Rabu, 6 Februari 2013

KENAPA DAP DENGKI SANGAT DENGAN BANGSA MELAYU ...???


Kenapa DAP dengki sangat dengan bangsa Melayu walhal daripada 10 orang terkaya di Malaysia hanya 2 orang sahaja Melayu. Salah seorang daripada Melayu yang terkaya ialah Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary (ke-8) yang mempunyai kekayaan mencecah RM9.14 billion. Yang keduanya ialah Tan Sri Azman Hashim (ke-9) dengan kekayaan RM4.18 billion. Jumlah kekayaan mereka berdua berjumlah RM13.32 billion berbanding dengan kekayaan terkumpul 8 orang kaya bukan Melayu berjumlah RM113.35 billion.


Lihatlah senarai 10 orang terkaya di Malaysia yang disenaraikan sehingga Januari 2013.

1. Tan Sri T. Ananda Krishnan (Usaha Tegas) - RM30.56 billion
2. Robert Kuok (Kuok Group) - RM29.40 billion
3. Tan Sri Teh Hong Piow (Public Bank) - RM15.10 billion
4. Tan Sri Lee Shin Cheng (IOI Group) - RM14.68 billion
5. Tan Sri Lim Kok Thay (Genting Group) - RM14.17 billion
6. Tan Sri Quek Leng Chan (Hong Leong Group) - RM10.42 billion
7. Tan Sri Dr. Yeoh Tiong Lay (YTL Corporation) - RM9.75 billion
8. Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary (Yayasan al-Bukhary) - RM9.14 billion
9. Tan Sri Azman Hashim (AmBank Group) - RM4.18 billion
10. Tan Sri Lee Oi Hian (Batu Kawan Berhad) - RM3.95 billion 

Perhatikanlah senarai... adakah kerana dua orang Melayu itu, maka DAP sedang berusaha bersungguh-sungguh agar kedua-duanya dihapuskan daripada senarai orang terkaya di Malaysia? Mengapa hanya kedua-dua orang itu yang dipertikaikan?

Bagaimana pula dengan lapan orang yang lain yang sebangsa dengan Lim Guan Eng tetapi tidak pernah diserang walau sedikit pun, baik oleh Lim Guan Eng DAP apatah lagi oleh Rafizi Ramli, Anwar Ibrahim dan PKR?

Siapa sebenarnya yang lebih menikmati hak keistimewaan Melayu-Bumiputera dan siapa sebenarnya yang tertindas dalam hal ini? Adakah kerana dasar-dasar kerajaan yang dibenci oleh puak-puak Pakatan Rakyat, menyebabkan kekayaan lapan orang selain dua orang Melayu itu, telah dirampas, dicuri, dibahagi-bahagikan sesama Melayu-Bumiputera, atau mereka lebih banyak dan berpeluang menompok harta yang lebih besar?

Anda fikir, anda jawab dan anda buat kesimpulan sendiri!!!

Inilah buktinya walau negara ini penuh dengan orang melayu hanya 2 sahaja yang berada dalam top 10. Bakinya 1 India dan 7 Cina. Apa lagi DAP tak puashati? Kalau tengok dalam top 50 pun bangsa Cina masih lagi menduduki tempat teratas.

Bila mana ada seorang Melayu macam Syed Mokhtar baru nak naik, maka DAP serang, yang lagi sedih bila mana ada Melayu sendiri bodoh bangang serang Melayu yang baru nak naik ini. Impian aku nak tengok ada 5 Melayu, 3 Cina dan 2 India dalam top 10 akan datang.


Siapa Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary? Sila klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya.

Apa sumbangan oleh 8 jutawan bukan Melayu tersebut kepada negara berbanding dengan Tan Sri Syed Mokhtar? Mari kita lihat sebahagian sumbangan beliau.


SUMBANGAN DALAM NEGARA

1. Kompleks Albukhary yang kemudiannya dinamakan Pusat Kecemerlangan Sharifah Rokiah. 
2. Pusat Dialisis dan Hospital Albukhary
3. Hostel Albukhary
4. Masjid Albukhary
5. Pusat Pendidikan Masyarakat
6. Pusat ‘Pondok’ Moden
7. Rumah Anak-anak Yatim Albukhary
8. Pusat Kanak-kanak Istimewa
9. Pusat Jagaan Warga Emas
10 Souq Albukhary dan pasar basah
11. Universiti Antarabangsa Albukhary (kemasukan pertama dijangka pada 2010)
12. Biasiswa Albukhary kepada pelajar miskin (terutama pelajar negara OIC ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
13. Tuisyen Albukhary (tuisyen percuma) kepada pelajar miskin seluruh negara
14. Program Tahunan, Bantuan Uniform Sekolah kepada pelajar miskin
15. Kursi Albukhary di Fakulti Seni bina dan Rekaan Alam, UIAM
16. Membina Muzium Kesenian Islam (muzium terbesar di Asia Tenggara yang memaparkan hasil seni Islam)
17. Membina dan membaik pulih masjid seperti Masjid Negara, Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang dan Masjid Albukhary, Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur
18. Membina Institut Al-quran, Kuala Lumpur
19. Sumbangan bagi pembinaan Blok Menara, Universiti Terbuka Wawasan, Pulau Pinang
20. Sumbangan bagi pembinaan kampus tetap Universiti Tunku Abdul Rahman, Kampar, Perak
21. Sumbangan/pembiayaan dalam bidang sukan dan rekreasi seperti Malaysian Lawn Bowls Federation, ekspedisi solo Datin Paduka Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir ke Antartika dan Datuk Malik Mydin, rakyat Malaysia pertama berenang di Selat Inggeris
22. Membina Ibu Pejabat Yayasan Jantung Negara, Kuala Lumpur
23. Membina Pusat Hemodialisis di Kangar, Perlis dan Johor
24. Membina Ibu Pejabat Yayasan Budi Penyayang, Pulau Pinang
25. Membina Pusat Pemuliharaan – Warisan & Seni Islam
26. Membiayai orang Islam miskin menunaikan haji
27. Sumbangan kepada Projek Langkawi (dana pendidikan luar bandar anjuran MCA)

Masjid Al-Bukhary, Kedah

SUMBANGAN PERINGKAT ANTARABANGSA

1. Sumbangan kepada Oxford Centre for Islamic Studies, United Kingdom
2. Sumbangan kepada Tabung Kemanusiaan Lebanon
3. Sumbangan bagi pembinaan kampus baru Darul Uloom Islamic Academy, Brisbane, Australia
4. Sumbangan kepada mangsa gempa bumi Sichuan, China
5. Program Anak-anak Yatim Albukhary di Daerah Nanggroe, Aceh, Indonesia
6. Albukhary Rehabilitation Centre, misi kemanusiaan kepada mangsa gempa bumi Bam, Iran
7. Albukhary Care Centre, Battagram, pusat latihan vokasional dan akademik di Pakistan
(viii) Schevenezia Software Technologies, pengajian teknologi maklumat kepada pelarian Afghanistan dan rakyat Pakistan
8. Sumbangan kepada Shaukat Khanum Memorial Cancer Hospital and Research Centre, Lahore
9. Sumbangan bagi pembinaan bangunan utama universiti, Sarajevo School of Science dan Technology dan pengukuhan Economics and Good Governance Fellowship
10. Sumbangan bagi pembinaan Saidina Abubakar Hospital and Training Centre, Kampala, Uganda (mencegah penularan HIV/Aids)
11. Membeli dan mengubahsuai Cantray House, Afrika Selatan – pusat intelektual dan kefahaman Islam
12. Membeli dan mengubahsuai Sir Herbert Baker Society’s Heritage Church kepada The Jumu’a Mosque, Cape Town, Afrika Selatan
13. Street Kids Welfare Programme, Mitchel’s Plain, Cape Town, Afrika Selatan
14. Baikpulih Masjid Mohiyudheen, Payyannur, Kerala, India dan Masjid Al-Rahma, Azhikode, India
15. Islamic Studies Programme, Le High University, Pennsylvania, United States of America.
16. Membina 61 buah masjid di seluruh dunia.


Aku dan mungkin ramai lagi sangat-sangat menyesal dengan datuk dan nenek moyang aku yang bersetuju dengan Tunku kerana memberikan mereka kerakyatan Malaysia sewaktu nak merdeka dahulu. Kalau mereka tak diberi kerakyatan Malaysia dulu entah apalah nasib mereka-mereka ini. Mungkin mereka merempat bergelandangan di negara sendiri. Tidak ada pun negara lain yang memberikan begitu banyak keistimewaan dan peluang yang besar seperti di negara ini.  

0 ulasan: