Rabu, 16 Januari 2013

PAS AKAN ADAKAN MAJLIS MENGUCAP 
DUA KALIMAH SYAHADAH PERDANA .....???


Mereka kata mereka sokong orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah. Majlis Syura PAS pulak kata tidak boleh. Bila agaknya PAS akan membuat Majlis Mengucap Dua Kalimah Syahadah Perdana. Sebelum ini mereka boleh buat Majlis Doa Perdana, Solat Hajat Perdana dan sebagainya. 

Dato' Haron Din kata kufur dan syirik jika sokong bukan Islam guna kalimah Allah. Selain daripada 'ulama' dan pemimpin PAS, ramai juga penyokong dan ahli PAS yang setuju dengan 'ulama' pemimpin mereka kata bukan Islam boleh guna kalimah Allah. Bila dah kufur mereka kenalah bertaubat dan mengucap dua kalimah syahadah semula. Itu pun kalau Allah terima taubat mereka sebab mensyirikkan Allah. Jangan tunggu lama-lama nanti segala amal ibadah jadi sia-sia belaka.

Majlis Syura Ulama PAS memutuskan kalimah Allah tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa di dunia kerana ia tidak menepati kehendak sebenar kalimah ini.

“Tindakan menterjemahkan kalimah ‘God’ atau ‘Lord’ dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibenarkan kerana ia salah dari segi makna dan tidak menepati kehedak sebenar,” kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Timbalannya, Datuk Dr Haron Din dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan pada malam Ahad.


Beliau menegaskan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan bagi penganut bukan Islam boleh membawa kepada kekeliruan yang nyata justeru tindakan tersebut perlulah ditegah.

Demi undi, demi kuasa, demi kekayaan, demi undi, mereka sanggup melakukan apa saja. Mereka melacurkan kalimah ALLAH.

Nauzubillah himinzaliq................. wallahua'lam 

Kata Mujahid : http://www.sinarharian.com.my/nasional/mujahid-kenyataan-saya-berlandas-fekah-1.118495

Kata Hadi Awang : http://www.youtube.com/watch?v=CskjyV4N1Pc

Kata Haron Din : http://www.youtube.com/watch?v=N06ntSLtb_4

0 ulasan: