Isnin, 9 Mac 2015

DI MANAKAH LETAKNYA NAJD SEPERTI YANG DISABDAKAN OLEH RASULULLAH ITU?

Maksud “Najd”

Secara etimologi, kata Najd adalah dataran tinggi (tanah yang tinggi), sedangkan kata Iraq secara etimologi bermakna “tanah sepanjang tepian sungai” atau “daerah yang terletak di antara sungai-sungai”.

Maksud “Najd” Di Sisi Al-Bukhari

Al-Bukhari rahimahullah meletakkan hadith ini dalam bab berjudul: Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam: “Fitnah itu (datang) dari sebelah timur”. Kemudian, beliau meriwayatkan beberapa hadith, termasuklah doa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam dengan matan (lafaz):

Maksudnya: “Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Syam kami, Ya Allah Ya Tuhanku! berkatilah negeri Yaman kami”. Mereka (para Sahabat) berkata: “Wahai Rasulullah! (Doakanlah) juga untuk negeri Najd kami”. Baginda (terus) berdoa: “Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Syam kami, Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Yaman kami”. Mereka (para Sahabat) berkata: “Wahai Rasulullah! (Doakanlah) juga untuk negeri Najd kami”.

Aku (perawi hadith) agak pada (permintaan) yang ketiga Baginda bersabda: “Padanya (Najd) (berlaku) gempa bumi, fitnah dan tempat terbit tanduk syaitan”
[1]. 

Berdasarkan judul bab ini, ternyata Al-Bukhari tidak menentukan secara pasti apa yang dimaksudkan oleh NabiShallallahu ‘alaihi wasallam dengan negeri Najd kerana ungkapan beliau ‘dari sebelah timur’ adalah terlalu umum. Kemungkinan ia bermula dari kawasan luar Madinah sampailah ke Iraq, Iran dan seterusnya. Ini bermakna, Al-Bukhari tidak memahami maksud perkataan Najd itu sebagai satu kawasan yang khusus di Semenanjung Tanah Arab seperti yang difahami oleh Al-Ghari itu.

Maksud “Najd” Berdasarkan Bandingan Dengan Riwayat-Riwayat Lain

Selain daripada riwayat Al-Bukhari di atas, hadith ini juga telah diriwayatkan dalam beberapa kitab sumber hadith yang lain dengan matan seperti berikut:

Maksudnya: Bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam berdoa: “Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Madinah kami, berkatilah negeri Makkah kami, berkatilah negeri Syam kami, berkatilah negeri Yaman kami dan berkatilah (sukatan) gantang dan cupak kami”.

Tiba-tiba seorang lelaki mencelah: “Wahai Rasulullah! (Doakanlah) juga untuk negeri Iraq kami. Lalu Baginda berpaling darinya seraya bersabda: “Padanya (berlaku) gempa bumi, fitnah dan tempat terbit tanduk syaitan”
[2].

Matan (lafaz) riwayat ini dilihat berbeza dengan matan riwayat Al-Bukhari kerana di dalamnya ada penambahan doa untuk keberkatan negeri Madinah dan Makkah, manakala perkataan Najd yang ada dalam matan riwayat Al-Bukhari pula diganti dengan perkataan Iraq.

Meskipun ada perbezaan matan antara kedua riwayat tersebut, tetapi pada hakikatnya ia adalah riwayat yang sama, kerana sanad (rantaian perawi) kedua-dua riwayat itu bertemu pada seorang Sahabat yang sama iaitu ‘Abd Allah Ibn ‘Umarradhiallahu ‘anhuma. Matan riwayat Al-Bukhari diriwayatkan melalui jalan sanad Nafi’ daripada Ibn ‘Umar radhiallahu ‘anhuma, manakala matan riwayat Abu Nu’aim dan Ibn ‘Asakir itu pula diriwayatkan melalui jalan sanad Salim daripada Ibn ‘Umarradhiallahu ‘anhuma.

Mengikut kaedah ilmu hadith, kedua-dua riwayat Nafi’ dan Salim itu saling menyokong antara satu sama lain secaramutabaah (sokongan dalam konteks riwayat yang datang daripada Sahabat yang sama). Justeru oleh kerana kedua-dua riwayat itu pada hakikatnya adalah riwayat yang sama, maka kedua-dua matannya perlu dilihat sebagai penjelas maksud antara satu sama lain.

Dengan perkataan lain, matan riwayat Al-Bukhari menjadi penjelas kepada maksud matan riwayat Abu Nu’aim dan Ibn‘Asakir, sebagaimana matan riwayat Abu Nu’aim dan Ibn ‘Asakir juga menjadi penjelas maksud matan riwayat Al-Bukhari.

Ini bermakna, perkataan Najd yang ada dalam matan riwayat Al-Bukhari menjadi tafsiran bagi maksud perkataan Iraqyang ada dalam matan riwayat Abu Nu’aim dan Ibn ‘Asakir, sebagaimana perkataan Iraq juga menjadi tafsiran bagi maksud perkataan Najd. Berdasarkan hakikat ini, maka jelaslah bahawa perkataan Najd yang dimaksudkan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam dalam doanya itu ialah negeri Iraq dan bukan daerah khusus yang terdapat di negara Arab Saudi yang dikenali sebagaiNajd.

Maksud ini diperkuatkan lagi dengan matan riwayat Muslim, dimana Salim Ibn ‘Abd Allah Ibn ‘Umar radhiallahu 'anhuma pernah berkata:

Maksudnya: “Wahai penduduk Iraq! Alangkah banyaknya persoalan kamu tentang perkara kecil dan alangkah banyaknya pula dosa besar yang telah kamu lakukan, aku mendengar ayahku (yakni) ‘Abd Allah Ibn‘Umar berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallambersabda: “Sesungguhnya fitnah itu datang dari sebelah sini, lalu Baginda mengisyaratkan tangannya ke sebelah Timur, (arah) di mana terbitnya dua tanduk Syaitan.”[3]

Riwayat muslim ini jelas menunjukkan bahawa kata-kata Nabi SAW itu ditujukan kepada penduduk Iraq dan isyarat tangan Baginda itu juga ditujukan kepada negeri Iraq. Maka, berdasarkan keseluruhan riwayat-riwayat ini, dapatlah disimpulkan bahawa perkataan Najd yang terdapat dalam riwayat Al-Bukhari itu merangkumi seluruh negeri cIraq secara umum dan bukan menjurus kepada suatu tempat yang khusus di Negara Arab Saudi.

Maksud “Najd” Berdasarkan Huraian Para Ulama

Selain pendekatan memahami hadith melalui perbandingan dengan riwayat-riwayat lain, maksud perkataan Najdjuga dapat diperolehi daripada huraian para ulama terhadapnya. Dalam konteks ini, Al-Hafiz Ibn Hajar Al-’Asqalani rahimahullahmemetik kata-kata Al-Khattabi rahimahullah (388H):

Maksudnya: “Najd itu di sebelah timur, sesiapa yang berada di Madinah maka najdnya ialah pendalaman negeri Iraq dan persekitarannya yang menjadi arah timur (bagi) penduduk Madinah. Ini kerana asal (perkataan) najd (dari segi bahasa) ialah kawasan tanah tinggi yang menjadi lawan kepada ghaur yang bermaksud kawasan tanah rendah (lembah), sedangkan Tihamah keseluruhannya adalah lembah dan Makkah pula termasuk sebahagian dariTihamah”[4].

Kemudian, Al-Hafiz Ibn Hajar mengomentari kata-kata Al-Khattabi dengan katanya:

Maksudnya: “Dan dengan ini dapat diketahui kelemahan pendapat Ad-Dawudi yang waham (menyangka) bahawa najd itu suatu tempat khusus di sebelah Iraq, sedangkan ia bukan sedemikian, bahkan setiap (tempat) yang tinggi berbanding sekelilingnya, (maka) dinamakan yang tinggi itu najd manakala yang rendah pula ghaur”[5].

Maksud “Najd” Dari Sudut Bahasa

Sumber rujukan bahasa yang utama seperti Lisan Al-’Arab[6], Mu’jam Maqayis Al-Lughah[7] dan Al-Qamus Al-Muhit[8] telah mengesahkan bahawa makna asal perkataan najdialah kawasan tanah tinggi, sama seperti yang telah dinyatakan oleh Al-Khattabi dan Al-Hafiz Ibn Hajar. Justeru gelaran NabiShallallahu ‘alaihi wasallam kepada negeri Iraq dengan nama najdmesti dilihat sebagai penjelasan bagi bentuk muka bumi negeri berkenaan yang berada di kawasan tanah tinggi dan bukannya panggilan bagi suatu tempat yang khusus.

Maksud “Najd” Berdasarkan Fakta Sejarah

Dalam hadith berkenaan, Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallamtelah menggambarkan negeri Najd sebagai tempat yang banyak berlaku gempa bumi dan fitnah. Realiti sejarah telah membuktikan bahawa tempat yang banyak berlaku gempa bumi ialah kawasan sekitar negeri Iraq dan Iran.

Begitu juga dengan fitnah yang berlaku di kalangan umat Islam, bermula dari zaman Sahabat sehinga ke hari ini, kebanyakannya berpunca di Iraq. Gerakan bughah (penentang khalifah), Khawarij dan Syiah pada zaman Khalifah ‘Uthman dan‘Ali radhiallahu ‘anhuma yang menjadi punca tercetusnya fitnahperselisihaan di kalangan umat Islam bermula di Kufah. Begitu juga Perang Jamal, Siffin, Nahrawan, fitnah pembunuhan Husain cucunda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, fitnah Mukhtar Ath-Thaqafi yang mendakwa kenabian dan serangan tentera Tartar pada zaman kerajaan Bani Abbasiyyah, semuanya berlaku di Iraq.

Dalam konteks sejarah perkembangan hadith, Kufah terkenal sebagai pusat penyebaran hadith palsu sehingga para perawi yang pergi dan datang dari sana di ‘kuarantinkan’ riwayat mereka oleh para ulama sebagai langkah berwaspada.

Manakala dalam konteks sejarah moden pula, dapat disaksikan bagaimana dahsyatnya peperangan antara Iraq dan Iran, diikuti oleh krisis perang Teluk pada tahun 1992 dan seterusnya penaklukan oleh Amerika yang berterusan hingga ke hari ini. Ini berlanjutan dengan peristiwa pembunuhan dan pengeboman di Iraq yang berlaku saban hari dan ketika, manakala kesan dari segala fitnah itu pula dirasai dan diratapi oleh umat Islam di seluruh dunia.

Semua fenomena yang berlaku di Iraq sejak dari dahulu sampai sekarang adalah suatu fitnah yang benar-benar menepati apa yang digambarkan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallamdalam sabdanya itu. Bahkan banyak riwayat hadith sahih yang menunjukkan bahawa kemunculan Dajjal di akhir zaman juga berlaku di sebelah Iraq, iaitu di kawasan Asbahan dan Khurasanyang sekarang ini termasuk dalam sempadan negara Iran.

Maksud “Najd” Dari Sudut Geografi

Dari sudut geografi pula, kawasan Najd yang meliputi daerah Hijaz dan Al-Yamamah (tempat lahir Muhammad Ibn ‘Abd Al-Wahhab) secara tepatnya terletak di sebelah Timur Makkah, dan bukannya di sebelah Timur Madinah. Justeru oleh kerana Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam telah mengisyaratkan bahawa fitnah itu datang dari sebelah Timur Madinah, maka ia sudah tentu bermaksud negeri Iraq kerana ia sememangnya terletak pada arah yang berkenaan. Dengan mengambil kira tafsiran daripada keseluruhan riwayat hadith, penjelasan para ulama, asal usul bahasa, geografi dan realiti sejarah, maka sahlah bahawa perkataan Najd yang dimaksudkan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam dalam hadith itu ialah negeri Iraq dan kawasan persekitarannya yang turut merangkumi negeri Iran pada masa kini.

Maksud “Najd” Dari Sudut Umum Atau Khusus

Meskipun hadith itu menunjukkan kedudukan negara Iraq (dan sekarang termasuk Iran) sebagai tempat yang banyak menimbulkan fitnah bagi umat Islam, namun yang demikian itu langsung tidak menggambarkan kejahatan tempat tersebut secara umum. Ini kerana penentuan sesuatu tempat sebagai punca fitnah bukan bererti kecaman pada tempat tersebut secara mutlak, tetapi ia bermaksud kecaman pada suasana yang berlaku di tempat itu pada suatu masa yang tertentu.[9]

Sesuatu tempat yang dianggap sebagai tidak baik tidak semestinya menggambarkan kejahatan seluruh penduduknya sepanjang masa, sebagaimana sesuatu tempat yang dianggap sebagai baik juga tidak semestinya menggambarkan kebaikan seluruh penduduknya sepanjang masa.

Justeru di samping fitnah yang banyak berlaku, negeri Iraq juga melahirkan ramai tokoh ulama Islam yang terbilang, bahkan Kota Baghdad pernah menjadi pusat pemerintahan dan perkembangan ilmu yang terbesar dalam sejarah tamadun manusia.

Demikian juga di samping kebaikan yang ada pada negeri Yaman, Syam, Makkah dan Madinah, fitnah masih tetap berlaku di negeri-negeri berkenaan pada masa-masa yang tertentu. Sebagai contoh, dari negeri Yaman puak Yahudi datang ke Madinah, dari negeri Yaman juga tentera bergajah Abrahah datang menyerang Makkah dan di negeri Yaman juga muncul Al-Aswad Al-’Anasi sebagai nabi palsu. Di negeri Syam pula muncul Luqait Al-Azdi sebagai nabi palsu dan di situlah tempatnya medan pertumpahan darah antara umat Islam, Yahudi dan Kristian kerana perebutan tempat suci. Negeri Makkah dan Madinah juga menyaksikan pertumpahan darah kerana menegakkan kalimah tauhid pada zaman Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, bahkan ketika NabiShallallahu ‘alaihi wasallam meninjau-ninjau di atas sebuah tembok Kota Madinah Baginda bersabda:

Maksudnya: “Sesungguhnya aku melihat fitnah menimpa rumah-rumah kamu seperti titisan air hujan”.[10]

Semua ini menggambarkan betapa kesucian sesuatu tempat bukan jaminan bagi terhindarnya fitnah. Demikian juga dengan kawasan-kawasan yang tidak disebut oleh NabiShallallahu ‘alaihi wasallam sebagai lokasi fitnah, seperti Amerika, Eropah, Afrika dan Asia Tenggara, bukanlah bermakna ia bebas daripada fitnah. Bahkan fitnah yang berlaku di India misalnya mungkin lebih banyak daripada yang berlaku di Iraq itu sendiri.

Kesimpulan lain yang dapat juga diambil daripada perbincangan ini adalah, jika diandaikan perkataan Najd yang dimaksudkan oleh Nabi merujuk kepada negara Arab Saudi yang meliputi daerah Hijaz dan Al-Yamamah (yakni tempat lahir Muhammad Ibn ‘Abd Al-Wahhab), maka yang demikian itu langsung tidak menggambarkan kecaman terhadap individu tertentu yang tinggal di sana.

Menara Abraj Al Bait di Mekah. Mungkinkah ini yang
dimaksudkan 
tanduk syaitan di Najd?

Barad-dûr ataupun disebut sebagai ‘The Dark Tower‘ dalam filem Lord Of he Ring 
adalah pusat pemerintahan Lord Sauron iaitu Pusat segala kejahatan

Adakah persamaan simbol seperti bulan sabit di atas Abraj Al Bait dan The Dark Tower secara kebetulan?



Ibn ‘Umar meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. berdoa, 

“Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Syam kami, Ya Allah Ya Tuhanku! berkatilah negeri Yaman kami”. Mereka (para Sahabat) berkata: “Wahai Rasulullah! (Doakanlah) juga untuk negeri Najd kami”. Baginda (terus) berdoa: “Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Syam kami, Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Yaman kami”. Mereka (para Sahabat) berkata: “Wahai Rasulullah! (Doakanlah) juga untuk negeri Iraq kami. Lalu Baginda berpaling darinya seraya bersabda: “Padanya (berlaku) gempa bumi, fitnah dan tempat terbit tanduk syaitan”

Rasulullah bersabda, "Di Najd itu tempatnya segala kegoncangan dan berbagai macam fitnah. Dan di sana akan lahir generasi pengikut syaitan.”

Maksud “Tanduk Syaitan”

Al-Hafiz Ibn Hajar rahimahullah mengemukakan empat pendapat yang berbeza bagi menjelaskan maksud ungkapan ‘tempat muncul tanduk syaitan’, iaitu [11] :


I. Sebagai kiasan bagi menggambarkan kekuatan Syaitan dan apa saja yang memohon pertolongan kepadanya (Syaitan) dalam penyesatan (manusia).

II. Bahawa Syaitan menyelaraskan tanduknya dengan (arah) Matahari ketika terbitnya, supaya penyembahan golongan penyembah Matahari akan terarah kepadanya.

III. Bahawa bagi Matahari itu ada Syaitan yang mana ia terbit antara dua tanduknya.

IV. Bahawa pada hari itu penduduk sebelah timur Madinah terdiri daripada golongan kafir, manakala fitnah yang pertama (fitnah pembunuhan ‘Uthman radhiallahu ‘anhum) datangnya dari sebelah Timur, dan ia menjadi sebab berlakunya perpecahan di kalangan umat Islam, sedangkan perpecahan itu disukai dan digembirai oleh Syaitan.

Semua tafsiran di atas langsung tidak menunjukkan sasaran kepada mana-mana individu secara khusus.

Berdasarkan keseluruhan penjelasan di atas tentang maksud sebenar perkataan “Najd” dan “Tanduk Syaitan”, jelas kepada kita bahawa Al-Ghari sekali lagi telah memesongkan makna hadith Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam untuk memburuk-burukkan orang lain. Namun hal ini bukanlah satu kes terpencil bagi Al-Ghari. Sebelum ini, di permulaan buku ini, kita juga telah melihat bagaimana dia memesongkan maksud hadith dengan tujuan untuk memburuk-burukkan para Sahabat radhiallahu ‘anhum. Jelaslah, bahawa apa yang dilakukan oleh Al-Ghari adalah suatu pengkhianatan terhadap agama dan juga suatu pembohongan ke atas Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam.

Najd yang dimaksudkan oleh Nabi saw itu adalah Riyad sekarang, ibu negara Arab Saudi. Pemerintah Arab Saudi sekarang adalah dari keturunan Bani Saud (Arabb Badwi).

Hadith shahih ini diriwayatkan oleh Al Bukhari (979), al-Turmudzi (3888) dan ahmad (5715). Menurut para ulama seperti al-Imam al-Sayyid Ahmad Zaini Dahlan, Al-Hafidz Al-Ghummari, al-Hafidz al-‘Abdari dan lain-lain, maksud dari generasi pengikut syetan adalah yang akan lahir di Najd dalam hadits tersebut adalah kelompok Wahabi

Rasulullah s.a.w telah mengingatkan umat Islam antara bahaya yang besar diakhir zaman adalah munculnya fitnah dan setan dari Najd, sekarang ini dinamakan Riyadh iaitu pusat pemerintahan kerajaan Saud di Saudi Arabia.

Kemunculan Saudi Arabia itu sendiri merupakan satu episod kelam umat Islam kerana ia secara rasminya menumbangkan kerajaan khalifah yang telah tertegak hampir 1000 tahun. Pengasas kerajaan tersebut, Abdul Aziz Ibn Al Saud bersama dengan pemimpin kabilah yang lain, semuanya telah diberi habuan rasuah, menyokong dan memberi bantuan sepenuhnya kepada British dan Zionist bagi menumbangkan kerajaan Othmaniyyah di Turki dan menghapuskan Islam dari sana (penguasaan Atartuk). Sebagai balasannya, British melalui perjanjian Treaty of Friendship pada 1916, telah menobatkan Abdul Aziz Ibn Al Saud sebagai pemimpin dengan penguasaan terhadap Najd dan penawanan Riyadh.

Selain menunjukkan nama tempat tersebut, Rasulullah s.a.w juga menyebutkan ciri-ciri orang atau penduduk di tempat tersebut. Diantaranya Rasulullah s.a.w menyebutkan kalau orang-orang disana [tempat munculnya fitnah] adalah orang yang berhati sombong dan angkuh termasuk pengembala unta atau dikenal dengan sebutan Ahlul wabar.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda “sumber kekafiran datang dari timur, kesombongan dan keangkuhan adalah milik orang-orang pengembala kuda dan unta Al Faddaadin Ahlul Wabar [arab badui] dan kelembutan ada pada pengembala kambing[Shahih Muslim 1/71 no 52].

Hadis Nabi dari Abu Hurairah berkata aku mendengar Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda “Penduduk Yaman datang, mereka bertingkah laku halus dan berhati lembut iman di Yaman, hikmah di Yaman, kelembutan ada pada penggembala kambing sedangkan kesombongan dan keangkuhan ada pada orang-orang Faddadin Ahlul Wabar [arab badui] di arah terbitnya matahari [Shahih Muslim 1/71 no 52].

Kedua hadis di atas menyebutkan tempat munculnya fitnah adalah tempat pada arah timur matahari terbit dimana orang-orang di sana dikenal sebagai pengembala unta, orang yang berhati kasar sombong dan angkuh yang merupakan tabiat kebanyakan dari ahlul wabar atau arab badui. Ahlul wabar diertikan sebagai orang arab badui kerana tempat tinggal mereka dibuat dari al wabr atau bulu di masa Nabi s.a.w Ahlul wabar tinggal di Najd.

Selain menyebutkan ciri-ciri mereka, Rasulullah s.a.w juga menyebutkan kabilah mereka yang dikenal sebagai Rabiah dan Mudhar. Rabi’ah dan Mudhar dikenal sebagai Ahlul Masyriq [penduduk timur] di masa Nabi s.a.w

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengisyaratkan tangannya kearah Yaman dan berkata “Iman di Yaman disini dan kekerasan hati adalah milik orang-orang Faddadin [arab badui atau pedalaman] yang sibuk dengan unta-unta mereka dari arah munculnya tanduk setan [dari] Rabi’ah dan Mudhar [Shahih Bukhari no 3126]

Mereka sibuk menghabiskan wang berpesta semata-mata kerana unta padahal saudara Islam mereka sedang dibunuh dibumi Palestin.

Kingdom Bani Saud di Riyad/Najd



BANI SAUD SELAMATKAN EKONOMI AMERIKA

Salah seorang lelaki terkaya didunia sekarang ini ialah Putera Alwaleed bin Talal bin Abdulaziz Al Saud, kerabat diraja Saudi. Kisah beliau memperolehi kekayaan secara tiba-tiba adalah sukar dipercayai dan misteri. Beliau menubuhkan syarikat sendiri pada umur 14 tahun, billionaire umur 31 tahun dan sekarang ini 56 tahun dalam senarai Forbes ke 26 terkaya didunia. Beliau menjadi perhatian masyarakat pelaburan antarabangsa apabila beliau menyelamatkan Citibank (Bank Riba Terbesar didunia – mempunyai kepentingan yahudi) dari bangkrap yang mengancam ekonomi Amerika. Beliau mendapat mandat untuk menambahkan sahamnya dalam bank tersebut ketika Saudi berkerjasama dengan tentera Amerika menakluk Iraq dalam perang teluk tahun 1991.



Selepas itu beliau bekerjasama erat dengan penyangak-penyangak ekonomi yahudi mengembangkan perniagaannya tanpa mengira halal haram dari perbankan riba-kapitalis hinggalah rangkaian hotel perjudian terkemuka, Grand Monte Carlo Casino.



Antara syarikat-syarikat mempunyai kepentingan yahudi yang menjadi penyumbang besar kepada Israel yang diselamatkannya dengan wang pelaburan Saud ialah; AOL, Apple Inc., MCI Inc., Motorola, Fox News, Citigroup Inc., The Plaza Hotel (New York), Fairmont Hotel, Four Seasons Hotels Inc., Mövenpick Hotels, Resorts AG, PepsiCo Inc, The Walt Disney Company, Time Warner Inc..



Kita hairan kenapakah ulamak-ulamaknya yang begitu berkira dengan isu remeh-temeh tetapi mendiamkan diri terhadap tindak-tanduk golongan atasannya yang terang-terang terlibat dengan bukan sahaja dengan pekerjaan yang mungkar tetapi secara langsung bersama dengan musuh Islam.



Keluarga Saud melalui Putera Alwaleed ini belum lagi merasa berpuas hati dengan pembangunan di Riyadh (Najd) sekarang ini. Benarlah ingatan Rasulullah s.a.w dalam satu hadis panjang mengenai Iman, Islam, Ehsan dan tanda-tanda kiamat; berlumba-lumbanya Arab Badui membina bangunan pencakar langit sebagai menunjukkan keangkuhan. Mereka sekarang ini merancang untuk membina bangunan pencakar langit di Riyadh (Najd) yang tiada lagi tolak bandingnya didunia ini yang dinamakan Kingdom Tower. Sekali lagi pembinaan yang memberikan kepentingan kepada kapitalis dan juga penyangak ekonomi yahudi. Inilah cara yang terselindung oleh yahudi mendapatkan sumber kewangan bagi meningkatkan kekuatan Israel melalui pembiayaan kewangan secara riba-kapitalis melalui projek mega tersebut.




Kingdom Tower lambang kemegahan Bani Saud Membaja Ekonomi Yahudi untuk melenyapkan Palestin.




DARI MANAKAH DATANGNYA KEKAYAAN PUTERA AL WALEED ITU?

Satu persoalan yang ditimbulkan oleh penganalisis ekonomi antarabangsa ialah dari manakah datangnya sumber kewangan Putera Alwaleed kerana dari segi pulangan pelaburannya tidak memungkinkan beliau menguasai syarikat-syarikat gergasi tersebut. Mengikut kenyataannya beliau memulakan perniagaannya pada tahun 1979 adalah menggunakan sumber peribadinya yang diberikan oleh bapanya sebanyak $30,000. Beliau juga mendakwa menggadaikan rumahnya sebanyak $400,000 dan juga hasil elaun di raja sebanyak $15,000 sebulan. Padahal dengan jumlah sedemikian untuk sara hidup sebagai putera raja sahaja tidak mencukupi apatah lagi untuk modal empayar perniagaan berbilion dollar.

Apakah beliau hanyalah orang perantara sahaja bagi pelaburan dinasti Saud? Para penganalisis ekonomi membuat analisa dan unjuran dengan segala pelaburannya diluar negara dan dalam negara Saudi hanyalah menyumbangkan 1/10 dari pendapatannya, inilah menimbulkan misteri dikalangan penganalisa.

Sebenarnya tidak ada rahsia, kekayaannya adalah bersumber dari jutaan jemaah haji yang bertandang setiap tahun ke Mekah dan Madinah, dan tentu sekali hasil minyak yang melimpah ruah yang menjadi millik keluarga di raja saud itu sendiri.

Umat Islam diabad ini dilalaikan dan terkeliru dengan isu sunnah-syiah hingga tidak nampak segala bahaya yang telah diberi amaran oleh Rasulullah s.a.w. Kita orang Islam hari ini perlu bangun membentuk ekonomi sendiri tanpa bergantung kepada orang kafir lagi. Jalan sendiri wajib diterokai. Kekayaan umat Islam bukan untuk dilalaikan tapi untuk dijihatkan kerana Israel dan sekutunya Amerika membina kekayaan untuk memhancurkan Islam. Juga orang Islam wajib membina kekayaan untuk memartabatkan Islam.Israel sendiri berhajat besar untuk merealisasikan Negara Israel Raya berekerjasama bersama sekutunya Amerika. Jika tiada kekayaan dengan apa Islam boleh dinaikkan. Jangan fikir negatif bila dah kaya. Kekayaan adalah warisan dari Allah untuk berjihad. Islam tidak akan naik jika hanya pandai berceramah saja. Ekonomi dan sistem Islam boleh ditegakkan jika ada tanah/negara; kekayaan mengerakkan aktiviti hidup.

Dengan takdir Allah tabir tipu daya fitnah ini semakin tersingkap, rahsia semakin terbongkar. Siapakah musang berbulu ayam yang membuatkan dunia Islam bercelaru ketika ini akan terbongkar.


Jabat tangan mesra yang bukan muhrimnya bersama PM jerman Angela Markel


Temlpe Cross Dari Ratu Inggeris untuk Raja Sauda (Musang bulu ayam)


Temple Cross


Perangai sang Raja


Kehidupan keluarga Al Saud. Ulama wahabi melihat dengan pekak badak


Berhibur mengalah barat


Mereka menyambut Maulid hari lahirnya Negara Saudi Arabia. Mereka menari-nari di depan patung bBurung (upacara pagan/dewa burung) sambil memukul rebana.Sedang ulama wahabi mereka membidaah maulid Nabi.


Puteri dari Arab Saudi di event miss universe yang memakai gaun bertuliskan kalimah syahadah dan mendapatkan pengawalan dari Jeneral Khaleed bin sultan, Menteri Pertahanan Saudi

Jeneral Khaled bin Sultan, Menteri Pertahanan Arab Saudi sedang bersama pelacur dalam suatu kunjungannya di event Miss Universe Amerika. Lagi-lagi wahabi, padahal fatwanya adalah halal darahnya jika lelaki dan wanita yang bukan muhrim bercampur disatu tempat

Al-waleed bin talal bersama Ameera al-taweel mengunjungi pesta selebriti di Holywood. Sudah pasti purdah dilepaskan. Padahal para wanita wahabi diharuskan memakai purdah. nudzubillah.. “

“Putera Arab Saudi, Bandar bin sultan didampingi seorang wanita

“Putera Bandar bin sultan lagi asyik bergembira dengan sahabat dekatnya BUSH, pembunuh umat Islam dan bangsa PALESTIN“


Rujukan :

[1]  Al-Bukhari, Muhammad Ibn Isma’il, Sahih Al-Bukhari, Dar Ibn Kathir, Al-Yamamah, Beirut, 1987, 6: 2598, No: 6681. Tetapi dalam bab yang bermaksud: “Apa yang dikatakan dalam hal gempa bumi dan tanda-tanda Kiamat” beliau meriwayatkannya secara mauquf (terhenti setakat Ibn Umar radhiallahu ‘anhum) sahaja. Lihat rujukan yang sama, 1: 351, No: 990.
[2]  Abu Nu’aim Al-Asbahani, Ahmad Ibn Abd Allah, Hilyah Al-Auliya’, Dar Al-Kitab Al-Arabi, Beirut, Lubnan, 1405H, 6: 133 dan Ibn ‘Asakir, ‘Ali Ibn Al-Hasan Ash-Shafi’ie, Tarikh Madinah Dimashq, Dar Al-Fikr, Beirut, Lubnan, 1995, 1: 130. Matan (lafaz) ini juga diriwayatkan oleh Ya’kub Al-Fasawi dalam Al-Ma’rifah, Al-Mukhallis dalam Al-Fawaid Al-Muntaqah dan Al-Jurjani dalam Al-Fawaid, Lihat: Al-Albani, Muhammad Nasir Ad-Din, Silsilah Al-Ahadith As-Sahihah, Maktabah Al-Maarif, Riyadh, Arab Saudi, 1996, 5: 271-302.
[3]  Muslim Ibn Al-Hajjaj, Sahih Muslim, Tahqiq: Muhammad Fuad ‘Abd Al-Baqi, Dar Ihya’ At-Turath Al-’Arabi, Beirut, Lubnan, 1991, 4: 2229, No: 2905. Selain daripada riwayat Muslim ini, riwayat At-Tabrani juga jelas menyebut negeri‘Iraq sebagai punca datangnya fitnah. Lihat: At-Tabrani, Sulaiman Ibn Ahmad, Al-Mu’jam Al-Kabir, Tahqiq: Hamdi ‘Abd Al-Majid As-Salafi, Maktabah Al-’Ulum Wa Al-Hikam, Mausil, ‘Iraq, 1984, 2: 54-55, No: 1270 dan 6: 91, No: 5608.
[4]  Al-’Asqalani, Ahmad Ibn ‘Ali Ibn Hajar, Fath Al-Bari Bi Sharh Sahih Al-Bukhari, Dar Al-Ma’rifah, Beirut, 1379H, 13: 47.
[5]  Al-’Asqalani, Ahmad Ibn ‘Ali Ibn Hajar, Fath Al-Bari Bi Sharh Sahih Al-Bukhari, Dar Al-Ma’rifah, Beirut, 1379H, 13: 47.
[6]  Ibn Manzur, Muhammad Ibn Mukrim, Lisan Al-’Arab, Dar Sadir, Beirut, Lubnan, t.th, 3: 413-419.
[7]  Ibn Faris, Ahmad Ibn Faris, Mu’jam Maqayis Al-Lughah, Dar Al-Jil, Beirut, Lubnan, 1991, 5: 392.
[8]  Al-Fairuzabadi, Muhammad Ibn Ya’kub, Al-Qamus Al-Muhit, Muassasah Ar-Risalah, Beirut, Lubnan, 1987, Hal: 410.
[9]  ‘Abd Ar-Rahman Ibn Hasan, Majmu’ah Ar-Rasail Wa Al-Masail, Dalam: Nasir Ibn ‘Abd Al-Karim Al-’Aql, Islamiyyah La Wahhabiyyah, Dar Kunuz Isybiliya, Riyadh, Arab Saudi, 2003, Hal: 282-283.
[10]  Al-Bukhari, Muhammad Ibn Isma’il, Sahih Al-Bukhari, Dar Ibn Kathir, Al-Yamamah, Beirut, 1987, 6: 2589, No: 6651.
[11]  Al-’Asqalani, Ahmad Ibn ‘Ali Ibn Hajar, Fath Al-Bari Bi Sharh Sahih Al-Bukhari, Dar Al-Ma’rifah, Beirut, 1379H, 13: 46-47.

1 ulasan:

khair entizam berkata...

Alhamdulillah.. perkongsian yg bermanfaat..