Sabtu, 30 Julai 2016

MENGAPA PARTI TERNAKAN DAP TAK MAHU GUNA SINGKATAN PAN SEBALIKNYA GUNA SINGKATAN AMANAH .....?


Dalam satu program bicara yang dinamakan DEMOKRASI salah seorang ahli panel iaitu Dr. Fathul Bari menyebut perkataan PAN, 'melompat' salah seorang lagi ahli panel iaitu Dr. Mujahid membetulkan singkatan partinya iaitu AMANAH bukan PAN.

Kenapa tak mahu guna akronim PAN. Dalam banyak2 parti di Malaysia rasanya hanya 2 parti yang akronim parti tersebut agak tersasar. Kedua2 parti tersebut ialah PAS dan PAN.

KATA AKRONIM tergolong dalam kata nama tunggal Kata nama akronim ialah perkataan yang dihasilkan melalui pencantuman bahagian-bahagian daripada serangkaian perkataan.
- Bahagian-bahagian perkataan boleh terdiri daripada huruf-huruf, suku-suku kata atau bahagian-bahagian daripada perkataan.

Terbahagi kepada empat jenis:

1. Pencantuman huruf awal perkataan- ditulis dengan huruf besar.
PKNK – Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang
UKM - Universiti Kebangsaan Malaysia
IPTAA – Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan

2. Cantuman huruf dan suku kata perkataan sesedap sebutan- Ditulis bermula dengan huruf besar
Proton - Perusahaan Otomobil Nasional
Mara - Majlis Amanah Rakyat
Intan - Institut Tadbiran Awam

3. Cantuman bahagian awal perkataan pertama dengan bahagian lain dalam perkataan yang mengikuti.
Jalurah - Jalan lurah
Angkubah - Angka ubah
Jentolak - jentera tolak

4. Cantuman suku kata awal perkataan-ditulis dengan huruf kecil dan bukan nama khas
tadika - taman didikan kanak-kanak
cerpen –cerita pendek
pawagam- panggung wayang gambar

BN adalah akronim bagi Barisan Nasional. DAP ialah akronim bagi Democratic Action Party, UMNO pula akronim bagi United Malays National Organisation.

Tetapi PAS pula akronim bagi Parti Islam SeMalaysia. Sepatutnya PIS. Tapi alasan munasabah mereka ialah Parti Islam Se-Malaya singkatan dalam jawi iaitu Pa-Alif-Sin. Betullah tu. Boleh juga diterima.

Tetapi kenapa Parti Amanah Negara tidak mahu atau malu nak menggunakan akronim PAN iaitu P=Parti, A=Amanah dan N=Negara sedangkan PAN lah akronim yang paling tepat.

Mungkinkah disebabkan 3 perkara ini?

1. Tidak mahu hampir menyerupai parti PAS.
2. PAN dalam bahasa Inggeris bermaksud KUALI.
3. PAN dalam bahasa Cina membawa maksud KAYU.

Mereka beria-ia benar ‘larang’ media pro-BN pakai istilah PAN sebaliknya menggunakan nama Amanah dengan alasan AMANAH sudah diluluskan oleh ROS.

Tetapi kenapa mereka boleh gelar UMNO dengan nama UMNGOK sedangkan nama yang diluluskan ialah UMNO?

Sebenarnya yang tersirat mungkin mereka terasa malu apa bila menggunakan nama PAN akan ditambah dengan suku kata 'tat' menjadi PAN tat seperti mana macai2 mereka sebut UMNO dengan UMNGOK ...... wallahua'lam.

0 ulasan: