Jumaat, 27 Mei 2011

ULAMAK PAS MASUK UMNO

Golongan ulamak di dalam PAS sudah tidak diperlukan lagi, mengapa ......??

Hanya di Malaysia sahaja golongan ulamak PAS sahaja yang melaung-laungkan kononnya hanya mereka sahaja yang layak menjadi pemimpin. Kononnya merekalah yang arif dalam urusan pentadbiran dan pemerintahan sesuatu organisasi atau sesebuah negara. Mungkin dari segi ilmu agama mereka lebih daripada orang lain tetapi dari segi ilmu pentadbiran, politik, pengurusan kewangan, ekonomi dan sebagainya selain dari bidang agama mereka boleh dikatakan hampir tiada ilmu tersebut.

Bagaimana kalau Nik Aziz menjadi Perdana Menteri Malaysia menghadiri persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang menggunakan sepenuhnya bahasa Inggeris. Sudah tentu dia memerlukan seorang penterjemah untuk berkomunikasi dengan pemimpin negara-negara lain.

Kalau tak beribu, agaknya beratus Ayatullah dan Hujjatul Islam di Iran. Ayatullah dan Hujjatatul Islam di Iran lebih tinggi kedudukannya dari ulamak di Malaysia atau secara khususnya dalam Pas. Jika tidak, mungkin sama taraf antara Ayatullah Iran dengan ulamak Malaysia kot.



Tetapi mengapa Ahmadenejad yang di pilih sebagai Presiden Iran. Konsep kepimpinan Ulama di Iran lagi hebat dari konsep kepimpinan Ulamak dalam Pas. Malah Pas memang meniru konsep dan semangat kepimpinan ulamak dari Iran itu. Tak ada Ayatullah atau Hujjatul Islamkah yang lebih layak menjadi Presiden Iran sehingga rakyat rakyat Iran terpaksa memilih Ahmadenajad yang tidak bertaraf ulama itu. Mengapa?

Ya, rakyat Iran dengan yakin memilih Ahmadenejad kerana beliau mempunyai peribadi yang berpegang teguh dengan prinsip Islam, yang hidup sederhana, yang tegas dengan Amerika, yang prihatin dengan rakyat bawahan dan telah terbukti menjadi Datuk Bandar Tehran yang berjaya.

Para Ayatullah di Iran pun melihat Ahmadenejad sebagai orang yang mampu melaksankan visi dan misi Islam di Iran, dan mereka tak nampak calon Ulamak atau Ayatullah pada masa kini yang berwibawa dan mempunyai keberanian untuk melaksanakannya.

Maka apabila massa Pas merasai bahawa ada calon bukan Ulamak lebih berkemampuan sebagai Timbalan Presiden Pas, apa yang Ketua Dewan Ulamak Pas dan Harun Din risau sangat. Massa Pas tak nampak calon ulamak masa kini yang ampuh dan mempunyai kualiti untuk dipertaruhkan untuk menjayakan perjuangan politik semasa Pas.

Janganlah berbangga sangat dengan nama ulamak kerana ramai sudah ulamak Pas yang meninggalkan perjuangan PAS. Berikut ialah nama ulama Pas yang masuk Umno.

1.  Hj Ahmad Fuad - Yang DiPertua Pas yang pertama
2.  Hasan Adli - Timbalan Yang di Pertua Pas - digelar panglima jihad
3.  Othman Abdullah - Naib Presiden Pas
4.  Mustafa Taib - pada satu ketika kuliahnya lagi hebat dari TG Nik Aziz di Kelantan.
5.  Nakhaei Hj Ahmad - Naib Presiden Pas
6.  Hj Ghazali Losong, Terengganu - Dewan Ulamak Terengganu.
7.  Datuk Mohd Nasir - tubuh Berjasa, masuk BN
8.  Datuk Asri - tubuh Hamim, masuk BN

Kenapa dan mengapa mereka meninggalkan perjuangan PAS dan menyertai UMNO?

Maka, janganlah menambah syarat hanya ulamak sahaja yang layak jadi Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri atau Menteri Besar. Belum ada ulamak Pas yang menunjukkan kewibawaan sebagai pemerintah yang hebat. Sebagai contoh ialah pemerintahan seorang yang kononnya seorang ulamak di negeri Kelantan. Setelah lebih 20 tahun memerintah negeri Kelantan, tiada apa yang boleh dibanggakan. Masalah air pun tidak dapat diselesaikan sehingga kini. Kalau betul beliau seorang ulamak yang hebat sudah tentu negeri Kelantan telah menjadi sebuah negeri yang maju atau setidak-tidaknya seperti negeri jiran-jirannya.

0 ulasan: