tun mahathir menolak
Hudud Islam. Baca sini.
http://sekijang.com/mediabaru/?p=154
/ http://kerabubersuara.blogspot.com/2011/06/surat-mahathir-tolak-hudud-yang.html
Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek (gambar) telah
mengeluarkan kenyataan bagi menjelaskan kekeliruan dalam isu tersebut yang
telah diputarbelitkan oleh PAS :
1.
Saya ingin merujuk kepada fitnah permainan politik Pakatan Rakyat berhubung
dengan isu pendirian MCA berkaitan dengan perjuangan Enakmen Hudud Pas bahawa
kononnya MCA menghina Islam dengan menyebarkan ideologi Islamofobia.
2.
Saya telah berbincang dengan Ustaz Fathul Bari daripada Pertubuhan Ilmuwan
Malaysia dan tidak ada masalah bagi MCA untuk menerima penerangan daripada
beliau tentang hukum hudud berdasarkan sumber-sumber Islam yang sebenar.
3.
Ingin saya tegaskan di sini bahawa ketika MCA bangkit untuk menentang
perjuangan Enakmen Hudud versi Pas, MCA sebenarnya tidak menghina agama Islam
kerana tindakan MCA mempertikaikan perjuangan sesebuah parti politk (Pas)
adalah berbeza dengan penentangan MCA terhadap sesuatu agama (Islam). Isu ini
sebenarnya telah dipolitikkan dan diputar oleh pemimpin Pakatan Rakyat apabila
mereka menganggap sesebuah parti politik (Pas) itu adalah agama Islam.
4.
Saya seringkali menyatakan bahawa pendirian politik Pakatan Rakyat selalunya
konsisten untuk tidak konsisten. Dahulu Pengerusi DAP iaitu Karpal Singh
sendiri bangkit mempersoalkan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah mengenai campur
tangan istana dalam isu pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP)
dan Istana seharusnya bebas daripada sebarang penglibatan politik. Namun begitu
, dalam isu pertikaian MCA terhadap hudud versi Pas pula Pakatan Rakyat hendak
melibatkan Yang di-Pertuan Agong demi memenuhi hawa nafsu dan kepentingan
politik mereka sendiri.
5.
Sekiranya Pakatan Rakyat benar-benar konsisten untuk memperjuangkan keadilan
demi agama dan umat Islam, maka mengapa mereka hanya berdiam diri apabila
pemimpin DAP iaitu Ngeh Koo Ham dalam tweetnya yang jelas menunjukkan beliau
menghina dan memperlekehkan Islam apabila beliau menyatakan bantahan umat Islam
terhadap Sam Bacile adalah satu perkara yang terlalu membazir masa dan tenaga.
Peliknya juga dalam isu penghinaan Islam oleh pemimpin DAP ini terdapat ramai
pemimpin Pas yang keluar menyokong dan mempertahankan beliau.
6.
Selain itu, kami telah bersama menuntut kemerdekaan negara dan membangunkan
negara hingga ke tahap ini. Tidak pernah sekalipun MCA melakukan sesuatu
tindakan yang mengecam agama Islam dan pengamalannya di Malaysia.
7.
Seperti mana MCA menghormati agama-agama lain seperti Buddha, Kristian dan
Hindu, MCA juga peka dan menghormati sensitiviti umat Islam negara ini, apatah
lagi, Islam adalah agama rasmi Persekutuan.
8.
Hal ini terbukti dengan sokongan dan penerimaan MCA terhadap perlaksanaan
rukun-rukun Islam di negara ini seperti pembinaan masjid, institusi Tabung Haji
yang memudahkan umat Islam menunaikan haji, penubuhan dan implementasi pusat
zakat dan kutipannya, pembinaan sekolah agama, perbankan Islam, penerapan
dasar-dasar Islam dalam kerajaan dan yang paling utama, MCA tidak pernah
menentang malah menyokong dan mendokong bahawa Islam adalah agama Persekutuan
dengan agama-agama lain bebas diamalkan dengan aman dan damai seperti yang termaktub
dalam Perlembagaan Malaysia sejak merdeka.
9.
Rakyat perlu tahu pada Pilihan Raya Umum 1986, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik
Abdul Aziz Nik Mat yang ketika itu Pesuruhjaya Pas Kelantan telah mengeluarkan
manifesto antara lain pelaksanaan undang-undang Islam turut berkuat kuasa ke
atas orang bukan Islam. Manifesto Pas 1986 dalam muka surat lima
menguatkuasakan undang-undang Islam di seluruh negeri dengan tidak meletakkan
perbezaan atas sebab-sebab berlainan keturunan, bangsa, agama dan pangkat
kecuali perkara berhubung dengan ibadat dan undang-undang kekeluargaan.
"Dalam muka surat 24 pula dinyatakan bahawa hak-hak orang bukan Islam sama
sahaja di sisi undang-undang jenayah dan sivil dengan orang-orang Islam dan ini
adalah hudud sebenar berlandaskan Islam. Oleh itu, dalam sesebuah negara yang
demokratik maka MCA hendak menyeru Pakatan Rakyat supaya meletak kembali hudud
sebagai salah satu manifesto mereka dalam pilihan raya akan datang (PRU-13)
seperti mana Pas meletak manifesto hudud terhadap bukan Islam pada pilihan raya
1986 demi menghormati dan menjunjung prinsip demokrasi.
10.
MCA juga ingin mencabar pendirian Pas dan PKR dalam isu berkaitan tentang
kenyataan Karpal Singh supaya melangkah mayat beliau dahulu sekiranya negara
Islam hendak ditubuhkan di negara kita dan sama ada kenyataan tersebut
merupakan kenyataan yang berbaur menghina Islam atau tidak. Keduanya, mereka
juga perlu menyatakan pendirian terhadap tweeter Ngeh Koo Ham sama ada tweetnya
yang mengatakan Are Muslim Wasting Too Much Time and Energy On This (
Protest Sam Bacile )?
11.
MCA sekali lagi hendak mencabar pendirian DAP sama ada mereka bersama-sama MCA
menentang pelaksanaan hudud versi Pas atau tidak ? Sekiranya mereka menyatakan
mereka tidak berkongsi pendirian yang sama dengan MCA dalam isu hudud versi
Pas, maka mereka perlu tampil memberitahu rakyat bahawa mereka menyokong
pelaksanaan hudud versi Pas di negara kita. Diharapkan DAP tidak lari dan
sembunyi daripada cabaran pendirian mereka dalam isu ini. Mereka hanya perlu
menyatakan pendirian sokong atau tidak.
12.
Justeru, saya sebagai Presiden MCA ingin menegaskan bahawa MCA adalah sebuah
parti yang mendokong prinsip demokrasi. Oleh itu, demi menghormati dan
menjunjung prinsip demokrasi maka Pakatan Rakyat perlu meletakkan hudud versi
Pas dalam manifesto mereka dalam pilihan raya yang akan datang. Seandainya ia
diterima dan disokong oleh majoriti rakyat Malaysia, maka MCA akan menghormati
kehendak rakyat Malaysia.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20121104/po_01/Kami-hanya-tentang-hudud-versi-Pas#ixzz2BKuG8ddT
Seperti kenyataan Tun Dr. Mahathir
dahulu yang diputar kerana menolak 3 draf hudud yang direka oleh PAS Kelantan
dan PAS Terengganu. Walhal draf hudud tersebut disemak bukannya dikaji oleh Tun Dr. Mahathir, namun ia dikaji oleh para ulama
Islam muktabar di negara ini dan dibahaskan sesama mereka sebelum diserahkan
keputusan kajian draf tersebut kepada mantan Perdana Menteri itu. Klik
sini http://www.mykmu.net/?p=22386
Bekas
Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, Pas beri gambaran
yang salah mengenai hukum hudud sehingga ia ditentang keras pemimpin tertinggi
DAP dan mengelirukan orang bukan Islam.
Menurutnya, Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) yang telah diluluskan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan, menimbulkan salah faham hingga kini.
Didalam
Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud & Qisas) Terengganu 2002, iaitu
Enakmen No. 4 Tahun 2002 bertarikh 02.09.2002, tercatat jelas di Seksyen 14:
"Liwat ialah suatu kesalahan yang merupakan persetubuhan diantara seorang lelaki dengan seorang lelaki yang lain atau diantara seorang lelaki dengan seorang perempuan selain daripada isterinya yang dilakukan diluar tabii iaitu melalui dubur".
Sudah terang bersuluh pula. Cukup jelas daripada peruntukkan ini bahawa "bermain" melalui dubur isteri sendiri TIDAK termasuk sebagai kesalahan HUDUD didalam Enakmen Hudud & Qisas PAS!!Persoalannya ialah, mengapa bermain "dubur" isteri tidak termasuk kesalahan hudud PAS?
Sedangkan liwat melalui dubur ini adalah satu kesalahan hudud, samada dubur lelaki, dubur perempuan, termasuk dubur pondan, mahupun dubur isteri (samada dubur isteri sendiri, dubur isteri kawan, mahupun dubur isteri orang lain), dubur pemandu, dubur pembantu, dubur pekerja, dubur pembancuh kopi, malah dubur sesiapa pun. Asal main melalui "dubur", ianya adalah satu kesalahan hudud! Kenapa PAS membezakan bermain dubur isteri sebagai bukan satu kesalahan hudud?
Akibat ditimpa rasa malu apabila
enakmen yang mereka gubal dipertikai kesahihannya dan ditolak maka mereka telah
memutarbelitkan dengan mengatakan Tun Dr. Mahathir atau UMNO menolak hudud dan
menjatuhkan hukuman Tun Dr. Mahathir dan UMNO kufur dan fasik.
Kebodohan
dan kedunguan mereka ternyata jelas apabila mereka juga tidak melaksanakan
hudud. Ini jelas apabila beberapa pemimpin PAS memberikan pelbagai alasan untuk
tidak melaksanakan hudud. Mereka kata
UMNO kafir kerana tidak melaksanakan HUDUD tetapi mereka kata :
1. Keperluan melaksanakan HUDUD hanya 0.001% sahaja.
2. HUDUD tidak semestinya dilaksanakan
3. Belum sampai masa laksanakan HUDUD
4. HUDUD bukan agenda utama PAS
Apa maksud semua ini mereka kata UMNO kafir kerana menolak HUDUD tapi Khalid Samad kata "Kita lihat Umno juga tidak menolak untuk melaksanakan hudud .......
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6932-hudud-mca-patut-tanya-pendirian-umno....
1. Keperluan melaksanakan HUDUD hanya 0.001% sahaja.
2. HUDUD tidak semestinya dilaksanakan
3. Belum sampai masa laksanakan HUDUD
4. HUDUD bukan agenda utama PAS
Apa maksud semua ini mereka kata UMNO kafir kerana menolak HUDUD tapi Khalid Samad kata "Kita lihat Umno juga tidak menolak untuk melaksanakan hudud .......
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6932-hudud-mca-patut-tanya-pendirian-umno....
1.
Kata PAS : UMNO menjadi kafir kerana berkerjasama dengan parti-parti kafir
seperti MIC dan MCA. “Sesiapa yang reda dengan kufur maka dia menjadi kufur..”
(Kuliah Di Marang 1983).
KEMUDIANNYA.,PAS
berkerjasama dan berpelukan dengan DAP dan calon-calon bukan Islam dalam
pilihanraya ke-11 & 12.
2.
Kata PAS: “Haram orang Islam memangkah calon yang kafir. Ini kerana Allah
mengharamkan melantik orang kafir menjadi pemimpin”.
KEMUDIANNYA..
Dalam pilihanraya ke-12 PAS meminta ahli-ahlinya memangkah calon bukan Islam
dari parti PKR dan DAP. Bahkan PAS meredai Guan Eng sebagai pemimpin mereka di
P.Pinang.
3.
PAS kata: “Kerajaan BN adalah kerajaan mungkar kerana membiarkan kilang-kilang
arak dan kelab-kelab malam beroperasi”
KEMUDIANNYA..
Selepas PAS dan rakan-rakan menang di Selangor, mereka tidak pula membantah
kilang-kilang arak yang besar-besar di negeri itu seperti Carlsberg di Shah
Alam dan Kelab The Ship yang PAS begitu marah pada masa lalu.
4.
PAS kata kepada Pak Lah semasa beliau TPM diarahkan mengawal virus JE: “Badawi
di arab jaga unta, badawi di Malaysia jaga Babi?”
KEMUDIANNYA..
Kerajaan Selangor yang disertai oleh PAS cuba mengendalikan urusan Babi bahkan
mencanggihkan ladang Babi, tak pulak PAS kata kerajaan mereka ‘kerajaan Babi’.
5.
PAS kata: Tun Dr. Mahathir firaun, thaghut, dosanya tidak terampun, perosak
negara, kejam dan berbagai lagi.
KEMUDIANNYA..
Bila Tun Dr. Mahathir kritik Pak Lah, PAS puji Tun Dr. Mahathir, ada pemimpin
pemuda PAS yang cium tangan Tun Dr. Mahathir semasa dia ceramah di Taman
Melewar. PAS kata: “Tun Dr. Mahathir bijaksana, negarawan terbilang, sangat
berjasa, kuat memikirkan kepentingan negara, Malaysia memerlukan orang seperti
Tun Dr. Mahathir bukan Pak Lah”.
6.
Masa Anwar Ibrahim duduk dalam UMNO, PAS kata : “Anwar munafik, pengkhianat
agama, jual agama, berpura-pura…”
KEMUDIANNYA..
Bila Anwar kena pecat, PAS kata: “UMNO buang Anwar sebab dia pejuang Islam, dia
memerangi rasuah dan itu tandanya UMNO anti-Islam”.
7.
Masa Anwar dituduh dengan tuduhan seks, PAS kata: “Dalam Islam tidak boleh
tuduh orang dengan tuduhan seks, melainkan kena ada empat orang saksi”. Macam
tu juga depa kata semasa Mat Sabu dituduh berkhalwat.
KEMUDIANNYA..
Bila PAS ceramah, ramai penceramah PAS tuduh pemimpin UMNO dengan tuduhan seks
dan berbagai, PAS kata: “Ini tujuannya untuk menegakkan Islam iaitu Amar Makruf
dan Nahi Mungkar..”
8.
PAS kata: “Sesiapa yang menolak hudud kerana masyarakat majmuk maka dia menjadi
kafir”.
KEMUDIANNYA..
PAS Kedah yang baru memerintah kata : “Kedah tidak boleh buat macam Kelantan
dalam semua benda seperti tutup pusat judi, sebab di Kedah ramai orang bukan
Islam, bukan macam Kelantan.
9.
PAS kata: “Bersekongkol dengan parti politik yang tidak bepegang dengan dasar
Islam jadi sesat atau kufur”.
KEMUDIANNYA..
PAS berkawan dan berjihad bersama PKR. Bahkan PKR yang memimpin PAS sekarang,
sedangkan parti Anwar itu tidak pun menyebut dalam perlembagaannya Islam
sebagai dasar.
10.
PAS kata: “Kerajaan yang tidak berusaha menjalankan hukum hudud adalah kerajaan
yang Al-Quran kata: “Sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah, maka
mereka adalah orang-orang kafir”.
KEMUDIANNYA..
PAS Kedah kata : “Hudud tidak termasuk dalam keutamaan kerajaan PAS Kedah” (Datuk
Seri Azizan Razak, MB Kedah).
11.
PAS kata: “UMNO mungkar sebab benarkan pembinaan kuil-kuil yang banyak,
terutama di Batu Caves”.
KEMUDIANNYA..
PAS Kelantan telah izinkan tokong Buddha tidur, duduk dan berdiri yang terbesar
di Asia.
12.
PAS kata: UMNO mungkar sebab benarkan geng-geng liberal yang menghina Islam
menulis dalam surat khabar seperti Astora Jabat, SIS dan lain-lain.
KEMUDIANNYA..
Harakah benarkan Raja Petra yang selalu mempertikaikan Islam menulis dalamnya.
Hanya kerana Raja Petra menghentam kerajaan.
13.
Amanat Hadi kata: Menentang UMNO adalah jihad dan jika mati syahid sebab UMNO tidak memakai undang-undang Islam dalam sistem pemerintahnya seperti melaksanakan hukum hudud.
KEMUDIANNYA..
PAS telah memerintah Kelantan lebih daripada 22 tahun, Terengganu 4 tahun dan sekarang Kedah dan Selangor tapi sekarang boleh kata undang-undang hudud bukan keutamaan PAS.
Apakah jika menentang PAS sekarang adalah jihad dan syahid?
14.
PAS kata : UMNO tak amanah kerana telah hilangkan banyak duit negara.
KEMUDIANNYA..
PAS telah lesapkan banyak duit koperasinya sendiri KOHILAL, duit Tabung Anak Yatim
Memali, Ladang Rakyat, Projek Kambing Jamnapari, peruntukan naik tarah bekalan
air bersih, Projek Lembah Sireh dan lain-lain. Ahli-ahli koperasi itu Semua
maklum hal tersebut, wang mereka hilang entah ke mana?
15.
PAS kata: “Tidak boleh berkerjasama dengan UMNO sebab UMNO tolak Islam”.
KEMUDIANNYA..
PAS kerjasama dengan DAP yang selalu dok kata: “Kami menentang negara Islam”
(YB Lim Kit Siang). Bahkan PAS Perak kata: “Kerjasama dalam kerajaan bersama
DAP, lebih mulia dari berkerjasama dengan UMNO”.
16.
PAS kata: “UMNO tak layak mengaku nak Islam sebab UMNO tidak mempunyai
ciri-ciri Islam yang sepatutnya”.
KEMUDIANNYA..
PAS sekarang berkempen mengwar-warkan bahawa pimpinan tertinggi mereka yang
disanjungi di Penang iaitu Lim Guan Eng ingin meniru khalifah Umar bin Abdul
Aziz. Apakah iman Guan Eng begitu suci dan sempurna bagi PAS? Mungkin lepas ini
PAS akan beritahu bahawa Guan Eng kuat sembahyang tahajud macam khalifah Umar
bin Abdul Aziz.
17.
PAS kata: “UMNO tidak mahu cegah mungkar masa memerintah”.
KEMUDIANNYA..
PAS hanya mendiamkan diri dengan berbagai pusat-pusat mungkar yang ada di
Perak, Pulau Pinang,Selangor dan Kedah. Kelantan yang diperintah PAS selama
lebih 22 tahun mempunyai penghidap HIV tertinggi. Nik Aziz juga telah
meluluskan 44 lesen arak.
18.
PAS kata: “Tidak boleh wujudkan jemaah Islam yang lain selain PAS yang
merupakan jemaah pertama di Malaya. Mereka yang wujud itu adalah penentang
gerakan Islam” (Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib).
KEMUDIANNYA..
PAS meredai kewujudan parti-parti lain seperti PKR, Semangat 46, bahkan
berkerjasama dengan begitu erat dengan mereka. Kanapa boleh? Kenapa tak suruh
masuk PAS saja?
9.
Semasa berkerjasama dengan Parti Semangat 46 : PAS memuji-muji Tengku
Razaleigh, Rais Yatim dengan pujian yang sakan tentang kebijaksanaan mereka.
Bahkan PAS bertakbir dalam majlis mereka.
KEMUDIANNYA..
PAS kutuk mereka semua dan kata macam-macam. Sedangkan dulu puji sakan dan
berlebih-lebihan. Mereka memang asal dari UMNO, adakah PAS lupa? Apakah selepas
ini PAS juga akan mengutuk PKR dan DAP jika kerja sama itu gagal?
20.
PAS kata: Tidak boleh berpakat, atau cenderung hati dengan orang kafir yang
menentang Islam. Itu boleh batal Islam.
KEMUDIANNYA..
PAS menerusi PKR berbaik-baik dengan pemimpin HINDRAF yang menentang
keistimewaan Islam dalam negara ini. Bahkan PAS kata: “Kita tidak berminat
menentang Hndraf, itu hak mereka untuk berdemonstrasi” (Harakah)
21.
PAS kata haram menyertai UMNO atau tolong UMNO sebab dasar mereka tak Islam.
PAS kini tunduk kepada DAP dan PKR yang berfahaman sosialis. Pas takut menyanggah pandangan Anwar Ibrahim dalam isu pluralisme iaitu satu fahaman yang amat bertentangan dengan akidah Islam hanya semata-mata kerana mahu memenuhi kehendak nafsu serakah berkongsi kuasa.
Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Nakhaie Ahmad berkata, Pas bukan lagi parti yang kuat mempertahankan akidah Islam, malah sudah lama hilang arah perjuangan, mementingkan kuasa daripada segala-galanya.
Mereka berpeluk erat dengan kafir harbi laknatullah DAP. Mengapa pada satu waktu dahulu mereka sanggup menuduh UMNO kafir tetapi dalam isu ini mereka diam walaupun jelas fahaman pluralisme bertentangan dengan Islam.
1 ulasan:
Yang paling hebat membelit ialah Ularmak Pas, membelit hingga terbelit diri sendiri.
Catat Ulasan