Sabtu, 30 Julai 2016

ALANGKAH HINANYA RAKYAT MALAYSIA ......


Apa pendapat rakyat yang dikata penerima dedak ....?

Begitulah nasib rakyat Malaysia yang disamakan dengan haiwan. Dulu cuma disebut beri BR1M seperti beri makan ayam. Tetapi hari ini beri bantuan kepada rakyat sama seperti beri dedak.

Kalau orang yang waras otaknya tentu tahu bahawa tiada makhluk lain yang makan dedak kecuali haiwan atau binatang ternakan. 

Alangkah hinanya pembangkang dan macai2nya meletakkan taraf rakyat Malaysia sama taraf dengan haiwan atau binatang. Mungkin ada di antara pemakan2 dedak itu adalah ibu bapa, adik2, sepupu sepapat, saudara mara atau ipar duai kepada yang menggelar rakyat Malaysia pemakan dedak. Bukan semua adik beradik, saudara mara pemimpin dan macai2 pembangkang orang kaya raya belaka dan tiada yang menerima bantuan dari kerajaan.

Entah2 orang atau macai2 yang kata kerajaan beri dedak adalah antara yang menerima dan memakan dedak tersebut. Bukan semua macai2 pembangkang orang kaya yang tak layak menerima bantuan. 

7 juta penerima BR1M dan lain2 bantuan bukan ahli UMNO semuanya. Tak rasa malu ke menggelar diri sendiri, adik beradik dan saudara mara pemakan dedak. 

Tapi memang betul kut orang kata yang jadi haram kalau masuk ke mulut orang ... kalau masuk mulut sendiri yang haram akan jadi halal ...... wallahua'lam.

0 ulasan: