Selasa, 29 November 2011

DEWAN MERDEKA KOSONG ........ PERWAKILAN UMNO BOIKOT??

Majlis Perasmian Perhimpunan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO di PWTC, Kuala Lumpur berlangsung malam tadi. Perasmian tersebut telah dilaksanakan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden UMNO Malaysia yang dihadiri oleh Ketua Pemuda, Wanita dan Puteri serta para perwakilan.


Eh! Ini kat Dewan Merdeka , PWTC ke! ..... bior betul ....

Dewan Merdeka tempat berlangsungnya majlis tersebut 'kosong', hanya dipenuhi oleh kerusi kosong sahaja. YAB TanSri Muhyiddin Yassin, Ahli Majlis Tertinggi yang hadir dan exco-exco Wanita, Pemuda dan Puteri menangis teresak-esak melihat kehadiran para perwakilan. 

YAB Datuk Seri Najib ketika dihubungi begitu kecewa dengan kehadiran para perwakilan UMNO dari seluruh negara. Kekecewaan DS Najib adalah kerana UMNO telah dikalahkan oleh PKR yang telah 'berjaya' menganjurkan kongresnya di Johor yang telah dihadiri oleh 200,000 orang perwakilan. Perhimpunan UMNO pula hanya dihadiri oleh kira-kira 20,000 orang sahaja,

Yang ni kat mana pulak. Kat Johor ke ...... eh! ramainya ... 200,000 orang ke tu

Dikhabarkan oleh pemberi-pemberi maklumat pro UMNO, pemimpin-pemimpin PKR, PAS dan DAP sedang mengadakan parti keraian bagi meraikan kejayaan besar mereka mengadakan kongres di Johor dan ketidakhadiran ramai perwakilan UMNO di Perhimpunan Agung UMNO tahun 2011.

Anwar Ibrahim, Azmin Ali serta pemimpin-pemimpin PKR hampir sasau melihat kehadiran perwakilan UMNO di Perhimpunan Agung UMNO tersebut. Dikhuatiri akan berlaku penghijrahan beramai-ramai ahli-ahli PKR ke dalam UMNO yang dahulu mereka benci.

Eh! Betul ke ni.....!!!! Bior betul deme ni.

Tak percaya cuba tengok kat sini ............ klik sini

1 ulasan:

mat utie berkata...

kahkahkahkahkah..lawak betul.. babai lah PKR PRU13 nt..