Ustaz Nasaruddin Mat Isa, bekas Timbalan Presiden PAS mempunyai pendirian yang begitu berlainan sekali sejak PAS di bawah pengaruh edrogan dan Anwarisme. Beliau juga merupakan pelopor kepada kerajaan perpaduan UMNO-PAS yang dicadangkan suatu ketika dulu.
Nyata Nasharudin merupakan seorang yang berprinsip berbanding dengan erdogan-erdogan yang berkiblatkan Putrajaya, kuasa dan gila nak berkuasa.
"Allah S.W.T. berfirman yang maksudnya: “Muhammad Rasulallah dan orang yang bersama dengannya, bersifat keras dan tegas terhadap orang kafir yang (memusuhi Islam), dan bersifat kasih sayang dan belas kasihan sesama sendiri (ummat Islam).” (Q.S. al-Fath: 29).
Selepas Dato' Hassan Ali, bekas Naib Presiden PAS dipecat ekoran isu kristianisasi di sebuah gereja Shah Alam, sikap beliau memencilkan diri dengan arus perjuangan PAS semakin tampak jelas. Kata Dato' Hassan Ali "Kepimpinan PAS hari ini telah dikuasai oleh kumpulan parasit". Beliau tidak akan kembali kepada PAS selagi kumpulan parasit masih menguasai PAS.
Sebenarnya lebih ramai lagi golongan ulama dalam PAS menyepikan diri mereka. Mereka masih ahli PAS cuma sikap mereka terhadap PAS semakin dingin, tidak seperti zaman PAS di bawah pentadbiran Dato' Fadzil Noor. Kemungkinan besar yang akan menyusul Hassan Ali dan Nasharudin ialah Haron Din dan Haron Taib.
PAS hari ini jauh berubah. Jika dulu PAS juara bercakap tentang negara Islam dan hukum hudud tapi PAS hari ini juara bercakap pasal negara berkebajikan. Pemimpin PAS masa itu memang cukup hebat hingga berjaya meniup api kebencian terhadap sesama sebangsa dan seagama. Wujudlah isu kafir mengkafir di mana puak-puak PAS mengkafir puak-puak UMNO. Tidak pernah kita dengar masa itu puak UMNO mengkafirkan puak PAS.
Oleh kerana puak UMNO dianggap kafir lantaran itu berlaku solat fardhu dua imam di kalangan umat Islam satu kariah satu masjid. Sembelihan orang UMNO haram dimakan, jurunikah orang UMNO tidak sah dan kematian serta kenduri rumah orang UMNO diboikot. Tidak dinafikan umat Islam pada masa itu berpecah sesama sendiri di kampung-kampung dan taman-taman perumahan. PAS memang berjaya menanamkan rasa benci orang PAS terhadap orang UMNO melalui pendekatan yang amat berbahaya dari sudut akidah.
Hari ini pemimpin PAS tidak lagi mengkafirkan UMNO secara terbuka. Di kalangan penyokong PAS yang taksub masih berlaku melalui tulisan dalam FB dan blog-blog pembangkang. Tidak dinafikan ajaran tok guru PAS (mengkafirkan orang UMNO) sudah tertanam kuat dalam fikiran puak-puak PAS yang taksub.
Sehingga ke hari ini belum kita dengar Tok Guru haji Hadi Awang atau mana-mana pemimpin PAS menarik balik tuduhan UMNO itu kafir. Jika ditanya kepada Tok Guru PAS, mereka akan kata bahawa mereka tak tuduh orang UMNO itu kafir. Ustaz Asri Zainal Abidin, bekas mufti Perlis ada mengulas bahawa pemimpin PAS tidak lagi mengkafirkan orang UMNO dan beliau mengkritik orang UMNO yang masih membangkitkan isu tersebut. Ustaz Asri mengambil jalan yang terlalu mudah untuk perkara yang berat. Mudahnya kerana diminta berdiam begitu sahaja. Beratnya kerana tuduhan kafir mempunyai implikasi akidah umat Islam itu sendiri, baik yang menuduh dan yang kena tuduh.
Walau bagaimanapun sebahagian pimpinan PAS dan bekas pemimpin serta ulama PAS bukan edrogan dan Anwarisme telah pun mengakui bahawa orang UMNO juga mereka sebangsa dan seagama. Terkini, Ustaz Nasaruddin Mat Isa dalam sidang akhbar di KLIA sekembalinya dari menunaikan umrah, beliau yang juga Ahli Parlimen Bachok membalas kenyataan beberapa pemimpin Pas yang mempertikaikan kehadiran beliau di Mekah bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Untuk kesekian kalinya saya sebutkan secara terbuka, saya tidak ada niat untuk masuk UMNO, cuma saya menganggap semua yang mengucap kalimah syahadah sebagai saudara saya seiman termasuklah pemimpin dan ahli UMNO, dan mereka yang bukan Islam sebagai saudara saya seinsan.
Ustaz Kazim (bekas ahli PAS) |
Itulah satu-satunya pandangan yang ikhlas, jujur dan berani oleh seorang pemimpin PAS hari ini. Walaupun pandangan itu agak lewat setelah Ustaz Nasaruddin bukan lagi pemimpin no. 2 dalam PAS tapi sekurang-kurangnya ahli-ahli PAS yang masih taksub itu perlu sedar bahawa orang UMNO yang dikafirkan itu sebenarnya juga umat Islam.
Tapi bagaimana dengan Amanat Tuan Guru Haji Abdul Hadi? Amanat TG Haji Hadi, Presiden PAS yang disampaikan melalui ceramahnya di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu pada 07 April 1981. Akibat daripada fatwa lawan UMNO dan BN mati syahid itu bertambah yakinlah pengikut PAS bahawa orang-orang UMNO adalah kafir. Maka tentulah orang kafir tidak sah menjadi imam sembahyang, imam nikah dan sebagainya.
Musibah Peristiwa Memali pada 19.11.1985 adalah berupa suatu tragedi yang sungguh menyayat hati. Beginilah yang berlaku seterusnya nanti apabila umat Islam sudah FANATIK syahid, hilang pertimbangan kerana terpukau dengan fatwa agama oleh guru-guru agama yang menjamin mereka masuk syurga. Setakat hari ini, Tuan Guru Haji Hadi Awang tidak pernah menarik balik amanat tersebut dan apakah Haji Hadi masih mahu orang UMNO terus dikafirkan untuk kepentingan politik sempitnya.
Selaku umat Islam, kita rasa terpanggil mengucapkan syabas dan terima kasih kepada Ustaz Nazaruddin, bekas Naib Presiden PAS, Allahyarham Ustaz Hj. Omar Khalid (bekas aktivis PAS yang meninggalkan PAS), Dato Hj. Nakhaei Hj. Ahmad (bekas naib Presiden PAS yang menyertai UMNO), Tan Sri Mohd Asri Hj Muda (bekas Presiden PAS dan MB Kelantan akhirnya menyertai UMNO), Ustaz Kazim Elias (bekas ahli PAS), Dato' Hassan Ali (bekas Naib Presiden PAS dipecat oleh PAS memimpin Jati) dan banyak lagi. Mudahan-mudah umat Islam dapat bersatu kukuh setelah terhapusnya golongan erdogan, Anwarisme dan parasit dalam kepimpinan PAS hari ini.
Hari ini erdogan-erdogan PAS begitu sensitif bila 'Abang Besar' mereka dikritik, disentuh dan ditentang. Mereka yang akan menjadi orang pertama membela 'Abang-Abang Besar' mereka. Tetapi apabila bangsa Melayu yang beragama Islam dan agama Islam dihina tiada seorang pun yang segera bangkit membela. Mereka hanya membisu ibarat 'syaitan bisu'.
Maruah 4 Melayu Dihina
Kisah Maruah 4 Melayu dihina oleh 'Abang Besar' mereka begitu meruntun jiwa. Ke mana perginya pahlawan-pahlawan jihad PAS? Di mana pejuang-pejuang Islam?
Blog Penasihat DAP, Lim Kit Siang For Malaysia telah membuat satu posting yang menuduh Raja Pop, Jamal Abdillah, Raja Rock Amy Search dan penyanyi popular Ibnor Riza disogokkan RM 10,000 seorang setiap kali membuat perisytiharan menyokong UMNO.
Inlah jenis manusia yang mempunyai silatulrahim dengan PAS. Inilah jenis parti yang lebih dipercayai oleh Pas dari UMNO dan jika DAP mempunyai pandangan yang sama terhadap Pas seperti mana pandangannya terhadap Tunku Abdul Aziz, Jamal Abdillah, Amy Search dan Ibnor Riza maka itu boleh dimaafkan, kerana itulah yang sewajarnya..
Tetapi Tunku Abdul Aziz, Jamal Abdullah, Amy Search dan Ibnor Riza manusia Islam dan Melayu yang bukan racis dan bemaruah.
Penentangan Terhadap Pengerusi DAP
"Saya kekal dengan pandangan saya bahawa Karpal Singh bukan hanya sekadar anti hudud tetapi anti Islam."
Sebagai seorang peguam yang lama, dia tahu apa itu substantive law dan apa itu procedural law. Pelaksanaan hudud memerlukan kepada standard of proof yang cukup tinggi untuk boleh dilaksanakan, ada kesalahan yang memerlukan tahap pembuktian ke taraf 'beyond any shadow of doubt' iaitu tahaf pembuktian yang maksimum, sebelum boleh ia dilaksanakan tetapi dia menolak semua itu hanya kerana ia adalah undang undang Islam.
Berapa kali sudah dia mengungkapkan bahawa pelaksanaan sistem perundangan Islam 'is over my dead body' menunjukan dia sanggup mati untuk pertahankan pendiriannya, maka saya juga sanggup melakukan apa saja 'at whatever cost' untuk mempertahankan agama saya.
Terpulanglah kepada mana pihak yang mungkin kerana percaturan politik akan mendiamkan diri seperti syaitan-syaitan bisu yang sering diungkap oleh pimpinan, insya-Allah saya tidak akan biarkan mana-mana pihak sewenang-wenangnya menghina agama saya.
Pas harus lebih tegas menyatakan pendiriannya dalam hal ini kerana sokongan yang diberikan oleh masyarakat umum kepada Pas adalah kerana perjuangannya untuk menegakkan Syariah ALLAH SWT, namun dalam isu hudud yang diserang dan dikecam oleh Karpal Singh ini, masih ramai yang tertunggu apa sikap Pas terhadap Karpal Singh.
Adakah tahaluf siyasi yang sedang diamalkan oleh Pas turut membolehkan kesepakatan dengan mereka yang menolak dan memerangi Islam. Harapan saya adalah apabila penjelasan dibuat oleh pimpinan tertinggi Pas kepada masyarakat umum, maka akan terjawablah kekaburan yang ada pada masyarakat umum. Pemimpin Pas mungkin sudah faham, ahli Pas juga mungkin sudah mengerti tetapi masyarakat umum masih menanti penjelasan. Pas tidak akan menang hanya dengan undi dari ahlinya sahaja.
Isu Pertemuan Di Makkah
Pemimpin PAS dan penyokong serta pengundi-pengundi PAS sangat terkejut apabila melihat dipaparkan sekeping gambar di suratkhabar yang menunjukkan Ustaz Nasaruddin bersama Datuk Seri Najib di Mekah bersama ulama-ulama Arab Saudi yang tersohor di dunia. Pelbagai persepsi diluahkan oleh mereka terhadap sekeping gambar tersebut. Yang nyatanya persepsi buruk yang dilemparkan kepada Ustaz Nasaruddin sedangkan mereka tidak tahu niat murni beliau.
Kepada mereka yang membuat andaian, tuduhan dan suu' dzan, nasihat saya adalah ittaqillah, ittaqillah, ittaqillah dan bersitghfarlah khasnya pada hari-hari terakhir Ramadan ini. Kasihan saya melihat mereka yang menghukum tanpa tahu hujung pangkal.
Berbaik sangkalah sesama Muslim. Hampir sebulan sepanjang Ramadan ini, doa qunut yang dibacakan di hadapan Kaabah ketika solat witir, menyeru kepada merapatkan saf dan menyatupadukan orang orang Islam. Imam solat saban malam memohon dengan doa Ya ALLAH satukanlah suara umat Islam.
Saya telah mengaturkan pertemuan di Makkah antara beberapa orang ulama di Makkah bersama dengan YAB Perdana Menteri bersempena dengan persidangan OIC. Saya dijemput ke Makkah dengan visa khas selepas YAB Perdana Menteri bersetuju untuk bertemu dengan ulama-ulama tersebut. Perbincangan telah diadakan di sebuah villa kenalan bersebelahan dengan Masjidil Haram.
Yang dibincang antara lain adalah isu di Syria dan Rohingya. Para ulama tersebut menyebut tentang peranan yang boleh dimainkan oleh Malaysia. Perbincangan juga menyentuh beberapa kejayaan yang telah dicapai oleh Malaysia. Mereka juga telah meninggalkan beberapa pesanan kepada Perdana Menteri seperti memastikan Malaysia terus mengangkat pegangan ahli sunah wal jamaah dalam memelihara kesucian Islam.
Pertemuan itu sedikit pun tidak berbincang tentang Pas atau Umno sebab isu yang dibincangkan adalah jauh lebih besar dari Pas atau Umno. Kami berbincang tentang keadaan semasa ummah. Rasullullah menyebut, man lam yahtamma biamril muslimin falaisa minhum.
Adakah berbincang tentang ummah satu jenayah?
Tiba-tiba dikaitan dengan saya akan masuk Umno. Untuk kesekian kalinya saya sebutkan secara terbuka, saya tidak ada niat untuk masuk Umno, cuma saya menganggap semua yang mengucap kalimah syahadah sebagai saudara saya seiman termasuklah pemimpin dan ahli Umno, dan mereka yang bukan Islam sebagai saudara saya seinsan. Perbezaan pandangan politik tidak seharusnya dijadikan sebab untuk kita tidak memikirkan maslahat ummah.
Ketegasan serta pendirian Nasaruddin itu adalah satu landasan fikir bagi umat Islam terutamanya penyokong-penyokong Pas yang masih buta, jika Pas terpimpin dengan pemimpin-pemimpin yang berpendirian sedemikian dan lantang bertindak balas terhadap kenyataan biadap DAP, maka itulah yang disebut sebagai perjuangan Islam yang akan mendapat pertolongan dari Allah, namun jika sebaliknya itu hanyalah perjuangan parti yang mementingkan kepentingan duniawi dan hanya berharap pertolongan daripada DAP.
Namun kerana ketamakan kuasa Pas telah membelakangkan segala-galanya termasuk Al-Quran yang menjadi petunjuk kepada orang-orang Islam, Pas juga selesa berhukum dengan hukumnya sendiri didalam maksud kesesatan yang jelas lagi nyata, Pas akan memusuhi sesiapa sahaja yang tidak mentaati kafir karibnya, kerana kafir itu dijadikan penghulu bagi mereka memperoleh segala kesenangan dunia...Anda Mampu Mengubahnya...
Surat Pemimpin Cawangan Pas Kepada Ustaz Nasharudin
Saya menganggap semua yang mengucap kalimah syahadah sebagai saudara saya seiman termasuklah pemimpin dan ahli Umno, dan mereka yang bukan Islam sebagai saudara saya seinsan |
Berikut adalah sedutan petikan surat seorang pimpinan cawangan Pas kepada Nasharudin Mat Isa seperti yang disiarkan di Facebook Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali, Sabtu lalu.
Assalamualaikum,Ke hadapan yang dihormati YB Ustaz Nasharudin Mat Isa, bekas Timbalan Presiden Pas yang juga merangkap Ahli Parlimen Bachok, Kelantan. Semoga keadaan ustaz sentiasa sihat dan dirahmati oleh Allah SWT.
Mengenangkan semula perkembangan apa yang berlaku dalam seminggu dua ini, saya terpanggil untuk mengutuskan surat ini kepada ustaz.
Adapun surat ini tidaklah bertujuan apa-apa, hanya untuk memberitahu akan betapa gembiranya hati saya melihat gambar ustaz bersama-sama pemimpin UMNO bertemu dengan para ilmuwan dan cerdik pandai agama dari Arab Saudi, membincangkan tentang permasalahan ummah sejagat.
Saya juga amat bersyukur akan pegangan ustaz terhadap pendirian penyatuan dan perpaduan ummah di Malaysia ini tidak pernah berubah.
Kegembiraan saya tidak terbendung lagi di saat mengenangkan bagaimana agama Islam di Malaysia ini semakin berani diinjak-injak oleh bangsa lain, apatah lagi ia turut didokong oleh kepimpinan beberapa orang Islam sendiri.
Untuk makluman ustaz juga, saya merupakan penyokong kuat parti Pas dan merupakan pemimpin di sebuah cawangan Pas di negeri Melaka.
Untuk pengetahuan ustaz juga, saya telah menjadi ahli Pas semenjak usia saya mencapai had boleh mengundi dan sehingga sekarang saya kira sudah hampir 30 tahun saya berjuang di dalam Pas.
Banyak perkara susah senang yang telah saya lihat sepanjang penglibatan saya selaku ahli Pas. Jatuh bangun dalam parti perkara biasa. Saya juga telah melepaskan jawatan di dalam perkhidmatan awam demi memperjuangkan agenda parti.
Susah senang saya tanggung didokong oleh sokongan anak dan isteri serta beberapa kawan. Namun tiada perkara yang boleh menggoyahkan sokongan saya sehinggalah beberapa perkara yang berlaku sejak akhir-akhir ini.
Tidak pernah saya merasakan kesedihan dan kekesalan teramat sangat, namun sekarang segalanya telah jelas untuk saya mengambil tindakan untuk berubah.
Antaranya, apabila saya melihat nasib seorang pejuang Islam yang tulen seperti YB (Datuk) Dr. Hasan Ali yang disingkir apabila cuba mempertahankan akidah umat Islam di Selangor.
Saya sering terbayangkan sekiranya jika Dr. Hasan Ali tidak membuat pendedahan itu, apa akan jadi pada anak cucu kita? Pada mulanya saya mengagak pasti kepimpinan Pas tertinggi akan menyelidik dan membela Dr. Hasan Ali demi akidah, namun perkara yang memeranjatkan pula berlaku.
Betapa lemahnya iman kita dalam mempertahankan saudara kita padahal dia berjuang di jalan Allah.
Kepimpinan Pas pusat mengambil keputusan memecat beliau tanpa pembelaan demi memenuhi tuntutan sahabat politik kita, DAP. Ya Allah Ya Tuhanku, malunya hamba-Mu ini untuk menghadap-Mu nanti.
Ustaz bayangkan perasaan saya tatkala putera saya yang telah saya didik untuk menyambung perjuangan saya kini yang menjadi Pemuda Pas, berasa malu akan tindakan ketuanya itu.
Dia bertanyakan kepada saya, benarkah apa yang kita perjuangkan selama ini wahai ayah? Tak terjawab saya.
Sebenarnya ustaz banyak lagi perkara yang berlaku membuatkan saya sering berfikir dan bermuhasabah akan kebenaran perjuangan parti ini, selepas menyaksikan seorang demi seorang ulama tersingkir.
Terkini saya mengikuti rapat perkembangan mengenai ustaz. Saya setakat ini masih lagi ahli Pas namun sekiranya ustaz turut tersingkir atau ustaz keluar, percayalah saya akan mengikuti jejak langkah ustaz bersama keluarga dan rakan-rakan.
Sebenarnya mereka semua sudah lama hilang semangat dan kepercayaan terhadap perjuangan Pas ini namun sayalah yang sering memujuk mereka untuk bersabar.
Namun kini kesabaran saya sendiri hilang disebabkan hilangnya kepercayaan terhadap kepimpinan pusat yang melebihkan politik dan Putrajaya sehingga menggadaikan agama Islam itu sendiri.
Apa pun saya ucapkan ribuan terima kasih sekiranya ustaz dapat meluangkan masa membaca warkah saya ini.
Percayalah semangat memperjuangkan Islam tidak pernah luntur di hati saya namun nampaknya peluang untuk memperjuangkan Islam di dalam Pas semakin kelam dan saya percaya pasti ada sisi lain atau pihak lain yang lebih ikhlas memperjuangkan Islam dan perpaduan ummah berbanding Pas.
Sehingga ini sahaja sempat saya catatkan untuk ustaz. Saya juga berdoa agar Allah menetapkan hati ustaz dan hati saya sekeluarga juga agar tidak terpaling ke arah godaan duniawi dan godaan musuh Islam.
Amin Ya Rabbal Alamin.
Assalamualaikum.
1 ulasan:
Salam tuan,mohon pautkan melayublues.blogspot.com dalam blog tuan.terima kasih.
Catat Ulasan