Selasa, 10 Mei 2011

Mereka memang suka mencaci, memaki dan menghina .....???


Memaki, mencarut, mencerca dan melabel dengan nama-nama hina memang telah sebati dalam diri baik pemimpin atau penyokong pembangkang terutama PAS. Dalam Facebook saya sering dimaki, dilabel dengan nama-nama hina seperti anjing, babi atau Yahudi. Saya suka sahaja sebab yang berkata-kata begitu bukan penganut ajaran Islam sebenar.


KUALA KRAI: Beberapa penyokong Pas melemparkan kata-kata kesat terhadap Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ketika beliau melawat sebuah pusat mengundi dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, hari ini.

Kejadian itu berlaku ketika Muhyiddin meninjau perjalanan pengundian di pusat mengundi di Chuchoh Puteri manakala dalam lawatannya ke lima pusat mengundi lain, beliau dilemparkan dengan kata-kata bersifat provokasi.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden Umno, berkata beliau hairan kata-kata dan perbuatan menghina pemimpin boleh terkeluar daripada kumpulan penyokong parti itu yang mendakwa memperjuangkan Islam.

"Saya pun hairan dia kata dia parti Islam tetapi kata-kata kesat keluar daripada mulut mereka. "Ia tidak sepatutnya berlaku, kalau nak menyebut kalimah Allah itu lainlah. Tetapi mengata pemimpin.

"Mengata sesama manusia dan keluarkan kata-kata kesat serta nista bagi saya cukup memeranjatkan kerana keluar dari ahli yang kononnya memperjuangkan Islam," katanya selepas melawat kawasan peti undi di Chuchuh Puteri, di sini, hari ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata, sikap penyokong pembangkang itu mungkin didorong oleh sentimen politik dan keinginan untuk menang dalam pilihan raya kecil itu, walaupun perbuatan itu bertentangan dengan syariat Islam.

Mengulas mengenai kata-kata kesat yang dilemparkan kepadanya, Muhyiddin berkata: "itu tidak apalah, mungkin saya dapat pahala lebih... Itu tok guru ajar saya."

Justeru beliau berharap semua jentera dan penyokong kedua-dua parti supaya mengawal perasaan untuk memastikan pilihan raya berjalan dengan tenteram.

Beliau berbangga dengan semangat yang ditunjukkan oleh petugas BN walaupun diacah dengan kata-kata kesat oleh sebahagian penyokong Pas, di beberapa pusat mengundi. - Bernama

1 ulasan:

ajax85 berkata...

hehehe..sekarang melayu perlu bersatu..jgn jadi melaka dulu