Selasa, 11 Disember 2018

Baru ada akal ... Menteri, Ahli Parlimen setuju aset keluarga tidak didedah


Baru tahu rupanya kemudaratan mendedahkan membahayakan diri dan ahli keluarga. Sebab itu Allah kurniakan akal kepada manusia tetapi tidak kepada haiwan. Dulu semasa kerajaan Pakatan Harapan (PH) masih menjadi pembangkang seperti kata-kata nista dihamburkan apabila menteri, timbalan menteri dan lain-lain dalam kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak mahu mendedahkan harta masing-masing kepada pengetahuan awam. Walhal mereka tahu bahawa setiap penjawat awam wajib mengisi borang perisytiharan harta setiap 3 atau 5 tahun sekali kepada kerajaan tetapi tidak kepada tontonan umum.

Apabila PH dipilih oleh rakyat menjadi kerajaan dengan ghairah mahu semua ahli parlimen mengisytiharkan harta kononnya untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa ahli PH kerajaan adalah telus, tidak ada harta yang tersembunyi dan untuk menggambarkan mereka suci, bersih dan jujur. Mereka kononnya ingin memberitahu rakyat bahawa mereka adalah jujur, amanah, telus dan berintegriti daripada kerajaan BN dahulu yang menyembunyikan harta daripada pengetahuan rakyat. 

Akhirnya setelah mereka berakal kembali, baru menyadari bahawa perancangan tak berakal dapat membahayakan diri sendiri dan keluarga mereka. Apa-apa alasan yang mereka berikan untuk tidak mengisytiharkan harta mereka dan keluarga mereka adalah alasan mengapa anggota kerajaan BN dahulu tidak mahu mendedahkan harta kepada khalayak.

Beberapa menteri, timbalan menteri dan Ahli Parlimen PH bersetuju Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak mendedahkan harta milik ahli keluarga terdekat mereka melalui portal khas yang akan mereka lancarkan. 

Ahli parlimen Johor Bahru dari PKR, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata keputusan itu dibuat oleh Kabinet berikutan wujudnya kerahsiaan privasi dan keselamatan ahli keluarga mereka mungkin terancam jika aset dibebaskan kepada umum. 

Timbul kekhuatiran dalam kalangan Ahli Parlimen, mungkin (pendedahan aset ahli keluarga terdekat) akan mengganggu privasi dan keselamatan mereka. Baru mereka tahu pengisytiharan harta kepada khalayak mendedahkan mereka kepada rompakan dan penculikan yang kemungkinan akan dilakukan oleh pihak yang berniat jahat apabila mengetahui kekayaan mereka.

Jadi orang yang berakal dan menggunakan akal yang dikurniakan. Ada perkara yang perlu dirahsiakan dan ada perkara yang boleh didedahkan kepada pengetahuan awam. 

0 ulasan: