Selasa, 27 Disember 2011

TIPU MUSLIHAT ORANG PAS DAN DAP .......

Pertelagahan antara dua ayam jantan di dalam PAS dan DAP menunjukkan seolah-olah berlaku krisis yang besar di dalam parti masing-masing. Kalau mereka nak bergaduh kerana sesuatu perkara sudah tentu mereka sudah bergaduh sejak dulu lagi. 


Pergaduhan mereka ini hanya berlaku sejak akhir-akhir ini apabila pilihanraya semakin menjelang. Mereka telah merancang satu agenda untuk memerangkap UMNO dan Barisan Nasional (BN). Pergaduhan mereka hanyalah untuk menggambarkan seolah-olah parti yang dianuti sedang bergolak dan berada dalam kedudukan yang lemah.

Muslihat mereka ini tidak sukar untuk dibaca kerana bukan hari ini perkara ini mereka lakukan. Mereka ingat UMNO dan BN tidak dapat membaca tingkahlaku mereka. UMNO dan BN sudah matang dengan agenda yang mereka rancang. UMNO dan BN bukan baru setahun jagung. UMNO dan BN bukan seperti budak-budak yang percaya dengan cerita-cerita kartun seperti 'Dragon Ball', 'Transformer' atau 'Batman'. UMNO dan BN sudah tahu jantan betina sekilas ikan di air. Ibarat menonton filem Hindustan, penonton sudah tahu pengakhiran ceritanya.

Orang Islam bukan tidak ada yang menipu. Ulama pun bukan tidak ada yang menipu. Orang alim pun bukan semuanya alim. Orang Islam atau ulama bukan orang yang maksum atau tidak pernah buat dosa seperti dosa menipu, dosa mencarut, dosa memaki, dosa menghina atau dosa memfitnah. Apatah lagi yang bukan Islam.

Mereka mencipta isu untuk dipanaskan. Selepas itu mereka akan berbalas-balan kenyataan. Berberhari-hari, minggu-minggu atau berbulan-bulan isu itu mereka mainkan dengan tujuan mengelirukan rakyat. Dipenghujung sandiwara tersebut mereka akan memohon maaf dan berbaik semula. Isu yang pada mulanya dipermainkan seolah-olah pada tidak betul tetapi akhirnya seolah-olah menjadi betul dan benar apabila yang mempertikai mengaku salah dan memohon maaf.

Isu yang dibangkitkan dan pelaku isu tersebut mungkin sebelum itu sudah malap, basi, dilupakan dan tidak menarik minta rakyat. Tapi bila isu dan pelaku tersebut dimainkan dan hangat diperkatakan dengan kritikan dan hujah yang panas setiap hari dengan tujuan rakyat akan mengikuti perkembangannya, secara tidak langsung menjadikan isu dan pelakunya kembali popular. 

Taktik dan permainan tersebut sudah lapuk. UMNO dan BN hanya ketawa melihat mereka berkelahi. Perkelahian tersebut telah menunjukkan kebodohan mereka. Hanya rakyat yang tidak berfikiran waras sahaja yang melihat sandiwara mereka seolah-olah sesuatu yang benar. Hakikatnya hanyalah satu pembohongan demi untuk meraih undi semata-mata.

Wallahua'lam .......

1 ulasan:

suara Api berkata...

Mohon pautkan blog saya disini.
http://suaraapi.blogspot.com/