Selasa, 3 Mei 2011

MCA dah buat pengakuan ..... Gerakan dan SUPP macam mana???



MCA sebulat suara menolak jawatan kabinet, negeri, PBT, ketua kampung dan JKKK kalau gagal raih sokongan orang-orang Cina dalam PRU-13. Alasan yang diberikan memang sangat tepat iaitu tidak wajar calon MCA memegang sebarang jawatan di peringkat pusat dan negeri jika masih gagal mencapai keputusan terbaik dalam PRU-13 nanti.

Persoalannya, apakah tanda aras yang diletakkan oleh MCA bagi menunjukkan mereka telah meraih kembali sokongan orang-orang Cina? Misalnya memenangi 3/4 daripada kerusi yang ditandingi bagi kerusi parlimen dan kerusi DUN.

Adakah kemenangan kerusi-kerusi parlimen dan DUN yang dimenangi pada PRU-12 merupakan kawasan majoriti Cina? Oleh itu jika MCA hendak mengukur sokongan orang-orang Cina terhadap kerajaan maka wajar mereka bertanding di kawasan-kawasan majoriti Cina. Kalau mereka bertanding dan menang di kawasan penduduknya majoriti Melayu tidak bermakna sokongan orang Cina telah kembali kepada MCA.

Bagaimana dengan Gerakan dan SUPP? Gerakan kelihatan masih tersenyum. Presidennya sering ‘membuntuti’ Perdana Menteri walau di mana dia berada, di dalam atau luar negara. Bagaimana dengan sokongan orang-orang Cina terhadap parti mereka. Tidak rasa ‘berdosakah’ Koh Tsu Koon memegang jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri walaupun kalah dalam pilihanraya. Ramai lagi ahli parlimen yang menang tetapi tidak mendapat apa-apa jawatan dalam kabinet. Adakah beliau masih berangan-angan menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang jika Barisan Nasional (BN) menguasai Pulau Pinang dengan UMNO mendominasi bilangan kerusi dalam PRU-13 nanti sepertimana dalam pilihanraya-pilihanraya yang lalu?

Kalau parti-parti Cina dalam BN sudah tidak mampu mendapat sokongan orang-orang Cina adalah lebih baik mereka tidak terlalu meminta-minta atau mengugut kerajaan dengan pelbagai tuntutan atau dengan kata mudahnya ‘jangan cakap besar’.

Terlalu banyak UMNO dan orang Melayu bertolak ansur dan melayan tuntutan orang-orang Cina. Hak yang sepatutnya milik Melayu sanggup diserahkan kepada orang Cina. Tapi adakah mereka menghargai pengorbanan orang Melayu. Kenapa mereka masih menuntut hak-hak istimewa orang Melayu (sepatutnya disebut hak mutlak Melayu) dihapuskan, tambahan kuota biasiswa, pelajar Cina diberi tempat di UiTM dan macam-macam lagi. Berapa kuota pelajar Melayu dalam universiti atau kolej-kolej milik orang Cina.

Buktikan dulu kesetiaan dan jati diri terhadap Malaysia sebelum meminta itu dan ini. Akurlah dengan apa yang tertulis dalam Perlembagaan Malaysia dan kata sepakat pemimpin-pemimpin mereka semasa hendak memerdekaan Malaysia. Janganlah ibarat ‘beri betis nak peha’.

0 ulasan: