Sabtu, 28 Julai 2012

SYAITAN DAN IBLIS KETAWA BILA 'ULAMA' MENIPU DAN MEMFITNAH .......???

Siapa Sebenarnya Ulama?

“Siapa yang dikatakan Ulama? Siapa yang beri dia pangkat Ulama?” pertanyaan begini sering timbul. “Kalau kita nak lantik Ulama sebagai ketua, apa kriteria yang menentukan seseorang itu Ulama atau tidak?” soalan dikaitkan pula dengan perjawatan dan perlantikan. 

Apabila seseorang menggali khazanah Islam untuk mencari takrif Ulama, sempit pula dada memikirkan bahawa Ulama seperti itu hanya seperti sebutir pasir di tepian pantai di hari ini. Terlalu sukar untuk dicari calon yang memenuhi kriteria seperti yang dinukilkan.


Kesulitan itu bertambah lagi apabila Ulama mahu diangkat sebagai pemimpin. Timbul pula persoalan berkaitan kesarjanaan, apakah ia sinonim dengan kepimpinan? 

Mungkin pendapat-pendapat yang pelbagai tentang takrif Ulama itu, adalah sebagai petanda kepada luasnya cakupan makna bagi kalimah Ulama, yang disebut dua kali di dalam al-Quran, tetapi tidak diperincikan seperti Allah memperincikan perihal harta pusaka atau wanita mahram, di dalam al-Quran. Ruang yang diberikan tanpa perincian itu bertujuan untuk menyediakan unsur keanjalan pada mendefinisikan Ulama sesuai dengan peredaran zaman, tahap keilmuan dan ketamadunan manusia serta keperluan-keperluan yang diperlukan dalam urusan awam merentas masa. 

Hanya satu sifat yang melangkaui segala perubahan zaman dan keadaan, bahawa Ulama adalah manusia yang takut kepada Allah: 

“Sesungguhnya, yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu (Ulama). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.” [Faathir 35: 28]

Bagaimanakah soal takut kepada Allah ini dapat diukur untuk menentukan siapa yang Ulama dan siapa yang bukan Ulama? Justeru kita bertemu dengan himpunan definisi yang pelbagai oleh sarjana Islam sepanjang zaman yang kesemuanya menjurus kepada makna komitmen penuh seorang hamba kepada segala kehendak, perintah dan larangan Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Biasanya ulama yang dikatakan sebagai pewaris nabi akan menyampaikan dakwahnya berpandukan Al-Quran, Sunnah dan Hadith. Mereka tidak merujuk kepada cakap-cakap orang yang tidak tentu tarafnya sebagai rujukan. 

Imam al-Ghazali ada menyebut tentang 3 jenis ulama’ iaitu : 

1. Ulama’ yang membinasakan dirinya sendiri dan orang lain apabila ulama’ ini terang-terang mengejar dunia dan memusatkan segala perhatiannya kepada dunia 

2. Ulama’ yang membahagiakan dirinya dan orang lain apabila mereka menjadi golongan yang mengajak manusia ke jalan Allah secara zahir dan batin 

3. Ulama’ yang membinasakan dirinya dan membahagiakan orang lain apabila ulama’ ini mengajak orang lain ke jalan akhirat sehingga pada zahirnya dia seperti menolak dunia sedangkan batinnya timbul perasaan bahawa dia berbuat demikian untuk mempengaruhi orang ramai serta batinnya penuh dengan perasaan ingin memegah diri dan cinta kepada dunia. 

Tetapi pada hari ini terdapat banyak jenis ulama, di antaranya ulama politik, ulama suk atau ulama fitnah. Apabila seseorang itu pandai bercakap hal-hal agama ditambah dengan penggunaan ayat-ayat Al-Quran ditambah dengan cerita-cerita membuka aib orang sudah tentu akan diangkat martabatnya sebagai ulama. Ulama yang paling dahsyat sekali ialah ulama fitnah. 

Ulama fitnah ini merupakan manusia yang menggunakan pentas agama untuk menyebarkan fitnah dengan niat untuk menggambarkan kepada umat pendengarnya bahawa orang yang difitnah itu sangat hina, tiada maruah dan terkeluar dari Islam. Kebiasaannya ulama fitnah ini adalah seakan-akan ulama politik kerana setiap ceramahnya mesti diselitkan dengan unsur-unsur politik. 

Pada hari ini orang dengan sewenang-wenangnya memberikan gelaran ulama kepada penceramah-penceramah politik yang berceramah dengan memfitnah musuh politik parti dokongannya. 

Baru-baru ini tersebar di alam siber seorang penceramah dengan sewenang-wenangnya menghina dan melabelkan ustaz dan ulama yang menyokong UMNO sebagai sesat. Klip video ceramah beliau boleh didapati di laman web Youtube. 

Inilah ceramah dia yang memfitnah Ulama Muda UMNO dibayar RM15,000 sebulan ........ 

Dalam ceramah ulama fitnah ini dia bagai nak runtuh langit menuduh ustaz atau ulama yang memberikan sokongan kepada UMNO dapat RM15,000 sebulan seorang dan menuduh ustaz atau ulama sesat. Dengan hanya mendengar cakap-cakap orang yang tidak diketahui jenisnya beliau menyebarkan fitnah tersebut dalam sesi ceramah-ceramahnya. Apabila ditanya dari mana sumber fitnahnya itu, dengan selamba dia berkata, 

"Saya tak kata saya yang kata tapi saya dengor orang cakap....." 

Tak sangka kununnya ustaz tersohor rupanya berceramah fitnah dengan modal cerita orang cakap. sepatutnya ustaz berceramah menyampaikan ilmu yang baik2, menyatupadukan umat, mengajak umat menguatkan ibadat kepada Allah BUKANNYA MENYEBARKAN FITNAH. 

Inilah adalah pengakuan sumber fitnah beliau........

Akhirnya kebenaran telah terbukti di pihak ILMU. Kamu sepatutnya merasa malu dengan diri sendiri. Kerana dia, rosak nama pertubuhan Ustaz Se-Malaysia. Mengeluarkan kenyataan tanpa usul periksa. Memfitnah dan menganiaya asatizah lain. 

Apakah dosa ILMU, ulama dan ustaz yang menyokong UMNO sehingga kamu sanggup memfitnah ILMU, ulama dan ustaz UMNO sedemikian rupa. Adakah dengan sebab ini, anak murid kamu pun berperangai sedemikian rupa. Tapi sampai sekarang dia tak minta maaf. Minta maaf tak menjadikan anda hina. Kalau sudah salah, mintalah maaf. Dan berusaha tidak mengulanginya semula. Dan hentikanlah sikap anda yang suka menghina, menuduh, memfitnah, mengeji orang lain. Adakah kamu seorang ustaz atau ulama yang menyebarkan agama Allah iaitu agama Islam? Jika kamu waris nabi yang menyebarkan agama Allah tunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat. 

Bagi masyarakat di luar sana janganlah hanya kerana sedang dia menggoreng dengan umpat kejinya menyebabkan kamu juga terheret sama bersubahat dengannya menyebarkan fitnah. Manusia dikurniakan akal dan fikiran bagi menunjukkan manusia itu lebih baik daripada haiwan. Gunakanlah akal dan fikiran yang waras untu berfikir bagi membezakan yang benar dan fitnah. Serban dan jubah hanyalah hiasan yang dipakai bagi orang-orang yang mempergunakan Islam untuk kepentingan diri dan parti dokongannya. Semoga dengan dua video klip ini dapat membantu orang yang waras fikirannya berfikir dan membuat kesimpulan yang baik dan benar. 

Wallahua'lam 

0 ulasan: