Ahad, 3 Februari 2013

ULAMA PALSU Versus SYAITAN PALSU ......

Kalau Kalimah Allah pun PAS tak mampu pertahankan daripada dipermain-mainkan DAP
layakkah mereka untuk menjadi pemimpin

Orang Melayu mudah sangat ditipu. Orang Melayu suka perkara-perkara pelik dan ajaib. Orang Melayu suka kepada sesuatu yang cepat dan segera. Orang Melayu suka kepada yang mudah-mudah. Mata orang Melayu tidak bersambung dengan otak. Mata orang Melayu bersambung terus dengan hati (nafsu). Sebab itu orang Melayu bila bertindak mengikut kata hati bukan kewarasan otak. Sebab itu juga orang Melayu walaupun telah khatam Al-Quran beberapa kali malah ramai yang hafal Al-Quran dan memahami maksud ayat-ayatnya namun mereka tidak patuh pun. Ditambah pula dengan Sabda Nabi Muhammad tapi tidak dipatuhi langsung pun. 

Ini disebabkan otak mereka bersambungan dengan hati bukan dengan otak. Sebab itu mereka tidak boleh berfikir. Mereka percaya dengan apa yang mereka lihat dan dengar. Sebab itu bila mereka pandang orang berserban, berjubah dan tahu bercakap pasal agama mereka akan terus menyanjung seperti tuhan. Bagi mereka inilah orang alim. Bagi mereka kata-kata orang alim ini adalah kata-kata dari Allah dan Rasul. Bagi mereka mengingkari kata-kata mereka ibarat mengingkari kata-kata Allah dan Rasul. Kata mudahnya mereka yang tidak patuh dengan kata-kata orang alim ini ibaratnya terkeluar dari Islam. Sebut saja apa pun pasti akan dipercayai. Jika orang alim ini kata kita boleh naik ke langit yang ketujuh dengan menaiki jet pasti mereka percaya. Kalau orang alim ini kata minum racun tidak mati pasti mereka akan minum.

Ini jelas dapat dilihat perkara-perkara yang berlaku yang bertentangan dengan Al-Quran, Hadith dan Sunnah Nabi. Sebagai contoh tidak sah solat berimamkan imam yang dilantik kerajaan, undi PAS masuk syurga, haram bersatu dengan UMNO kerana asas perjuangan UMNO adalah kebangsaan dan sebagainya. Bagaimana orang Melayu boleh percaya dengan temberang-temberang orang alim palsu ini? Tidakkah mereka sudah memahami maksud ayat-ayat Al-Quran, Hadith dan Sunnah Nabi Muhammad. Bukankah telah dinyatakan syarat-syarat yang melayakkan seseorang itu menjadi imam? Rasanya tidak terkandung dalam syarat sah menjadi imam mesti menjadi ahli sesuatu parti terutama parti PAS barulah dikira sah solat tersebut.

Jika mata (penglihatan) mereka bersambung dengan otak seterusnya bersambung dengan hati tentu mereka akan menyalurkan apa yang mereka lihat dan dengan kepada otak. Otak akan memproses berpandukan Al-Quran, Hadith dan Sunnah dan seterusnya dimaklumkan kepada hati (nafsu). 

Kalau mereka gunakan otak masakan mereka tidak terfikir bahawa syurga dan neraka hanya Allah sahaja yang menentukan siapa yang akan memasukinya. Jika mereka guna otak sudah tentu mereka akan akur dengan suruhan Allah dan Nabi muhammad supaya umat Islam bersatu padu tanpa mengira apapun fahaman parti.

Kalau mereka guna otak tentu mereka boleh membezakan yang mana orang alim palsu dan sebenar. Di dunia yang fana ini terdapat berbagai golongan manusia. Ada manusia baik, jahat dan menyesatkan. Ini jelas dinyatakan dalam hadith. Antaranya : 

Daripada Anas radhiallahu `anhu bahawasanya Nabi Solallahu `alaihi wassalam bersabda,  "Ulama itu ada tiga jenis. Pertama yang alim yang hidup dengan ilmunya (yakni yang beramal dengan ilmunya) dan masyarakat juga `hidup' dengan ilmunya. Kedua, orang yang alim yang mana masyarakat mengambil manfaat dengan ilmunya tetapi dia sendiri membinasakan dirinya (tidak beramal dengan ilmunya) Ketiga, orang alim yang hidup dengan ilmunya (mengamalkannya) tetapi orang lain tidak dapat mengambil manfaat daripada ilmunya")

Sabda Nabi Muhammad lagi :

Rasullulah saw bersabda maksudnya: "Di akhir zaman ramai "ulama suk (jahat)."

Ulama suk ialah ulama yang jahat atau ulama yang sudah rosak. 

Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah swt. Berfirman kepada mereka, "Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)". H.R Termizi



Ingat lagi tak dulu, kita pernah dikejutkan dengan gambar syaitan yang kononnya ditangkap di Gua Hira’. Pada masa itu ramai yang percaya akan kesahihan gambar itu (gambar di atas).

Rupa-rupanya selama ini kita telah ditipu dan dipermainkan oleh pihak-pihak tertentu. Cuba lihat gambar sebenar di bawah.



Saya lihat gambar syaitan itu semasa saya di sekolah menengah lagi. Ada rasa sangsi pada gambar tersebut. Bukan tidak percaya syaitan itu ada tetapi daripada cerita dan gambar yang dipamerkan cukup meragukan. Ada ker syaitan boleh berposing relax jer kat gua tu.

Gambar itu dibuat bertujuan menghina Nabi Muhammad SAW. Kononnya refleks disebalik gambar itu ialah Nabi Muhammad SAW bertapa di gua Hira’ dengan syaitan (nauzubillah) dan yang menyampaikan ayat Al-Quran itu adalah dari tipu daya syaitan. Kadang-kadang gambar di internet yang dianggap sebagai lucu adalah merbahaya kepada akidah. Kita dipesong secara humor tanpa mengetahui motif disebaliknya.

Apabila kita bercakap dengan anak-anak kita bahawa Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW berada di Gua Hira’ lantas mereka terbayang pada gambar syaitan itu. Ini memberi andaian buruk dan jahat sangka dalam pemikiran kanak-kanak. Oleh itu berhati-hatilah sebelum mempercayai sesuatu atau menyebarkan perkara-perkara yang pelik dan meragukan.

The moral of the story….. ramai di kalangan kita apabila menerima email sahaja sudah mula mempercayai apa yang dibaca dan tanpa usul periksa atau membuat selidikan terlebih dahulu terus jer foward pada rakan-rakan.

Gambar di bawah menunjukkan Gua Hira' yang sebenar.




1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tq for the info.im malay but in my mind always timbul keraguan dlm diri dgn semua yg berkenaan tntg bngsa melayu.slps bca pos ni br sy sedar mmg btul ap yg dikatakan.dn sy prnh bersama hang out dgn org jawa dn kagum dgn cara merka.bgku mereka jahad tetapi lma kelamaan sy merasakan mereka adalah kaum yg benar2 berpega Ng kpd islam.jd apa ya characteristic org jawa ini?kerana ad yg sy tidak bisa phmtntg mereka juga disebabkan cara nya yg berbeza dgnmlayu