Rabu, 4 Januari 2012

TUDUHAN SELEWENG WANG ZAKAT TIDAK DILAPORKAN DALAM LAPORAN AUDIT

Betul mereka ni ada telur

Cerita Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Bahrom dan 2 orang lagi menggunakan duit zakat yang disebarkan oleh orang PAS dan PKR nyata fitnah. PAS dan PKR begitu galak menyebarkan fitnah penyelewengan wang zakat MAIWP bagi pembayaran kos guaman beliau, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain dalam kes tuntutan qazaf Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjumlah sebanyak RM63,650.

Semalam Jabatan Audit Negara menjelaskan tuduhan penggunaan wang zakat sebanyak RM63,650 untuk menjelaskan kos guaman seperti disiarkan akhbar pembangkang tidak dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010. Bahagian Hal Ehwal Korporat Jabatan Audit Negara menyatakan bahawa fitnah yang disebarkan oleh pembangkang bukanlah dari sumber jabatan berkenaan.

Nyatalah di sini bahawa pembangkang terutama PAS dan PKR telah menyebarkan fitnah tersebut. Entah dari mana mereka mendapat sumber berita. Tapi yang nyata mereka memutarbelitkan kenyataan menjadi fitnah.

Mari kita lihat surat-surat yang berkaitan (baca di bawah). Selepas itu para pembaca boleh menilai siapa sebenarnya yang menyeleweng dalam erti kata menyelewengkan maklumat menjadi fitnah. Baca dengan jelas maklumat yang terdapat di dalam surat-surat tersebut.

Daripada surat penjelasan oleh surat balas oleh YB Dato' Seri Azmi Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara  kepada 3 orang wakil rakyat PKR iaitu Saifuddin Nasution (Ahli Parlimen Machang), Nurul Izzah Anwar (Ahli Parlimen Lembah Pantai) dan Kamaruddin Jaafar (Ahli Parlimen Tumpat) berhubung tuduhan penyalahgunaan wang zakat. Tidak menyatakan penyalahgunaan wang zakat MAIWP.

Begitu juga dengan surat jawapan balas oleh Ketua Audit Negara dan Laporan Audit Negara kepada YB Dato' Seri Azmi Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara tidak ada menyatakan MAIWP menyalahgunakan wang zakat. Yang dinyatakan ialah MAIWP mendahulukan wang guaman dengan menggunakan wang zakat kerana MAIWP belum menerima geran kerajaan (peruntukan sumber am) untuk perbelanjaan lain seperti perkhidmatan guaman, pentadbiran, elaun mesyuarat dan penyelenggaraan kenderaan.

Selepas MAIWP menerima geran kerajaan RM700,000 dan RM500,000, MAIWP telah memulangkan wang zakat yang digunakan mendahulukan kos guaman berjumlah RM63,650. Dalam rumusan Laporan Audit Negara ada dinyatakan :

Pelarasan jurnal berjumlah RM63,650 telah selesai dibuat sebelum penutupan akaun MAIWP pada tahun 2010. Sehubungan ini, peruntukan wang zakat yang didahulukan telah dibayar balik daripada peruntukan sumber am dan perbelanjaan ini telah disahkan oleh pihak audit.

Tidak ada dinyatakan oleh Audit Negara berlaku penyalahgunaan wang zakat oleh MAIWP terhadap wang zakat.


Penjelasan oleh Jabatan Audit Negara :


Tuduhan seleweng wang zakat tidak dilaporkan dalam Laporan Audit

KUALA LUMPUR 3 Jan. - Jabatan Audit Negara hari ini menjelaskan tuduhan penggunaan wang zakat sebanyak RM63,650 untuk menjelaskan kos guaman seperti disiarkan akhbar tidak dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010.

Bahagian Hal Ehwal Korporat jabatan itu dalam kenyataan hari ini memberitahu, sumber kenyataan tersebut bukan daripada jabatan berkenaan.

''Jabatan Audit Negara ingin memaklumkan bahawa kes penggunaan wang zakat untuk khidmat guaman tiada dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010,'' kata kenyataan itu.

Dakwaan penggunaan wang zakat untuk perkhidmatan guaman membabitkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Bahrom dan dua yang lain mula ditimbulkan akhbar pembangkang sehingga memaksa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) membuat penjelasan.

Dalam penjelasannya, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Dr. Muhammad Yamin memberitahu, majlis agama itu tidak menggunakan wang zakat sebaliknya menggunakan peruntukan khas geran kerajaan bagi menjelaskan kos guaman membabitkan ketiga-tiga responden berkenaan.


..............................................................................................................................................................


Surat-surat dan Laporan Audit dipetik daripada blog Anak Sungai Derhaka (Blog Pro Pembangkang)



Surat Jawapan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara kepada 3  YB PKR
Tidak ada dinyatakan pun berlaku penyalahgunaan wang zakat
Surat Jawapan oleh Ketua Audit Negara kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara
Juga tidak menyatakan berlaku penyalahgunaan wang zakat

Laporan Audit Negara 
Tidak menyatakan berlaku penyalahgunaan wang zakat


Laporan Audit Negara 
Tidak menyatakan berlaku penyalahgunaan wang zakat





0 ulasan: