Jumaat, 19 November 2010

PENGKHIANATAN PAS TERHADAP ISLAM

PENGKHIANATAN PAS TERHADAP ISLAM


BAHAGIAN 1 : YANG TERSURAT DAN TERSIRAT

1.1        PAS PARTI SERPIHAN

PAS ialah parti politik serpihan daripada UMNO. Apabila ketuanya Tuan Haji Fuad selaku Pengerusi Biro Agama UMNO kalah dalam pertandingan melawan Tunku bagi merebut  jawatan Yang Dipertua Agung (Presiden) UMNO pada 25 Ogos 1951 , ia keluar daripada UMNO dan menubuhkan parti politik baru pada 16 September 1951 , iaitu PAS.

1.2        PENYERTAAN PAS DALAM BN

PAS menyertai Barisan Nasional selepas Peristiwa 13 mei 1969. Pada tahun 1973 PAS bersama UMNO dan MCA dalam Kerajaan Campuran di Kelantan dan pada tahun 1974 PAS menyertai Barisan Nasional. Semasa UMNO melancarkan Dasar Ekonomi Baru bagi merealisasikan agenda Melayu di dalam pembangunan Negara, PAS turut menyokongnya. Apabila PAS keluar daripada Barisan Nasional dalam tahun 1977, perjuangan membela bangsa melayu sudah tidak relevan lagi untuk PAS , kerana perjuangan itu telah diisi sepenuhnya oleh UMNO.

1.3        SINGKIR ASRI KERANA KEPIMPINAN ULAMA

Pada tahun 1983 PAS menyingkir Tan Sri Asri daripada kepimpinannya, kemudian diganti oleh sekumpulan pemimpin baru yang terdiri daripada Haji yusof Rawa, Fadzil Noor, Nik Aziz, Hj. Hadi dan lain-lain. Mereka menggelarkan diri mereka sebagai kepimpinan ulama. Dalam era tersebut PAS melabelkan perjuangan kebangsaan Melayu yang diperjuangkan oleh UMNO sebagai asabiyyah kerana asabiyyah dilarang dalam islam.

1.4        PEMALSUAN AQIDAH KERANA POLITIK

Apabila PAS menjadikan politik sebagai aqidah, menyebabkan berlakunya campur-aduk antara persoalan aqidah dan politik tanpa membezakan antara usul siasiyyah (prinsip politik) dengan qayada siasiyyah (isu-isu politik). Bagi pemimpin dan ahli-ahli PAS yang tidak memiliki pengetahuan yang mantap mengenai politik dan aqidah islam, menjadikan mereka golongan yang mengulangi penyelewengan Al-Khawarij, (satu golongan yang mengkafirkan orang lain yang tidak,sehaluan dengan mereka di akhir pemerintahan Khulafah Al-Rasyidin).

1.5        MEMBINA PEMIKIRAN PELAMPAU, TAKSUB

Pas mula membina pemikiran-pemikiran politik melampau dengan memulau dan mengkafirkan sesame Islam yang tidak sehaluan dengannya dan berbagai-bagai tindakan lagi dilakukan oleh PAS menyebabkan parti itu boleh dianggap sama dengan pemikiran kaum Al-Khawarij sepanjang penglibatan kaum itu dalam politik.

1.6        SEJARAH KHAWARIJ

Sejarah perkembangan umat Islam telah menunjukkan kepada kita betapa adanya individu atau kumpulan yang mahukan kuasa sehingga sangup melakukan apa sahaja sekalipun memutarbelitkan hokum agama sebagaimana yang dilakukan oleh Kumpulan Khawarij di zaman Saidina Ali dan Muawiyah.

Sebenarnya golongan yang sangat taksub kepada Saidina Ali ini telah melakukan tindakan yang melampau sejak zaman pemerintahan Saidina Uthman (r.a) lagi di mana mereka telah menuduh Saidina Uthman sebagai kafir dengan alasan baginda tidak menghukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah s.w.t.; dan hal ini mengakibatkan berlakunya fitnah besar di kalangan umat Islam.

Oleh kerana salah satu natijah penting daripada tuduhan kafir (takfir) ialah halal darah, maka tuduhan kufur terhadap Saidina Uthman telah membawa kepada penumpahan darah seorang sahabat besar Rasulullah dan Khalifah Islam ketiga dengan matinya beliau.

Ekoran daripada pembunuhan Saidina Uthman, timbul di kalangan masyarakat Islam waktu itu golongan yang ingin menuntut bela terhadap darahnya, yang berakhir dengan peperangan al-Jamal antara kumpulan yang dipimpin oleh Saidatina Aisyah dan Saidina Ali. Peperangan al-Jamal telah mengakibatkan penumpahan darah ribuan umat Islam.

Fitnah takfir berulang lagi pada zaman Saidina Ali r.a. Golongan Khawarij bukan sahaja mengkafirkan Saidina Ali dan pengikut-pengikutnya, tetapi juga umat Islam yang bukan Khawarij serta menghalalkan darah mereka. Malah lebih jauh lagi pegangan ini mereka menjelmakan dalam tindakan dengan membunuh siapa saja orang Islam bukan Khawarij yang mereka temui.

Peristiwa sejarah telah memperlihatkan betapa besarnya bahaya dan kemusanahan akibat daripada perbuatan takfir terhadap akidah dan perpaduan umat.

1.7        BERTOPENG ISLAM GAGAL ATASI UMNO

Dengan strategi bertopengkan imej perjuangan Islam, PAS gagal mengemukakan dasar-dasar perjuangan Islam yang sebenarnya baik di bidang ekonomi, politik, pemerintahan, social, pendidikan dan lain-lain. Justeru itu, PAS hanya pandai bercakap tetapi tidak mampu mengemukakan alternative kepada dasar dan program pembangunan yang dilaksanakan oleh UMNO untuk memenuhi kehendak perjuangan Islam yang sebenarnya. UMNO walaupun tanpa diberikan jenama Islam kepada apa yang telah dilaksanakan dalam pembangunan, tetapi ternyata PAS tidak mampu menyainginya.

1.8        SIKAP EKSTRIM ALA KHAWARIJ

Menyedari kelemahannya, PAS mengambil jalan singkat yang merbahaya dan kotor untuk terus berhadapan dengan UMNO. Di samping meneruskan sikap ekstrim ala Khawarij, PAS juga menggerakkan jentera penerangannya untuk membenci UMNO. Gerakan membenci UMNO telah dilaksanakan sejak lama dahulu dan apabila berlakunya krisis Dato’ Seri Anwar Ibrahim kebencian itu seolah-olahnya baru bagaikan disirami minyak petrol yang menyemarakkan.

Sejarah mencerikan bagaimana seorang pegawai kepada Saidina Ali bersama seorang isteri dan anaknya masih di dalam kandungan telah dibunuh oleh sekumpulan pemberontak Khawarij, sebabnya kerana mereka tidak sangup mengkufurkan Saidina Ali.

Diperhatikan juga bagaimana takfir telah melahirkan pegangan dan tindakan ekstrim yang jauh menyimpang daripada ajaran Islam, sehingga buah tamar seorang Nasrani lebih berharga daripada nyawa seorang Muslim, dan nyawa seorang musyrik lebih terpelihara daripada nyawa seorang Muslim yang tidak sama pegangannya.

1.9        KESAN MELAMPAU MEROSAKAN IBADAT

Kesan pendekatan melampau, taksub, fitnah dan membenci yang digunakan oleh PAS telah melahirkan banyak kerosakan dalam masyarakat seperti sembahyang dua imam, kubur berasingan, bercerai suami isteri, pulau-memulau, tragedy berdarah memali, penderhakaan di bukit Jenalek, sauk.


BAHAGIAN 2 : PENYELEWENGAN AKIDAH

2.1        PAS ITU ISLAM, ISLAM ITU PAS

Pas mendakwa ianya memperjuangkan Islam, justeru itu menentang PAS adalah menentang Islam. Di dalam ceramah-ceramah PAS sering disamakan perjuangan PAS dengan perjuangan Nabi-nabi, khasnya Nabi Muhammad s.a.w dan ayat-ayat Al-Quran berkenaan dengan golongan yang mengikut nabi dipakai untuk orang-orang PAS. UMNO dilabelkan sebagai penentang Islam, penentang Nabi-nabi, kerana UMNO menentang PAS.

2.2        HARAM HALAL JADI MAINAN POLITIK PAS

Oleh kerana PAS kononnya berjuang menegakkan Islam dan UMNO mengikut kepercayaan PAS adalah penentang Islam, maka menyokong PAS adalah wajib dan menyokong UMNO adalah haram dan menyokong PAS membawa seseorang itu ke syurga dan menyokong UMNO membawa seseorang itu ke neraka.
Menteri Besar Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah berkata, “jika ada parti lain yang menentang kepimpinana PAS yang menjalankan pemerintahan cara Islam, ia adalah haram”. (harakah, 23 April 1994)

2.3        SYURGA, NERAKA TARUHAN PAS

Ada lagi alas an lain bagi menguatkan kepercayaan orang ramai terhadap PAS, mengundi PAS masuk syurga dan mengundi UMNO masuk neraka dan kerajaan yang diterajui oleh UMNO dikatakan sebagai zalim. Kerana itu cenderung hati kepada UMNO pun akan membawa seseorang itu ke neraka. Apa lagi menyokong, mengundi dan menjadi ahli UMNO.

2.4        AJARAN KARUT DAN KHURAFAT

Pas menyebarkan kurafat di kalangan ahli-ahlinya dan orang-orang awam untuk mengukuhkan keyakinan kepada PAS dan pemimpinnya, kononnya parti itu mendapat restu dan pertolongan Allah. Nik Aziz pernah mengeluarkan kenyataan bahawa PAS di Kelantan Pada tahun 1990 adalah dengan pertolongan para malaikat. Kebetulan pohon durian pada tahun itu di Kelantan menghasilkan buah yang lebat. Orang PAS menyebarkan dakyah bahawa hasil durian yang lebat itu adalah berkat kemenangan PAS. Pada hal durian juga lebat di Kedah dan di Perak, pada tahun yang sama.

2.5        KEPERCAYAAN SESAT

Mempercayai bahawa sesuatu tragedy yang berlaku di negeri-negeri yang diperintah oleh BN sebagai bala Allah yang menimpa penentang-penentang Allah s.w.t. yang anehnya, mereka mendiamkan diri apabila banjir besar melanda negeri Kelantan yang memusnahkan tanaman dan harta benda.

2.6        FATWA HADI DAN KAFIR MENGKAFI

Di dalam Amanat Haji Hadi yang disebutnya di Banggol Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981, adalah jelas pemimpin PAS itu mengkafirkan UMNO dan mengeluarkan kaedah usuluddin yang bertentangan dengan ahla Sunnah Wal al-Jamaah. Beliau berkata : “kita menjadi kafir dengan mengatakan politik suku agama suku”. Pada hal tidak semestinya orang yang berkata politik suku, agama suku itu menjadi kafir kerana perkataannya itu tertakluk kepada takwil.

Menurut kaedah usuludin: Tidak boleh dihukum kafir ke atas seseorang selagi kata-katanya boleh ditakwil sebagai tidak bermaksud kekufuran.


BAHAGIAN 3 : PENYELEWENGAN SYARIAT

3.1        HUKUM MENGIKUT RASA

PAS tidak konsisten, hukumnya berubah-ubah mengikut kepentingan PAS sendiri. Pada tahun 1963 Dewan Ulama PAS Kelantan telah memutuskan hukuman bahawa orang Islam yang bekerjasama dengan orang kafir memerintah negara menjadi kafir atau haram. Tiba-tiba pada bulan April 1999, PAS bekerjasama dengan parti DAP, sedangkan parti itu menolak pembentukan Negara Islam (Utusan Malaysia 22 April  1999). Nik Aziz bersyukur kerana DAP menerima PAS walaupun menolak Negara Islam (Berita Harian 12 Mei 1999).

Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu semasa berucap di Kampung Gong Duek, Besut, Terengganu pada 1 April 1981 antara lain berkata,”orang munafik ialah orang yang mengambil orang kafir buat kawan baik……siapa adik kakak ambil orang kafir buat kawan baik”. (Disambut beramai-ramai “UMNO”)….Ha…..UMNO…..Apa hukum orang ni!…….( Pendengar  jawab “Munafiq” ) dan disambung “Munafiq”.

Pada 24 Januari 1999, Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata di Kampung Pulau Melaka. PAS sedia bekerjasama dengan mana-mana parti politik, termasuk DAP dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang,malah katanya dengan syaitan sekalipun beliau terima

3.2        PERPECAHAN UMMAH

Mendirikan pusat sembahyang Jumaat berasingan di dalam kariah yang sama ( 2 Jumaat sekampung ), kerana PAS mengeluarkan fatwa bahawa bahawa sembahyang berimamkan orang UMNO tidak sah. Perbuatan ini menimbulkan perpecahan di kalangan umat Islam, memutuskan silaturahim dan putus hubungan kerabat atau adik-beradik. Tegasnya PAS telah meragukan ibadat sembahyang bagi ahli PAS sendiri.

3.3        MEROSAKKAN AMAL IBADAT

Orang-orang PAS yang belum dapat mendirikan pusat Jumaat sendiri, mengambil tindakan sembahyang jemaah berasingan di dalam sebuah masjid seperti di Gong Pasir, Besyt dan Alor Limbat, Marang, Terengganu. Di dalam satu kariah, didirikan dua Jumaat, satu di masjid kariah itu dan satu lagi di markas PAS yang dijadikan masjid. Jika tiada markas PAS di sesuatu kariah, ahli PAS di kariah itu akan berjumaat di kariah lain di mana terdapat markas PAS atau masjid dikuasai oleh PAS.

3.4        MENENTANG PELAKSANAAN PROGRAM ISLAM

Program- program Islam bagi melaksanakan Institusi Islam dicemuh oleh PAS, seperti penubuhan Bank Islam, Universiti Islam dan Institusi Islam yang lain. Ini dilakukan untuk tidak menampakkan imej Islam pada UMNO dan kerajaan. Mereka menentang pelaksanaan program Islam. Anehnya antara pemimpin PAS itu, ada yang merayu supaya anaknya dapat memasuki universiti Islam dan university-universiti lain.
Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Hadi Abdul Awang mensifatkan penubuhan Bank Islam dan pajak gadai Islam yang sedang diusahakan oleh kerajaan tidak member apa-apa ertipun kepada umat Islam di Negara ini.
Perkara ini hanya sebagai kulit yang berlambangkan Islam sedangkan pemerintahan negara tidak dijalankan mengikut cara Islam”. (Harakah – 26 Januari 1983).

3.5        AMANAT HADI MEMBAWA KESESATAN

Di dalam Fatwa Haji Hadi pada 7 April 1981 (ada rakaman kaset) dinyatakan bahawa sesiapa di kalangan pengikut PAS yang mati kerana melawan UMNO adalah mati syahid, mati Islam, kerana UMNO mempertahankan perlembagaan Malaysia yang dikatakan sebagai peraturan kafir dan perlembagaan penjajah. Pada hal PAS juga menggunakan perlembagaan yang sama (Undang-undang Tubuh PAS Fasal 6 (11). PAS juga mempertahankan Perlembagaan Malaysia dalam manifesto Barisan Alternatif (1999).

3.6        PENYELEWENGAN ZAKAT

PAS melawan peihak berkuasa di dalam urusan kutipan zakat dan mengutip zakat di kalangan ahli-ahli dan penyokongnya bagi kepentingan parti itu. PAS juga mengeluarkan fatwa bahawa membayar zakat kepada PAS sah, kerana PAS berjuang Fi Sabilillah. Kutipan itu dibuat tanpa peraturan dan rekod yang kemas. Hak-hak asnaf yang lain tidak dipedulikan.

3.7        DERMA JIHAD YANG JAHAT

Pas banyak mengutip derma di setiap ceramah-ceramah yang diadakan, tetapi pengurusannya tidak telus. Amanah tidak terpelihara. Ia bukan sahaja salah dari segi undang-undang, tetapi lebih salah lagi dari segi syariat. Amanat Hadi menyebut  “ Derma kita adalah jihad”.

3.8        PULAU MEMULAU

Pemulauan sembahyang jenazah, kenduri dan lain-lain yang dilakukan oleh orang-orang PAS terhadap orang-orang UMNO, tanpa menghiraukan hokum-hukum kejiranan dan persaudaraan Islam. Berlakunya perceraian suami isteri kerana berlainan parti dan kubur juga berasingan (di Gong Medang, Tembila, Besut dan Kampung Cik Long, Setiu).

3.9        PEMBOHONGAN PAS

PAS mendakwa hendak menegakkan Negara Islam. Sebenarnya PAS berbohong kerana perlembagaan PAS tidak menyebut penubuhan Negara Islam Cuma cakap-cakap dalam kempen PAS sahaja.

3.10      BERGADUH SURUHAN ALLAH

Sebenarnya perjuangan PAS mengharuskan pergaduhan. Hj. Abd. Hadi Awang selaku Timbalan Presiden PAS telah menyalah tafsirkan ayat 251, surah al-baqarah dengan kata :
Kalau Tuhan tidak menjadikan manusia ini bergaduh nescaya akan rosaklah muka bumi”. Ucapan ini dibuat beliau di Kampung Bukit Kulim, Marang, Terengganu pada 24 September 1980 ( Ada rakaman kaset).

3.11      MEMPERSENDA HUKUM HUDUD ALLAH

PAS telah mempersendakan hudud Allah. Buktinya setelah Hadi menjadi Menteri Besar Terengganu, beliau berkata “ Pelaksanaan hukum hudud melalui proses panjang”. Apakah ertinya Proses panjang sedangkan hudud PAS sudah diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 3 November 1993, dengan nama Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993. Mengapakah tidak memilih jalan pendek dengan dengan mengguna pakai hudud PAS Kelantan, sedangkan larangan terhadap qariah menyertai tilawah mengikut keputusan Kelantan?

Haji Hadi juga berkata : “Hudud adalah satu aspek daripada 0.001 daripada hukum Islam”. Ini bermakna apabila memerintah sendiri hudud yang dibesarkan selama ini diperkecilkan sehingga 1/10,000. (Utusan Malaysia 7 Mac 2000).

Apa yang menghairankan penggubalan hudud Kelantan dahulu dipengerusikan oleh Haji Hadi sendiri.

3.12.      PAS HINA WANITA

PAS menghina kedudukan wanita dengan mendolak-dalikkan hukum terhadap mereka serta tidak mengalakkan mereka bekerja. Mereka tidak dibenarkan menjadi calon tetapi membenarkan pengundi PAS mengundi calon wanita daripada parti lain dalam gabungan Barisan Alternatif. Suara wanita adalah aurat apabila membaca Al-quran, sebaliknya suara-suara muslimat PAS dibenarkan berkempen memaki dan mencaci dan bersuara di Dewan Negara. Lebih tidak berakhlak lagi Nik Aziz menyamakan tilawah Al-Quran dengan nyanyian.

Kerajaan PAS Kelantan akan mengkaji kemungkinan melarang wanita bekerja. Tidal adil membiarkan wanita kerana lelaki dari segi fitrahnya mempunyai tanggungjawab mencari nafkah bagi menanggung kehidupan keluarga,” kata Nik Aziz pada 16 Mac 1999 di Kota Bharu.

Pada 20 Julai 1999 Nik Aziz berkata, cadangan kerajaan negeri untuk memberi pekerjaan kepada wanita “kurang rupawan” kerana wanita rupawan biasanya mempunyai suami kaya. Jika wanita rupawan tidak bekerja ia tidak menimbulkan sebarang masalah kepada mereka.

BAHAGIAN (4) TERAKHIR : PENYELEWENGAN AKHLAK

4.1        DUSTA PERMAINAN PAS

PAS banyak melakukan dusta, menyeleweng fakta dan melemparkan tuduhan-tuduhan palsu terhadap UMNO serta memberikan maklumat yang salah mengenai kerajaan dan agama kepada para pengikutnya.
“PAS memperjuangkan Islam dan UMNO tak mahu memperjuangkan Islam. PAS Hizbullah dan UMNO Hizbus Syaitan. Orang Islam pilih Hizbus syaitan, tidak pilih hizbullah”. Ucapan bekas Ketua Pemuda PAS Pusat Haji Abu Bakar Chik di Batu Rakit Darat, Kuala Terengganu pada 13 November 1983.

4.2        MAKI HAMUN AMALAN PAS

Pemimpin dan propagandis PAS sering mengeluarkan perkataan-perkataan menghina terhadap saudara muslimnya daripada UMNO, kata-kata kesat dan maki hamun. Pernah Presiden Parti itu, menghina keluarga YAB Timbalan Perdana Menteri dengan berkata “Badawi di negara Arab menjaga unta, tapi Badawi di Malaysia menjaga babi”. Maki hamun, mencela dan menghina adalah lumrah di dalam ucapan para pemimpin PAS.

4.3        FITNAH MEMFITNAH AGENDA PAS

PAS sering membuat fitnah dan mencipta berbagai pembohongan untuk memburukkan pemimpin UMNO. Antaranya, Perdana Menteri tidak wukuf di Arafah ketika beliau mengerjakan haji lebih kurang setahun yang lalu. PAS juga menyebarkan berita bohong kononnya Perdana Menteri jatuh kuda di Argentina dan mati. Sebenarnya apa yang disebut itu adalah fitnah semata-mata.

4.4        BENCI  MEMBENCI  AJARAN PAS

PAS menggunakan pendekatan membenci UMNO dan pemimpin-pemimpin kerajaan BN dari peringkat anak-anak (di TASKI atau PASTI) hinggalah kepada segala pentas ceramah umum mereka. Dengan itu PAS Berjaya membentuk penyokong-penyokong mereka yang bersifat keras, bengis dan tidak berakhlak mengikut akhlak Islam yang dibawa oleh Nabi s.a.w.

4.5        ALLAH DIPERMAIN OLEH PEMIMPIN PAS

Nik Aziz sanggup menghina ALLAH dengan mengatakan bahawa Tuhan juga mencarut. Semata-mata kerana hendak membela seorang ahli seumur hidup PAS yang menulis buku bernama “Shit”. Dia juga sanggup menghukum boleh berkawan dengan syaitan, sedangkan syaitan adalah seteru Allah dan seteru orang yang beriman. (Lihat lampiran). Dia juga yang telah menyokong doa butkan mata rakyat yang hendak mengundi Barisan Nasional dan memohon malapetaka ke atas ahli-ahli UMNO.

Novel Shit Karya Shahnon Ahmad adalah sumbangan besar kepada rakyat. Melalui novel tersebut rakyat diberi gambaran perkembangan politik Negara yang amat buruk dan memerlukan perubahan segera”. Kata Presiden PAS, Dato’ Fadzil Noor pada 24 April 1999 di Alor Setar, Kedah.

Pada 27 Mei 1999, Nik Aziz meminta ahli-ahli PAS mengamalkan satu doa bagi “membutakan mata” pengundi-pengundi hantu dalam pilihan raya nanti. Doa itu berbunyi “Ya Allah, aku mohon butakan mata pengundi-pengundi hantu supaya mereka tidak Nampak symbol lain kecuali symbol PAS”. Doa tersebut dibaca sambil diikuti oleh kira-kira 3,000 penyokongnya pada satu majlis makan malam dan ceramah PAS di sungai bakut, Nibong Tebal.

0 ulasan: