Sabtu, 21 September 2013

SEJARAH SITC MPSI IPSI DAN UPSI ......

Sultan Idris Training College (SITC)


R. O. Winstedt
Penubuhan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) adalah warisan daripada Sultan Idris Training College (SITC) for Malay Teachers. Penubuhan SITC diilhamkan oleh Richard Olaf Winstedt (R. O. Winstedt) yang pernah berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Pelajaran Negeri-negeri Selat & Negeri-negeri Melayu Bersekutu menerusi laporannya yang disiarkan dalam tahun 1917. Antara lain beliau mencadangkan agar sebuah maktab perguruan didirikan di Perak bagi memperluaskan skop pendidikan di negara ini.


SITC dirasmikan pada 29 November 1922 oleh Sir W. George Maxwell, Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Nama Sultan Idris adalah diambil sempena nama Almarhum DYMM Paduka Seri Sultan Idris Mursidul Adzam Shah, iaitu Sultan Perak yang ke-28 yang memerintah negeri Perak antara 1889-1916. Cadangan nama ini diperkenankan oleh Sultan Abdul Jalil Shah pada 26 Mei 1917.

O.T. Dussek
Berikutan itu, satu tapak seluas 63 ekar telah dibeli di Tanjong Malim dengan harga RM49,000.00. Kerja-kerja pembinaannya bermula pada Ogos 1919. Penekanan infrastruktur maktab tersebut telah diberikan oleh pihak berkuasa dengan membabitkan orang perseorangan dan syarikat-syarikat swasta Eropah. Pendawaian sistem elektrik dan bekalan air telah dilakukan dengan teliti dan dikemaskini bagi memastikan bekalan elektrik dan air tidak terputus.


Turut menyaksikan upacara penuh gilang-gemilang tersebut ialah orang kenamaan Melayu dan beberapa orang Pegawai Residen Eropah dari semua Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. SITC didirikan di satu kawasan lembah yang subur di atas tanah seluas 64 hektar di kaki Banjaran Titiwangsa.

Reka bentuk bangunannya berunsur seni bina Belanda ala Gothic zaman pertengahan. Kumpulan penuntut yang pertama berjumlah 120 orang (semuanya lelaki) berasal dari Negeri-negeri Selat & Negeri-negeri Melayu Bersekutu dengan tenaga pengajar seramai 14 orang. Pada tahun 1912, Pengetua pertama telah memulakan tugas di SITC iaitu Oman Theodore Dussek (O. T. Dussek) yang berasal dari England.

Bangunan SITC 1922
Penubuhan SITC dianggap sebagai suatu cetusan era yang menyemarakkan alam pemikiran dan pendidikan bangsa Melayu. Pengarah Pelajaran Negeri-negeri Selat, Sir Wolffe dalam ucapannya sewaktu perasmian SITC menyatakan bahawa hari tersebut menandakan hari bersejarah bagi orang-orang Melayu kerana ia merupakan titik tolak dalam perkembangan pendidikan vernakular Melayu.

Menurutnya lagi, orang-orang Melayu merasakan suatu pengiktirafan besar, serta penghargaan yang tidak ada tolak bandingnya bagi peningkatan taraf pelajaran anak-anak Melayu. Katanya lagi, biarpun pelajaran Inggeris penting bagi mencapai hasrat untuk memperolehi kedudukan yang tinggi dalam masyarakat, namun pendidikan dalam bahasa Melayu merupakan tapak pertama dalam mengenali erti hidup yang sebenar. 




Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI)

Sir Wolffe juga menyarankan agar pelajar-pelajar patut mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang pertanian, anyaman, latihan jasmani, perkebunan dan Bahasa Melayu sendiri. Saranan beliau merupakan garis kasar pembentukan kurikulum SITC di peringkat awal penubuhannya. Dalam tahun-tahun berikutnya hingga tahun 1957, SITC telah menerima penuntut-penuntut dari seluruh pelusuk Tanah Melayu, Brunei, British Borneo dan Singapura.

