Selasa, 3 Julai 2012

PAS TERKENCING KERANA AYUB .....

PAS sangat terkejut dengan cadangan Ayub supaya Negeri Johor menjadi negeri pertama laksanakan HUDUD. Hampir-hampir tenkencing mereka bila dengar cadangan Ayub. Mereka sungguh tidak menyangka parti yang selama ini dituduh dan dihina kununnya menolak hudud dan Islam mencadangkan hudud dilaksanakan di Johor.


Mereka bukan sahaja tidak menyokong tetapi memperlekeh-lekehkan hasrat dan cadangan Ayub. Mereka mengatakan bahawa kenyataan Ayub itu sebagai kenyataan yang berani. Klik sini. Ayub berkata, beliau mahu melihat Johor mendahului negeri lain melaksanakan hukum hudud “sebenar” yang menurutnya berbeza daripada hudud PAS.

ADUN Kemelah itu berkata, perbezaan paling ketara adalah hukum sebenar meliputi semua kaum dalam sesuatu negara berbanding hudud PAS yang hanya tertakluk kepada orang Islam.

Beliau turut mencabar PAS menyokong cadangan hukum hudud walaupun ia datang dari Umno sekiranya mereka benar-benar ikhlas mahu memartabatkan Islam.

Reaksi Nik Aziz pula, “Kelantan atau Johor dahulu tidak penting. Kelantan telah menghadapi halangan untuk laksanakan hudud. Jika Johor mendahului Kelantan, silakan. Insya-Allah giliran Kelantan akan tiba juga,” kata beliau menerusi tulisannya di Facebook pada Isnin.

Halangan dari sapa tu?? Dari DAP??

Mantan Menteri Besar Perak boneka DAP, menyifatkan kenyataan Ayub berkaitan pelaksanaan hudud di Johor adalah satu kenyataan yang berani. “Sebut memang mudah, tetapi pelaksanaannya itu memakan masa, perlu ada perbincangan dan kelulusan yang melibatkan pelbagai pihak,” katanya. “Bagi saya jika cadangan beliau (Ayub) diterima, mereka kenalah laksanakan hukum hudud seperti yang terdapat dalam al-Quran dan as-Sunnah kerana itulah yang dimaksudkan Pas mengenai hudud, bukan ‘hudud sebenar’ yang didakwanya berbeza dengan Pas,” katanya.

Pesuruhjaya PAS Melaka pula memperlekeh kenyataan Ayub itu hanyalah untuk menarik perhatian rakyat menjelang pilihanraya. Tapi kenapa pula mereka tak kata kenyataan Nik Aziz yang setiap kali tiba musim pilihanraya mengwar-warkan hukum hudud hanya cakap-cakap pilihanraya. 

Sudah lebih 20 tahun PAS mahu melaksanakan hudud tapi hanya cakap-cakap kosong sahaja. Seorang kata mereka serius untuk melaksanakan hudud. Seorang kata perlembagaan persekutuan menjadi penghalang pelaksanaan hudud. Seorang kata pelaksanaan hudud bukan satu keperluan utama. Seorang profesor pulak kata tiada halangan dalam perlembagaan persekutuan untuk Kelantan melaksanakan hudud. Klik sini

Kata Profesor Dr Abdul Aziz Bari, “Setakat ini saya tidak jelas sebab mengapa perlembagaan perlu dipinda untuk pelaksanaan hudud,” kata beliau dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider hari ini.

Ahli akademi dan pemerhati politik ini menambah, keperluan itu tidak wujud sebab sebahagian hukum hudud sudah pun dilaksanakan dalam bentuk jenayah syariah.

“Contohnya zina dan murtad, cuma hukumannya tidak mengikut Islam,” kata beliau.

Oleh itu kata beliau lagi, “logiknya mereka yang berkata hudud perlu pinda Perlembagaan (Persekutuan), maka apa yang ada itu, yakni jenayah syariah tadi, adalah tidak sah.”

“Ini tidak masuk akal,” kata beliau lagi.

Dari kenyataan-kenyataan pemimpin PAS dalam akhbar Sinar Harian bertarikh 3 Jun 2012 menampakkan bahawa mereka juga tahu bahawa untuk melaksanakan hukum hudud bukan satu kerja yang mudah. Jika mereka benar-benar mahu melaksanakan hudud sudah semestinya mereka akan memberikan sokongan padu kepada cadangan Ayub tersebut sebaliknya mereka memperlekeh-lekehkannya.

Hakikat sebenarnya bukan halangan oleh Perlembagaan Persekutuan yang menyebabkan PAS tidak melaksanakan hudud tetapi sebenarnya mereka memang tidak mahu melaksanakannya. Gembar-gembur untuk melaksanakan hudud hanyalah retorik untuk meraih simpati umat Islam supaya mereka mengundi PAS setiap kali musim pilihanraya.

0 ulasan: