Rakyat Libya yang menentang pemerintahan Presiden Muammar Gaddafi begitu teruja dan meraikan serangan tentera salib menyerang negara mereka dengan penuh kegembiraan. Mungkin mereka beranggapan kesengsaraan mereka di bawah pimpinan Gaddafi akan berakhir.
 |
Rakyat Libya begitu gembira merayakan serangan tentera salib ke atas negara mereka sendiri |
Tidakkah mereka mengambil iktibar daripada apa yang berlaku di Iraq? Rakyat Iraq begitu gembira, malah ada yang melakukan solat dan sujud syukur dengan serangan yang telah dilakukan oleh tentera salib ketika pemerintahan Saddam Hussein yang dikatakan pemerintah zalim dan kuku besi. Pesta-pesta dijalanan disambut dimerata-rata tempat untuk meraikan 'kemerdekaan' yang dihadiahkan oleh tentera salib. Tapi setelah sekian lama iaitu hampir 9 tahun Saddam digulingkan, apakah yang mereka kecapi kini?