Kurikulumnya tertumpu kepada pengetahuan asas keguruan di samping kraftangan dan pertanian. Sejak ditubuhkan, SITC terus unggul berbakti kepada bangsa dan negara. Ia disifatkan ‘universiti’ yang unggul bagi melatih guru-guru Melayu. Pada tahun 1959, bagi memenuhi tuntutan Laporan Razak, SITC ditukarkan namanya kepada Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) yang khusus untuk melatih guru-guru sekolah rendah.




Institut Perguruan Sultan Idris (IPSI)

Pada 13 Januari 1975, MPSI memecah tradisinya apabila mula menerima 140 orang penuntut perempuan. Kecemerlangan MPSI terus unggul apabila pada 21 Februari 1987, ia dinaikkan taraf menjadi institut dan dikenali dengan nama Institut Perguruan Sultan Idris (IPSI). Mulai tahun 1987, Kursus Sijil Perguruan Khas (KSPK) diperkenalkan. Setahun kemudian iaitu dalam tahun 1988, Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) pula dimulakan di IPSI.

Dalam tahun 1993, Kursus Kembar dengan Universiti Pertanian Malaysia (UPM) telah diadakan dalam bidang Bahasa Melayu dan Pendidikan Jasmani. Status quo ini berterusan hingga tahun 1993 apabila sistem latihan perguruan mengamalkan sistem bersepadu iaitu sesebuah maktab perguruan melatih guru-guru untuk sekolah rendah dan menengah.




Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Kini institusi ini dinaikkan taraf menjadi sebuah universiti bagi memenuhi hasrat kerajaan memberi peluang pendidikan yang lebih tinggi kepada rakyat khususnya untuk melahirkan golongan pendidik yang berwibawa serta mampu menghadapi cabaran di alaf baru.

Ia selaras dengan usaha memenuhi keperluan peningkatan pembinaan sumber tenaga manusia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan dan sahsiah mulia dalam bidang-bidang sains, teknologi, bahasa, kesenian, kesusasteraan dan kebudayaan dengan penekanan khusus kepada unsur pendidikan.

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ditubuhkan pada 1 Mei 1997 melalui Warta Kerajaan P.U.(A) 132 & 133, bertarikh 24 Februari 1997, di bawah dua buah Perintah iaitu Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Perbadanan) 1997 & Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Kampus) 1997. UPSI mula beroperasi pada 2 Mei 1997 dengan pelajarnya seramai 350 orang yg terdiri daripada berbagai etnik. Dengan berbekalkan tenaga pengajar seramai 29 orang dan 6 orang kakitangan pentadbiran, UPSI terus membangun. Kini jumlah pelajarnya terus meningkat dari masa ke semasa dan terus berkembang serta mampu bersaing dengan mana-mana Institusi Pengajian Tinggi Awam yang lain.


Sir Richard Olaf Winstedt (1878 - 1966)
  • R. O. Winstedt, was an English Orientalist and colonial administrator with expertise in British Malaya.
  • Winstedt was born in Oxford, educated at Magdalen College School and New College, Oxford, from which he received an MA.
  • In 1902 he became a cadet in the Federated Malay States Civil Service, and was posted to Perak where he studied Malay language and culture.
  • In 1913 he was appointed District Officer in Kuala Pilah.
  • 1916 appointed to the education department.
  • 1920 Winstedt received his DLitt degree from Oxford.
  • His brother was Eric Otto Winstedt, a Latinist and gypsiologist.

O.T. Dussek (1922-1926)
  • Real name is Oman Theodore Dussek
  • Born in Surrey, England on 16th November 1886.
  • Dussek came to Malaya in 1912, served as an assistant teacher in Malacca High School after having experience as a teacher for two years in Allyne's Grammar School, Uttoxeter, England from 1909 to 1911.
  • Appointed as head of the Malay College in 1914.
  • Appointed to be a principal, Sultan Idris Training College 1922.
  • Died in 1965.



0 ulasan: